Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Wednesday, July 2, 2025

Menyambut kepulangan "Duyufurrahman" setelah selesai ibadah Haji

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah anak saudara yang kita hantar rombongan haji telah pun selamat kembali ke tanah air.  Anis sampai di Malaysia pada pukul 6 pagi 22hb Jun.  Masa mula-mula julie up gambo dia kat atas tu. eh betul ke anis tu napa berdua pulak. Rupanya dia menolong makcik yang sebilik dengannya sorongkan bagasi mereka berdua. Tolong ambilkan air zam-zam juga.



Air zam-zam dulu kaunter dia kat dalam entah kali ni letak kat luar pulak. jadi mana yang sudah selesai bawa bagasi masing-masing terpaksa singgah ambil air zam-zam.


Suasana mula meriah. 


Umi anis dah tak sabar nak peluk anaknya.



Alhamdulillah. Menangis kita orang dapat berpelukan dengan Hjh Anisah Salamah.


Keluarga makcik yang sebilik dia pun menunggu. Ramai anak serta kaum kerabatnya menunggu. Makcik tu dari Kapar Klang. Kata kak nong tenguk muka macam ada iras orang jawa tapi tak berani nak speaking jowo. hehehe 


Berpelukan melepas rindu dan juga semuga ada keberkatan dari jemaah haji yang baru kembali dari Mekah.


2 keluarga bergabung. Yang belakang tu saudara mara makcik tu. Ramai. Kita orang pun tak ramai yang dapat hadir menjemput Anis.

Selesai semua terus kita orang ke Masjid di Movinpick. Masih lagi subuh jadi semuanya solat kat Masjid tersebut lah. 


Lepas tu piknik makan sarapan di port tempat biasa yang kita orang selalu lepak kalau pi sini.



Kak nong bawa rendang ayam dengan nasi himpit. Kak jal masak sambal tumis. Dengan sambal goreng kicap. Lepas tu aku bawa ayam goreng dengan nugget.  Layan dengan nasi. Kak nora bawa buah tembikai. Semasa memotongnya aku dah terbau harum manis tembikai di tangga masjid. Manis rasa buahnya. Julie bawa papaya. Jaja bawa kuih marble. Kak nong bawa air mata kucing. Kak jal buat teh tarik. Makan ramai-ramai sedap. Bila tak habis masing-masing bawa sikit bawa balik. Kut tengah jalan boleh makan lagi.



Sebelum bersurai posing dulu ramai-ramai. Alhamdulillah Hjh Nor Anisah Salamah telah selamat bertemu abi dan uminya. Syukur Allah permudahkan perjalanan hajinya. Mudahan tahun hadapan Allah rezekikan aku menjadi Duyufurrahman sebelum aku pencen. Aamiin. Doakan ya .

Friday, May 16, 2025

Menghantar rombongan Haji





Assalamualaikum,

Minggu yang lepas kita orang hantar anak saudara yang telah mendapat tawaran haji.  Oleh kerana umi dan abinya telah berjaya semasa rayuan haji pada tahun 2019 jadi kali ni tinggal lah Anis seorang yang memang sepatutnya tawaran haji pada tahun ini. Oleh kerana anak seorang je perempuan Kak nora suruh aku memohon rayuan agar dapat bersama sebagai pengiring Anis. Tapi nampaknya tidak berjaya. Jadi Uminya pasrah le lepaskan anaknya seorang menunaikan haji.  

Wednesday, April 16, 2025

Monday, April 14, 2025

Kemeriahan Hariraya Aidil Fitri 2025

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat berkumpul lagi beramai-ramai keluarga Bakri. Kalau di hitung semuanya yang hadir sepatutnya 85 daripada 95 orang tapi akhirnya 83 sahaja sebab seorang disebabkan faktor kesihatan dan seorang lagi sangkut jem  kat JB. Yang 10 orang lagi tu untuk 2 keluarga yang beraya di kampung mertua masing-masing. Orang brunei pun dapat balik beraya tahun ini.

Monday, February 3, 2025

Cuti CNY berkumpul menziarahi Kakak Sulong di Parit Sulong Batu Pahat

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, cuti tahun baru cina baru-baru ni dapat kami berkumpul bersama-sama adik beradik di rumah Kakak yang sulong di Batu Pahat. Baru-baru ni dapat khabar dia terjatuh dan jari tangannya patah. Tu yang ada kesempatan cuti panjang maka kami pun beramai-ramai datang mengunjunginya.

Kak Tijah sekarang penyakit nya semakin teruk. Sekejap ingat sekejap lupa. Kena sabar bila berbual-bual dengannya. Apa pun kami adik beradik bersyukur dapat berjumpa dengannya. Masih Allah rezekikan kami dapat berkumpul bersama lagi.




Hasil air tangan yeye yang mewarisi cara memasak daripada Arwah bapanya. Al fatihah buat Hj Ikhwan. Masak nasi ayam buat kami yang datang ke rumah maknya. Semalam masak beriyani gear box. Tapi sebab masing-masing baru nak balik kampung tidak dapat lah datang. Jadi Hari Khamisnya baru kami adik beradik datang berkunjung. 


Sup ceker......sedap sebab cekernya lembut sampaikan bila makan lunyai isinya dari tulang.


Ayam goreng berempah


Kakak aku satu famili tak sangka datang juga. Ingatkan tak datang sebab senyap je dalam Wa sekali bila pi depan eh tenguk-tenguk baru sampai dari Rawang Selangor. Tu pun petang tu balik semula sebab anaknya ada kerja yang perlu di buat. Ingatkan nak tidur semalam di rumah Mak tapi terpaksa cancel akhirnya. Adhoc punya rancangan balik kampung ni.


Adek bawa air tebu dan Shiba masak kerabu maggi. Emmm memang habis lah semuanya sebab peberet kita orang.


Bila keluarga kak Limah dan Kak nong sampai emm penuh tempatnya. Kak nong bawa meehoon sup. Sambil makan sambil bergurau senda. Seronok dapat kumpul ramai-ramai macam ni. Bukan senang dapat jumpa macam ni. 


Alhamdulillah rezeki pun melimpah ruah. Meri dan Meria bawa kudap-kudapan hah penuh meja.


Seronok duduk belakang rumah Kak Tijah ni. Dahle anginnya kuat tenang je tenguk kebun kat belakang. Lepak kat sini syiok kadang boleh tertidur nyenyak gitu.


Kuih Dagai pulak Jaja serta ada bahulu dan kuih Karipap.

Selesai makan dan hari semkin petang. Mula lah kami beransur pulang. Mana makanan yang banyak hah apa lagi Pit tolong tapaukan untuk kami.

Kak Nong dan Kak Limah singgah rumah mak sebelum balik Melaka dan Tanjung Agas.


Sempat lagi petik daun Palas yang di import dari Kedah. Anak pokoknya naik kapalterbang ko sebab nak bawa balik muo.  Dapat pucuk yang muda. Belajar dari Basri menantu Kak Limah, bagaimana nak menganyam ketupat palas. Kak nong bawa balik daun ketupat palas tu sebab dia rancang nak buat.



Tadaaaaaaaa makan dengan sambal ayam


Besoknya tadaaaaa siap ketupat palas versi orang melaka buat. Wah boleh tanam banyak-banyak dan boleh buat lah lepas ni. 

Alhamdulillah syukur Ya Allah dapat berjumpa beramai-ramai bersama adik beradik dan saudara-mara. Rezeki pun melimpah ruah bila buat potluck. Semuga raya nanti kami dapat berkumpul lagi beramai-ramai. Aamiin

Tuesday, September 17, 2024

Seharian urusan di bando Muo

Ni cuma 10 orang sahaja, abang aku dia nyorok balik dinding.

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 4hb Ogos yang lalu kami dapat berkumpul semua adik beradik. Kali ni sebab urusan tanah pusaka kat bukit yang berhampiran dengan MRSM Muar. Jadi pagi-pagi lagi dah ke pejabat Tanah di Bandar Muo.

Thursday, July 4, 2024

Menyambut kepulangan Jemaah Haji dari Mekah



Assalamualaikum,


Hari Ahad yang lepas kita orang ramai-ramai menyambut Jemaah haji yang pulang ke malaysia. 14 Mei yang lalu kan kita orang buat  rombongan menghantar bakal haji. Jadi kali ni dah 44 hari kakak yang no 5 berada di Mekah dan nak kembali ke Malaysia. Alhamdulillah lah kata dia semuanya Allah permudahkan dan berjalan lancar. 

Ibadah korban di Hari Raya Aidil Adha




    Lempu yang di jadikan korban di sembelih di tempat kami membelinya. Lepas tu dah disembelih barulah di bawa ke Muar  dengan lori yang di pandu oleh Suami Ika. Ni kat Batu Pahat ni.


Assalamualaikum,

Cerita hari raya Aidil Adha yang lalu. Dah nak masuk awal Muharam baru nak up citer. 

Raya Aidil Adha yang lalu kami ada buat ibadah korban adik beradik. Oleh kerana Kak ambah berada di tanah suci Mekah jadi Kak Jal lah jadi chef tukang masak masa pagi raya. Kiranya orang tangkak beraya di muo.

Friday, May 17, 2024

Rombongan menghantar bakal Haji tahun 2024

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada tahun ini kakak yang nombor 5 mendapat panggilan haji. Jadi pada 14hb Mei hari Selasa yang lalu kami beramai-ramai menghantar kakak ke Movenpick Hotel & Convention Centre iaitu  tempat daftar bakal-bakal haji. 

Thursday, April 18, 2024

Kemeriahan menyambut syawal buat keluarga besar kami

 


Assalamualaikum,

 Alhamdulillah syukur pada tahun ini dapat berkumpul beramai-ramai seperti tahun sebelum ini. Satu  Syawal kami semua adik beradik akan berkumpul beramai-ramai  memeriahkan rumah pusaka Aruah Hj Abdullah dan Hjh Saifah. Kali ni semakin meriah dengan ahli keluarga yang semakin bertambah.

Sunday, January 21, 2024

Sambut cucu baru

 



Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat cucu saudara baru. Gegerl ko. Aku baru je up Terobek Majlis perkahwinan hafiz vs haifa. Lah ni eh dah dapat anak ke 3. Tu pun jauh juga jarak antara anak ke 2 dengan ke 3. Kena keluar tingkap lagi sebab melintang. Berat pun boleh tahan 3.4 kilo. Seronok kak Jal dapat cucu baru.


Pembedahan di buat di Hospital Putrajaya. Ikut kan 22hb tapi bila check Doktor syorkan 18hb masuk wad. Dan pagi Jumaat dalam pukul 11 selesai pembedahan. 


Serupa macam rupa papa dia masa kecil. Hafiz masa kecil memang comel. Apa lagi keletah dia yang nakal dan manja. Masa aku jaga Hafiz masa kecil dulu memang menjadi kesayangan kami di kampung. Kak jal  terpaksa letak kat kampung sebab masalah penjagaan anak. Masa tu Helmi dan Julie dah besar dan boleh jaga diri tapi Hafiz masa tu belum setahun umurnya. Dah pandai jalan jatuh.Tapi Hafiz walaupun di jaga oleh kami senang dan tidak menyusahkan. Cuma bila dah remaja emm memang merisaukan juga almaklumle budak tengah remaja. MAcam-macam hal terjadi.  

Bila tenguk keluarga bahagia Hafiz syukur alhamdulillah. Aku doakan semuga Hafiz menjadi suami dan bapa yang baik dan penyayang pada keluarga. Aamiin


Keluarga bahagia Hafiz dan Haifa. Ni sebelum masuk wad


Semuga menjadi anak yang solehah ye gegerl. 

Bila up kat whatsup keluarga berapa ye jumlah cucu. Sekali kak nong kata anak saudara dah 26 orang. Cucu saudara dah 38 orang. Raya tahun ni kena tambah duit raya le. Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kurniaan ini. 

Thursday, December 14, 2023

Balik kampung - tebang pokok sukun

 




Assalamualaikum,

Baru-baru ni balik kampung mengejut. Sepatutnya plan nak ambil cuti panjang pada Hari Krismas sebab nak gotong royong tebang pokok sukun sebelah rumah yang dah tinggi menjulang. Takut roboh menghempap rumah Kampung.

Sekali adik kat melaka kata crane yang dia upah akan datang pada 9hb yang lepas pagi sabtu tu. Jadi kena lah balik. Sebab nanti kena tolong bersihkan kawasan. Kesian pulak adik dan kakak. Anak buah emm memang semuanya busy.

Jadi petang jumaat tu balik kerja je terus je balik Tangkak. Besok pagi nya dengan Kak Jal ambil kak Limah pula. Tapi pagi tu hujan lebat juga kat Tangkak. Sepanjang perjalanan ke Muar mendong je. Bila sampai kat Bakri tenguk crane dah sampai dengan adik atasnya sedang gergaji pokok. Masa tu juga nampak Jol baru sampai dengan isteri dan anak bungsunya.

Ingatkan sewa crane dengan tukang potong pokok. Rupanya tidak. Sewa crane je tapi pemandu dia tukang gerakkan crane tu ke sana ke sini. Adik lah yang gergaji semua pokok. 



Sekali tenguk rupanya pokok sukun sedang berbuah lebat. Malahan ada yang masih muda. Tapi dapat le juga buahnya yang dah tua. Hish sedap ni kalau goreng sukun cecah sambal kicap.


Jol sedang tarik kayu-kayu yang sudah di tebang di kumpulkan satu tempat. Nanti bila dah kering boleh bakar. Pokok Buah sukun ni batang pokok dia lembut. Kalau tinggi hah menjulang gitu. Ni pun dah berapa kali kita orang tebang. Kalau nampak tinggi je hah ada lah ura-ura nak kena tebang. Nanti dia tumbuh dengan cepatnya dan merimbun dahannya.
 


Dah penat bersihkan pokok apa lagi makan tengahari. Kak Jal masak nasi dengan periuk nasi sekali kami angkut. hehehehe sonang. Sempat lagi pagi masak sambal tumis dengan sambal goreng soohoon. Kak nong kata dia nak bawak nasi himpit dengan rendang. Tapi sebab pergi majlis kahwin dulu jadi sampai lambat. Kita orang dah kenyang baru nampak Kak nong dengan Abang Berahim sampai.
 


Selepas pokok sukun belah bilik air pokok jambu gelas pulak Adik tebang. Masa ni nampak pokok sedang berbunga lebat. Emmm tak pe lah lain kali ada rezeki lagi.

Rupanyapokok yang lagi satu pulak sedang berbuah lebat sambil bunga putik baru berkembang. Ingatkan dek musim hujan buah takde lah besar. Sekali tenguk banyak juga yang jatuh. Besar-besar juga buahnya tapi tinggi. Jolok mana yang dekat je. Yang tinggi terpaksa tunggu dia jatuh sendiri.


Hah ni lah jambu gelas atau jambu botol atau jambu susu. Akak aku kat rawang suka. Ni ambil gambar tayang kat dia sebab dia tak balik. hehehe Buah yang ada kak Jal buat jeruk .


Nampak tak buah dia di balik daun yang lebat. Jambu bol nampak berbunga tapi susah nak dapat yang buahnya besar. Kalau monyet ada emmm memang tak dapat le rasa.


Ni hasil buah sukun yang dah tua. Ada lagi beberapa biji. Jol dengan Kak nong bawa balik. 

Besoknya pagi sarapan buah sukun goreng cecah dengan sambal kicap. yehhhh sodap. Susah nak dapat buah sukun yang dah tua dan bila goreng masak asa lemak buahnya. Yum yum yum

Selesai je tebang pokok jadi driver Crane tu india. Berhenti makan dan minum air. Dia kata hari ni puasa. Minum boleh tapi makan boleh sayur-sayuran je. Kami hidangkan kat gazebo. Adik yang layan.

Masa tu aku ada potong buah jambu. Kak jal yang beli. Potong 3 biji dalam bekas tupperware. Lepas tu tabur kulit limau. emm memang sedap le sebab jambu batu tu dah masak. Jadi bila tenguk India tu dah selesai makan bagi lah kat dia suruh rasa. Sekali dia kata tapau ye. Terus dia ambil satu tupperware jambu potong tu. Basuh tangan terus naik Crane dan nak balik. Aku dengan Kak jal melopong tenguk India tu bawak lari jambu potong kami satu bekas besor. hahahahaha Ingatkan nak suruh rasa sekali dia kata tapau terus bawak balik. ayoyo amaaaaa

Nasib baik ada tinggal sebiji. Tapi ralat juga lah sebab yang 3 biji tu besar-besar buahnya. Kak limah kata ala takpe lah bukan rezeki kita. Adehhhh
 

    


Wednesday, May 3, 2023

Kemeriahan raya tahun 2023

 Assalamualaikum,

Macam biasa setiap tahun rumah pusaka di Bakri akan di penuhi oleh anak-anak Hj Abdullah dan Hjh Saifah serta cucu dan cicit. Kali ni meriah sekali dengan orang Brunei iaitu anak Kak Jal yang bekerja dan berkahwin dengan orang brunei dapat balik beraya bersama. Malahan aku dapat cucu saudara di pihak Kak Ijah iaitu menantunya yang bungsu dapat anak baru lelaki sebelum puasa. Kalau di kira-kira semuanya hampir 89 orang. Kalau Anak Kak Limah yang bungsu dengan cucunya hadir semuanya jadi 94 orang. Alhamdulillah syukur Allah kami dapat berkumpul beramai-ramai seperti tahun-tahun sebelum ini. Rasanya 2 tahun PKP je yang tidak dapat berkumpul.

Sunday, January 29, 2023

Raya cina berkumpul lagi

 


Assalamualaikum,

Alahaiiiii cuti raya cina seminggu rasa malasnya nak naik kerja tapi teringat kerja tak siap. Apa lagi awal tahun memang banyak nak buat. emmm monday blues le ni.

Raya cina macam biasa le dapat lagi kumpul adik beradik. Kali ni hanya akak kat rawang dan Ijan kat melaka. Dan seperti selalu agenda potong pokok memang tak miss. Kali ni pulak potong pokok mangga yang dah mati. Pokok tu mati secara senyap. Tenguk-tenguk dah kering dari hujung pokok samnpai ke bawah. Agaknya akar dia kena makan anai-anai kut. 

Tuesday, September 6, 2022

Balik Kampung yeh yeh balik kampung

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur dapat balik kampung lagi. Patutnya awal bulan 8 hari tu dah dapat kumpul bersama keluarga tapi aku kena covid lagi   Dah habis kurantin dan dah sihat masuk kerja, jadi hujung bulan 8 plan semula percutian  balik kampung. Kak Ijah excited sangat bila kata kami nak balik kampung tak sabar nak jumpa adik beradik dia. Tapi tu lah aku pun cuak sebab tenguk Pit up status makan malam bersama adik beradiknya. Jadi bila call kak Ijah rupanya anak-anak dia  semuanya  balik. emm tak jadi lah nak ajak Kak Ijah balik muo bila semua anak beranak dia balik.  

Friday, July 15, 2022

Hari Raya Aidil Adha dan Korban 2 ekor Lembu

 


Assalamualaikum,

Hari Raya Aidil Adha baru ni kita orang pakat adik beradik buat korban lagi. Tapi kali ni yang seekor tu dah cukup korum. Ingatkan seekor je rupanya 2. Yang ke 2 ni last minit punya plan. Jaki rupanya dapat keluarkan EPF dia. Jadi entah sapa lah yang cucuk supaya belanja buat korban adik beradik termasuk maknya Kak ijah. Maknanya 4 orang adik beradik campur emaknya, isteri dan anaknya. Hah cukup 7 bahagian.

Monday, February 14, 2022

Cuti Raya cina buat apa

Assalamualaikum,

Citer cuti raya cina lagi. hehehehe Cuti raya kan tengah minggu tapi hari sabtu lagi kita orang dah balik. Tu pun Jaki datang pagi-pagi ingatkan nak tolong racunkan rumput dan semak kat belakang kebun serta tebang pokok yang tak elok. Sekali tebang gergaji dia rosak pulak. Nak racun sampai belakang semaknya rimbun sangat takut ada yang menyusur keluar je. Jadi tak habis le kerjanya kena tunggu Adik datang bawak gergaji mesin.

Thursday, February 10, 2022

Tragedi di cuti Raya cina lagi

Pokok kelapa sebelum di tebang

Assalamualaikum,

Nampak gayanya setiap kali balik kampung bercuti raya cina ni kita orang tak boleh plan buat gotong royong lagi lah. Mana taknya balik kali ni pun ada tragedi berlaku lagi. Kalau ingat  2 tahun lalu kita orang kena panggil  abam bomba datang sebab bakar lalang tiba-tiba kebun sebelah terbakar. 

Kali ni pulak kononnya nak tebang pokok kelapa sebab dah tinggi sangat dan takut kalau bila ribut melanda pokok tumbang menghempap dapur. Tapi rupanya kena juga.

Tuesday, April 27, 2021

Kenangan berpuasa ..rindu masakan aruah emak

 



Assalamualaikum,


Puasa dah masuk hari ke 16 lama sungguh tak mencoret rasa. Bila masuk ramadan je teringat aruah mak. Tahun ni 10hb april yang lalu dah 8 tahun aruah mak meninggal. Al Fatihah buat aruah Hajah Saifah Hj Zahari juga buat aruah bapak Hj Abdullah Majid. Al fatihah juga buat semua atuk dan nenek serta mak saudara dan bapa saudara. Semuga roh mereka semua tergolong dalam orang yang beriman dan beramal soleh.


EMAK...PENGORBANAN MU TERLALU BESAR.


NOSTALGIA BERSAHUR WAKTU KECIK² DULU...

Bila time puasa emaklah orang yang pertama sekali bangun...masak makanan, goreng ikan je kalau lauk ayam masa raya je dapat rasa sebab ada bela ayam sendiri, buat air dan siapkan hidangan untuk keluarga bersahur. Terkejar-kejar emak dinihari...Semuanya demi memastikan keluarganya menikmati makanan yang panas supaya anak-anaknya berselera ketika makan sahur walaupun ianya sekadar hangat semula lauk pauk lebihan berbuka puasa semalamnya. kalau lauk semalam dah habis masak lah lauk yang simple dan cepat masak. Dah selesai semua urusan, barulah emak kejutkan anak-anaknya bangun untuk makan.

Lauk semasa sahur selalunya lauk bening kesukaan aruah bapa samada bening kobis atau kentang dengan soohon dan sambal udang kering yang di perahkan air limau dan lawan dengan timun.  Telur dadar dengan air milo panas-panas. 

Kita yang bergelar anak-anak ni, bangun tido basuh-basuh muka terus je makan...kadang-kadang  tu makan dalam keadaan mamai dan mata pun tak berapa nak buka jer. Siap je makan, ada juga di kalangan kita yang pergi sambung tido semula...😅😅😅 


Perasan atau tidak, tugas emak kita tetap belum lagi selesai...selepas kita semua tinggalkan tempat makan, emak terpaksa kutip semua sisa-sisa makanan, lap tempat kita makan, sapu lantai kot-kot ada saki baki makanan yang tumpah dan mop jika perlu. Selesai semua tu, emak kene plak basuh pinggan mangkuk yang kita makan tadi termasuklah bekas-bekas yang isi lauk pauk yang sudah abis. Kesian kat emak...

Lepas tu aruah mak sambung buat kuih koya.  Dah siap tekan kat dulang siangnya boleh jemur di luar. Selesai buat kuih koya buat kuih deram  pula. Adun adunan kuih koya guna tepung beras buatan sendiri tau. Dah selesai adunan di simpan sekejap. Nanti tengahari bila anak-anak dah balik sekolah dah boleh di terap dan digoreng dengan bantuan anak-anak. 

Sementara menunggu  sessi buat kuih deram menjemur tepung dan gula untuk buat kuih bahulu bila dah nak dekat raya. Bila tenguk rutin ni banyak sunggu kerja aruah mak aku bila bulan puasa. Sebab bila bulan puasa je dia boleh mencari pendapatan sampingan buat keluarga dengan menjual kuih. Kuih deram aruah mak aku banyak peminat. Kadang dah siap ketepikan sedikit untuk keluarga bila orang order tambahan terpaksa jual kat pelanggan. Keluarga makan kuih raya apa yang ada. Sekarang bila makan kuih deram orang lain buat teringat-ingat kelembutan kuih deram aruah mak buat. Dulu dek kerana sebulan buat kuih deram sampai dah jelak tapi sekarang teringat-ingat nostalgia itu.  

KETAHUILAH SEMUA, PENGORBANAN SEORANG EMAK TERHADAP KELUARGA SEMEMANGNYA TIDAK BERPENGHUJUNG...KINI ADA DIKALANGAN KITA INI YANG BERGELAR SEORANG EMAK DAN SUDAH PASTINYA KITA MERASAI APA YANG PERNAH EMAK KITA LAKUKAN UNTUK KITA SUATU MASA DAHULU WALAUPUN KEHIDUPAN KITA PADA HARI INI TIDAK SERUPA SEPERTINYA.

PADA YANG MASIH ADA EMAK, HARGAILAH JASA DAN PENGOBANANNYA...PADA YANG SUDAH KEHILANGAN EMAK, SAMA-SAMALAH KITA SEDEKAHKAN AL FATIHAH BUATNYA.

 Tiba-tiba mata aku pulak masuk abuk  😢😢


kredit gambar dan ayat sikit dari

#ADMINMKDD @ MALAYSIA KU DULU DULU...