Tuesday, April 27, 2021

Kenangan berpuasa ..rindu masakan aruah emak

 



Assalamualaikum,


Puasa dah masuk hari ke 16 lama sungguh tak mencoret rasa. Bila masuk ramadan je teringat aruah mak. Tahun ni 10hb april yang lalu dah 8 tahun aruah mak meninggal. Al Fatihah buat aruah Hajah Saifah Hj Zahari juga buat aruah bapak Hj Abdullah Majid. Al fatihah juga buat semua atuk dan nenek serta mak saudara dan bapa saudara. Semuga roh mereka semua tergolong dalam orang yang beriman dan beramal soleh.


EMAK...PENGORBANAN MU TERLALU BESAR.


NOSTALGIA BERSAHUR WAKTU KECIK² DULU...

Bila time puasa emaklah orang yang pertama sekali bangun...masak makanan, goreng ikan je kalau lauk ayam masa raya je dapat rasa sebab ada bela ayam sendiri, buat air dan siapkan hidangan untuk keluarga bersahur. Terkejar-kejar emak dinihari...Semuanya demi memastikan keluarganya menikmati makanan yang panas supaya anak-anaknya berselera ketika makan sahur walaupun ianya sekadar hangat semula lauk pauk lebihan berbuka puasa semalamnya. kalau lauk semalam dah habis masak lah lauk yang simple dan cepat masak. Dah selesai semua urusan, barulah emak kejutkan anak-anaknya bangun untuk makan.

Lauk semasa sahur selalunya lauk bening kesukaan aruah bapa samada bening kobis atau kentang dengan soohon dan sambal udang kering yang di perahkan air limau dan lawan dengan timun.  Telur dadar dengan air milo panas-panas. 

Kita yang bergelar anak-anak ni, bangun tido basuh-basuh muka terus je makan...kadang-kadang  tu makan dalam keadaan mamai dan mata pun tak berapa nak buka jer. Siap je makan, ada juga di kalangan kita yang pergi sambung tido semula...๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… 


Perasan atau tidak, tugas emak kita tetap belum lagi selesai...selepas kita semua tinggalkan tempat makan, emak terpaksa kutip semua sisa-sisa makanan, lap tempat kita makan, sapu lantai kot-kot ada saki baki makanan yang tumpah dan mop jika perlu. Selesai semua tu, emak kene plak basuh pinggan mangkuk yang kita makan tadi termasuklah bekas-bekas yang isi lauk pauk yang sudah abis. Kesian kat emak...

Lepas tu aruah mak sambung buat kuih koya.  Dah siap tekan kat dulang siangnya boleh jemur di luar. Selesai buat kuih koya buat kuih deram  pula. Adun adunan kuih koya guna tepung beras buatan sendiri tau. Dah selesai adunan di simpan sekejap. Nanti tengahari bila anak-anak dah balik sekolah dah boleh di terap dan digoreng dengan bantuan anak-anak. 

Sementara menunggu  sessi buat kuih deram menjemur tepung dan gula untuk buat kuih bahulu bila dah nak dekat raya. Bila tenguk rutin ni banyak sunggu kerja aruah mak aku bila bulan puasa. Sebab bila bulan puasa je dia boleh mencari pendapatan sampingan buat keluarga dengan menjual kuih. Kuih deram aruah mak aku banyak peminat. Kadang dah siap ketepikan sedikit untuk keluarga bila orang order tambahan terpaksa jual kat pelanggan. Keluarga makan kuih raya apa yang ada. Sekarang bila makan kuih deram orang lain buat teringat-ingat kelembutan kuih deram aruah mak buat. Dulu dek kerana sebulan buat kuih deram sampai dah jelak tapi sekarang teringat-ingat nostalgia itu.  

KETAHUILAH SEMUA, PENGORBANAN SEORANG EMAK TERHADAP KELUARGA SEMEMANGNYA TIDAK BERPENGHUJUNG...KINI ADA DIKALANGAN KITA INI YANG BERGELAR SEORANG EMAK DAN SUDAH PASTINYA KITA MERASAI APA YANG PERNAH EMAK KITA LAKUKAN UNTUK KITA SUATU MASA DAHULU WALAUPUN KEHIDUPAN KITA PADA HARI INI TIDAK SERUPA SEPERTINYA.

PADA YANG MASIH ADA EMAK, HARGAILAH JASA DAN PENGOBANANNYA...PADA YANG SUDAH KEHILANGAN EMAK, SAMA-SAMALAH KITA SEDEKAHKAN AL FATIHAH BUATNYA.

 Tiba-tiba mata aku pulak masuk abuk  ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข


kredit gambar dan ayat sikit dari

#ADMINMKDD @ MALAYSIA KU DULU DULU...


Sunday, April 11, 2021

Makan-makan sebelum menyambut Ramadan

 






Assalamualaikum,

Dah lama tak buat masak-masak kat pejabat kan. Jadi hari ini sebelum nak menyambut ramadan besok kita buat tom yam ya. Kali ni idea nak buat tomyam ialah Matron siew. Chief datang dari Siam sebab memang Matron ada darah kacukan siam, jadi bahan-bahan masak memang siam mari lah ya. hehehehe

Tenguk tu satu periuk dia masak.


Mula-mula buat tomyam ayam sebab ada kawan tak makan seafood. Dapat satu periuk layan dengan meehoon dan mee kuning. Tenguk dia punya rencah....ada macam-macam jenis rupanya. Kalau aku senang je rempah tomyam buh takde lah bubuh sos ikan lah sos lada lah....patutlah sedap sebab bahannya macam-macam.


Hah penuh meja. Tengah prepare nak masak.


       Rewang di dapur memang best. Tapi tak semeriah macam dulu masa hanis ada. Kalau tak lagi gempak.     



Ni bahan-bahan untuk sea food pula. Udang dan sotong.


Apa lah cerita tu sampai tangan terangkat-angkat. Makcik bawang sedang bergosip



Tu dia satu mangkuk besar tomyam ayam. Panas-panas masak, makan memang sodap.


Jemput makan semua.

Sebelum kita menyambut ramadan esok aku memohon maaf jika ada terkasar bahasa. Selamat menyambut Ramadan buat semua. Semuga Allah menerima amal jariah dan ibadah kita di bulan yang mulia ini. Semuga kita di pertemukan dengan Lailaturqadar. Aamiin Semuga kita dapat pulang berhari raya di kampung. Nyah ko virus Covid 19 daripada muka bumi ini. Aamiin.
 Muah muah muah buat semua.



Monday, April 5, 2021

Delhi Kashmir Hari ke 5 Village Aru dan Betaab Valley





Assalamualaikum,

Hah bersua kembali kita bersiaran hari ini ya. Lemau sungguh aku nak berceloteh. Trip kashmir bertrip trip tak habis-habis lagi. Orang dah dapat vaksin dah 2 kali dose cerita aku tak sampai penghujungnya. Malam jumaat yang lepas tv ohsem siarkan semula Bhajrani Bhaijan teringat semula perkampungan shaida aka munni. Hah kali ni kita orang sampai kat tempat lokasi perkampungan di Pahalgam.

Ok rupanya Paradise Inn tu dah sampai kat Bandar Pahalgam. Tapi kami di bawa ke Village Aru. Kali ni kami semua naik jip. Hah bersesak lah kami  dalam jip yang sempit. Rombongan dipecahkan kepada 2. Cuaca dah le sejuk lepas tu duk dalam jip hah memang best. Lepas tu driver tu pasang lagu hindustan hhee....lagi lah syiok. Cuma lagu dia tu kami tak pernah dengar. Cuba dia pasang lagu shah rukh Khan ka Amir Khan ka best juga. Tapi dia dah pasang hah layan je lah. 

Thursday, April 1, 2021

20 tempat menarik di Muar dan Tangkak

 ๐Ÿ๐ŸŽ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ซ๐ข๐ค ๐๐ข ๐Œ๐ฎ๐š๐ซ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ


Tempat menarik di Muar memang tidak sebanyak dan sebagus di Selangor, Sarawak ataupun Kuala Lumpur. Akan tetapi Muar juga menyajikan beberapa tempat berlibur yang seronok serta sayang jika dilewatkan ketika berkunjung ke Muar.
Berikut ini kami sajikan beberapa tempat percutian menarik di Muar yang bisa anda kunjungi ketika berada di Muar Malaysia. Enjoy!

Rupa-rupanya banyak juga tempat femes kat muo ya. Apa lagi sekarang macam-macam tarikan yang di wujudkan di Tanjung Emas. Malahan di seberang sungai Tanjung Agas pun dah siap rekrasi berhampiran dengan masjid ke 2. Kalau pergi malam lagi happenning. Aku je yang ketinggalan erl.