Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts

Thursday, September 23, 2021

Buah Tampoi... tak pernah rasa

 


 sumber gambar dari Google



Assalamualaikum,

hah sapa dah pernah rasa buah Tampoi.... seumur hidup aku baru ni lah pertama kali rasa. Jakun tul aku kan padahal nama buah ni pernah dengar tapi cuma tak pernah rasa je. Padahal kat johor tu hah ada nama sempena buah Tampoi. 

Sunday, July 5, 2015

Musim Durian sana sini

gambar ehsan google

Assalamualaikum,
Ada sesiapa tak suka durian angkat tangan? huh rugi tau tak suka durian hehehe sebab dia adalah raja segala buah di malaysia ni. Kalau kata tak kenal durian huh memang tak patut le bebenornya weiii

Sekarang ni memang tengah musim durian. di mana-mana je aku nampak di tepi jalan orang menjual apa lagi di bulan puasa ni jadi nampak macam takde pembeli tapi cuba berjalan time waktu malam... wuh meriah beb kedai durian. Macam pesta. 

Aku memang suka makan durian tapi sebab mengenangkan my akak tak suka jadi huhu tahan je lah selera bila nampak. Akak aku tak suka dengan baunya yang kuat buat pening kepala. Tapi kalau aku tak tahan juga nak makan durian hah serbu gerai tepi jalan tu makan kat situ je seberapa boleh ko nak melantak. hehehe ala berapa biji je yang boleh hadap. Paling kurang pun 2 biji dah cukup. Tapi bulan puasa ni idakle siang-siang hari ko nak pi serbu gerai.... tak posa ko apo. hehehe

Aku mula mengenali dan menyukai durian ni semasa bekerja di Segamat. Masa tu lah mula pandai makan tempoyak. Tempoyak kak Piah jiran sebelah rumah sewa aku emmm memang mantap lah... boleh layan nasi bertambah-tambah. Kak piah orang rumah encik Adam ni pun sebenarnya pandai masak.

Alkisahnya Segamat merupakan tempat durian yang paling sedap di Johor. Kenapa aku kata macam tu. Sebab orang segamat lah kata... heehe kalau tak, takan lah menjalar je kereta plet Singapore sikit punya banyak kat tepi jalan bila time musim buah Durian tiba. Terutamanya kat Buluh Kasap tu hah.

Ok berbalik kepada pengalaman aku dolu-dolu lah yang aku nak stori mori ni. Dulu masa aku kerja kat Segamat kita orang dok menyewa di Jalan Temenggung. Kat situ ramai staff Hospital dok menyewa dan membeli rumah. emmm alamat rumah aku dah lupa lah. Satu rumah semuanya staff Hospital kecuali seorang je kerja Bank. Sebelah rumah sewa kita orang ni duduklah encik Adam  dan famili dia. Encik Adam ni pun kerja hospital juga. Masa aku baru start kerja di hospital, aku lah ganti tempat dia sebelum dia ditukarkan ke Unit Pesakit Luar. Kat pejabat Rekod akulah satu-satunya perempuan di apit dengan 3 lelaki iaitu Bos aku Encik Yusof dan atentan 2 orang iaitu Appu dan Pak Rosli. Pak Rosli ni ada kebun buah-buahan juga. Dia lah yang perkenalkan durian kucing tidur kat aku.

Ok berbalik pada encik Adam, dia ni rajin meniaga. Jadi bila musim Durian dia jadi peraih buah durian lah. Mana yang tak habis apa lagi lah hantar rumah sebelah iaitu rumah kita oranglah. hehehe Best dapat makan durian free. Baik hati encik Adam. Kalau nak beli banyak bolehlah terus pergi rumah dia. Jadi masa tu memang puas hatilah makan buah durian. Selain daripada itu Kak piah pula rajin buat tempoyak. Masa ni lah aku beli sebotol nak rasa. Lepas tu berbotol-botol. hahaha Wah aku makan bertambah-tambah... apa lagi kalau tumbukkan cili dan tambah pada tempoyak. Fuh memang sodap.

Kadang tempoyak tu Kak piah buat pais ikan. Nanti bila balik tengahari semasa lepak ,dia panggil lah anak dara sebelah ajak makan. Seronok tinggal berjiran dengan Encik Adam dan kak piah yang tak kedekut dengan rezeki. Jadi bila dah selalu dapat makan durian sedap yang lemak berkrim, bila balik muar... kadang aruah mak dan aruah bapak ada beli... masa tu bila makan wah tak selemak durian di segamat. Chewah bukan main aku membeda-bedakan durian segamat dengan durian muar. Pada tekak akulah durian Segamat lagi rasa lemak dari durian muar. Tu yang seronoknya berjiran dengan peraih Durian. hehehe Sekarang ni takde tempoyak pun aku boleh lagi buat isi durian tu tumbuk dengan lada basah merah. Terus je jadi sambal tempoyak aku. Layan dengan nasi panas-panas.... walah beb. Hingga menjilat jari lagi. hehee

Lepas tu pula satu hari tu Pak Rosli bawa beberapa biji buah. Kata dia Durian kucing tidur. Masa tu petang dan tak ramai orang nak berurusan dengan pejabat rekod. Ada pula satu Atendan Pak Joe... datang hantar BHT ward. Sambil menunggu ianya siap, dia pun join sama makan Buah durian tersebut. Durian Kucing tidur ni tak banyak ulas, malahan ada yang 1 ulas 1 pangsa. Tapi isinya memang penuh dan biji dia macam kepet je ataupun kecik. Jadi isinya memang mantap lah. Aku rasa seulas. Pak joe rasa seulas. Lepas tu entah siapa lagi yang ada masa tu aku dah lupa. Ya Allah memang sedap. Makan seulas rasa macam tekak tu penuh dengan rasa durian. Dan terus rasa kenyang dek kerana rasanya yang begitu lemak. Jadi bila dah rasa kenyang memang takdelah menambah lagi. Lepas tu teruskan buat kerja sambil menyimbang. Yang Pak Joe pula aku tenguk sambil dia duduk tu eh lama-lama dia terlelap lah pulak. Aku pun bila dah kenyang tenguk Pak Joe terlelap aku pun rasa macam nak join sama je. Pak Rusli bila tenguk Pak Joe dah lelap, lepas tu tenguk aku pun macam mata dah nak katup je apalagi gelak kan kita orang. Hah baru tau penangan Durian Kucing Tidur. Aku tak pasti lah sama ada durian tu ada lagi atau tidak sebab sekarang lebih femes dengan Durian Musang king.

Lepas tu aku pernah lah kenal dengan seseorang... emm Dia kerja askar kat serawak. Masa tu dia cuti nak kahwin tiba-tiba tak jadi kahwin sebab perempuan tu berubah hati, jadi oleh kerana cuti panjang dah approved sementara nak habiskan waktu, dia suruh sepupunya kenalkan seseorang dengan dia. Kebetulan lah pulak sepupunya tu Nurse kat ward Kak uda (opismate aku) berkenan kat aku jadi dia kenalkan lah aku dengan K(bukan nama sebenar). Mula-mula tu sembang dulu dalam talipon. Kenal-kenalan dululah katanya. Lepas tu ajak dating... tu dia.... dia bawa aku pi Melaka ko. Hish teruknya aku. Mula-mula tu takut juga tapi sebab cuti dia dah nak habis jadi dia nak gunakan masa tersebut mengenali aku sebelum dia balik Serawak. Kita orang dating 1 hari tau. Dari pagi keluar pukul 10 dari segamat terus pergi melaka, sempat singgah rumah akak aku kat melaka, lepas tu singgah rumah akak aku kat tangkak. Dasyatnya aku bila teringat kisah itu. Singgah rumah akak aku sebab nak memperkenalkan kat akak aku. hehehe sebenornya untuk pengesahan lulus ke tidak. hahahahaha Dan akhirnya sebelum balik rumah sewa dia bawa ke rumah mak bapa dia. Huwaa aku dah geletar tangan dan kaki tau masa tu. Singgah sekejap lepas minum dan bersembang dengan mak dia, dia hantar balik. Sekali sampai rumah sewa, dia keluarkan 1 guni buah durian untuk aku hasil kebun buah-buahan keluarga dia. Eh bila masa lah pulak dia ngangkut dalam bonet kereta dia. Patutlah kereta bau durian je. Dah dapat makan kat rumah, dapat oleh-oleh bawa balik lagi. Bestnya. Apa lagi aku ajak lah Kak uda dan kak Mar makan. Kak uda tak habis-habis mengusik aku wah... baguslah dating dengan orang ada kebun buah-buahan ni. Kalau jadi  dengan dia gerentilah dapat makan durian selalu. Aku sengeh je... bila asyik kena usik. Bila habis cuti dia di Semenanjung, dia pun balik serawak. Entah macamana hubungan kami tak berpanjangan. Orang kata tak ada jodoh. Dia akhirnya kahwin dengan orang sana yang merupakan adik staff dia di Kem. Apa lagi hubungan jarak jauh kan. Apa pun semuga dia berbahagia hendaknya. Bila tenguk durian aku teringat kat dia sebab dapat satu guni besor ko durian. Memang beberapa hari tu kita orang melantak durian yang dia beri. Apa pun itu memori lama aku zaman dolu-dolu.

Masa tahun 2013 aku pernah buat pemantauan ke Hospital Bentong dengan Hospital Raub. Dan kebetulan masa tu musim Durian. Apa lagi selesai je urusan di hospital sebelum balik KL ajaklah driver singgah kat gerai buah Durian kat Raub. Ada lah pulak Durian Musang King. Fuh mahal harganya tapi dek kerana teringin kita orang beli sebiji untuk rasa. emm memang sedap dan lemak berkrim. Aku tak reti nak ulas kreterianya macamana. Aku bukannya pandai bab food tester bagai ni. Ikut layan tekak aku jelah. Kalau sedap lemak dan berkrim hah sodap le tu. hehehe        

Lepas tu ada sekali tu tahun bila aku dah lupa, aku ada bengkel kat Air Keroh dan kebetulan pula Bahagian Patologi buat bengkel kat A farmosa dan menjemput kami datang. Jadi aku, Doktor Ali serta Matron Zaitun pergilah ke A Farmosa hadiri bengkel patologi tu. Selesai ja semasa nak balik ke Tol Simpang 4, lalu lah kebun buah durian. Kebetulan masa tu musim Durian apa lagilah... aku  tanya Doktor Ali taknak singgah ke? Almaklum aku tumpang kereta dia. hah apa lagi Doktor kata ok ...wah seronoknya..., kita orang makan sampai kenyang, aku belanja. Lepas tu tak cukup lagi Doktor beli lagi beberapa biji untuk anak-anak dia. Jadi semerbak kereta Doktor Ali bau durian sampai ke air Keroh.   
     
Kalau dapat buah merimbun sampai bawah macam ni fuh syioknya. jangan jatuh di timpa buah udah le

Ada sekali tu aku dan kak uda telah di pelawa oleh kawan kak uda pergi ke kebun buah-buahan dia.  Kebun dia  jauh masuk estet, jalan menghala ke Muadzam Shah. Bestnya bila dengar buah  durian gugur. Siap ada pondok dan boleh memasak lagi kat pondok tu. Selain daripada durian ada mangis dan rambutan. Kak zizah siap masakkan kita orang lauk ayam masak tempoyak. Layan dalam kebun buah emmm memang sedap je lah. Durian fresh dari ladang ko. Orang kata buat tempoyak ni sebenarnya bukannya dari lebihan buah durian tetapi isi buah durian yang baik barulah dapat tempoyak yang baik dan sedap. Sejak jadi warga Segamat, aku pun terer makan tempoyak. Bila balik muar bawa tempoyak Kak Piah layan makan nasi, cuma aku sorang je yang ngadap orang lain tak reti.... hah rugi-rugi tak pandai makan tempoyak.   sodap wa cakap beb.... opss posa... hehehe itu lah memori aku bersama durian hehehe   

Monday, June 15, 2015

Buah Kemang atau Buah Binjai


Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang boleh bagitau samada ni buah kemang atau buah Binjai. Yang atas tu manis manakala yang di bawah ni masam.

Sabtu lepas selesai je bengkel kat melaka pada hari Jumaat terus balik KL. Lepas tu hari sabtunya pula pergi ke Tangga Batu sebab ada jemputan jiran akak aku. Semasa masuk Tol Simpang 4 kita orang dah nampak dah kat gerai tepi jalan tu ada jual buah-buahan. Bila di toleh wah macam buah kemang je. Akak aku pun sound nanti selepas kenduri kahwin balik nak singgah. Jadi selesai makan lauk pengantin kita orang pun balik semula ke KL. Sebelum masuk Toll kita orang pun singgah. Wah seronoknya tenguk buah kemang banyak. Tapi dekat signboard dia tepek buah Binjai. 

Kita orang dah confius... sebab dulu-dulu masa kecik-kecik kita orang suka makan buah kemang yang manis.... yang boleh di gigit terus kalau dah masak.  Manakala ada yang masam pula boleh buat sambal belacan. Bau dia fuh memang menyusuk ke hidung bila dah masak. Tapi yang masam ni bila dihiris dan di tumbuk kasar dalam sambal belacan fuhhhh kecur air liur tau... makan dengan nasi panas-panas. Memang sodap hingga menjilat jari.... ikut sunah Rasullulah .   

Akak aku apa lagi lah dapat buah kemang yang manis terus memborong. Tapi masa ni masih keras lagi belum masak sangat jadi bau kurang menyusuk ke hidung. 



Yang ni yang masam.... warna kulitnya lain sikit. 


Hah tenguk tu melambak..... memang sedang musim nya. Yang hijau tu buah pelam.


Yang ini tahu tak kuih apa? Ni memang kuih nostalgia dengan aruah mak aku. Kuih kering.

Dolu-dolu aruah mak aku buat kuih ni untuk jualan. Masa tu aku kecil-kecil tapi dah kena kerah menolong. Kena tolong jemur tepung... berdulang-dulang aruah mak aku jemur tepung. Aku ingat-ingat lupa memori tersebut. Cuma ingat bila time mengentel tepung nak buat bunga. Kalau tak sama besar hah siap kena marah. Lepas tu kalau goreng pun kena pandai jaga api takut hangit. Kena cantik putih. Aku suka bila dah goreng makan begitu je. Sebab dia lopong je dalamnya. Tak payah sira pun dah sedap bila lepas siap di goreng. Dah goreng jemur lagi dan lepas tu aruah mak aku sira dengan gula macam buat kuih keria. Sekarang nak buat... hahahaha dah lupa macamana nak buat bentuk bunga. 

Tuesday, May 26, 2015

Khasiat buah epal






Khasiat Dan Kelebihan Buah Epal


Assalamualaikum,

Hah tenguk tu 10 sebab kebaikan epal. 

Memang tidak dinafikan epal merupakan antara contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi. Maka tidak hairan lah mengapa epal dijadikan sajian pencuci mulut selepas waktu makan kerana segala vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita.

Antara khasiat yang terdapat dalam epal:

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat(penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser
daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.

6) Berita baik!! kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet,epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan






Tapi tak leh tahan ni tenguk pokok epal bergayutan berbuah lebat. Huhuhu rasa nak panjat je. hahahaha





Thursday, May 7, 2015

Buah-buahan sedang berputik


Assalamualaikum,

  Wah seronoknya cuti panjang hari Pekerja hari tu. Highway pun asyik jem je sebab ramai yang balik kampung disebabkan cuti yang bersambung-sambung. Aku pun balik juga lah petang Jumaat sebab Akak yang sulong buat kenduri sikit sesama adik-beradik. Gambar tak ambil sebab masa sampai rumahnya dah Magrib dan kebetulan blackout sepanjang jalan nak masuk ke rumah Akak kat Parit Sulong Batu Pahat. Tapi nak cerita ni adalah pokok buah-buahan rumah Aruah Mak kat kampung di Muar. Selesai majlis makan kat rumah akak, balik lah ke rumah mak. Dan pagi tu emm teruja nya tenguk pokok rambutan semuanya sedang berputik.  Nampak gayanya Hari raya nanti semuanya masak kut. Ala dah tinggal sebulan lebih je nak mula berpuasa. 

Suka bila tenguk Pokok pulasan banyak berbuah. yeh

Pokok rambutan gading ada, budak sekolah ada, gula batu ada. Emmm tak sabarnya menunggu masak.


Tapi yang menjadi kesukaan akak aku Nora ialah jambu Gelas sedang melebat berbuah. Ada 3 pokok yang sedang masak.

Ni kat belakang rumah, Melacak je jatuh apalagi kalau hujan memang cepat habis le tak sempat masak ranum.

Ni jambu Ball tapi buahnya tak menjadi sangat. Cuma ada yang ni je. Yang lain baru nak berputik.

Nilah jambu Gelas atau orang kata jambu susu lah. Kalau masak memang besar... ni dah jatuh berdebuk jadi terpecah sikit hujungnya.

Buah yang masak sedang merimbun dan nak jatuh tapi putik buah baru sedang berkembang. Maknanya yang ada tak habis lagi dia dah berputik semula. Kalau ikut agakkan aku yang sedang masak ni berputik raya cina hari tu dan mungkin agak-agak raya masak kut. Emm tapi kalau hujan je susahlah nak lekat putik buah tu.  


  Ni hasil kutipan akak aku. Dia tak tahan bila tenguk banyak sangat. Ada yang masih hijau dah jatuh sebab kena hujan. Sepagi tu dia kutip dan kopek dapatlah 2 balang bekas kuih buah jambu yang dah bersih dan di hiris dibuat jeruk. Memang sedap. Jadi sebelum balik KL sempat lah juga jolok buah yang dah agak tua untuk dibawa balik. Lepas tu adik Faizan pun ada balik juga. Dia terus cari tangga dan panjat petik buah yang dah agak putih. Sebab jiran kat taman dia sangat suka buah Jambu ni.   

Selain dari buah jambu rupanya buah asam epal pun banyak berbuah. Oleh kerana pokok tinggi akak aku tak sempat pun nak jolok. Dan kebetulan selepas je akak aku balik KL,  adik aku faizol yang di Batu Pahat pun balik. Huh apa lagi di goyangnya pokok asam epal ni. Yang tak tahan tu kerengga banyak.  
Ni hasil kutipan dibahagi sesiapa yang nak. 

Ni yang pokok sebelah parit pun banyak tapi buahnya banyak jatuh ke parit.


  Ni adik aku sedang memanjat. Ikutkan buah ni kalau masak baru jatuh tapi sebab minggu tu sahaja yang kami adik-beradik balik jadi terus je petik yang dah agak putih. Kiranya minggu ni jalah yang banyak kalau tunggu minggu depan mesti dah habis luruh. Kalau dah masak memang sedap terus di gigit tapi sebab ada yang masih kehijauan lebih sedap dibuat jeruk. Hiris nipis-nipis masuk dalam bekas, letak gula dan simpan dalam petisejuk.  Sedap wa cakap beb.Walah. Aku bawak ke pejabat, semua pun suka sebab dia orang kata susah nak dapat buah tersebut. Ada yang tak pernah jumpa pun. Yang Doktor Imam lagi best dia kata buah ni dia rasa masa dia kecik-kecik lagi. Wah macam tu sekali. 

Ni lah pokoknya memang besar. Buah Jambu gelas dan jambu ball ni sebenarnya adalah adik beradik speciesnya. Sebab pokok dan daunnya serta bunga putik semasa berkembang adalah sama. Yang membezakannya apabila dari putik dia membesar jadi apa. Samada jambu gelas atau jambu ball.  

 

Monday, January 17, 2011

Apa itu Jambu Gelas

Pernah dengar jambu gelas? Atau jambu ball? Kedua pokok jambu ni seakan-akan sama pokok dan daunnya. Yang membezakannya ialah jambu gelas tu warna puteh dan panjang sikit manakala jambu ball tu dia bulat dan warna merah jalur-jalur.Tapi sebenarnya buah ni jarang terdapat dan rasanya aku tak pernah nampak orang menjualnya. Tapi tak tahulah kalau kat kampung-kampung lain ada terdapat.

Tadaaaaa nilah jambu gelas

Masa aku balik hujung tahun lepas kerana cuti dan mak buat kenduri tahlil, ada 3 pokok buah jambu gelas yang berbuah lebat. Dan kali ini yang bestnya dia masak dan besar. Selalunya belum masak betul dan kadang masih kecil dan kehijauan lagi dah jatuh. Tapi kali ni entah macamana boleh jadi besar macam tu. Buah ni kalau betul-betul masak sedap je kalau di makan begitu saja. Atau pun buat jeruk. Potong nipis-nipis dan masuk dalam bekas dan bubuh gula. Sedap wa cakap luuuuu. Tapi aku takde le gemar sangat cuma teruja je bila dapat buah tu masak dan besar macam tu. Akak aku Nora huh bukan main suka lagi, sampai satu kantung buah tu di bawa balik ke rawang. Kiranya masa buat kenduri tahlil tu memang rezeki buat anak-anak dan cucu-cucu wak saifah le. hehehe Malahan sepetang tu sambil memasak lauk-pauk untuk tahlil sempat lagi pergi memetik buah yang dah masak.

Hah tenguk le tu akak aku bukan main syok je mengungis jambu gelas tu.

Oleh kerana kali ni besar-besar buahnya jadi masa nak memetik tu kena lah hati-hati sebab pokoknya tinggi. Silap gaya petik huh berdebuk dia jatuh dan pecah. Apa lagi le kalau musim hujan huh berdebuk2 jatuh atas tanah.  Kalau elok lagi kadang kutiple juga buat jeruk.


                          Hah yang ni nasib baik le rendah sikit main pakai tarik dengan tangan je dahannya.

Jambu ball ada juga berbuah tapi tak elok sangat. Sejak akhir-akhir ni buahnya tak elok sangat. Kecil-kecil lagi dah busuk. Tapi kalau dia menjadi sangat sedap tau makan buahnya. Lagi kalau tak busuk. Buahnya kecil sikit daripada jambu gelas. Apa pun buah jambu tersebut memang sedap. Malahan tupai pun suka.... huawaaaa sampai hati cik tupai ko ngungis dia ye......huhuhu