Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Thursday, November 27, 2025
Thursday, June 8, 2023
Pesta Buku 2023 di WTC
Assalamualaikum,
Dah lama tak pi pesta buku sejak PKP. Bila di war-warkan buat kat WTC aka dulunya PWTC...aduhaiiii meronta-ronta hati nak pergi apa lagi musim cuti sekolah bermula sehingga 4 jun 2023. Tapi tu lah sabtu awal tu aku dah balik kg jadi by hook or by crook hari sabtu mesti terjah.
Tengahari tu pi jemputan majlis kahwin anak Lizah kat cyberjaya. Jadi lepas je makan jamuan hantar Ita dan anaknya balik putrajaya emmm terus aku pi kat LRT Bandar Tasik Selatan.
Aduhaiiiii mimpi ngeri sungguh bila LRT berhenti di stesyen Hang tuah. Di suruh ke platform 2 menuju ke masjid Jamek. Sampai stesyen masjid jamek kena turun dan naik bas yang akan membawa ke stesyen Bandaraya. Aduhaiiiiiii turun naik turun naik stesyen. Sampai stesyen Bandaraya menuju ke PWTC aku dah lepak. Napa le semua tangga tu tak tukar kepada escalator.....huhuhuhu time turun ok le time naik mencanak aduhaiiiiiii
Jadi keluar dari stesyen LRT aku terus masuk belah kiri ke sunway Putra sebab sejuk aircond kuat.
Tapi aksi dia yang rare ialah selalu ambil gambar terbaring tak kira tempat. Orangnya kecik molek je.
Ada acara kat pentas utama tapi aku tak ikuti sangat.
Talipon Kaksu. Rupanya baru nak datang dengan Yah, wan dan Nawwir. Masa tu aku kat booth karangkraf. Beli buku aisya sofea sementara menunggu kak su sampai.
Masa kak su talipon dia kata kat Poreng lepas tu kata kat ariani. Huh jenuh aku mencari akhirnya rupanya mereka dah masuk dalam Karya Seni. Jadi aku pun masuk. Masa tu dah tak ramai orang dan buku dah banyak yang habis.
Pilih buku yang kombo terbitan kkhas untuk pesta buku. ada buku yang aku nak dah habis. Kena jenguk shoppe lah nanti.
Friday, June 4, 2021
Travelog buku Ustazah Basikal
Assalamualaikum,
Siapa dah baca buku travelog ni angkat tangan...hehehehe best tau walaupun mahal tapi berbaloi dengan duit yang kita beli dan pengalaman yang kita dapat walau hanya membaca sahaja. Apa lagi dengan pandemik yang sedang melanda ni kita tak dapat keluar negeri jadi ambil lah kesempatan untuk membaca pengalaman orang lain.
Bukan calang-calang ceritanya dan bukan hanya sekali baca oh dah habis tapi....hah tapi banyak ilmu dan pengetahuan kita perolehi. Baca buku ni bagaikan kita ikut sama mengembara bersama pasangan suami isteri ini. Banyak juga peristiwa yang terjadi buat kita insaf bahawa jika kita rasa susah ada lagi orang yang lebih susah dari kita.
Bila kita bermusafir hanya kepada Allah kita bertawakal....emm memang menakjubkan dengan kuasa Allah buat hambanya yang bergantung kepada Allah sahaja di muka bumi ini. Berbuat baik kepada orang allah balas dengan kabaikan dari orang lain terhadap kita....alaaa kalau nak tahu hah beli je buku ni gerenti siapa yang kaki travel tu akan puas membacanya.
Kat bawah ni ada sikit cerita yang aku ambil dari FB Najmi part yang memang buat aku mengalir airmata sebab aku gembeng tapi memang mengusik sanubari aku lah betapa orang india muslim memang menghormati tetamu yang datang.....hah tenguk sikit sedutan ceritanya
Selepas kami cuci tangan selepas makan, kami duduk balik di katil tadi.
Di Taj Mahal Agra.......tenguk ni teringat cerita India aku yang tak habis habis lagi...sabar naaaa
Pengalaman beraya di perantauan di India
Tuesday, April 4, 2017
Jom tonton Kimchi untuk Awak
Assalamualaikum,,,,
Wah sesekali layan movie ko.... ni dek penangan novel Kimchi Untuk Awak lah ni. Seronok sangat baca novelnya bila kata Filem dia nak di tayangkan apa lagi lah tanya geng siapa nak pergi. Sekali Sue NB kata nak join juga. Wah lama sungguh tak jumpa. Mula-mula hari Sabtu tapi ada member yang sibuk jemputan kahwinlah, agenda lain lah jadi kita orang sebulat suara pergi berjimba hari Ahad. Tanya punya tanya akhirnya ber5 kita akan berjumpa di GSC Alamanda pukul 12 tengahari.


































