Friday, June 26, 2020

PKPP - Kita jadi Frontliners



Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Alhamdulillah sekarang kita sedang dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) .  Dan sekarang setelah frontliners yang menjaga kita sepanjang tempuh PKP dan kini tiba masanya kita pula yang menjadi Frontliners.  Setelah masuk fasa yang ke 4 masing-masing terpaksa mengamalkan kehidupan dengan norma baru. Walau bagaimana pun terima kasih juga pada semua rakyat Malaysia yang bersama-sama Kerajaan Malaysia dan pihak  KKM berjuang menentang virus tersebut.


TERIMA KASIH
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menjadikan kita mencapai angka 1 digit kes Covid19 kerana mengamalkan kebiasaan baru (new norms).
Terima kasih juga kepada semua frontliners, terutama petugas kesihatan di hospital dan juga klinik kesihatan awam yang pantas bertindak dalam menanggani pesakit Covid19” ujar YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba dalam siaran Selamat Pagi Malaysia di TV1 , pada hari ke-100 tempoh PKP.
Genap 100 hari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP sejak ianya mula dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 yang lepas.
Kini pada 25 Jun 2020, selepas 100 hari, kedudukan Malaysia sekarang telah jatuh di tempat ke-70 dunia, berbanding pada tangga ke-18 dunia kes Covid19 paling tinggi ketika mula-mula Dr Adham Baba mengangkat sumpah sebagai Menteri pada 10 Mac lalu. Turun 52 anak tangga.
Sumber KKM FB


Apa pun sebagai warga KKM aku turut berbangga dengan kerjasama semua kita dapat menurunkan kes sehingga 1 digit. Sekarang target kita adalah zero kes selama  28 hari supaya dapat di isytiharkan sebagai zone hijau. Agak-agak kita boleh tak mencapai target tersebut. Apa pun MALAYSIA BOLEH. 


Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:
• Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
• Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

o Elak bersalaman / bersentuhan;
o Amalkan etika batuk dan bersin;
o Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
o Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
o Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan
yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:
• S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
• O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
• P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.



Malaysia telah tersenarai sebagai salah sebuah negara “winning” country beating covid-19 bersama sama Australia, New Zealand, Ireland, Thailand (47 negara )

Kegiatan ekonomi telah dimulakan, aktiviti sosial masyarakat telah dibenarkan, anak anak telah kembali ke sekolah dan rumah ibadat juga telah dibuka.
Sementara itu, negara Indonesia, Filipina, Singapura, India, saudi, US, UK (69 negara) masih lagi bergelut untuk menurunkan bilangan kes harian.
.
Hargai kejayaan ini. Jaga jarak sosial. Jangan sia siakan usaha frontliners. Terima kasih juga pada pertahanan negara yang mengawal sempadan dari dibolosi pendatang.

Sumber Public Health Malaysia


Kalau tenguk pada graf ni kita dah dapat tenguk kes baru semakin sikit demi sedikit dan yang telah discharge pun dah banyak yang sembuh dan keluar daripada hospital.  Semuga seterusnya kosong kes baru dan akhirnya Malaysia di istiharkan bebas daripada virus Covid 19. Mudahan Allah makbulkan doa kita. Aamiin.


Sumber CPRC KKM

Apa pun kita jaga diri kita , kita jaga keluarga kita,  kita jaga negara kita. Syabas rakyat Malaysia. 

Wednesday, June 24, 2020

Throwback Hari raya tahun 2019


Assalamualaikum,

Hari Isnin hari tu baru ja last syawal kan dan pada tahun ini,  raya memang tidak seperti sebelumnya kerana tidak dapat balik kampung rentas negeri.  Jadi aku nak up le gambar raya tahun lepas. Sebenornya dah save dalam draft kunun-kununnya nak bercerita lah keindahan beraya di kampung seperti tahun -tahun sebelumnya tapi emmm tahu le tuan rumah ni kadang angin menulis ke laut semuanya. Jadi jangan terkejut le kalau cerita tu banyak yang dolu2 tak siap update. hehehe

Tu yang  belek-belek draft yang belum di siapkan eh ada lah gambar raya tahun lepas,  jadi hah ni aku baru nak celoteh. hehehehe

Sunday, May 31, 2020

Selamat Hari Raya aka Raya PKPB



Assalamualaikum, 

Selamat hari raya semua. Amacam raya tahun ni. Mesti tak best kan sebab tak boleh balik kampung, jumpa sanak saudara keluarga tercinta. huhuhuhu tapi apa pun kita jaga diri kita dari di jangkiti wabak covid 19. Itu yang lebih penting.

 Alhamdulillah walaupun masih lagi dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat tapi kita masih lagi boleh meraikannya dengan meriah. Kiranya masuk tahun 2020 memang banyak kejadian yang tidak di ingini berlaku. Apa pun semua itu hanya dugaan daripada Allah untuk menguji umatnya yang mungkin masih leka dan tidak sedar dan asyik dengan perkara dunia. Apa pun kejadian yang berlaku ada hikmah buat semua  manusia di dunia.

Di sebalik musibah yang melanda dunia kita patutnya bersyukur dibandingkan dengan negara lain contohnya di Indonesia yang frontliners sudah berputus asa dengan virus Covid 19 tapi kita alhamdulillah mudahan kita dapat patahkan rantaian virus tersebut.  Apa pun kita ikut perintah kerajaan supaya duduk di rumah sahaja. Duduk diam-diam bukan susah sangat kan.  Orang yang tidak reti duduk diam tu yang susah. hehehe

Tak paham sungguh dengan mereka yang merentas negeri sehingga sanggup di denda sebanyak Rm 1000 hanya kerana nak balik kampung. Selama ini tak kena denda, takde pulak sibuk nak jenguk keluarga di kampung tapi dek PKPB eh sanggup pula. Ini aku kata bagi yang jarang balik kampung le.  Yang selalu tu kena bersabar lah. Habis PKPB ni jom kita balik kampung ramai-ramai.

Oklah di kesempatan ini saya memohon maaf salah silap jika ada bahasa yang mengusik jiwa kalian semua.  Anggaplah saya hanya insan yang tidak sempurna.  Dan semuga kuman virus Covid 19 ni kita tentang habis habisan sehingga ianya hilang di muka bumi ini. Aamiin

Wednesday, April 29, 2020

Terkonang semasa dolu sambut Ramadan


Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Semalam dah start PKP Fasa ke 4. Jadual kerja baru naik jadi aku kena kerja 2 hari untuk minggu ini. Tapi dalam bulan mei ni ada 3 hari cuti iaitu Cuti Hari Pekerja, cuti Wesak dan cuti Nuzul Ouran. Banyak cuti pun sejak PKP ni rasadah bercuti walaupun kerja kat rumah. 

Ok lah.... kita masih dalam bulan ramadan ni tiba tiba terkonang semasa dulu lah pulak. haiiiii  Dolu-dolu zaman belum ada peti esbok merasa lah air batu bersalut dengan serbuk kayu. Ni zaman 70an masa tu kecik lagi jadi memori tu ingat-ingat lupa. Tapi ingat lah Aruah bapak bawa bungkusan surat khabar kat belakang basikalnya. Yang kita orang pelik napa ada air berceceran. Sekali bila di buka rupanya air batu ketul. Nak tahan lama salut dengan serbuk kayu lepas tu di balut dengan kertas surat khabar. Unik kan. Sekarang dah tak jumpa dah beli air batu macam tu sebab masing-masing ada peti sejuk sendiri untu buat air batu sendiri. 


Budak -budak kan seronok lah bila tenguk ada air batu.  Air batu tu kami ketuk jadikan kecil-kecil air batu . Lepas tu aruah mak aku pulak buat cendul sendiri. Ada gula merah buat air gula. Santan pulak petik kelapa depan rumah hah parut sendiri untuk di jadikan santan. Lepas tu semua bergabung jadilah  menu berbuka kami cendul ais... masa tu dah rasa sedap sangat.  Bukannya selalu dapat makan sedap macam tu.  Tapi kami tak ada mesin buat hancurkan air batu tu. Kalau ada emmmm lagi best. Ala mesin yang orang jual cendul tepi jalan tu. Air batu seketul macam tu sesuai lah buat ais lagi best buat ais kepal. emmmm terbayang-bayang je. hehehehehe



Hah macam tu lah rupanya air batu yang di jual.  di gergaji lepas tu salut serbuk kayu dan di bungkus dengan kertas surat khabar. Murah je masa tu 10 sen ke 20 sen tak ingat dah.


Sebelum masuk Ramadan selalunya Aruah mak lah yang paling sibuk sekali. Dia akan buat persediaan membuat telur masin sendiri.  Hah satu balang pasu dia buat. Beli telur itik dan letak garam didalamnya. Masukkan juga air. Lepas tu sorok kan bawah pangkin. hehehe   Telur asin ni adalah juadah kami bersahur setiap pagi. 

Jadi selalunya setiap pagi untuk sahur, menu kami adalah ringkas je. Telur masin yang telah di rebus lawan dengan sambal udang kering dengan sayur bening samada kentang atau kobis yang ada soohoon di dalamnya. Kadang sedap sikit ada lauk ikan. Ikan masak kicap atau masak taucu. Kalau tak ada ikan goreng telur pun sodap. 

Sambal udang kering tu senang je buatnya. Udang kering di rendam. lepas tu tumbuk dengan lada merah. Kalau nak pedas lada lebihkan lah. Hah tu je. Lepas tu dalam pinggan perahkan air limau nipis lawan dengan ulam timun. perghhhhh sedap sekali. hehehehe Masa tu walaupun hidangan simple tapi nikmat dan keberkatan sahur tu begitu terasa. Lauk ayam dapat makan masa raya je. Tu pun guna ayam bela sendiri. 

Kalau nak makan ayam hah kejor lah ayam keliling rumah. Dapat tangkap bagi aruah bapak sembelih.  Lepas tu aruah mak aku sedia kan periuk air panas untuk rendam ayam yang nak di masak tu untuk lembutkan bulu ayam. Hah lepas tu bergotong royong membersihkan bulu ayam sampai togel. Memori mencabut bulu ayam tu memang seronok. Cabut bulu ayam di balik-balik banir pokok kat tepi parit. Nanti kalau lambat sangat cabut bulu ayam maklum le budak-budak buat kerja sambil main-main.....hah apa lagi kena leter le.  

Bila dah tua-tua ni teringat aruah mak dan aruah bapak. Al fatihah buat kedua orang tua aku. Kata orang tua-tua masa bulan Ramadan lah roh mereka balik menjenguk anak-anaknya. Betul ke tidak wallahualam. 

Selamat berpuasa semua.

Wednesday, April 22, 2020

Selamat menyambut Ramadan



Assalamualaikum,

Alhamdulillah Ramadan datang lagi.  Kali ini berbeza sebab kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan fasa ke 3, dan berkemungkinan pada tahun ini tidak dapat sambut raya di kampung halaman tercinta. huhuhu sedih ni. Apa pun semuga kuman Covid 19 nyah di muka bumi ini.

Agak-agak kita ada peluang tak balik kampung beraya bersama keluarga. Kalau kita tenguk  situasi sekarang memang lah kes positif semakin berkurangan tapi selagi tiada kes baru di kesan untuk jangka masa yang lama mungkin fasa PKP seterusnya dapat di bubarkan. Tapi susah juga ni nak cakap. Tenguk ja lah macam kat singapura, mula-mula tak banyak kes sekali kluster warga asing huh mencanak-canak kes positif di kesan. Dah le seberang tambak je tu. Risau juga ni.

Apa pun sekarang kita sambut kedatangan Ramadan dengan penuh kesyukuran. Mungkin ada hikmahnya Ramadan dalam PKP ni. Mungkin banyak amal ibadah dapat di pertingkatkan dan amalan dapat di tambah seiring dengan keadaan kita yang banyak masa di rumah. Semua yang berlaku ada sebab dan musababnya yang hanya Allah sahaja yang mengetahui.  Setiap musibah yang melanda kita sebenarnya mungkin ada hikmahnya. Bersangka baik lah dengan Allah.


Ya Allah semuga semua rakyat Malaysia yang di jangkiti cepat sembuh dan semuga keadaan kembali seperti biasa seperti dahulu. Semuga yang berlaku dapat membuat kita menghargai setiap apa juga milik kita yang Allah kurniakan yang mungkin selama ini kita pandang ringan sahaja. Apa pun juga yang berlaku kita doa banyak-banyak semuga Allah melindungi kita dan semua rakyat Malaysia di mana jua kita berada. Aamiin.

Selamat menyambut Ramadan buat semua yang membaca dan juga semua kenalan yang ku sayangi. 

Wednesday, April 1, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan... pergi kerja kena tahan huhuhu



Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Diharapkan semua yang berada di rumah sihat walafiat hendaknya dari di jangkiti corona virus Covid 19. Dijauhkan lah hendaknya ya.  2 minggu di rumah nampak je best tapi stress bila tenguk kenaikan data dan kematian yang semakin bertambah. huhuhu sedih bila fasa ke dua datangnya daripada kluster tabligh yang berkumpul di Masjid Seri Petaling. Sedih bila melihat orang-orang yang alim dan baik di jemput Allah. Mungkin ada hikmah disetiap kejadian yang berlaku dan janganlah kita membenci puak tabligh diatas kejadian yang menimpa, sebab kita tidak tahu siapa punca yang membawa virus sehingga menular dalam kelompok perhimpunan tersebut.  Apa pun pihak KKM sedang berusaha keras untuk memutuskan rangkaian virus tersebut. Jadi kita doakan supaya staff KKM yang berkhidmat di barisan hadapan sentiasa Allah lindungi dari di jangkiti virus yang sedang mengganas nanti. Semuga Allah lindungi mereka yang berkhidmat untuk negara khasnya dan untuk rakyat malaysia amnya. Aamiin

Kalau kita perhatikan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) sudahpun masuk fasa kedua. Fasa pertama ialah pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Untuk fasa pertama pihak pengurusan telah membuat pengiliran kerja bagi staf-staf tertentu yang penting dalam perkhidmatan. Dalam kelompok staff dalam pejabat kami ada terdapat doktor-doktor juga pegawai perangkaan serta pegawai Rekod Perubatan. Jadi pada fasa pertama terdapat 2 kali pengiliran berkerja. Pada fasa pertama nama aku tidak tersenarai jadi kerja lah kita di rumah. Nasib baik kerja merging tinggal beberapa persen sahaja untuk menyiapkan lapuran tahunan. 

Tapi apa bila PM memaklumkan pada 25 mac 2020 bahawa PKP akan di lanjutkan lagi disebabkan masih belum nampak penurunan kes Covid 19 bagi fasa kedua pula iaitu daripada 1 hb April 2020 sehingga  14 April 2020. Kali ni bila membuat pengiliran jadual kerja baru nama aku pula naik minggu pertama.  Bagus juga nama naik sebab mengenangkan kerja yang masih belum siap walaupun kerja di rumah tapi  banyak bahan data  ada di pejabat. 

Jadi pagi ni semangat lah nak pergi pejabat setelah 2 minggu relax sambil bekerja di rumah. Sekali sampai di pekan Sg besi ada roadblock.  Ah sudah. Mula-mula seronok bila tenguk tidak banyak  kenderaan di jalanraya  sekali sampai pekan sg besi kena tahan ATM. Nasib baik telah sediakan surat kebenaran bekerja tapi disebabkan pagi dan gelap lagi aku tunjukkan je pas kerja pejabat.  Malas nak scrol surat dalam handphone. Alhamdulillah askar tu baik dan nasihatkan aku hati-hati di jalan raya. 

Sambung lagi perjalanan tapi  sampai sebelum Toll Besraya Sg Besi ada lagi road block dan kali ni pula ialah polis.  Macam tadi aku tunjuk ja pass kerja . Nasib baik dia beri laluan tu pun aku dah panik sampaikan masuk gear 1 pun aku terlupa. Hah cam tu sekali takutnya aku .  hehehehe Begitu takutnya pagi-pagi dah kena tahan polis padahal kita keluar kerana bertugas bukan saja-saja nak jalan-jalan makan angin.

Aku sampai kat pejabat break rekod 30 min dah sampai selalunya 45 atau 1 jam daripada Ampang.  Itu ikut kelajuan biasa ya bukan rempit sesuka hati tau. 

Maklumlah ini adalah pengalaman pertama PKP bagi aku jadi macam seram sejuk juga lah bila keadaan sunyi dan sepi. Setiap pagi pukul 6 pagi dah keluar rumah, selalunya jalan dah mula sibuk tapi kali ni bila lalu di MRR2 lengang je rasa seram juga.  Seronok tu mmemang le seronok sebab takde kenderaan dan tak jem pun jalan tapi bila sunyi tu keadaan jadi menyeramkan sebab pagi subuh sapieee tu ya. Kalau dah siang tu lain cerita.  Apa pun keadaan ni hanya sampai 7hb. Lepas tu minggu kedua orang lain pula yang kena ganti bertugas.

Apa pun jom lah kita doa beramai-ramai semuga wabak Covid 19 ni Tuhan tarik dari muka bumi ini. Sembuhkan lah mereka-mereka yang telah di jangkiti dan lindungilah mereka-mereka  yang belum di jangkiti. Lindungilah semua rakyat Malaysia daripada kuman virus Covid 19. Semuga segala bencana ini hilang sebelum Ramadan menjenguk muka. Aamiin.  

Wednesday, March 4, 2020

Coronavirus (Covid - 19) Gelombang kedua semakin bertambah




Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Macam-macam melanda dunia dan malaysia sekarang kan. Bulan lepas sibuk dengan politik panas di malaysia . PM letak jawatan dilantik PM baru. Memang gempar seminggu dunia malaysia dibuatnya. Bursa saham merundum duit RM pun jatuh. Tapi alhamdulilah bila PM baru je  dilantik, bursa saham naik semula. Duit ringgit pun naik juga.Risau kalau duit Ringgit jatuh ni....sebab bila keluar negeri huhuhu duit kena guna banyak disebabkan pertukaran duit dengan negara lain. Aku tak pandai bab politik, apa yang penting kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara malaysia berpanjangan lah hendaknya. Aamiin.

Sekarang kita tumpukan pula pada  wabak penyakit baru yang dikenali sebagai Covid -19. Risau juga ni sebab dah semakin bertambah di malaysia. Setakat 4hb Mac 2020 sebanyak 14 kes baru dilaporkan.

Kalau kita ikuti pekembangannya yang bermula akhir bulan januari di China, gelombang pertama yang kita telah hadapi bermula dari kes pertama hingga kes ke-22 telah sihat dan discaj.

Tapi kini gelombang kedua pula bermula dimana kes ke-23 dan sehingga hari ini, 28 kes positif telah dilaporkan. Jumlah kes positif adalah 50. Ini setakat yang aku dapat dari semalam.  Boleh pergi ke laman web moh.gov.my atau face book kkm uantuk menggikuti perkembangan seterusnya.

Di atas tu pengesanan kontak bagi gelombang ke dua.  Lokasi dimana dan siapa buat masa ini aku tak tahu. Nak cerita pun aku takut ianya cerita tak betul. Jadi aku ambil daripada kenyataan akhbar daripada Ketua Pengarah KKM yang di keluarkan semalam. Buat masa ni jangan panik dan gempar. Kita dengar berita dan juga cerita dari sumber yang sah  











Hah tu dia panjang lebar DG aku buat annoucement. Cepat sungguh kan  dia merebak. Apa pun KKM Malaysia sedang berusaha untuk menangani wabak tersebut supaya ianya tidak merebak ke seluruh malaysia.



Ni jangka masa gelombang pertama sehingga ke gelombang ke dua. Mudah-mudahan gelombang ke dua kita masih boleh kontrol lagi. Jangan sampai merebak lagi luas kawasannya. 



Ini langkah-langkah pencegahan. Apa pun dimana jua berada pastikan diri sendiri mempunyai tahap kebersihan yang tinggi. Jaga kesihatan diri tidak kira dimana kita berada. Dan jika ada gejala demam dan batuk yang rasa tak pasti keadaannya, pergilah ke fasiliti kesihatan yang berhampiran. Maklumkan perjalanan yang telah di buat seandainya ada ke luar negeri atau ke kawasan yang dipastikan panyakit tersebut sedang menular.  

Apa pun kurangkan lah aktiviti di tempat orang ramai dan jika terpaksa juga ke tempat tersebut pastikan ambil langkah-langkah pencegahan. Kalau ada anak-anak kecil atau kanak-kanak, jangan lah bawa ke tempat orang ramai, ini disebabkan antibodi kanak-kanak tidak sekuat seperti orang dewasa. Apa lagi kalau ada penyakit . Kita mencegah sebelum ianya parah. 

Boleh kunjungi portal kkm  www.moh.gov.my  dan juga face book  Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengikuti berita terkini berkenaan Covid - 19.

Marilah kita berdoa beramai-ramai semuga wabak tersebut terhapus di bumi Malaysia dan juga di dunia hendaknya. AAMIIN

Risau juga sebab tenguk  korea pun dah semakin bertambah yang di jangkiti dan angka kematian juga dah bertambah. Negara - negara Eropah pun dah semakin banyak. huhu nanti tak boleh le cop pasport. Apa pun semuga wabak tersebut dapat di hapuskan le hendaknya.  Mungkin ada hikmah diatas semua kejadian yang Allah turunkan musibah tersebut. Apa pun hanya doa pada Allah SWT sahaja yang kita pohon semuga semuanya Allah lindungi.  



Ini senarai setakat semalam di seluruh dunia. Menakutkan bila tenguk angka kematian yang semakin meningkat. Di Iran angka kematiannya sungguh menakutkan.



Ini pula langkah-langkah jika anda di syaki di jangkiti virus tersebut dan dikenakan pengawasan di rumah. 



Ini pula nombor yang anda boleh hubungi jika ada sebarang pertanyaan mengenai virus tersebut,

Sunday, February 2, 2020

Cuti CNY yang berasap..abam bomba datang menjenguk


Ahli bomba menyiram api yang marak

Assalamualaikum,

Huhu tahun ni pecah panggung sungguh lah bila part balik kampung bersihkan kebun belakang rumah mak huhuhu .. mana taknya kena panggil abam bomba lah pulak datang berkunjung. Tu dia ko

Ceritanya macam ni....hehehe mukadimah tu mesti kena acah-acah best je. hehehe. Macam biasa cuti raya cina, kita orang memang balik kampung ramai-ramai, cuma kali ni cucu-cucunya banyak yang bercuti, jalan keluar daerah. Jadi hanya sebahagian je adik beradik aku yang balik.

Seperti biasa bila balik agendanya ialah kemas keliling rumah mak. Area depan Kak Ambah dan sapu daun-daun yang berguguran area pokok rambutan dan pulasan. Sambil sapu dan himpunkan daun kering sambil bakar. jadi depan dah kemas le. Kita orang balik awal sebab nak elakkan jem bila time cuti raya cina.

Jadi hari Sabtu Adik pun balik sebab nak bersihkan kebun belakang yang semak samun. Selalunya bila kemas kebun belakang kita orang sampai area tengah je lepas tu masing-masing dah balik. Jadi kali ni kalau boleh nak sampai ke hujung tanah. Memang area tengah dah nampak lapang tapi hujung kebun banyak pokok kelapa sawit yang tumbuh sendiri.

Tengahari sikit Kak nong dan Azli serta anak-anaknya pun sampai.  Lepas tu julie dan Kak jal lambat sikit sebab menghadiri kenduri kahwin kat bando muo.  Jadi bila dah ramai....Kak nong, julie, azli dan adik pun membersihkan le rumput kat hujung kebun. Mereka bakar daun kering kat pokok kelapa sawit yang tumbuh sendiri tu.  Bila dah bakar nanti senang nak tebang pokok kelapa sawit tu.

Masa mereka membakar tu aku cuma nampak asap je tapi orangnya tak nampak sebab terlindung dek pokok dan semak samun.  Jadi pergilah tolong menebas rumput-rumput yang panjang. Sekali aku nampak Julie nun kat kebun orang sebelahnya dan adik belah sini pun sama. Tapi masa tu tak pasti pulak kalau kebun orang dah terbakar sebab nampak asap je kat atas pokok. Dalam hati apasal lah pulak bakar kebun orang pulak ni.

Lepas tu Kak nong menjerit dan memanggil aku dan azli ... tolong sini padamkan api ni. Air mana air mana. Lorrrr parit pun dah kering mana nak cari air. Sekali aku pun pergilah ke tempat kak nong....rupanya api dah marak kat bawah pokok kelapa sawit kebun sebelah. Bila tenguk atas woahhhh pokok kelapa sawitnya terbakar ....berbunyi-bunyi api disebabkan maraknya terbakar. Bila serpihan api terbakar tu jatuh ke bawah, rumput kat bawah pun terus je terbakar sebab dek kering. Memang mudah le rumput lalang yang kering terus je menyambar dan terus je marak. Aku pakai daun kepala sawit yang baru di tebang terus je... puk pak puk pak  atas api....sekejap mati sekejap hidup.  Mati belah sini, marak belah sana. Ayo yo apa ama.....macam mana ni. Dah tak larat ni padam padam api tak mati-mati. huhuhuhu

Kak nong dah pergi sebelah sana pulak. Rupanya dek kerana angin yang kuat, serpihan api dari pokok kelapa sawit kebun kita orang sudah melayang ke kebun sebelah orang lain punya. Lepas tu melayang ke lain pokok pula. Jadi terus merebak-rebak. dari sepokok jadi 2 pokok lepas tu diam tak diam dekat 7 pokok dah marak terbakar.

Julie pun balik ke rumah...rupanya dia talipon bomba sebab api dah mula merebak-rebak. Kebetulan pula Kak limah dan anak-anaknya sampai. Aku dah tak larat dah. Area yang aku padam dah mati tapi atasnya masih ada api lagi, Kena cari air ni, jirus atasnya. Jadi bila aku balik rumah, ramai pulak anak-anak buah serta cucu-cucu saudara membawa baldi berisi air.

Tak lama kemudian kita orang dengar bunyi siren bomba. Rupanya Meria dah tunggu kat depan jalan untuk tunjukan tempat yang terbakar. Mula-mula sampai Ahli bomba menaiki motor.  Nasib baik kebun belakang tu dekat dengan jalan raya dan taman yang berdekatan. Jadi dekat lah sikit dengan kebun belakang tu. Tak lama kemudian baru lori Bomba yang besar terus je menuju ke belakang melalui jalan Taman berhampiran. 


                                                 Adik dah tak larat nak padamkan api.

                Tudung julie sampai terbakar dek nak memadamkan api.....huhuhu


Anak buah serta cucu saudara semua sibuk melihat ahli bomba bertungkus lumus memadamkan api



Nasib baik kebun orang tu dekat dengan jalan Taman yang berhampiran jadi Lori bomba dapat dekat
dengan kawasan kebakaran.




            Api dah padam eh sempat lagi tu posing dengan ahli bomba.... hehehe suka si haikal


                                          Ni lah motor besar yang riki dulu kawasan kebakaran.  

Alhamdulillah akhirnya kebakaran dapat di padamkan. Kak nong dah termenung panjang bila teringat kejadian malang yang menimpa. Daripada nak bersihkan kebun jadi bencana pula. huhuhu  Bila api dah padam dan ahli bomba dah balik....depa pun semua balik rumah lah. Terus terhenti agenda nak membersihkan kebun. Masing-masing dah seriau nak bersihkan kebun. huhuhu 



Balik rumah terus kelaparan.....hehehehe Jol yang baru sampai dengan anak-anaknya dengar cerita je lah sambil makan.  Kebetulan pula Meria bawa rendang daging dan pulut kuning sempena cuti sekolah anaknya sunat tahun lepas. Kak jal bawa pulut hitam beli kat padang besar tahun lepas. Kak nong bawa sup ayam. Dah penat membakar kebun terus balik lapar. hahahaha. 

Kak jal yang sakit pinggang jadi duk kat rumah dengan Kak limah yang baru sampai masa kejadian kelam-kabut tadi.....dengar lah cerita anak-anak dan cucu-cucunya.   Riuh rendah semua nak cerita.


                                         Julie dan kaknong dah lepak hujung tu......huhuhu 

Apa pun nasib baik tak merata terbakar.....kalau tak huhuhu habislah kena bayar ganti rugi kat tuan kebun. Nasib baik sikit je tapi dek kerana marak tu yang terpaksa panggil Abam Bomba. Terima kasih banyak ye abam bomba kerana datang menolong memadamkan api. Nasib bomba tak marah cuma dia nasihatkan kalau boleh musim panas ni jangan lah membakar apa pun sampah sarap. Takut ianya marak membakar sekeliling pula.  Apa lagi musim panas ni memang mudah terbakar. Apa pun pesanan penaja musim panas jangan bakar sampah nanti kena denda. heheheh  

Sekian itulah cerita yang tergempor setakat ini. Yalah tergempor sebab mengajak abam bomba datang ke kebun. huhuhuhu 

Update terkini: Dek kerana terkezut kaknong demam selepas tragedi tersebut. Masa kita orang wish birthday dia pada 1 Februari baru ni baru baik demam. Alololo sian akak aku. Dok berdebar takut kebun orang terbakar terus domam.  Yalah kan chief bagi agenda membersihkan kebun. 

Sunday, January 19, 2020

Desa Keroma Eco Resort Muar





Assalamualaikum,

Masa nak JJCM 2H 1 M di muar search punya search penginapan yang ada kolam muncul lah nama resort ni.  Home stay dan hotel banyak juga di muar tapi agenda utama kami selain nak JJCM ialah nak berendam.  Dan akhirnya semua pakat pilih tempat ni. Apa lagi DD terus je booking.



Mula-mula kami booking Family room orked bilik atas tu yang boleh muat 5 orang. Tapi bila sampai je dan tenguk macam sunyi je takde orang terus kami tukar fikiran. Rupanya dia ada 2 tempat. Yang kami sampai ni halaman utama dan luas tempatnya.


Ada deretan kedai dan juga tempat pendaftaran di pintu masuk Resort. Ingatkan nun di sana tempat pendaftaran tapi rupanya nun di sini tempat pendaftaran. huhuhu jauh sih aku park kereta. hehehehe kena pusing balik ke depan.  Antara deretan kedai ni yang pertama merupakan tempat pendaftaran.  Sekali tanya mana kolam renangnya. Rupanya ada satu lagi tempat di sebelah kiri. Jadi kita orang pun request nak tukar bilik . Nak yang dekat dengan kolam.


Ni lah tempat pendaftaran. Masa ni dah nak balik. Masa datang terlupa nak ambil gambar dari depan.

 Oleh kerana masa kami sampai tak ramai yang menginap jadi boleh lah permintaan kami di tukar. Tapi kena tambah duit lah sebab Bilik Orkid RM 320 manakala bilik kenanga ambil 2 jadi RM 340. Kami setuju je sebab nak dekat dengan kolam. Bilik kenanga ni katil single 2. Jadi salah satu bilik kena tambah tilam lah.


      Adik manis resort pun bawa kami ke tempat lagi satu dimana terdapat rumah yang lagi comel dengan kolam renang di hujungnya.  Ada kolam ikan di belah kiri jalan masuk ke resort yang ke dua.

 Ni lah rumah seroja, kenanga, Chempaka dan kesidang. Yang besar tu 2 tingkat Rumah Bangau.


 Ni tempat lepak dan posing. hehehehe Ada meja dan kerusi serta water cooler pun ada. kat tingkat atas tu ada buaian dan ada bilik atasnya. Agaknya untuk staf Resort kut.


            Gazebo sampan ala-ala titanic gayanya.


Harga bilik-bilik di Resort tersebut. Ni harga lama. Bila aku tenguk facebooknya bagi tahun ni banyak diskaun di beri. Mur-mur lah. huhuhu Ialah Bilik kenanga dari RM 170 jadi RM 100 ja. Jadi sesiapa nak pergi muar dan cuti jalan-jalan boleh lah booking kat Desa Keroma Eko Resort.

        Bilik yang simple tiada tv. Katil ada 2.  Bilik air comel. Kiranya semua kemudahan asas sahaja.



Bilik yang kami duduki.


Ada 8 buah rumah semuanya. 4 jenis nama dan bentuknya.


Suasana yang damai serta terhindar dari keriuhan kota raya. Memang mendamaikan.


                                  Jom lah cuti-cuti Muar. Cheh promosi muo lah pulak.

Wednesday, January 15, 2020

Kenduri Kahwin di Segamat



Assalamualaikum,

Alhamdulillah selamat dah kak sal dapat menantu pada 2 March 2019. Kenduri kahwin ni ceritanya tahun lepas punya  tapi aku tak sempat nak cerita jadi mesti up juga sebagai kenang-kenangan aku bila dapat jumpa kenalan lama  staff hospital Segamat  yang rata-ratanya dah pencen dan satu demi satu, aku dengar ada yang meninggal dunia. Al fatihah.

Kat bandar ni lah tempat pertama kali aku bertugas dan pertama kali memegang title penjawat awam. Pertama kali dok menyewa beramai-ramai berdagang di tempat orang. Memang memori lama kadang terimbau balik bila teringat kisah dolu-dolu. Zaman-zaman muda belia dan zaman jatuh cinta bertimpa-timpa sambil di hempap tangga. hahahahaha  Masa dulu kurus keding lah ni dah double bass. huhu Tapi sweet kenangan itu. hehehe

Bila kak sal talipon menjemput , aku dah teruja nak pergi sebab nak jumpa Kak Sal, Kak Mar dan Appu. Appu ni ex staff aku tapi dah pencen dah. Rindu pada semua kawan-kawan lama aku. Tempat jatuh kan di kenang inikan pula tempat mengenyit mata sambil skodeng secret admier aku. Ahakss.

Dari tangkak aku terus je ke rumah Kak Mar. Lama sungguh tak jumpa Kak Mar. Kak Mar ni ex housemate sebelum aku pindah balik muar. Kak Mar dah siap sedia menunggu kedatangan aku dan kami terus je ke tempat majlis di Dewan Jubli Intan, Segamat. 



 Semasa sedang makan nampak lah staf senior hospital yang dah bersara. Cepat-cepat makan dan pergi ke meja mereka. Sukanya dapat berjumpa setelah bertahun -tahun tak jumpa. Bila aku pindah balik muar dan lepas tu ke KL memang makan tahun juga lah tak berjumpa mereka. Nampak sihat masing-masing. Kak Leela, Ghanam dengan isterinya. Bila aku tenguk Ghanam teringat mendiang David.


Nampak juga Encik Adam ex-staff pejabat dan juga jiran sebelah rumah. Encik Adam ni dulu suka pajak kebun durian. Jadi memang puas lah makan durian semasa berjiran dahulu. Lepas tu orang rumah dia Kak piah tu pandai masak. Sedap-sedap hasil tangan kak piah. Rindu lah zaman musim durian dan masakan pais ikan Kak piah. Tempoyak , lempuk durian.....huhuhu dari situ aku belajar suka tempoyak dan suka durian. Durian Segamat sedap....lemak berkrim. hehehehe  Ada sekali tu dating dengan seseorang yang famili ada dusun durian, balik rumah hah ko seguni durian hantor kat rumah. Opsss.



        Alhamdulillah dapat juga peluk Kak Piah, orang rumah encik Adam. Sukanya aku dapat jumpa kak piah. Masa mula-mula aku datang Segamat berjiran dengan encik Adam dan Kak piah. Lepas tu bila Encik Adam beli rumah di Gemereh, dah jarang aku dapat jumpa Kak piah.


Ni pula dapat jumpa Encik Hamzah dan Kak Sapiah. Ya Allah seronoknya dapat jumpa member-member lama yang masih sihat. Bila dengar member-member lama yang dah meninggal dunia sedihnya rasa.  Masa dulu rata-rata staf kat hospital banyak suami isteri yang kerja hospital.  Macam Encik Hamzah ni Pembantu tadbir pejabat manakala kak Sapiah Attendan  di wad. Ex boss aku pun En yusuf kerja di Rekod manakala Kak wahidah pula kerjanya nurse kerja di  klinik pakar. 


         Pengantin berdua-duaan di atas pelamin. Tak dapat jumpa Liana ambil gambar dari bawah je.


          Selesai je makan dan berjumpa member-member lama yang hadir majlis kahwin Liana, aku dan kak mar pun jumpa kak sal dan Abang Zaki. Walaupun jumpa sekejap maklumle mak pengantin sibuk tapi aku rasa seronok sekali dapat jumpa staf-staf lama yang aku kenal. Lah ni dah banyak staf baru dan yang lama ramai dah pencen.



                            Bergambar kenangan dengan Kak sal dan Abang zaki.


   Masa nak balik terserempak pula dengan Encik Ramlan dan isterinya.


                       Saudara mara Kak Sal dan Abang Zaki menunggu jemputan yang hadir.

  Selepas tu kami ke rumah Appu. Appu sedang berdua-duaan di luar rumah bila kami datang. Seronok bersembang sampai aku lupa nak ambil gambar Appu dan isterinya. Gembira sangat. Appu siap bagi nangka hasil tanaman sebelah rumahnya untuk aku bawa balik.  bercerita tentang kehidupan keluarganya sambil mengenang kawan-kawan yang aku kenal. Cina perabut yang baik dengan Pak Rusli dan selalu datang opis kita orang dah meninggal dunia. Terbayang-bayang muka dia bila datang ke pejabat kami dahulu. Sekarang pejabat kami di Hospital Lama dah rata jadi tempat parking. Rindunya waktu-waktu dahulu yang hanya dapat di kenang sahaja dan tidak dapat di ulang semula. 


Akhirnya aku hantar Kak Mar pulang ke rumahnya dan aku pun  kembali ke Tangkak sambil mengimbau kenangan lalu sewaktu dahulu semasa berkhidmat di Segamat. Ada umur aku akan datang lagi menjenguk kawan-kawan yang masih ada sambil menyelusuri jalan-jalan di bandar Segamat. Insya Allah kalau Allah izinkan.