Tuesday, June 11, 2024

Perhimpunan bulanan HPJ - jadi tuan rumah




Assalamualaikum,

Pada 31hb Mei yang lalu Jabatan aku serta gabungan Unit yang kecil seperti Unit Kualiti, Unit Kawalan Infeksi , Unit Fisioterapi  dan Unit Pemulihan Cara Kerja telah menjadi tuan rumah bagi perhimpunan bulanan Hospital Putrajaya.


Jabatan kami menjadi bahagian pendaftaran dimana sesiapa staff yang hadir kena scan QR kod dan dapat door gift dimana ada no bagi cabutan bertuah di penghujung perhimpunan nanti. CAbutan bertuah tu kitaorang sediakan hadiah yang simple. Bila di kumpulkan wah ada 15 hadiah. Mesti depa seronok dan semuga lagi ramai staff yang akan hadir Perhimpunan bulanan yang kami anjurkan pada masa akan datang. 


Staff Jabatan Rekod Perubatan bersama Puan Hanum. Tema hitam dan putih bagi pihak urusetia.


Doktor serta staff yang lain mula membanjiri tempat kami bagi pendaftaran yang bermula pada pukul 7.45 pagi. Yang warna-warni tu door gift kami serta no bertuah diatasnya. Doktor baju pink tu bertuah. Dapat cabutan bertuah pada akhir majlis.


Dalam pukul 8 perhimpunan pun bermula. 


Pada pagi ini adalah pelancaran laman Web Hospital Putrajaya yang baru. Kiranya lebih informatik lah dalam laman web tersebut



Ini adalah ahli-ahli yang terlibat didalam pembikinan l;aman web tersebut. Surat penghargaan diberikan atas usaha yang mereka buat untuk menyediakan laman web baru.


Setelah slaid semua jabatan yang terlibat di tunjukkan acara no bertuah pun di buat. Ada 15 no yang bertuah. 10 yang pertama Dr Hariati yaitu Timbalan 1 membuat cabutan dan di sampaikan. 5 yang akhir Pengarah pula yang menyampaikan. Seronok bila masing-masing suka bila no naik. 
 

Selesai perhimpunan tersebut dengan jayanya pihak urusetia pun posing beramai-ramai. Alhamdulillah ianya berjalan lancar. Satu pengalaman bagi aku untuk terlibat dalam perhimpunan bulanan HPJ.


Portal baru kami Portal Hospital Putrajaya


4 comments:

  1. Terbaik ada laman web sendiri perhimpunan meriah mengeratkkan ukhuwah staff

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini memang setiap bulan ada perhimpunan. Jadi nama sapa yang naik pergi lah. Oleh kerana banyak unit dan jabatan jadi kalau yang besar sendiri yang uruskan kalau Unit yang kecil bergabung.

      Delete
  2. Assalamualaikum sis, dah ada laman web, lebih berinformatif, ada cabutan bertuah memberi semangat pada stuffs.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Cabutan bertuah tu saje je buat pemangkin staf datang ke perhimpunan. Saje buat suka-suka dan memeriahkan suasana.

      Delete