Thursday, November 19, 2026

20 th aniversary Blog Mulan - Kenapa saya ada blog

 


Assalamualaikum, 
Masuk rumah mulan nampak dia buat slot anniversary yg ke 20. Wah udah lama tu. Aku baru 17 walhal sebenarnya dah lama tapi guna multiply. Multiply tutup tanpa sempat tarik keluar cerita ke tempat lain. Nangis bucu katil ko bila ianya lenyap dari ruang angkasa Internet. Huhuhu

Bila macam ni eh banyak pulak idea dlm kepala otak nak bercerita. OK standby action

Part 1 - masa zaman sekolah 
Blog ni umpama satu diari online dalam kehidupan. Kita catat apa yg berlaku suka duka tawa gembira dan macam2 kita boleh buat dalamnya. Aku rasa ianya start zaman sekolah sebab aku suka catit dlm diari. Mana yang aku teringat dan juga tempat meluahkan rasa samada kejadian yg berlaku atau jumpa crush yg kita minat (contoh le).

Pernah berlaku diari aku di baca oleh adik lelaki aku, lepas tu dia kutuk dan gelak kan aku. Lek eleeee kena marah mak pun tulis dalam diari. Hish geram sungguh aku dgn adik lelaki aku. Rasa nak katok2 je tapi adik sendiri. Sejak itu aku nyorokkan diari tersebut jangan sampai org baca luahan hati aku. Tapi bila sesekali terbelek teringat nostalgia lama apa lagi peristiwa di pdg hoki high school muar. Crush dgn abg hoki jersi no 7 Sek St Andrew. Masa tu kat tepi longkang kering tepi padang sek  high school geng hoki SMSAB memberi sokongan kpd team Sek St Andrew masa lawan team hoki Kelab Muar yg terer.
Yg paling syiok lepas tu kami terjumpa di pintu gate Stadium Muar lepas tgk event apa aku dah lupa. Dia pandang aku dan aku pandang dia. Tapi aku kena cepat sebab geng hostel dah jauh tinggalkan aku. Tapi sempat le toleh belakang tenguk dia, macam dia tercari2 aku.  Ala zaman sekolah kan banyak je terfeeling kat boy sekolah lain.Lagi pun sekolah aku sekolah budak perempuan jadi bila sesekali terlepas kandang campur dengan sekolah lain tiba-tiba terjatuh suka pulak. hehehhe Akhirnya ia tinggal dalam lipatan kenangan aku. Apa lagi catit dlm diari. Hari ini dlm sejarah gitu. Tak pernah jumpa lagi dan tak tahu nama sapa. Hanya jersi no 7. Rupa pun dah lupa. 

Part 2 - zaman mula bekerja

Lepas habis SPM semuanya geng hostel dan kawan sekolah bertebaran di muka bumi. Ada yg pi oversea ada yg masuk itm (skrg UiTM) ada yg masuk maktab perguruan. Aku je yg mula kerja di hosp segamat pada penghujung tahun 80an.

Masa tu hp tak ada tapi talipon Telekom atau Booth talipon tepi jalan ada tapi kos mahal lah sikit . Jadi surat adalah penghubung aku dgn kawan2. Ada alamat terus on. Jadi aku rajin menulis surat bercerita hal ehwal aku di segt. Pergh kadang berkajang aku tulis sampai 5 or 6 ms kalau byk cerita le. Kadang sambung hari lain. Aini dan Masniah kawan hostel yang aku ingat selalu berutus surat. Tapi akhirnya terputus hubungan bila mereka dah habis pengajian di maktab. Masniah je aku jumpa sebab dia kahwin dengan orang Segamat dan mengajar di Labis. Hingga lah kami berjumpa semula di Fb tahun 2010. Rasanya balik dari kerja sambil belajar di UK baru aku daftar Fb. Rupanya ramai kawan sekolah cari aku di FB. Norkh cerita dia terbaca tulisan aku dalam blog Multiply dan menangis sebab aku tulis kenangan semasa di hostel. Junior aku Mas Abrizah pun cerita dia terbaca tulisan aku.  Ini aku dapat tahu bila dah berjumpa di Fb.  Tapi tu lah kenangan yang aku tulis tu , aku tak sempat copy dan buat kat tempat lain. 

Part 3 - zaman penghijrahan ke kota

Aku naik pangkat dari PT Rekod biasa naik ke AMRO dan kena berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1999. Opis IDS masa tu kat tingkat 10 Bangunan Perkim Jalan Ipoh. Daripada kerja di hospital biasa  naik ke ibu pejabat KKM. Masa tu zaman Internet baru bermula. Kerja aku di IP KKM mengumpulkan data Kesihatan dari 1 Malaysia dan menggunakan komputer untuk membuat kerja. Ingat tak chat dlm talian yg femes dulu Mirc ke apa. Lupa dah nickname group dlm chat tersebut. Kg. Com ke lupa lah. Tapi asl pleasss tu femes bila pertama kali chat iaitu age, sex dan lokasi. 
 
Masa tu bila ada free masa layari Internet cari cerita yg menarik. Terjumpa lah blog drive salah satunya.
Aku mula membaca blog drive penulis Anis Radha yg masa tu belajar di Jepun. Setiap hari sebelum bekerja pi blog anis nak baca nukilan cerita antara Kadok dan Kashah. Yang aku teringat ada sekali tu tulisan anis sedih sebab Kadok accident dan koma dan  Kashah bersedih. Ada background lagu Nasier Wahab tapi tak ingat tajuk dia. Melodi dia melankolia sungguh sampaikan aku menangis bila baca coretan cerita Anis tu. Nasib baik partition jauh dari orang lain cepat2 kesat airmata. hehehe. Akhirnya setelah mengikut  sekian lama terbit lah novel Releven kah aku Di hati mu aka R.a.d.h.a keluaran Jemari Seni .

Lepas tu jumpa penulis Noor Suraya dengan blog rumah kecil tiang 1000. Masa tu kak su duduk Kedah dan mengajar di Penang. Dalam blog Kak Su lah berkenalan dengan ramai peminat kak su malahan akhirnya jadi geng ulat buku. Merata tau peminat Kak su. Ada dari Brunei, Singapura dan Indonesia. Dalam blog kak su ada shoutbox komen. Kita orang berbalas message dalam tu sampai jadi geng walaupun masa tu tak kenal sapa. Usik mengusik bergurau senda di dlm blog nyanyian tanjung sepi yg kak su create lain.

Dalam blog lah silaturahim kami terjalin bila kak su terbit kan novel NTS under Creative Enterprise. Creative ni dulu femes novel dia tapi sekarang macam dah tutup je syarikat penerbitan dia. Masa kat perkim belakang opis tu PWTC aka WTCKL. Bila pesta buku hari2 aku pi time lunch. Masa tu penerbitan buku yang femes Creative Enterprise. Alaf 21 baru nak naik. Bila kak su kata nak launch buku NTS kat pesta buku apa lagi semua pakat nak datang nak beli dan dapatkan tandatangan Kak su. Ada tema purple gitu. 

Masa ni baru kenal blogger Ryn dan blogger Kak mon  dari Brunei. Mereka berdua adik beradik dan baik serta humble walaupun rumah mereka di Brunei rumah gadang ko. Besar.  Pernah ikut Kak Su pi Brunei masa pesta buku di Brunei dan tidur rumah Ryn. Bilik anak dara dia si Umairah tu jadi bilik kami tidur beramai2 hari last. Bayangkan 5 orang tidur  atas lantai macam dok hostel gitu. Bentang toto le. Masa anak buah aku dapat orang Brunei dan masa nak pi meminang aku bawa rombongan meminang pi singgah rumah kak mon yang macam Rumah bagaikan fairy tale konsepnya. Kenal Yah, Wan Amalyn , Wabbit , Lia dan geng ulat buku yg lain yang asalnya sebagai blogger berjumpa dan berkawan sehingga sekarang. Begitu lama ukhwah kami terjalin walaupun sekarang dah jarang jumpa.  Minat yang sama membaca novel akhirnya merapatkan kami dalam blogger asalnya dan di realisasikan secara realiti.

Part 4 - bermula sebagai blogger 

Bila multiply dah tutup aku pun macam nak buka blog juga tapi blog drive tu macam susah nak daftar. Nampak blogspot ok dan ada email Gmail terus terjadi lah permulaan aku sebagai blogger masa tengah jadi urusetia kat kelantan. Tengah boring godeh-godeh laptop terdaftar blogspot. 

Blog drive tutup dan ramai beralih arah kepada medsos lain seperti FB dan Istigram. Sekarang lagi lah macam2  threads lah tik tok lah. Dan ramai blogger yang lama dah tutup kedai. Selepas tu jumpa di pesta buku atau pi launch novel kaki novel. Sambil duduk bersembang dengar penulis bercerita sambil tunggu nak sign penulis. Kaki novel dulu tempat kita org berjumpa Di Avenue K bawah tu ada Burger King rasanya. Bila tokeh Kaki novel Encik Rizal maklumkan buku baru nak terbit apa lagi geng kita orang dan peminat penulis yang launch tu datang. Masa ni lah kami dapat berjumpa bersembang dan sebagainya. 

Sekarang aku menjalinkan ukhwah dengan generasi baru pulak. Yang lebih kreatif dan lebih berdaya maju. Eh macam icon kerja lah pulak. Apa le ayat aku. Generasi baru lagi tip top penulisannya. Ada idea fresh dan kadang banyak maklumat boleh di perolehi bila membaca blog mereka. 

Alhamdulillah berkat menjadi blogger aku dapat kenalan dan kawan baik yg sama suka baca dulu lah sekarang ni melambak novel tak di baca sebab tarikan hp dan medsos lagi kuat. Ada blogger yang aku dah jumpa secara tidak sengaja iaitu Blogger Yan  semasa meeting di langkawi dan Blogger Dayah aka DJ semasa audit luaran Eksa di pejabat aku di IPKKM dulu. 

Apa pun semuanya itu tinggal kenangan manis bersama blog. Semuga ukhwah kita berterusan. Aamiin 

Perghhh panjang berjela aku bercerita dah jadi macam Karangan bahasa malaysia pulaknya. Ya lah kan nak ambik exam SPM kan bulan depan. 

Terima kasih lah mulan sebab membuat N3 mengapa saya ada blog.  Di harap Mulan suka lah membaca coretan aku sambil mengimbau kenangan lalu Kuala Lumpur. eh 

Launch novel Radha di Sogo pata tahun 2006.


                                               Launch novel Nyanyian Tanjung Sepi di PWTC

Tuesday, November 17, 2026

Pemenang GA - 17 Tahun Blog saje suke-suke


 Assalaamualaikum,

Alhamdulillah kita sudah ada 10 pemenang ye.

No 1 : Blogger cie aka Rodziah dari Kuala Lipis = Tugasan yang laju telah cie sediakan.

 No 2 : Blogger Suria Amanda = Kerja rumah siap oleh influencer aka otai blogger 

No 3 :  Blogger Puan Hazel aka PH = Kerja sekolah yang telah di beresi

No 4 ; Blogger Sharhanah = Kerja rumah siap oleh peminat baru

No 5 ; Blogger CCL = Kerja rumah siap ye adik comel

No 6 ; Blogger Elma Balkish = Kerja rumah siap

No 7 ; Blogger Linda= Kerja rumah marbeles

No 8 ; Blogger Nieza= Kerja rumah memang bagus apalagi dari expert 

No 9 ; Blogger Syuhada = Kerja rumah tip top

No 10 ; Blogger Shuhaida saad = Kerja rumah tak siap habis


Daripada 10 pemenang rasanya ada 2 nama baru yang belum pernah join Ga aku sebelum ni iaitu Sharhanah dan Shuhaida Saad. Jadi boleh lah email nama , alamat dan no phone pada aku untuk penghantaran hadiah.

Hadiah akan mengambil masa lama sikit sebab obersea. Opss lupa Linda dah bertukar ke Perak kan. Hah boleh email pada saya alamat baru. Jangan lupa linda nanti sampai Hospital Selayang kang.

Boleh email pada saya notie.bakrian@gmail.com

Terima kasih semua. Cayang uolssss muah muah ciked

Saturday, November 14, 2026

Perth - Hari ke 3 - Pinnacle Desert


*ITINERARY DAY 3*
*Full Lancelin Tour*

🕌 4:25AM Subuh
🍽️ 6:30AM Breakfast at hotel (Waktu breakfast 6:30AM - 8:15AM)
👥 8:15AM Kumpul di lobby
🚌 8:30AM Depart to Pinnacles & Lancelin Sand Dunes
🍽️ Picnic Lunch at Harold Park Lancelin
🕌 Solat Jama’ at Al- Majid Mosque 
🍽️ 5:30PM Dinner at Belmont Kebab & Pizza

📌 Reminder

- Sila pakaian yang sesuai sekiranya ingin sewa sand board (seluar, kasut, etc.)
- Esok kita akan solat Jama’ (Zohor-Asar) di masjid. Boleh bawa kelengkapan solat terus seperti telekung.
- Jangan lupa charge wifi pocket, phone, powerbank, barang eletronik yang lain.
- ⁠Sila pastikan passport & barang berharga disimpan dengan baik. Tak perlu untuk bawa passport semasa aktiviti.

Assalamualaikum
Aduhaiii hari ke 3 baru nak up citer. Kali ni awal sikit sebab nak pergi tempat jauh. Bawa telekung sekali sebab tak sempat sampai hotel seperti semalam. 

Sarapan pulak macam biasa. Lupa ambil gambo tapi ingat tapau air jus dan croissant sedap. Wajib tu. Hehehe
Perjalanan jauh tak ingat sampai pukul berapa. Tapi berhampiran dengan laut. 

About Pinnacles Desert
Pinnacles Desert, a striking natural wonder nestled within Nambung National Park in Western Australia, enchants visitors with its surreal landscapes. This unique desert showcases limestone formations, known as pinnacles, rising dramatically from the golden sands. Standing like ancient sentinels, these weathered pillars reach heights of up to five meters, creating an otherworldly scene.

Formed over thousands of years through the erosion of seashells, the Pinnacles Desert unfolds across vast expanses, offering an immersive experience of the natural forces shaping our planet. The park’s diverse ecosystems also harbor an array of wildlife, including emus and kangaroos, providing a captivating blend of geological wonders and Australian biodiversity.

As one explores the desert’s labyrinthine trails, the juxtaposition of the eerie pinnacles against the vivid sky paints an unforgettable tableau. Recognized for its geological significance, the Pinnacles Desert invites adventurers to delve into the mysteries of time and nature, making it a must-visit destination in Australia.

ini gambar dari Google. Nanti aku letak gambar kita orang kat sana. 

Kalau ikut cerita Rafis tempat ni dulu lautan. Tapi entah berpuluh tahun kejadian dia air laut kering dan terhasil lah kejadian yang begitu unik sekali. 

Tak dapat bayangkan waktu dulu macamana ek. Sebab pantai dengan tempat kejadian yang kami pergi ni jauh juga. Tapi dalam bas nampak juga sayup lautan nun di sana. 

SubhanAllah kebesaran Allah yang menjadi kan rupa bumi macam tu.

Kawasan dia besar dan ada juga yang naik jeep tapi kena bayar lebih lah. Kita orang turun dan jalan slow slow sebelum sampai tempat yang di tuju. 

Yang geram tu banyak juga bunga sedang berkembang. 

Orang dah ke depan aku dok ralit ambil gambar bunga sambil jalan lenggang kangkung. Ala ode ode lembu patah tanduk eh.. Tersasul plak nyanyi sambil lenggang kangkung. Hehehe
hah tenguk le ni macam nak terjebur dalam rangkulan pokok bunga. Biasakle aku ni pantang nampak pokok bunga berkembang.

Depan aku ada sepasang suami isteri. Suami tukang ambil kan gambo isterinya. Banyak juga posing. Sekali aku tunjuk le posisi yang cantik bila ambil gambo. 
Lepas tu aku cakap kat isteri dia kita ni selalu ambil gambo orang lain cantik tapi bila orang ambil gambo kita huh ala kadar je. Isteri dia tu cepat2 setuju kata aku. Suami dia bengang je bila aku cakap cam tu. Adehhhh lupa plak tanya nama couple tu. Lupa plak ambil gambo candid pasangan tersebut. 

unik kan bunga dia

Ni lagi

Bagus juga peringatan yang di beri agar dapat terpelihara tempat tersebut. 
Dah nampak bayang dia. Tak sabor ni
Semakin dekat tapi bila belek kamera eh mana lagi gambo. Rupanya time posing guna phone kak nong dgn nurin. OK kita gembur balik gambar lain. 

Yang bertiga depan tu anak beranak. Hah couple belakang tu yang aku citer tadi. Tapi yang sweet tu suami dia layan je kerenah isteri dia. Sweet lah kan. 

Nasib baik pakai warna merah mak ngah jadi boleh kontrast dengan alam sekeliling.
Pasir dia halus gebu. Macam je sebab aku tak rasa pun pasir tu eh pegang. Ade pulak main rasa rasa pasir. Lapor ke gamaknya.

Yang lain tak nampak bayang dah naik ke atas kut. Kita orang tak berani pi jauh takut nanti lambat pulang ke sarang eh ke bas. Aku kan jalan slow depa jalan laju bagaikan arnab dengan kura2. Hah gitu le kaedahnya.

Sekali masa aku dengan kak nong berposing datang minah saleh tegur kita orang. Nama dia Helen datang dengan famili dari Melbourne rasanya.
Apa lagi sakan aku berpeluk posing dengan dia. Tapi dia macam cuak juga bila aku peluk kuat. 
Hah macam ni aku peluk. Mau tak minah saleh tu cuak. Ya lah entah sapa2 tiber peluk kuat camtu padahal pertama kali gitu. Aku bukan apa nak tunjuk kan betapa harmoninya org mesia sampai posing peluk sakan camtu.Nasib baik  Helen sporting. 

Lagi gambo kami. 

Gambar yang nurin share jadi kecil napa ye. Ni gambar Awin dan suami. Awin orang batu pahat dan suami dia kerja kat kerteh orang tganu. Orang minyak gaji besor. Kak nong citer Awin beli kasut mahal kat Perth tapi berbaloi sebab kat mesia mahal harga dia. 
Awin rajin join kita orang bila 3 geng bersembang. 

Amboi kak raja posing dengan adnin. Ada gaya posing anak beranak ni. 

Yang ni pun kaki travel ni. Kaki posing pun ya. Masa dalam flight pergi si Dirah yg baju hijau tu senyap je sebelah kak nong. Tapi lepas kejadian aku posing tak ingat dunia lepas ni rajin dia tegur aku. Tang tu nanti aku citer.

Apa hal le tu balik semak. 

Ini Amer. Student di University di cyber Jaya. Macam hero citer korea kan. Tinggi tau. Mak dia comel je. Mak ngah dia tak pernah nak menegur kita org tapi mak amer ni peramah juga. Selalu terdengar mak dia mencari amer sebab amer kadang jalan sorang2. 

Bila belek gambar takde gambar group ramai masa kat sini sebab masing2 dah ke mana tak tahu dan tak nampak.  Oleh kerana aku Dan kak nong dah puas kat situ terus je balik semula ke tempat bas tapi belok ke kanan sebab ada tempat atau macam galeri kecil tentang tempat ini. 

Gambar dalam galeri tersebut. 

Galeri dia kecil je. Lepas tu kat luar ada tempat shopping souvenir. Masa ni aku jumpa sabun buatan local. Best sebab ada macam2 campuran bauan Dan sabun dia padat. Harga dia offer 3 buku 15aud. Aku dah pegang dan kemudian cari keychain. Sedang belek keychain Rafis nampak aku pegang sabun. Dia kata kat Fremantle boleh dapat murah. Jadi aku pun pulang balik sabun tu kat tempat dia lepas tu baru nak bayar keychain yang aku dah pilih. Bila cari kak nong rupanya kak nong dah bayar. Ya sudah. 

Selesai semua kita orang naik bas pi tempat lain pulak. 


Ni video yang sempat di ambil