Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Monday, August 26, 2024

Pejam mata Cafe di Bangi

 

Assalamualaikum,

Selepas penat merayap kat Floria Putrajaya kita orang pi cari makan lah. Oleh kerana Kak Jal ada jadi kita cari special sikit lah. Sebab lepas ni kak Jal nak balik Tangkak. Mula-mula kita orang nak pi Soru kat bangi sekali bila pergi tempat tu, parking penuh lepas tu dia bangunan 2 tingkat. Tempat makan kat atas. Oleh kerana macam tak sesuai jadi julie cari tempat lain. 

Thursday, August 22, 2024

Lauk biashe - biashe

 


Assalamualaikum,

Hari ni hari jumaat. Cc mila belajar buat singgang ikan tongkol style Terengganu dengan Aida. Lepas tu layan dengan tempoyak dan sambal belacan. Ada ulam timun dan buah tomato. Nasi panas-panas masak kat pantry. 

Perghhh semasa masak singgang tu bau dah sampai keluar walaupun pintu pantry dan tutup. Aduhaiiiii bila bau dah menusuk ke hidung ni....tak boleh jadi. Kena ngendap apa dah siap ke juadah hari ini.

Aku pula bawa buah nenas dan epal. Ada kuah Coleq beli kat FB. hehehehe Boleh lah try.




Hah ni coleqnya. Ada 6 jenis rasa. 

Tapi yang sedapnya ialah makan singgang ikan dengan tempoyak serta sambal belacan. perghhhhh menambah-nambah aku. Apa lagi dapat tempoyak digaul dengan sambal belacan.... menjilat jari. yum yum yum. Sedap. Nasi pulak panas-panas. 

Lepas tu layan nenas dengan coleq.... yum yum yum Alhamdulillah rezeki hari Jumaat. Terima kasih cc mila dan aida serta cc Shu. 


Monday, April 29, 2024

Marhaban pada Hari Raya ke 4

 


Assalamualaikum,

Tinggal syawal 10 hari lagi aku baru nak up pasal marhaban di kampung aku.  

Haha rare sungguh ni menjamu orang Marhaban dengan Ubi Godok aka Ubi Rebus. Dapat yang empuk perghhh mantol.

Tuesday, February 21, 2023

Jualan di E2 putrajaya


Assalamualaikum,

Macam yang aku cerita sebelum ni setiap hari Isnin , Rabu dan Jumaat ada jualan peniaga kecil-kecilan di sekitar E2, E7. Letak meja sekeping je dah boleh berniaga. Sewa sehari pun murah. Warga Parcel E memang seronok lah sebab boleh membeli makanan  dan macam-macam lagi jualan selain dari jualan di cafe Hj Jelani tu. Dah le mahal kadang jualan lauk pauknya asyik itu-itu je. Jadi bila ada jualan ni memang kami menunggu le. Kadang sanggup sarapan ringan sebab nak beli makanan kesukaan waktu tengahari. Jualan ni hanya berfungsi sewaktu masa rehat tengahari je lah.   

Thursday, February 16, 2023

Projek menghabiskan beras pemberian Ku Nan

 



Assalamualaikum,

Tajuk memang tak menahan sungguh. Padahal projek makan-makan. Tajuk gempak sungguh. 

Monday, February 13, 2023

Resepi macam-macam lempeng

 



Assalamualaikum,

Hari tu nampak kat FB resepi Opah , lempeng macam-macam jenis. Aku tenguk pun wah banyak rupanya jenis lempeng. Jadi aku tepek le kat sini. Nanti boleh cuba lah. Sapa nak cuba hah buat le ye. Kalau jadi hah pos kat aku....hehehehe  

Monday, February 6, 2023

Resepi Air Fryer - Perapan

 



Assalamualaikum,

Hah dok tenguk kat facebook banyak resepi perapan hah ni aku letak untuk sesiapa yang nak mencuba Masak menggunakan airfryer. Laaaaa tak habis lagi ke resepi guna air Fryer ni. hehehehe tu lah bila dah terjebak emm banyak pula munculnya. Apa pun entah bila ler aku nak mencubanya ni oiiiii. Takpe tepek je dulu kalau nak buat hah baru buat betul-betul ye bukan cubaan. Selalu share kat facebook nani bila naik memori lahhhhh tak buat lagi aku. Aiyakkkkk M tu tahap gaban. Tapi yang simple-simple kadang terbuat juga tu. Hah tenguk tu terbuat ye bukan rajin buat. hehehehe sabor je lah aku

Monday, January 30, 2023

Resepi menggunakan Air Fryer

 


Assalamualaikum,

Sejak  Sal dapat hadiah air Fryer aku pulak yang bersemangat cari resepi dia. hehehe Hah sal ni ada lagi ni resepi guna Air Fryer. Bila belek-belek resepi emm banyak rupanya kegunaannya. Bagus lah kalau amalkan guna Air Fryer je sebab nak jaga kesihatan dapat kurangkan pengunaan minyak. Ya lah masak melayu kalau tak goreng-goreng tak sah. Lah ni goreng udang pun pakai Air Fryer. Kena cuba ni. 




Bila tenguk ni oh boleh masak telur separuh masak tanpa guna air. Aku punya peberet ni telur separuh masak. Tapi bila masak selalu tak dapat agak masak dia macamana. Selalu samada belum separuh masak atau terlebih masak dah keras.  Tu yang rasa camne le depa masak telur separuh masak cantik je.
Ni boleh cuba buat lepas tu boleh buat roti titap yang aku pernah buat dulu yang Hanis ajor. 


Ikan bilis garaing tak payah pakai minyak beb. Nampak rangup je kan. Kalau letak dalam bubur sedap ni.


Yang ni lagi le aku tak sangka. Mungkin seafood cengkerang yang lain boleh juga kut selain daripada kerang.  Wah macam-macam punya resepi boleh masak. 

Kredit - FB Jalan-Jalan Cuti Santai


Hah buat sesiapa yang ada Air Fryer boleh lah cuba. Kena godak lagi ni resepi Air Fryer yang simple tapi berkhasiat. Kawan kata burncheese pun boleh buat. Aku nampak dalam Go Shop dia buat lasagna. em macam-macam rupanya.

Buat Sal Tuan punya blog sal punya hah buat ye jangan tak buat. Meh kita reramai mencuba resepi ini. hehehehe padahal simple bebenor. Aku yang tak pernah jumpa. Aiyokkkk Buat malu aku je. Alaaaaa hentam saje lah ye. Takpe le aku tepek buat rujukan masa akan datang...... Lai lai lai..... boleh cuba




Resepi roti jagung chesse



Assalamualaikum,

Aku nampak resepi ni di page FB Resepi Dapur Opah. Nampak macam senang je. Hah sal yang sedang cari resepi untuk test Air Fryer hadiah blogger bagi  dia boleh lah cuba. Tapi nak cari cheese yang campur-campur tu mana nak cari ye. Ala...hentam saje lah pakai cheese biasa. 

Aku tak tahan sebab nampak jagung. Maknanya selain buat bubur jagung, jemput-jemput jagung hah boleh cuba ni roti tepek jagung dengan cheese atasnya. hehehe 



Bahan atas tu gaul rata dan letak atas roti


                                     Bila dah bakar....yeh    Tadaaaaa.....cheese dia pergh macam piza lah pulak




 Idea sarapan cuti sekolah!

Perfect snack. Roti jagung cheese. Yummy!😋
Resepi 👇🏻
Roti, mayonis, jagung tin dan mozarela cheese. Campur je semua. Bakar.


Kredit Resepi Dapur Opah

Wednesday, January 18, 2023

Masak-masak dan makan-makan


Assalamualaikum,

Semalam geng belakang bergotong royong. Projek masak nasi lemak sebab  nak habiskan beras yang diberikan oleh Ku Nan yang Dr Mimi dapat. hehehehe apa da ayat aku sikit punya panjang berjela nak citer. hehehe

Ok jadi bila ada beras free sekampit masing-masing beri idea nak masak apa kat opis. Lagi pun tahun ni belum buat makan-makan lagi kan. Jadi kita orang pakat  masak nasi lemak dan bahan sampingan pot luck. 

Monday, January 16, 2023

Gemblong salah satu makanan Jawa




 Kuih lama bangsa JAWA

GEMBLONG...
Pulut tanak dan digaul ngan kelapa parut muda skit gula dan garam ..
Ditumbuk sehingga halus
Ditekan dalam dulang
Makanan yang lama dan payah nak dapat sekarang sebab rumit nak buat...
Kredit Resepi : yati che det

Wednesday, January 4, 2023

Donut Viral di putrajaya

 

Assalamualaikum,

Kat putrajaya parcel E  ni ada macam-macam jualan produk iks. Bagus jualan ni sebab dapat membantu  peniaga kecil-kecilan meniaga dan bagus pada kami sebab banyak pilihan makanan. Kadang macam-macam ado. Ko nak apa. Tudung macam-macam jenis. Seluar kecik pun ado ye. Makanan western ado, pantai timur ado, selera siam pun ado.  Kebab dari turki pun ado eh bukan resepi dia je. Dulu memang ori sebab makcik tu kahwin dengan orang turki. Suami dia yang turki tu yang tolong bungkuskan kebab. Tapi lepas PKP tenguk dah orang lain. Kebab dia pun dah kureng sedap daripada dulu.  

Kalau kat opis aku ni setiap isnin kat coridor pejalan kaki di E2. Setiap hari Rabu pulak kat area corridor cafe di E 7 dan E 6 serta di E2. Hari Jumaat pula coridor cafe E7 dan E6. Malahan kalau hari Jumaat aku suka sebab ada juga jualan dari kampung macam pisang tanduk, ubi keledek hah macam-macam le. Kalau hari jumaat boleh beli untuk masakan hari minggu. Buah-buahan pun ado. Kalau musim buah perghhhh. Kalau durian ado pun ado yang jual. Semerbak bau durian wanginya. Kalau beli tak boleh bawak masuk pejabat sebab orang semua tahu kita beli durian walaupun dah tutup dengan plastik. Tak boleh bawak bincang sungguh le kalau beli durian.  

Di antara banyak-banyak jenis makanan terdapat donut Viral. Mula-mula aku tak paham apasal panjang benor barisan orang menunggu nak beli. Rupanya nak beli donut. Kita orang perasan mula-mula penjual donut tu biasa-biasa je jualannya takde le baris panjang. Sekali dia buat macam-macam jenis donut hah tu dia berderet-deret orang nak beli. Kiranya bila dia tukar strategi je tu dia bersusun orang beratur.  

Tenguk le gambar atas tu... berderet dari atas tangga.....orang beratur.


Ni geng aku sedang berbaris nak beli donut.


Ni tak tau apa namanya


Yang ni parutan chesse. sedap aku dah rasa 




Ni macam coklat cornflakes








Yang ni mashmalow kiut....warna warni gitu

Ni macam kuaci

Ada lebih dari 10 jenis. Sebiji harga Rm 2.50. Memang sedap dan lembut rasanya.  


ooooo nama glemernya *DONUT PETRONAS VIRAL* yg dijual di jualan puspanita kementerian.




Yang ni pulak tengah beratur kat coridor E2. Setiap hari Isnin punya jualan.

Sebenarnya kat area putrajaya ni banyak je jualan IKS. Cuma kena tahu lah hari ni kat mana, hari esok kat mana. Jadi sesiapa yang tersesat kat area putrajaya tu kalau tengahari ternampak banyak gerai pacak macam tu hah pi le terjah. Macam-macam ado sampaikan kadang rambang mata nak makan apa.  

Kalau area menghala ke PICC lagi besar.....nasi ambeng, nasi kandar, nasi dagang, nasi kerabu hah macam-macam le. 

Sunday, December 18, 2022

Punten makanan jawa

 


Assalamuaalaikum,

Minggu lepas waktu datang kerja lalu lah cafe. Jadi sambil lalu tu tenguk lah apa yang ada di jual. Selalunya kalau beli sarapan tapau je dan makan kat pejabat.

Tiba-tiba mata aku ternampak sesuatu makanan yang aku tak pernah makan. Alolo apa le anak wong jowo ni......punten pun tak pernah makan. Jadi aku ambil le sepaket ni. Ada 3 ketul dengan sambalnya harga Rm 3.50.  

Aku tanya taukeh cafe Hj jelani......wah ada makanan jawa ni Hj. Dia kata ada orang yang hantar suruh jual. Tu lah ni baru pertama kali nampak ni kat cafe. 



Jadi pagi tu aku sarapan punten

Punten adalah antara makanan orang jawa yang terkenal di kawasan Sabak Bernam. Ia merupakan makanan yang dimakan sewaktu sarapan pagi. Punten ini seperti nasi himpit je rupanya, tetapi rasanya lain. Punten ini lebih sedap dan berlemak kerana dimasukkan santan.

Kredit kat google

Bila aku search kat google rupanya femes kat sabak bernam. Aku tak pernah makan sebab arwah mak aku tak pernah buat dan ajar anaknya makan. Tu yang aku tak pernah rasa. Lepas tu kena ada sambal cili api ,,,,,,perghhh sedap tu.

Jadi pagi tu aku sarapan punten. Cecah dengan sambal hijau. Kalau sambal cili api arwah mak aku pernah ajar. Buat sambal tu lepas tu cecah dengan ubi kayu rebus. 

Pedas tapi eh tambah lagi sambil colek dengan sambal cili api tu. Layan dengan kopi panas-panas. erkkkkk sodap. Lepas tu tersandar kekonyangan. eh.... ni musim hujan ni sedapnya cecah ubi rebus dengan sambal cili api . eh aku citer apa ni. Tadi bukan pasal punten ke dah menjajau ke ubi godok lah pulak. haishhh

Punten tu rasa santannya tidak berapa sangat. Macam nasi himpit tapi bukan sebab bentuknya. Apa pun dah tua bangka baru ko kata makan pertama kali punten makanan jawa........alahaiiiiii aku ni kan jawa muo bukan sabak bernam. Tu pasal tak tahu. 


Wednesday, December 7, 2022

Warung Ketupat Air Tangan Ibu di Muar


Assalamualaikum,

 Warung Ketupat Air Tangan Ibu, Muar
===========================
Korang kalau mengidam nak makan ketupat dan lauk2 raya, boleh datang sini. Macam2 jenis lauk raya ada.
Antara menu yg ada kat sini ialah :
🔸Ketupat
🔸Lepat Pulut
🔸Lodeh
🔸Sambal Kacang
🔸Serunding
🔸Daging - Rendang/Kari/Masak Lemak 🔸Ayam - Rendang/Kari/Merah/Kicap
🔸Ayam Kampung - Kari
🔸Sambal - Sotong/Udang/Kerang/Kupang/Telur
🔸Tahu/Tempe Sambal
🔸Perut Goreng Santan
🔸Kulit Goreng Santan
🔸Kupang Goreng Santan
🔸Asam Pedas
🔸Sayur Kampung
🔸Nasi Ambeng
🔸Nasi Lemak
🔸Ubi Rebus
Waktu Operasi :
☎️ Bermula 7.00 pagi hingga 1.00 petang (Rabu Cuti)