Tuesday, March 28, 2017

Kenduri Aruah buat Nasi Ambeng


Assalamualaikum,

Baru-baru ni cuti sekolah seminggu kan? Kita orang buat kenduri aruah Hari Jumaat malam Sabtu start hari cuti sekolah tersebut. Sepatutnya selalu kenduri di buat hari Khamis Malam Jumaat tapi adik beradik aku minta tukar tarikh kepada Hari Jumaat malam Sabtu sebab ramai yang berada di luar daerah Muar. Senang sebab besoknya Sabtu dah cuti.  Nasib baik bila di tanya dengan orang kampung yang incharge boleh tukar tarikh. Jadi dalam wasap group keluarga berdezup-dezup cerita tentang cadangan  menu makanan. hehehe

  Kak Ijah cadangkan buat nasi ambeng sebab senang tak payah susah-payah nak basuh pinggan mangkuk. Dia akan buat serunding.  Kak Jal cadangkan selain dari ayam masak kicap kita orang buat masak ungkep. Buat sambal goreng, goreng mee, ikan kering. Hah tu sampingan hidangan. Lauk Ambeng kalau tak berderet menunya tak sah.

Friday, March 24, 2017

Piknik kat Anjung rumah




Assalamualaikum,

Wah piknik depan rumah ni emmmm memang seronok sungguh. Bentang tikar lepas tu hah lambakkan makanan..... makan ramai-ramai...syiok beb.

 Seperti biasa bila raya Cina memang agenda Keluarga Wak Dollah ni adalah  berkumpul beramai-ramai  sebab ramai yang dapat cuti panjang. Tapi tahun 2017 tak dapat buat sukaneka sebab plan lain pulak. Kali ini buat gotong royong nak tebang pokok Jambu Bhol lah pulak. Pokok tu dah tua sangat....Buah dia  dah le lama tak rasa... lepas tu dahan pun dah tua. Pokok tu depan rumah je. Hah nampak atas tu dah runtuh menyembah bumi.

Sunday, March 12, 2017

Satu hari sampai 5 negara aku sampai




Assalamualaikum,

Wah 5 negara aku sampai dalam 1 hari.... ada jet ke atau zam zam ala kazam naik tikar Terobang Do Re mi...hehehe..... waduh buk kok kaya banget sih sampai 5 negara boleh sampai..... macamle duit kepuk-kepuk dalam poket tapi kalau Allah beri rezeki Alhamdulillah..... Aamin. Syiok weiiiii jalan-jalan carik pasal. hehehehehe.  Percaya lah sangat aku boleh singgah sampai 5 negara. Ok jom ikut aku..... jom jom

Monday, March 6, 2017

Penangan Novel Isteri Tuan Ihsan di Astro


Assalamualaikum,

Ok ni sebenarnya cerita dah basi sebab kejadiannya adalah pada tahun lepas waktu aku pergi pesta buku 1 Malaysia sebab nak jumpa penulis Sara Kyoko. Sejak terjebak baca novel dia,  Isteri Tuan Ehsan terus terjebak cerita dia yang lain. Dan kebetulan pulak masa tu tengah hot drama Isteri Tuan Ehsan di Astro Ria maka pihak penerbit telah mengundang Hero dan Heroin Isteri Tuan Ehsan bersama penulis untuk sessi tandatangan serta swafoto. Aaron Aziz dengan Amyra Rosli memang menjadi apalagi dengan gaya Seroja Irdina yang gediks tu emmm memang kena lah.     
Siapa pernah tenguk cerita Isteri Tuan Ihsan di Astro Ria? Aku ni cuma langgan Injoi je jadi takde le dapat Astro Ria 104 tu jadi dengar khabar je lah ya. Tak pun kalau ada kat Youtube layan kat situ je. 

Sunday, March 5, 2017

Isu kematian bukan satu jenaka






Assalamualaikum,

 Wah lama sudah tak jenguk blog rasa kaku nak menaip. Tapi sebelum tu kita doakan Alfatihah buat Bonda SS yang baru sahaja meninggal dunia. Al Fatihah.... semuga roh Aruah Bunda SS bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Aamin


 Bila membaca coretan kronologi di saat-saat akhir aruah bunda SS buat aku teringat aruah mak aku. Diam tak diam nak masuk 4 tahun pada bulan april nanti. Baca blog SS lagi lah mata aku masuk habuk. Ya lah kan siapa yang tak sayang ibu sendiri kan. Kedua ibu dan bapa tiada galang gantinya di dunia ini. Itu lah satu-satunya orang tua yang melahirkan dan membesarkan kita. Kalau tak tahu nak mengenang jasa mereka emmm tak tahulah apa lagi bila dikatakan syurga itu di bawah kaki ibu ya. Jadi pada sesiapa yang masih lagi mempunyai ibu dan ayah... hargailah mereka semasa hayat mereka masih ada.  Rindu yang paling terseksa sekali ialah rindu pada seseorang yang telah tiada di dunia ini.

 Tapi yang aku tak boleh tahan bila ada pula orang lain yang buat benda tu macam main-main eh bukan macam lagi memang buat jenaka lah. Boleh baca  di sini. Bila kita kehilangan orang yang kita sayang apa lagi berpisah dunia boleh pulak dibuat jenaka...  agak-agak apa yang kita rasa. Hishhh kalau nak jenaka pun patut-patutlah tapi kematian bukannya bahan jenaka ya. Cuba kita letakkan diri kita di tempat orang tersebut agaknya apa perasaan kita. Kalau tak rasa apa-apa sebab bukan diri sendiri yang kena tapi cubalah empati sedikit dengan perasaan orang lain. Kehilangan buat selama-lamanya ya...bukannya hilang nanti jumpa lagi.

 ok aku nak cerita sedikit kisah yang  telah aku lalui. Masa dulu-dulu... waktu mula-mula berkhidmat dalam kerajaan... aku bekerja di hospital.... hospital daerah nun di selatan tanahair. Dalam sebulan mesti ada kes kematian ke, kemalangan ke yang aku terima sebab pejabat aku menyimpan fail-fail pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di hospital. Selain daripada itu surat beranak dan surat kematian juga, pejabat aku yang keluarkan bukan seperti sekarang semuanya Jabatan Pendaftaran yang uruskan.

Bila ada kemalangan yang melibatkan kematian... rasa kesiannya pada ahli keluarga tapi ianya hanya dari segi luaran sahaja tidak menangkap ke hati. Tetapi bila aruah bapak aku kemalangan semasa balik daripada kerja pada tahun 1995,  barulah aku sedar bagaimana sedihnya bila kejadian itu kita sendiri yang alami dan tempuhi. Jadi bila sendiri dah rasa kehilangan tersebut, bila sesekali ada kemalangan yang berlaku... air mata aku akan masuk habuk tanpa aku sedari. Walaupun orang tu tidak kita kenali, entah siapa-siapa apa lagi kalau dalam kemalangan tersebut 1 famili meninggal dunia. Bagaimana lah perasaan keluarga terdekat. Pernah terjadi kemalangan berlaku di lebuhraya segamat muadzam , pertembungan kereta dengan van dimana  dalam 1 kereta semuanya meninggal dunia. Ibu dan bapa serta anak. Macam habis satu keturunan. Cuma tinggal seorang je anaknya yang tidak ikut yang terselamat. Agaknya bagaimanalah penerimaan orang tersebut bila semua familinya meninggal dunia.

Lepas tu ex opismate aku, kedua ibu dan bapa serta kedua adik perempuannya meninggal, terbakar semasa 1 hari lagi nak berhariraya. Ingat tak kemalangan di kedah dimana kereta myvi tersepit dan terbakar. Kawan aku dengan sekelip mata hilang mak bapa serta adik-adik, dan yang  tinggal dia serta akak dan 2 lagi adik perempuan. Bila dia naik kerja selepas kejadian tersebut.... aku yang tak sanggup nak melihat dia yang begitu tabah dan redho dengan ketentuan Allah. Walaupun aku tahu didalam hatinya menangis sedih. Aku pulak yang tak boleh tahan sedih bila berjumpa kawan aku. Selepas kejadian tersebut, dia terus memohon tukar balik kedah begitu juga akaknya yang bekerja di perak untuk menguruskan kedua adik perempuan yang tinggal.  Bayangkan lah bila melihat mayat yang rentong..... agaknya sanggup ke kita nak buat benda tu bahan jenaka.

 Kehilangan aruah mak aku walaupun dah hampir 4 tahun namun ianya masih terkenang-kenang saat-saat akhir dia sebelum meninggal dunia. Bila balik KL,  terbayang-bayang aruah duduk kat anjung menghantar anak-anaknya balik. Kalau musim buah sibuk menalipon tanya bila nak balik....mana anak yang tak dapat balik atau lambat balik disimpankannya. Apa pun semuga Aruah bapak dan Aruah Mak aman damai di sana. Al fatihah.