Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

Sunday, January 19, 2020

Desa Keroma Eco Resort Muar





Assalamualaikum,

Masa nak JJCM 2H 1 M di muar search punya search penginapan yang ada kolam muncul lah nama resort ni.  Home stay dan hotel banyak juga di muar tapi agenda utama kami selain nak JJCM ialah nak berendam.  Dan akhirnya semua pakat pilih tempat ni. Apa lagi DD terus je booking.



Mula-mula kami booking Family room orked bilik atas tu yang boleh muat 5 orang. Tapi bila sampai je dan tenguk macam sunyi je takde orang terus kami tukar fikiran. Rupanya dia ada 2 tempat. Yang kami sampai ni halaman utama dan luas tempatnya.


Ada deretan kedai dan juga tempat pendaftaran di pintu masuk Resort. Ingatkan nun di sana tempat pendaftaran tapi rupanya nun di sini tempat pendaftaran. huhuhu jauh sih aku park kereta. hehehehe kena pusing balik ke depan.  Antara deretan kedai ni yang pertama merupakan tempat pendaftaran.  Sekali tanya mana kolam renangnya. Rupanya ada satu lagi tempat di sebelah kiri. Jadi kita orang pun request nak tukar bilik . Nak yang dekat dengan kolam.


Ni lah tempat pendaftaran. Masa ni dah nak balik. Masa datang terlupa nak ambil gambar dari depan.

 Oleh kerana masa kami sampai tak ramai yang menginap jadi boleh lah permintaan kami di tukar. Tapi kena tambah duit lah sebab Bilik Orkid RM 320 manakala bilik kenanga ambil 2 jadi RM 340. Kami setuju je sebab nak dekat dengan kolam. Bilik kenanga ni katil single 2. Jadi salah satu bilik kena tambah tilam lah.


      Adik manis resort pun bawa kami ke tempat lagi satu dimana terdapat rumah yang lagi comel dengan kolam renang di hujungnya.  Ada kolam ikan di belah kiri jalan masuk ke resort yang ke dua.

 Ni lah rumah seroja, kenanga, Chempaka dan kesidang. Yang besar tu 2 tingkat Rumah Bangau.


 Ni tempat lepak dan posing. hehehehe Ada meja dan kerusi serta water cooler pun ada. kat tingkat atas tu ada buaian dan ada bilik atasnya. Agaknya untuk staf Resort kut.


            Gazebo sampan ala-ala titanic gayanya.


Harga bilik-bilik di Resort tersebut. Ni harga lama. Bila aku tenguk facebooknya bagi tahun ni banyak diskaun di beri. Mur-mur lah. huhuhu Ialah Bilik kenanga dari RM 170 jadi RM 100 ja. Jadi sesiapa nak pergi muar dan cuti jalan-jalan boleh lah booking kat Desa Keroma Eko Resort.

        Bilik yang simple tiada tv. Katil ada 2.  Bilik air comel. Kiranya semua kemudahan asas sahaja.



Bilik yang kami duduki.


Ada 8 buah rumah semuanya. 4 jenis nama dan bentuknya.


Suasana yang damai serta terhindar dari keriuhan kota raya. Memang mendamaikan.


                                  Jom lah cuti-cuti Muar. Cheh promosi muo lah pulak.

Sunday, February 14, 2016

Ritz garden Hotel di Seri Manjung


Assalamualaikum,

Bulan Januari yang lalu kena pi bertugas luar kawasan. Kali ini kat Hospital Seri Manjung lah pulak. Jadinya selepas seronok cuti Thaipusam petang Isnin tu dah zoom pi Seri Manjung. Kali ini kita orang pergi bertiga dan 2 hari bermastautin kat Seri Manjung. Lalu jalan menghala ke Pulau Pangkor walaupun sunyi tapi kenderaan tidak putus-putus. Dari putrajaya naik kenderaan jabatan dari pukul 6 dan sampai di Hotel Ritz Garden, pukul 10 malam. Inilah kali pertama aku sampai Seri manjung. Best juga bandar tersebut. Tenang je suasana. 


Tuesday, June 9, 2015

Bertapa seminggu di Hotel Seri Costa Melaka


Assalamulaikum,

Cuti sekolah kali ni memang asyik je terkejar-kejar dari minggu lepas balik muar kerana ada jemputan orang kampung lepas tu balik KL sebab Ahadnya  ada jemputan jiran rumah akak aku, lepas tu Isninnya pula kena attend bengkel pula di Melaka, Lepas seminggu bertapa di Melaka ni pula balik hari Jumaat ke KL. Hari sabtunya mungkin nak pergi jemputan lagi kat Tangga Batu, Melaka. Huh masak sungguh aku  seminggu ni  berulang-alik KL-Muar-KL-Melaka-KL-Melaka-KL. 

Dan sekarang tada..... tengah poning buat kojo coding di Hotel Seri Costa Melaka. Start petang isnin sampai ke malam. Hari ini hari ketiga masih lagi tak habis 1 file yang diberi.  Aduhaiiiii mata sudah pejam celik pejam celik cari coding.  Air kopi dah 2 cawan aku bantai. Tapi kojo tak habis lagi weiiiii  



Hotel ini sebenarnya memang di tengah bandar Melaka. Berhampiran dengan Mahkota Parade. Kalau nak meronda bandar melaka huh memang sonang je jalan kaki sebab dekat je semua tu. Dah lah parking memang susah wooo... tapi masa hari Isnin tu nasib baik setelah berpusing 1 hotel ada kereta nak keluar hah memang rezeki lah tu dapat tepi Hotel. Besok kena ambil kopon parking kalau tak huh kena saman. Pukul 8 lagi Majlis bandaran Melaka dah check kereta ada kopon atau tidak. Nasib baik pihak hotel sediakan kopon jadi kena minta setiap pagi. Hari pendaftaran hari tu dia dah bagi untuk 2 hari kopon.


 Hotel ni pada aku oklah  sebab dekat dengan bandar cuma bila baru-baru masuk bilik... perabot macam dah lama je... tapi yang aku bengang tu sebab tuala dah lah koyak macam tak di tukar je. Tapi sebab masa tu dah sibuk ke bengkel... huh sabar je tunggu besoknya barulah di tukar baru. Oleh kerana kelam-kelibut aku terlupa nak bawa sterika kecil travel yang aku selalu bawa. Entah mana aku sorokkan tak nampak pulak jadi ingatkan kat hotel boleh lah pinjam sterika tapi tempat menyeterika baju di tingkat 2 huwaaaaa malasnya nak keluar bilik.

 So baju hentam saje...nasib tak berkedut sangat... tudung pun bantai je....kibas banyak kali supaya tegang hahahahahhaa dasar malas nak keluar bilik hanya kerana nak iron baju... so kita tenguk lah hari seterusnya macamana.... Selamat bercuti-cuti Malaysia.

   Ops.... semuga orang Sabah sabar menghadapi ujian yang sedang berlaku. Semuga pencarian mencari orang yang hilang dijumpai semula dan mangsa yang terperangkap selamatlah hendaknya. Aku tak pasti adakah yang di pergunungan tu dah turun atau belum sebab sempat jenguk berita sekejap-sekejap masih lagi pencarian dijalankan. Semuga Malaysia sentiasa aman dari segala bencana. Orang Sabah muga tetap tabah menjalani kehidupan daripada segala bencana yang tidak kita ingini. Semuga kawan-kawan aku kat Sabah selamat sejahtera hendaknya. Aamin

Monday, June 16, 2014

Surabaya -Day 2 - Villa Mas Eko

Ruang Tamu 

  Assalamualaikum,
 Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Bromo dalam pukul 11 malam. Rupanya Villa Mas Eko ni merupakan sebuah rumah yang di jadikan macam homestay gitu. Ianya betul2 di tepi jalan. Sebelahnya merupakan rumah tuannya. Besar dan selesa. Ada 2 bilik dan 1 lagi katil di ruang yang terbuka tapi belah dalam lah. Katil yang empuk semuanya besar tapi yang tak tahan tu sejuknya. Masuk bilik air buang air bila kena air kolah... huhuhuhu macam air batu sejuknya. grrrrr gigil . Dah le takde air panas. Takde dapur cuma bilik air je satu kat belakang.       

Bilik aku dan kaknoor

Bilik nana dan Kak uda

  Ruang rehat menonton tv dan ada satu tilam besar didepannya. Ruang rehat ni berdepan dengan bilik aku dan kak noor. Dan tilam di depannya rupanya untuk Davit dan pembantu. Jadi kita orang kenalah cepat-cepat masuk tidur sebab kena bangun pukul 3 pagi nak mendaki melihat matahari terbit. Dek kerana sejuk yang amat huhuhu jadi tidur tak selesalah. Aku apa lagi bila sejuk jadi semput. Tu yang kaknoor geramkan aku sebab seharian dia dok perati aku ni asyik je beli air ais layan tekak yang asyik haus je padahal itulah penyebab batuk aku tak baik-baik. Aku sengeh je bila kaknoor tegur. Nak buat macamana godaan ais sungguh mengoda. Ya lah masa kat Restoren Sederhana air cap 3 kaki, lepas tu kat mana lagi aku beli air Sprite, air jus limau sampai 2 gelas. Bila sampai Bromo hah padan muka aku dah kena semput. Lepas tu kat Villa Mas Eko ni tak boleh nak masak air panas. Kita orang bawa 3 in 1 Nescafe, Milo, Horlick lagi. Biskut cap ping pong pun ada. Terpaksalah tuan rumah hantar termos dengan gelas. Layan air panas barulah boleh tidur.    


Ni gambar tuan rumah kedaung.


Ruang tamunya yang sejuk yang amat. Kusyen dia sedap tapi huhuhu sejuk. Tu pintu keluar terus ke jalan. 
Dah jom tidur nak bangun pukul 3 pagi ni. Kalau ngobrol je tak habis-hanis nak tidurnya pukul berapa. Sok nak mendaki bukit lagi nak tenguk keindahan pergunungan di Bromo. Yeh yeh yeh.




Tuesday, June 10, 2014

Surabaya - Day 1 Hotel 3V

Jom Sarapan, mee macam mee goreng tapi halus sikit, ayam goreng, sosej dan sikit sayur kut.

 Assalamualaikum,

Ok setelah lena di ulit mimpi di Hotel V3 Veni, Vedi, Vici yang terletak di Jalan Tambak, Bayan Tengah, No 17-19, Surabaya 60174,  dah puas dok golek-golek atas katil sambil sembang mak limah huhuhu perut sudah berkicau riuh rendah. Pagi ni kitaorang akan check out pukul 9 pagi. Lepas tu baru pi Bromo. Pergi bilik Kak uda, depa tengah bersiap, manakala ketuk bilik Kak Nam rupanya masih lelap lagi. Oleh kerana tak tahan perut sudah berkicau ajak kak uda dan nana le sarap dulu. Kak nam mungkin sarapan lambat. Barang pun dah ready nak tunggu pukul 9 lambat lagi. 
    
 Fuh dining hall dia macam nak pi kenduri kahwin je, bersampul bagai. Makanannya simple je dan tak banyak sangat variety tapi ok lah. Malahan kita iaitu aku jadi tukang bawa serunding dan kerepek kentang. Kalau agak-agak makanan tak leh masuk, layan dengan serunding dan kerepek kentang. Tu sebagai backup untuk makan le. hehehehe Tu pun si Aatian siap order nak serunding 1 kilo. Amboiiii demand sampai 1 kilo... takdenya aku nak bawa sampai 1 kilo cukup je 2 bekas serunding dan 2 bekas kerepek kentang. hahaha kalau nak ambil, tak nak aku bagi orang lain. Banyak songeh sungguh.

hah tenguk lah Dining hall dia

 Kolam ikan dia banyak sungguh ikan, manja-manja gediks gitu sebab bila kita hulur tangan je menderu-deru dia datang. hahahaha nak ngurat ek. Kalau lah ikan yang biasa kita makan emm memang aku cari jala, terus menjala lepas tu bakar. Tak pun pakai sauk je hahahaha tapi sebab ikan kaler-kaler macam ni emmm tak teringin nak makan. Tak lalu tekak den nak makan.   

Hah tenguk tu aku baru je berdiri nak posing eh dia terus menderu datang. 

Semalam dalam cahaya pun cantik bila dah siang lagi cantik tamannya


 Semasa dah siap nak check out hotel, Aatian pun jumpa dengan kita orang. Dia kenal kan lah dengan isterinya serta anaknya yang tua lelaki. Bila tenguk isterinya kita orang terdiam dalam hati berdetik eh mudanya. Dah macam baya anaknya yang lelaki je. Aatian yang baju warna coklat dengan topi koboinya dan isterinya yang pakai baju putih hitam. Dia juga akan ikut kami ke Bromo. Maknanya dia sefamily 1 kenderaan akan terus ke Bromo manakala kami akan meneruskan perjalanan ke kepulauan Madura ikut jadual perjalanan yang di berikan dulu.    

 Masa berjumpa dengan Aatian ni, senyum je Kak Nam, padahal sebelum ni bukan main marahkan Aatian bila dia naikkan rega minta tambah Rm 60. Agaknya dia ada pemakai kut yelah kalau tak pakai baju kita orang dah cabut...... hehehehe   

Ni gambar pelbagai event yang telah diadakan di Hotel tersebut

Hah tenguk lah tempat parking dia luas juga dikelilingi bangunan, tak pasti lah pulak rumah atau kedai. Sebab nak masuk ke hotel ni macam melalui satu terowong je. 

Yang baju hijau tu rasanya pekerja Aatian juga. Sesekali anaknya jadi drebar manakala Aatian macam jadi Tuan Besar bersama isterinya, dibelakang. hehehe Macam pi honeymoon je. 

Masa ni kami dah dalam kenderaan nak keluar dari Hotel tersebut. Banyak juga kenderaan  pelanggan yang bermakna ramai juga pelanggan yang menginap di sini. Tak pastilah rate dia berapa. Lupa nak tanya. 


 Hah nampak tak bangunan yang berjalur kuning dan merah tu. Hah tu le laluan yang kami kena masuk untuk sampai ke Hotel 3V. Ya lah selalunya Hotel di tepi-tepi jalan je kali ni kena masuk terowong untuk sampai jadi memang sah le kalau pemandu kita orang pusing-pusing keliling bandar sebab tak jumpa Hotel. Kenderaan hitam yang baru keluar tu lah kenderaan Aatian.  


Ni gambar hotel aku cilok dari pakcik google. 



Thursday, December 19, 2013

Bengkel Error Rate di Avilion Admiral Cove PD



Assalamualaikum,

 Bengkel ni sebenornya berlangsung pada bulan Oktober yang lalu. Nama aku mula-mula tak naik, sekali oleh kerana ramai senarai nama yang cancel disebabkan kekurangan budget, maklumle dah hujung tahunkan dan kekurangan orang nak buat coding jadi kenalah pergi. Terdapat 36,000 data sample tu nak kena buat coding dengan anggaran 50 orang coders termasuk verifier 1 dan 2. Jadi hari ahad selepas majlis kenduri kahwin anak Kak Ila, aku pun terus zoom ke PD. Masa keluar rumah tu dah nampak cuaca mendung sekali sampai kat Seremban dan sepanjang highway ke PD hujan turun dengan lebatnya sampaikan tak nampak jalan. Jadi slow2 aku bawa bluwy sambil kumat-kamit berdoa supaya selamat sampai ke distinasi yang dituju. Lepas hujan dah redan, sampai kat roundabout aku dah salah jalan. Sepatutnya ke kanan tapi aku ke kiri pulaknya. Ingatkan hotel tu dekat dengan Teluk Kemang rupanya ianya berdekatan dengan hospital PD. Jalan-jalan ait apasal tak nampak signboard Avillion ni. Dulu pergi naik transport Jabatan jadi, tak perasan le jalannya. Sekali dah nak masuk melaka dan semakin sunyi jalan lorrrr mane ni? Talipon kak temah rupanya huawaaaa aku makan langsat. Sadis sungguh.

                                 Ni para operator yang akan memasukan data yang telah di coding

   Buku ICD 10 3 vollume dah macam kamus Dewan. Malam pertama lagi dah mula coding sebab kalau tak mula bila masanya nak menghabiskan sample yang menimbun2 tu hah. huhuhuhu Berpinar-pinar mata membuatnya.


 Ni meja kumpulan 1. Oleh kerana kekurangan coders verifier 2 kena tolong buat coding juga. Bila verifiers 1 dah start buat kerja baru verifiers 2 selesaikan. Coders dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Lepas tu 3 orang verifiers 1 dan seorang verifiers 2.
   Selain daripada volume 1, 2 dan 3 ada lagi satu yang femes iaitu volume 4. Ni orang kat rekod memang tahu lah volume 4 tu apa.

                                           Masing-masing pun kyusuk je buat semuanya.

 Hari Isnin sepanjang hari menghabiskan coding. Verifiers 1 dah mula pula kerjanya. Petang tu sempat lah juga bawa Arifah dan Kak kamariah ke Teluk Kemang. Beli oleh-oleh untuk orang di rumah. Manakala hari Selasa pula aku bawa orang Serawak pula membeli-belah kat Teluk Kemang lagi.

                                       Ada kuda lah pulak masa hari Isnin tak nampak pun.

  Entah apa saje lah si Ivy dok ngok ngek dengan Monica dan Fauziah. Hepey je keluar dengan mereka. Yalah setelah seharian buat coding. Ikutkan petang tu ada buat senam robik tapi kita orang cabut keluar jalan-jalan cari pasal. Sempat lagi tu pi cari kedai runcit ada kiriman dari member lain.

  Hari ke 3 dah rehat dah sebab coders dah banyak selesaikan sample. Tinggal verifiers 1 dan 2 pulak yang dok pulun kerja mereka pulak. Selalunya kalau buat error rate ni memang yang mula yang teruk tapi hari akhir dah boleh lepak2 dah.

 Suasana pantai Teluk Kemang yang indah. Hari bekerja kan mana ramai orang lainlah kalau hari Minggu cuti sekolah mesti ramai orang.
  Kali ni aku bawa orang HKL lah pula pi Teluk Kemang. Huh sakan sungguh aku sampai 3 hari berturut-turut ke Teluk Kemang. Ala bawa kengkawan yang jauh. Petang tu pun escape juga dari senam robik. hehehehe, Dan setiap kali balik dari Teluk Kemang je kita orang tunggu sunset lepas tu makan malam sebelum malamnya sambung lagi.

   Posing depan pintu masuk. Masa ni takde kereta nak masuk. Sekali sedang syiok posing pelbagai gaya sekali lalu kereta waja alaa bos depa berdua dan juga exboss aku dulu sebelum En Azmi naik pangkat dan pindah HKL. Apa lagi lah kelam-kabut cepat2 balik. hehehehe malu deh berposing bagai nak rak.
                                                                     Ni Verifiers 2
                                      Verifires 1 dok pulun sebab banyak sangat yang eror.
 Ni coders kumpulan 1. Latifah sebenarnya sepatutnya jadi verifiers 1 tapi aku yang jadi batu api suruh dia jadi coders sahaja sebab coders cepat siap. Cepat dapat rehat. hahahaha

   Sample yang dah siap di coding dan dah dimasukkan dalam pc oleh operator yang bertugas.
                       Ni dah nak balik. Semua hepey je dah nak balik tempat masing-masing.
      Ni operator yang bertugas merangkap  urusetia bengkel. Apa pun sesekali kerja di tempat best walaupun tension sebab banyak buat coding tetap enjoy sebab tempat best dan cantik, makan pun ok, tempat tidur pun memang selesa. Semua pun balik dengan gembira sebab dapat siapkan kerja walaupun untuk analisa hanya dapat siapkan satu state je sebab verifiers 2 dok pulun sampai akhir sebab banyak eror. Apa pun kita tetap enjoy.