Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Friday, December 13, 2024

Gathering dgn BFF di Thaikor IOI



Assalamualaikum,

Minggu lepas oleh kerana dah lama tak lepak dengan geng opis lama hah sanggup aku ambil cuti (yang sebenornya cuti tahun banyak lagi)  hanya kerana nak lepak dan makan sambil bergosip. hehehehehe rindu geng belakang. Kita orang pi Thaikor kat IOI. 

Monday, November 14, 2022

Port best makan dan lepak di Sg Abong Muar

 


"Port Best makan dan lepak kat Sg Abong Muar"

Gaisss, korang yang belom sampai, kene set time singgah sekali kat sini. Pelbagai aneka menu dan hidangan disediakan berkonsepkan medan selera..
Lepak dgn suasana santai sambil menikmati hidangan2 yang enak kat sini lalu dijadikan kenangan indah bersama sahabat dan family..
Landmark kami belakang hospital Muar jalan Sg abong, kalau dari hospital masuk jalan sg abong depan sikit je dah nampak kedai kita belah kiri (depan ade bangunan tengah di buat)
Google maps
Markas Food Court
010-790 4535
Waktu operasi
Setiap hari 5.30 ptg hingga 11.30 malam.
Cuti hari rabu..

Thursday, July 7, 2022

Jualan setiap Khamis di Kementerian Pembangunan Luar Bandar

 


Assalamualaikum,

Hari ni merayap jap kat luar. Member ajak pi cari Uncle yang jual mask kat Anjung dulu. Sekarang dia jual kat Kementerian  Komunikasi  & Multimedia. 

Hah bila dah sampai wah....ada jualan lah kat kaki jalan. Geng kata jualan ni lagi besar. Kiranya jualan terbesar lah kalau area Putrajaya ni. Hah jom kita skodeng apa yang ada.  


Hah sepanjang jalan tu. Ni kita orang cari parking nak landing jap.





Hah jualan tersebut berhadapan dengan bangunan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Memang sesuai le sangat kalau produk kampung ada terdapat.


 Tu dia ko. Petai melambak dia jual. Cantik. Ni kalau nak beli persiapan untuk Raya Haji dah boleh ni. Siap ada daun ketupat dan daun ketupat Palas. Cantik pisang Nipah tu. Pakkal le duit ciput-ciput je kalau terlebih emm memang memborong le gayanya. Geram kalau tenguk hasil kampung banyak dan macam-macam jenis.    



Jom kita jalan lagi

 Sayur-sayuran segar dari ladang. Best sungguh ni. Kalau murah lagi best


     Gerai ni memang setiap hari Jumaat ada berniaga kat tempat kita orang. Aku selalu beli pisang Nipah buat goreng hari minggu. Kalau pisang dah masak tu sedap buat cekodok. Kalau ubi elok boleh buat ubi godok makan dengan sambal tumis layan dengan air kopi. perghhhh mantap. 
 



Nampak gerai ni terus je terpacak depan dia sebab ada pelanggan lain. Beli Laksa Johor semangkuk Rm12. Sedap juga cuma kurang letak daun selasih jadi kurang kick baunya. Tapi ok lah kuah dia sedap dan pekat.



Aku geram tenguk sambal cili dia semangkuk penuh. Satu hijau satu merah. Macam nasi geperek je. Tapi orang ramai beratur jadi cuma jeling je lah.



Baju bajan pun banyak juga.


Yang ni memang mengoda sungguh. Green teh cincau. Belum lagi tea cincau marbeles. 


Ada jual ketupat palas frozen juga. Aku beli 2 paket bahan nak buat steam bot. Tinggal beli sayur je. Tu pun kata pekedai tu minggu depan naik harga. huhuhu sabor je lah. Masing-masing dah standby nak naik harga. Huwaaaaaaaa  



Gerai pecal tu pun berderet. Tapi sebab setiap hari jumaat dia ada berniaga di tempat kita orang jadi jeling je. Kita tenguk yang tak ada di tempat jualan KKM.


Macam- macam ada. Makanan nasi kandar, laksa, makanan asli ke western ke semua ada.  Jualan ni kita orang tenguk yang sederet depan je. Ada lagi jalan ke belakang. Tapi lain kali lah.

Dah dapat apa yang di hajati apa lagi kita orang pun ke Kementerian Komunikasi & Multimedia cari face mask. Best corridor dia. Cantik. Ada tempat lepak. Ada jual berger dan kopi.  Syiok sesekali layan berger dengan kopi special. Aku tak ambil gambar dia sebab terlupa dek kerana terpegun melihat kecantikan bangunan tersebut.
  




Sunday, January 19, 2020

Desa Keroma Eco Resort Muar





Assalamualaikum,

Masa nak JJCM 2H 1 M di muar search punya search penginapan yang ada kolam muncul lah nama resort ni.  Home stay dan hotel banyak juga di muar tapi agenda utama kami selain nak JJCM ialah nak berendam.  Dan akhirnya semua pakat pilih tempat ni. Apa lagi DD terus je booking.



Mula-mula kami booking Family room orked bilik atas tu yang boleh muat 5 orang. Tapi bila sampai je dan tenguk macam sunyi je takde orang terus kami tukar fikiran. Rupanya dia ada 2 tempat. Yang kami sampai ni halaman utama dan luas tempatnya.


Ada deretan kedai dan juga tempat pendaftaran di pintu masuk Resort. Ingatkan nun di sana tempat pendaftaran tapi rupanya nun di sini tempat pendaftaran. huhuhu jauh sih aku park kereta. hehehehe kena pusing balik ke depan.  Antara deretan kedai ni yang pertama merupakan tempat pendaftaran.  Sekali tanya mana kolam renangnya. Rupanya ada satu lagi tempat di sebelah kiri. Jadi kita orang pun request nak tukar bilik . Nak yang dekat dengan kolam.


Ni lah tempat pendaftaran. Masa ni dah nak balik. Masa datang terlupa nak ambil gambar dari depan.

 Oleh kerana masa kami sampai tak ramai yang menginap jadi boleh lah permintaan kami di tukar. Tapi kena tambah duit lah sebab Bilik Orkid RM 320 manakala bilik kenanga ambil 2 jadi RM 340. Kami setuju je sebab nak dekat dengan kolam. Bilik kenanga ni katil single 2. Jadi salah satu bilik kena tambah tilam lah.


      Adik manis resort pun bawa kami ke tempat lagi satu dimana terdapat rumah yang lagi comel dengan kolam renang di hujungnya.  Ada kolam ikan di belah kiri jalan masuk ke resort yang ke dua.

 Ni lah rumah seroja, kenanga, Chempaka dan kesidang. Yang besar tu 2 tingkat Rumah Bangau.


 Ni tempat lepak dan posing. hehehehe Ada meja dan kerusi serta water cooler pun ada. kat tingkat atas tu ada buaian dan ada bilik atasnya. Agaknya untuk staf Resort kut.


            Gazebo sampan ala-ala titanic gayanya.


Harga bilik-bilik di Resort tersebut. Ni harga lama. Bila aku tenguk facebooknya bagi tahun ni banyak diskaun di beri. Mur-mur lah. huhuhu Ialah Bilik kenanga dari RM 170 jadi RM 100 ja. Jadi sesiapa nak pergi muar dan cuti jalan-jalan boleh lah booking kat Desa Keroma Eko Resort.

        Bilik yang simple tiada tv. Katil ada 2.  Bilik air comel. Kiranya semua kemudahan asas sahaja.



Bilik yang kami duduki.


Ada 8 buah rumah semuanya. 4 jenis nama dan bentuknya.


Suasana yang damai serta terhindar dari keriuhan kota raya. Memang mendamaikan.


                                  Jom lah cuti-cuti Muar. Cheh promosi muo lah pulak.

Monday, November 18, 2019

JJCM Muar - Hari ke 2



Assalamualaikum,


Semalam enjoy sangat makan. Hari ni kita enjoy lagi cari makanan sedap di muo. Malamnya hujan jadi cuaca pagi nyaman je. Aku dah maklumkan pagi kita akan cari sarapan kat luar jadi kena keluar awal.  Sekarangkan masuk subuh awal jadi pukul 7 dah terang.  Pukul 7.30 pagi kita orang pun keluar cari sarapan.

Thursday, November 14, 2019

JJCM Muar - Hari 1



Assalamualaikum,

Hai apa khabar semua. Alhamdulillah dapat buat trip percutian 2H1M di muar aka Jalan-jalan cari makan.  Tahun ni banyak juga acara JJCM.  JJCM Kuala Kangsar, JJCM melaka dan baru ni JJCM Muo. Agenda JJCM muo ni lebih kepada nak bawa kawan, jalan-jalan sekitar muar. Ikutkan muar ni home town aku tapi selalunya, kalau balik kampung terus je balik Bakri yang terletak 6 batu daripada bando muo. Jadi memang dah lama juga tak meraoun bando muo....hah ko dah keluar slang muo aku......hehehehe.   

Friday, October 20, 2017

Ke Ipoh Moh kita edisi ke 2 - Kampung Kacang Puteh


Assalamualaikum,

Alhamdulillah...perut sudah kenyang sarapan.. sebelum balik rumah sue kita borong kacang puteh ya.... jom jom jom.

Bestnya kat Ipoh ni sebab ada 1 taman jual kacang puteh. Sue bawa kami ke 1 rumah juga kedai menjual kacang puteh yang dia selalu terjah. Bila masuk je wah.....macam-macam ado... pilih pilih apa yang berkenan di hati


Hah tenguk ni bersusun-susun dan berjenis-jenis kacang dan maruku. Nak  yang macamana. Yang besar ke yang kecil. Yang keras ke yang lembut. Yang kurang pedas ke nak yang pedas...hah mau tak rambang mata tenguk macam-macam jenis kacang puteh. 



Aku suka yang jenis halus-halus tu dan yang belah kanan tu jenis yang pedas. Yang tengah tu besar susah juga nak kunyah jika pakai gigi palsu.....hehehehehe nak sedap di tumbuk kasar-kasar lepas tu baru makan....hahahahhaha nampak sangat le banyak gigi dah uzur.



               Kalau nak berniaga hah satu buntil besor tu boleh bawa balik. Lepas tu buat pack kecil-kecil jual lah sepaket RM 2 ke RM 3 ke memang untung tu. Memang laku lah kalau jual paket kecil-kecil.

 Segudang kacang puteh pelbagai jenis untuk di jual. Boleh rasa dahulu sebelum beli. Murah-murah....siapa ada gigi boleh lah makan yang jenis keras-keras tu. Kalau taknak beli pun tak pa rasa je kacang untuk di rasa sampai kenyang....hahaha nampak sangat le kedekut sampai taknak beli barang sepaket ke 2 paket.... ada yang murah sepaket Rm 2. Banyak sikit Rm 3.


Kedai yang Sue bawa ni memang murah. Rambang mata nak pilih mana nak di bawa balik sebagai oleh-oleh.


Yang depan kiri dan kanan tu pun jual kacang putih juga. Masa masuk ni macam masuk taman. Tapi bila berhenti di rumah rupanya selain jadi rumah juga kedai jual kacang putih. 

 Selain daripada kacang putih ada juga jual kerepek pisang, dodol dan macam-macam lagi penganan untuk kudap-kudapan mulut.


      Hah siap ada papan tanda menyambut kedatangan kita orang. Selamat datang ke Kampung kacang puteh.....yehhhh Welcome to Kampung Buntong


      Bila tenguk ada pelbagai jenis kacang puteh serta kerepek.....mahu tak rambang mata.. rasa semua nak beli.  Ni Kak Uda dengan Kaknoor sedang membelek...nak beli apa ya


Nampak tak kain tirai sebelah peti sejuk tu....hah aku jenguk nampakle dapur dia sedang mengoreng maruku. Tapi tak boleh ambil gambar... taukeh dia sedang menunggu di sebelah tu hah.


Dah puas memborong hah tu dia ko....sekali berbungkus-bungkus. Iejaylah  yang paling banyak beli dengan sue. Tapi memang murah sebab bila bayar lagi banyak diskaun tuan kedai beri.


Bila nak balik hah ko penuh dengan bungkusan kacang dan maruku yang kami shopping. Tak muat hah ko letak atas pangkuan... dapat sample lagi untuk mengunyah dalam kereta. 


   Nampak kedai kacang putih lagi dengan deko kedai yang menarik. Rasanya tutup kedai ni sebab takde orang.

  Sampai rumah Sue sementara menunggu tengahari, kita orang pun kemas beg, gosok baju kurung kan nanti nak pergi rumah pengantin.... ada masa lagi tu golek-golek dulu  depan tv. Toto pun tak kemas lagi....hehehehe lepas tu sedap golek-golek sempat terlelap sememtara tunggu tengahari... hehehehe

 Pukul 12 lebih kita orang pun bersiap, masuk beg dalam kereta iejay lepas tu posing le depan rumah sue. Aku pulak dah testing kasut baru yang beli secara adhoc. Kasut dah tercabut lidahnya emmm tu yang cari baru.

                                                           Peace no war

               Posing punya pasal panas lit lit pun hentam saje labu.... hehehehe cantik banjaran gunung yang melingkari keliling bandar Ipoh.... ok Jom makan nasi pengantin serta tenguk pengantin. Chalo baiya...