Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, July 14, 2026

Resepi bermanfaat




 Assalamualaikum. 

Hari tu sempat generate resepi kat face book. Ni Cuba try test by phone. Jadi ke tidak 

Sunday, June 14, 2026

Rendang Nasib airtangan Seri Kandi dari Tanah Jauhar


 Assalamualaikum,


Pi jenguk rumah Sk sekali dia masak Rendang Nasib ko.....alahaiiii napa pulak jadi lagu tu. Hasil dari resepi yang SK beri tu aku suruh mem Chatgpt buat gambo.....hah jadi lah macam ni. Senang kalau nak buat nanti boleh rujuk gambo ni je.

Kalau tenguk bahan yang membedakan dia ialah ada tambah ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kalau ada bahan ke tiga ni dia jadi sedap tau. Rasa berempah gitu. eh macam le aku dah rasa rendang SK masak. Tapi biasanya kalau 3 bahan ni macam serunding ke atau masak  ungkep memang sedap. Tapi paling best kalau orang lain masakan untuk aku. hahahahaha hah tu lagi sedap sebab rasa airtangan orang lain. 

Thursday, April 6, 2023

4 jenis air boleh di cuba semasa berbuka

 

PUNCH BUAH - BUAHAN

Bahan-bahan:

 ½ cawan ais
 2 keping limau nipis
 2 sudu besar fruit cocktail
 2 sudu besar jus fruit cocktail
 1 sudu besar jus limau nipis
 Spritzer Sparkling Secukupnya

Cara:

1. Dalam satu cawan, masukkan ais, kepingan limau nipis, fruit cocktail, jus fruit cocktail dan jus limau nipis.

2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya. 



BLUE OCEAN

Bahan-bahan:

 1 sudu besar bunga telang
 2 sudu besar air panas
 Spritzer Sparkling secukupnya
 2 sudu besar cordial oren
 1 cawan ais
 2 sudu besar biji selasih (direndam air panas)

Cara:

1. Dalam satu cawan, masukkan bunga telang dan air panas. Rendamkan selama 20 minit.
2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya. Tapis.
3. Dalam cawan yang lain, masukkan cordial oren dan ais.
4. Masukkan air biru yang dibuat seketika tadi.
5. Masukkan biji selasih. 

LIMAU ASAM BOI

Bahan-bahan:

 6 biji limau kasturi (dibuang biji)
 1 sudu besar gula
 Spritzer Sparkling secukupnya
 2 - 3 biji asam boi
 ½ cawan ais

Cara:

1. Dalam satu blender, kisarkan limau kasturi bersama gula dan spritzer sparkling. Tapiskan.

2. Dalam satu cawan, masukkan asam boi dan ais. Masukkan air limau kasturi yang dikisarkan tadi. 



SODA HERBS

Bahan-bahan:

 1 batang serai
 2 - 3 biji laici
 3 kepingan lemon
 1 batang daun pudina
 2 - 3 biji asam boi
 ½ cawan ais
 Spritzer Sparkling secukupnya

Cara:

1. Dalam satu cawan, masukkan serai, laici, lemon, pudina dan ais.
2. Masukkan Spritzer Sparkling secukupnya. 


4 Resepi minuman SEDAP yg sangat menyegarkan! 😋
Kami gunakan Sparkling Spritzer untuk dapatkan fizz yang sihat tanpa gula dan kalori berlebihan.
Kredit resepi: Seismik Makan


Assalamualaikum,

Kita dah masuk Ramadan yang ke 16. Ni aku tepek resepi air tersedap sekali. hehehe. Yang aku dah buat soda herbs. Tapi kalau tenguk pada resepi ni dia ada campurkan dengan spritzer sparkling. emm kena cuba ni gunakan spritzer sparkling. Rasanya agaknya camne lah. Kut lagi sodap tak hengat bila minum. hish hish mengoda sungguh lah.



Wednesday, April 5, 2023

Resepi Khairul Aming - Colek seafood celup tepungl


 

Assalamualaikum,

Hah ni ada satu lagi resepi KA yang viral. Nampak macam best je main colek-colek gitu ko. Tapi nampak macam best je dan sedap. 

Ada kawan aku dah mencubanya. Buat dan makan semasa nak berbuka. Lepas tu dia up kata sedap. Emm nampak gaya kena cari seafood ler ni. Fishball crab semua ball ball tu emm memang menjadi kesukaan bila beli yong taufu. Ni buat colek-colek emm lagi best kut. Tapi kalau ikut kata Dr Rafidah jangan guna banyak minyak tak sihat. hehehehe ala...kita yang buat dia kan. Buat berpada-pada ler. 


Monday, April 3, 2023

Resepi sambal pelbagai gaya dengan ikan bilis

 



Tempoyak ikan bilis & petai..

Bahan-bahan
*2 ulas bwg putih
*5 ulas bwg merah
*Segenggam cili padi
Ikan bilis
3 sudu tempoyak (nak letak sekilo pon boleh.selera masing2)
Daun kunyit - hiris(urat tengah daun yg keras tu aku buang)
Petai
Air
Gula, garam & serbuk perasa

- tumbuk pakai lesung batu semua bahan tanda *.kalau korang malas sila la pakai blender

Cara-cara:
Tumis bahan tumbuk/blend smpai garing & Masukkan ikan bilis.. dah sebati baru masukkan tempoyak & 1 cawan air.. kacau sampai agak2 masak & pekat.. masukkan gula,garam & serbuk perasa.

Agak-agak dah pekat ikut citarasa masing-masing baru masukkan petai & hirisan daun kunyit.. nak basah-basah sikit tambah la air sikit.jangan ko letak air 1 baldi pulak.jadi sup nanti. kacau 3-4 kali terus tutup api.

Tuesday, March 28, 2023

Resepi Khairul Aming Desert ala Tembikai

 


Assalamualaikum,

Hari tu hari ke berapa tah puasa KA up desert ni. Aduhaiiiii bila di potong buah tembikai tu kalau sejuk-sejuk perghhhh. hehehehe Nampak mudah jekan Tapi tu lah pengorek buah tu takde. Emm kita korek le apa yang ada pekakasnya. 

Aku letak kat sini mana tau teringin nak buat nanti. Hah sonang belek-belek resepi dalam blog.

Tenguk kemerahan buah tembikai dah buat kecur je apa lagi kalau dapat tembikai yang manis. Waduh ibuk bapak ngences sih kalau di tenguk. hehehe 

Sunday, March 26, 2023

4 Resepi Air berbuka Khairul Aming yang femes tu


 

Assalamualaikum

Hari pertama lagi Khairul Aming dah tunjuk resepi buat air. Yang tak tahan tu bunyi air batu dia. emmm mengoda sungguh. Hah apa lagi. Boleh lah cuba ye. Aku letak kat blog supaya boleh ulang tenguk kalau dah lupa resepinya. Kadang dah banyak sangat video tak ingat yang mana satu. Semuanya best.    

Ni KA bagi 4 RESEPI AIR BERBUKA : Teh Bunga Longan, Orange Juice Soda, Bandung Laici & Coconut Shake Gula Melaka. Semua air ni senang nak buat kat rumah, bahan pun tak banyak. Selamat berbuka! 😁




Tuesday, March 21, 2023

Resepi Air Asam

 


*Resepi Perut Air Asam*

Bahan-bahan
Perut lembu
Cili padi
Belacan
Air asam
Bawang merah
Tomato
Limau nipis

Cara-cara.
1-rebus perut sampai empuk..tinggal kan sikit air rebusan
2-cili api dan belacan goreng sekejap blend dengan air asam jawa (jgn hancur sangat)
3-hiris bawang merah dan tomato kemudian masukan garam dan perasa
4-Satu kan semula semua dalam periuk rebus perut tadi...gelegak kan sekejap je...perah limau nipis 

Tuesday, February 21, 2023

Resepi pelbagai cekodok

 



Assalamualaikum,

Hah hari tu aku nampak dalam fb ada banyak resepi cekodok. Jadi aku letak le kat sini. Sapa-sapa nak cuba hah boleh le buat. Selalu buat cekodok pisang dan jagung je. Kadang cekodok ikan bilis. hah ni macam-macam rupanya.

Monday, February 6, 2023

Resepi Air Fryer - Perapan

 



Assalamualaikum,

Hah dok tenguk kat facebook banyak resepi perapan hah ni aku letak untuk sesiapa yang nak mencuba Masak menggunakan airfryer. Laaaaa tak habis lagi ke resepi guna air Fryer ni. hehehehe tu lah bila dah terjebak emm banyak pula munculnya. Apa pun entah bila ler aku nak mencubanya ni oiiiii. Takpe tepek je dulu kalau nak buat hah baru buat betul-betul ye bukan cubaan. Selalu share kat facebook nani bila naik memori lahhhhh tak buat lagi aku. Aiyakkkkk M tu tahap gaban. Tapi yang simple-simple kadang terbuat juga tu. Hah tenguk tu terbuat ye bukan rajin buat. hehehehe sabor je lah aku

Monday, January 30, 2023

Resepi menggunakan Air Fryer

 


Assalamualaikum,

Sejak  Sal dapat hadiah air Fryer aku pulak yang bersemangat cari resepi dia. hehehe Hah sal ni ada lagi ni resepi guna Air Fryer. Bila belek-belek resepi emm banyak rupanya kegunaannya. Bagus lah kalau amalkan guna Air Fryer je sebab nak jaga kesihatan dapat kurangkan pengunaan minyak. Ya lah masak melayu kalau tak goreng-goreng tak sah. Lah ni goreng udang pun pakai Air Fryer. Kena cuba ni. 




Bila tenguk ni oh boleh masak telur separuh masak tanpa guna air. Aku punya peberet ni telur separuh masak. Tapi bila masak selalu tak dapat agak masak dia macamana. Selalu samada belum separuh masak atau terlebih masak dah keras.  Tu yang rasa camne le depa masak telur separuh masak cantik je.
Ni boleh cuba buat lepas tu boleh buat roti titap yang aku pernah buat dulu yang Hanis ajor. 


Ikan bilis garaing tak payah pakai minyak beb. Nampak rangup je kan. Kalau letak dalam bubur sedap ni.


Yang ni lagi le aku tak sangka. Mungkin seafood cengkerang yang lain boleh juga kut selain daripada kerang.  Wah macam-macam punya resepi boleh masak. 

Kredit - FB Jalan-Jalan Cuti Santai


Hah buat sesiapa yang ada Air Fryer boleh lah cuba. Kena godak lagi ni resepi Air Fryer yang simple tapi berkhasiat. Kawan kata burncheese pun boleh buat. Aku nampak dalam Go Shop dia buat lasagna. em macam-macam rupanya.

Buat Sal Tuan punya blog sal punya hah buat ye jangan tak buat. Meh kita reramai mencuba resepi ini. hehehehe padahal simple bebenor. Aku yang tak pernah jumpa. Aiyokkkk Buat malu aku je. Alaaaaa hentam saje lah ye. Takpe le aku tepek buat rujukan masa akan datang...... Lai lai lai..... boleh cuba




Resepi roti jagung chesse



Assalamualaikum,

Aku nampak resepi ni di page FB Resepi Dapur Opah. Nampak macam senang je. Hah sal yang sedang cari resepi untuk test Air Fryer hadiah blogger bagi  dia boleh lah cuba. Tapi nak cari cheese yang campur-campur tu mana nak cari ye. Ala...hentam saje lah pakai cheese biasa. 

Aku tak tahan sebab nampak jagung. Maknanya selain buat bubur jagung, jemput-jemput jagung hah boleh cuba ni roti tepek jagung dengan cheese atasnya. hehehe 



Bahan atas tu gaul rata dan letak atas roti


                                     Bila dah bakar....yeh    Tadaaaaa.....cheese dia pergh macam piza lah pulak




 Idea sarapan cuti sekolah!

Perfect snack. Roti jagung cheese. Yummy!😋
Resepi 👇🏻
Roti, mayonis, jagung tin dan mozarela cheese. Campur je semua. Bakar.


Kredit Resepi Dapur Opah

Monday, December 6, 2021

Resepi Gaya baru - Lukisan

 


Assalamualaikum,

Hari ni makan apa ya.... hah ni ada resepi masakan. Simple tapi menarik gitu.

Alkisahnya tersebut lah kisah eh.... hehehehe  entah masa bila tah aku ternampak le dalam Fb gambar resepi cara baru. Dah asyik lalu lalang je kat wall aku atau ada kawan kenalan yang share tu yang aku ternampak tu.

Thursday, October 4, 2018

Resepi Roti Goyang aka Roti Titap yang simple



Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Sihat? Alhamdulillah... semuga semua Umat Islam di seluruh dunia dikurniakan kesihatan yang sihat dan kehidupan yang di rahmati Allah. Aamiin . Alhamdulillah

 Al fatihah juga buat 6 warga Bomba yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas. Semuga roh mereka termasuk dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Semuga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. 

Ok tak mahu cerita panjang... amacam tenguk roti kat atas.....yummy tak... Ni kerja anis lah yang tiba-tiba je....jom kita buat roti titap, nak tak. Hah apa lagi lah bob beli sepapan telur mentah, beli kaya dan roti gardenia. Itulah bahan-bahannya.



Cara-caranya.....anda perlukan toster yang macam ni untuk bakar roti....toster pulak dah rosak dah tak boleh kalau masak automatik keluar sendiri...tapi boleh lagi digunakan cuma kena jaga suis lah.  Tu yang terlambat sikit roti nya geseng aka nak hangus.....hehehehe tapi layan jelah....sayang roti tu hangit-hangit pun semuanya beres....laku je. Yalah kalau dah ramai-ramai yang kerumun, resepi hangit pun jalan juga. hehehehehe. 


Masak air panas dan rebus telur pakai bekas ni.....hehehehe ada bekas telur separuh masak yang Lizah bawa tapi airnya tak turun-turun...bila di pecahkan telur masih jernih telurnya.....tapi bila testing pakai bekas ni.....jadi elok pulak telur separuh masaknya.....jadi pakailah bekas ni...

Testing telur separuh masak cantik tak telurnya.....ramai je tukang testing ni...hehehehe


Tada........ Roti bakar....pecahkan telur separuh masak....letak kaya 4 penjuru....siap dah. Taburkan blackpeper dan kicap sikit...... Jom sarap


Bila tenguk roti goyang ni teringat makan kat Penang.....memang umph lah.  Roti tebal dibakar wangi lepas tu telur separuh masak panas-panas....layan teh tarik....perghhhhhh yummy.  Kalau ada tempat roti goyang yang best bagitahu lah. Kut terpergi ke boleh lah rasa. Saya memang suka telur separuh masak ni... tapi tak boleh layan banyak-banyak nanti kolestrol naik.....hehehehe cekali-cekali bolehlah layan tekak.