Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Thursday, February 2, 2023

Mahu hidup yang tenang-tenang saje

 


Kredit kat face book


Assalamualaikum,

Bila baca bait bait ayat ni emmm betul lah kan. Bila semakin berumur rasa nak hidup tenang-tenang je tak nak ribut-ribut puting beliung lagi macam masa dolu-dolu. hehehehe Nampak sangat semakin berusia semakin jiwa rasa nak mencari ketenangan dalam kehidupan eh selama ni tak tenang ke emmm takde lah macam tu. Kadang-kadang kehidupan kita emm apa yang disibukkan pun tak tahu apa dia. Tapi ada satu peringkat rasa macam nak cool cool je hehehehe pi le main salji kan cool je rasa.

Tapi yang pasti dalam kehidupan kita berkawan selalu rasa kecik hati ke apa ke. Cepat sentap bila ada kata-kata yang merengut perasaan. Kadang sedih bila mendengar percakapan orang. emm yang pasti kadang sedih bila orang lain masih tak kenal hati budi kita walaupun kita dah kawan bertahun-tahun.

Fenomena kawan tikam kawan aku dah rasa berjaman dulu jadi dah tak kisah dah tapi sedih sebab ianya merenggangkan persahabatan kami tapi nak buat macamana dah dia jealous sangat dengan kita padahal ikutkan Allah dah beri dia kehidupan yang lebih daripada apa yang aku miliki tapi emmm masih lagi cemburu jadi jalan terbaik emmm hindarkan lah ye. Dapat kawan yang toksid ni emm tak ada pun lagi sonang. Hati tak sakit jiwa tenang je tapi sedih sebab hilang kawan. 

Ada pulak kawan yang aku kenali dah bertahun-tahun tapi bila ada kawan lain eh di buatnya kita macam sampah. Padahal aku tak berkira pun tapi eh  rasa macam tunggul je kita menunggu macam apa bila di tanya eh dah sampai tempat di tuju. Mungkin aku pun salah tapi dah terbiasa tapi ada orang baru emmm lupa kat kita. Jadi bila macam ni emm kena ikut ayat di atas lah untuk ketenangan hati dan nurani. Sekarang kumpul dengan adik beradik je yang lagi best.

Tapi geng belakang aku kat opis ni tetap ohsem. Walaupun kadang tak sama pendirian tapi kami hepey go lucky je sambil buat kerja. Gurau gurau senda membawa keriangan walaupun kadang kerja banyak. Semuga silaturahim kami berkekalan le hendaknya. Aamiin  

 

Monday, June 21, 2021

Amalan membaca Surah 4 Qul - satu amalan yang bagus

 

 


 Assalamualaikum,

 Kelebihan mengamalkan surah 4 Qul

Waktu ~ waktu Yang Disarankan Baginda Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam Untuk Mengamalkan Surah 4 Qul :
1) Baca Setiap Kali Lepas Sholat
2) Baca Setiap Pagi Dan Petang .
3) Baca Setiap Kali Sebelum Tidur Dan Sapu Kemuka Dan Badan .
4) Baca ketika Meruqiyah Orang Sakit .

1) Baca Setiap Kali Lepas Sholat

Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)

2) Baca Setiap Pagi Dan Petang

Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan). “Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

3) Baca Setiap Kali Sebelum Tidur

“Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)

Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda.

Katanya: “Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

4) Baca Ketika Meruqiyah Orang Sakit

Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-’ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Khasiat Surah 4 Qul :

⏩ Surah Al-Kafirun
1) Membaca Surah Al-Khafirun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Quran.
2) Membacanya, terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
3) Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
4) Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
5) Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari, kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki. InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
6) Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.

⏩ Surah Al-Ikhlas
1) Membaca surah Al-Ikhlas sekali, ganjarannya sama dengan membaca 10juz kitab Al-Quran. Kalau kita membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka seolah-olah kita khatam Al-Quran. Kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran. ---Membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga meninggal dunia, maka tidak akan membusuk di dalam kubur, akan selamat dari kesempitan kubur dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
2) Sesiapa hendak pergi musafir, ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
3) Membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

⏩ Surah Al-Falaq
1) Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
2) Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali

⏩ Surah An-Nas
1) Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.
2) Sebelum kita memulakan solat, mulakan dengan membaca surah ini. Supaya dijauhkan gangguan syaitan ketika kita sedang menunaikan solat.
3) Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
Kredit : Penulis Asal ( HAMBA ALLAH )

Kredit FB kisah Zakat Malaysia

Sunday, May 2, 2021

Amalan 10 terakhir Ramadan

 



Assalamualaikum,


Kita dah masuk hari ke 21 Ramadan. Tinggal 10 hari terakhir Ramadan akan meninggalkan kita dan syawal pula muncul. Adakah kita sampai ke Ramadan tahun hadapan hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Mudahan Allah panjangkan usia kita supaya dapat bertemu Ramadan pada tahun hadapan.


Apa pun 10 hari terakhir ni marilah kita berdoa semuga Allah mempertemukan kita dengan Malam Lailatur Qadar. Aamiin. Malam seibu bulan. Ya Allah aku memohon semuga Kau temukan kami malam Lailatur Qadar. Aamiin. Semuga Allah mengampunkan dosa umatnya yang berpuasa. Aamiin.



Imam Makkah memberi nasihat yg sungguh praktikal:

Beliau mengatakan, utk 10 hari terakhir Ramadhan:
1. Sedekah RM1 setiap malam, jika ia jatuh pada malam Lailatul Qadar, bermakna seolah-olah kita bersedekah setiap hari selama 84 thn.

2. Solat 2 rakaat setiap malam, jika ia jatuh pada malam Lailatul Qadar, bermakna kamu solat setiap hari selama 84 tahun.

3. Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali setiap malam, jika jatuh pada malam Lailatul Qadar, bermakna seolah-olah kita telah membaca seluruh AlQuran setiap hari selama 84 tahun.

Beliau berkata lagi, sebarkan maklumat ini supaya nanti kita akan dapat hasil yang lumayan dalam akaun kita.
In Shaa Allah.

Masih belum terlambat untuk kita untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.
JOM MULAKAN SEKARANG !

Monday, May 18, 2015

Program Belia Berselawat sempena Festival Belia Putrajaya


Assalamualaikum,

Hujung bulan ini akan berlangsung festival belia seperti tahun-tahun yang lepas. Bagi warga putrajaya dan kawasan sekelilingnya boleh lah datang ke putrajaya sebab banyak aktiviti akan diadakan. Bagi belia-belia memang baguslah mengisi masa dengan sesuatu aktiviti yang berfaedah. Macam-macam ada tau.

Ni nak habak ada juga Program berselawat pada Hari Khamis malam Jumaat. hah memang baguskan malam Jumaat dengan aktiviti berselawat apalagi kita dah masuk bulan Shaaban memang kena pelbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW.

Aku pula dalam hati memang teringin nak tenguk dan menghadirinya tapi maklumlah mesti ramai jemaah lelaki kan... apapun yang penting dah ada niat nak join walaupun keadaan tidak mengizinkan. Apa pun pada sesiapa yang berminat meh jom jom jom. Marilah beramai-ramai berselawat bersama-sama.

Opss lupa festival belia tu bermula 22hb Mei sehingga 24hb Mei 2015. Kiranya Malam indahnya bermunajat ni pembuka tirai lah. Jom warga Putrajaya beramai-ramai datang. Selain daripada aktiviti terdapat juga jualan. Hah apa lagi....meh lah datang Tapi aku ni kiranya belia purba lah kan. hehehehehehe  hentam saje lah labu. hahahahaha

Thursday, April 23, 2015

Amalan Bersedekah yang kreatif







Assalamualaikum semua,

Di hari Jumaat yang penuh berkat ini jom kita pakat ramai-ramai bersedekah. Ianya satu amalan baik yang patut kita jadikan amalan.


Kreatif dlm bersedekah
1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna oleh  orang yg ingin memakainya disaat bersolat (amalan biasa di masjid2 arab mekah dan di  madinah).

  Haah kan bila di fikir bagus juga kita sedekahkan kerusi kecil untuk memudahkan orang yang solat yang tidak boleh solat secara biasa terutamanya bagi orang-orang tua yang selalu mengadu sakit kaki dan susah nak sujud. Apa lagi tujuan kerusi tersebut digunakan untuk solat ya pahala berganda tu.  

2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..

  Kucing merupakan haiwan yang Rasulullah sangat sayangi. Apa lagi kucing yang banyak terbiar dijalanan. Satu perbuatan yang baik jika memberi makanan kepada mereka bukannya di sepak-sepak kerana disebabkan kucing tu kotor dan mengiau nak makan. Aku selalu seriau bila sedang memandu tiba-tiba terserempak dengan kucing yang dah kena langgar... Ya Allah kesiannya.   

3.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kpd anak yatim ataupun orang miskin.

 Sekarang ni semuanya di hujung jari je. Tak payah menunggu anak yatim kutip derma ke atau orang miskin minta derma yang selalu banyak di pasar-pasar malam. Dengan hanya klik semua derma dah sampai pada pihak yang berkenaan. Malahan sahih ianya digunakan pada orang yang betul memerlukan. Pernah dengar kan anak yatim yang mengutip derma di eksploitasikan oleh orang yang fikir nak kaya tanpa mempedulikan budak-budak yang sepatutnya belajar tapi di suruh untuk mengutip derma dengan menjual benda-benda kononnya menjual sambil menderma. Dan ada juga terbaca orang yang minta derma di pasar-pasar malam tu menipu dimana kebanyakannya bukannya warga tempatan tetapi orang luar yang nak senang hidup dengan hanya mengutip derma sebab orang malaysia ni pemurah. Jadi jika tak mahu rasa cuak dan curiga adakah derma itu dapat pada orang yang sebenarnya search je rumah-rumah anak yatim mesti ada blog atau cara-cara macamana nak bagi derma pada mereka. Nak confirm call dulu no talipon mereka yang incharge rumah tersebut. Insha Allah semuga derma kita dimanfaatkan pada yang betul memerlukan.

.4.Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.

 Satu saranan yang bagus juga. Kiranya ianya diberi tanpa perancangan. Jika terserempak mudah sahaja kita sedekah pada sesiapa sahaja yang memerlukan.

5.Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

 Ini kiranya tabung dosa dan sedekah tersebut bagaikan menyucikan dosa yang telah kita lakukan. Simbolik sungguh saranan ini. Kena cubalah ni letak satu tabung menyucikan dosa. Emm kalau penuh nampak sangat kan kita banyak buat dosa. Semuga dijauhkan lah hendaknya dari melakukan dosa. 

6. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga. kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

 Selama ini beli air kotak untuk potluck geng UB tak terfikir pulak yang buat macam ni boleh kita niatkan sedekah. Malahan time berkumpul kaum kerabat adik beradik aku, tak teringat pula nak beli air kotak atau air mineral banyak-banyak dan niat sedekah. Selalu beli hanya nak bagi anak buah aku minum. Ya lah kalau dah buat game ramai-ramai mesti ada yang nak air sebab dah haus banyak sangat berlari. Emmm kena buat selalu lah ni. 
  
7. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

 Ini boleh diamalkan kalau pergi kedai melayu yang jualan secara kecil-kecil atau pun beli makanan dengan orang yang berjualan di tepi-tepi jalan baki duit tak payah diambil. Ialah kan depa meniaga jual nasi lemak, kuih muih serba sedikit manalah untung besar sangat janji di zaman sekarang ni berniaga buat mengurangkan beban perbelanjaan keluarga ja kan. Emm bagus juga ni.

8. Belilah mushaf (al quran) dan. letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

Wow ini lagi bagus. Pahala berganda-ganda.


9. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

 Mengembirakan orang lain juga merupakan satu sedekah jadi sentiasa mengembirakan orang lain dan mempermudahkan urusan orang lain insha Allah ada fadilat disebaliknya.

10. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, dan bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.


Senyum juga merupakan satu sedekah maka sentiasa bersenyum lah pada semua orang asalkan jangan senyum sorang-sorang sudahlah nanti orang lain fikir apa alh pulak. hehehehe

11.Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu.

Ini satu sifat yang susah juga nak buat sebab nak memaafkan orang yang menganiya kat kita, orang yang marah sehingga menjatuhkan maruah kita depan staff lain. Hish hish memang susahkan tapi kena muasabah dirilah sendiri. Mungkin ada kejadian dulu-dulu yang kita termarah orang tan disedari. Kena lembutkan hati dan redha dengan apa yang orang lain buat pada kita supaya kita dapat memaafkan orang lain yang dah menzalimi kita. 

12. Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal.

Yang ini memang wajib lah kita buat pada setiap kali solat supaya aruah mak dan ayah serta datuk dan nenek serta semua kaum keluarga yang telah meninggal dunia diampunkan dosa mereka. Buat kedua ibu bapa yang masih hidup juga digalakan sedekahkan fatihah buat mereka bukan hanya setelah mereka tiada . Ditambah juga buat semua umat Islam diseluruh dunia semuga Allah mengampunkan dosa mereka.

13. Sedekahkan telekung di tempat RNR atau pun di mana sahaja tempat seperti masjid ke surau ke untuk kegunaan orang perempuan solat. Fadilah solat dengan mudah dapat kat kita. 

Bagus juga kan idea ni seperti juga dengan mendermakan AlQuran di masjid dan surau dimana ada orang mengunakannya. 

14. Mendermakan duit kepada mana-mana masjid yang didalam pembinaan

 Yang ini lagi bagus jika terdengar ada masjid-masjid yang sedang mewar-warkan nak dibina baru dan meminta derma bagus sangat kalau derma kan sedikit mana yang kita mampu. Fadilahnya akan sentiasa tidak putus sebab masjid sentiasa dipenuhi dengan orang yang akn solat pada setiap waktu solat.   

Buat semua yang membaca panjangkanlah semuga jika kita amalkan bertambah-tambah pahala yang diperolehi. Benda yang baik kita panjang-panjangkan semuga semua mendapat fadilahnya.
Selamat bersedekah.






Tuesday, July 1, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan


 Assalamualaikum,

  Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 3 kita berpuasa. Sebelum terlupa nak mengucapkan Selamat menyambut Ramadan buat kengkawan semua dan maaf zahir batin. Minggu lepas hari Jumaat Bahagian Unit Integriti telah menganjurkan Program Bicara Hati yang bertajuk AHLAN YA WAHSAHLAN YA RAMADAN.. Penceramah Jemputan ialah Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang yang selalu keluar di TV9 dan Ustaz Shauqi Othman yang merupakan pensyarah Kanan di UPM dan selalu keluar dalam tv juga dan moderatornya Ustaz Fauzi Mustafa ala yang femes kat TV3 tu.

 Ok jadi kali ni aku nak share apa yang aku dah dapat dalam ceramah tersebut yang berhubungkaitnya dengan Bulan Ramadan bulan yang mulia ni.

Ustaz Shauqi dalam ceramah awalnya supaya meraikan kedatangan Ramadan dan perbanyakkan lah doa supaya kita dapat merasa Bulan Ramadan sebab takut kita tidak sempat merasa Bulan Ramadan. Dan belum tentu lagi kita dapat merasa Bulan Ramadan yang akan datang sebab tidak tahu bila saat kematian akan menjelma. 

 Seronoknya bulan Ramadan sebab kita boleh berpesta ibadah. Bila datang bulan Ramadan dibuka pintu syurga yang bermakna dibuka segala amal soleh untuk memudahkan kita perbanyakkan amal ibadah. Ini merupakan satu rahmat dari Allah buat umatnya supaya berlumba-lumba menambahkan amal ibadahnya. 
Sebab itu bila Ramadan datang kita rasa 2 keseronokan iaitu 1. seronok membeli-belah nak raya opss bukan seronok semasa berbuka puasa dan 2 seronok sebab dapat beribadah sebanyak-banyaknya dan menambahkan keimanan kepada Allah SWT. Sebab itu kita harus manfaatkan kedatangan Ramadan ini. Rebut peluang yang datang hanya sebulan sekali dalam setahun.

Amat malangnya orang yang berada di bulan Ramadan jika masih tidak mendapat pengampunan Allah SWT. Jadi hendaklah membuat persediaan bagi menambahkan lagi ketakwaan dalam diri.

Ustaz Syed Norhisham pula dalam kata alu-aluan mengesyorkan supaya persiapan hari raya sebaik-baiknya hendaklah dibuat sebelum Ramadan supaya semasa Ramadan sepenuh tumpuan dapat di fokuskan pada beribadah sahaja. Cuba semak berapa hari  kita tinggal Solat Terawih. Bagi seseorang yang tertinggal Terawih di masjid, boleh juga solat di rumah samada 8 rakaat ataupun 20 rakaat jika mampu. Menanamkan azam supaya diberi kkekuatan agar dapat menjadikan Bulan Ramadan tahun ini merupakan the best Ramadan dalam hidup kita. Jadikan Ramadan dan ibadah kita berqualiti. Beramal berdasrkan kepada ilmu.  


Kali ini Ustaz Fauzi mengubah daripada mendengar ceramah je kepada membuat pertanyaan pada hadirin berkaitan Ramadan  supaya kedua Penceramah yang terkenal dengan kemuskilan dan tanyalah Ustaz dapat menjawabnya. 

Soalan 1. Sekiranya semasa Ramadan, semasa sahur dan sewaktu rehat sebelum masuk waktunya Azan subuh, sedang makan atau sedang minum tiba-tiba terdengar azan Subuh berkumandang. Bagaimana dengan puasa orang tersebut samada sah ataupun terbatal.

Ustaz Shauqi menjawab hendaklah kita memahami apa sebenarnya maksud definasi puasa itu sendiri. Ianya adalah menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari yang merupakan tempoh berpuasa. Kalau zaman dahulu kita lebeh berpandukan kepada suara Azan yang berkumandang. Tapi pada zaman sekarang terdapat banyaknya kemudahan bagi menentukan waktu berdasarkan kepada bila waktu mula puasa, bila waktu berbuka puasa. Tetapi sekiranya rasa macam ada waktu lagi sebelum masuk Suboh, baru terperasan waktu sahur dah habis diperbolehkan jika tidak perasan. Tetapi makanan yang ada didalam mulut hendaklah diluahkan bukan terus ditelan. Beza bagi berbuka pula jika tersalah waktunya contohnya bunyi azan di radio ingatkan kawasan wilayah Persekutuan terus sahaja berbuka sekali rupanya azan magrib di radio Johor rupanya. Sudah tentu Wilayah persekutuan lambat lagi masuk waktu. Ini dikira batal dan perlu di qada puasa tersebut.  

Ustaz Syed Norhisham pula menerangkan seseorang yang bangun pagi pukul 5, lepas tu makan sahur dan apabila masuk Subuh terus solat. Sahur juga merupakan satu ibadah juga. Beza puasa kita dengan ahli kitab ialah sahur. Sebab pada shur itu ada keberkatannya. Rasulullah bersabda berjanji akan keberkatan sahur itu dan hendaklah makan sedikit walaupun hanya sebutir kurma. Terutamanya kurma Nabi iaitu Kurma Najwa bukannya kurma Yusof Taiyoop ya. Dan jika dah bangun untuk sahur tu solatlah 2 rakaat. Apa lagi waktu tersebut merupakan waktu yang mustajab waktu sebelum sahur. Iadalah sunnah dan barakah waktu sahur itu.

Jawapan pada persoalan tadi waktu adalah tetap dan andaikata terdapat makanan dalam mulut, bila dengar azan, luahkan. Jika makan juga adalah terbatal puasanya.

Soalan 2. Apakah cara terbaik untuk tadarus. Adakah sesetengah tempat berbagi surah dan membaca sehingga habis dan akhirnya khatam Quran. Ada yang seorang membaca dan orang lain mendengar dan memperbaiki bacaan.

Ustaz Syed Norhisham mengucapkan tahniah kepada mereka yang melibatkan diri dalam bertadarus semasa di bulan Ramadan. Bila lagi nak bertadarus jika tidak di bulan Ramadan. Rasulullah bertadarus bersama dengan Jibrail. Membaca Al-Quran juga akan mendapat pahala. Maksud tadarus ialah saling membaca dan menyemak bacaan. Jika buat kumpulan dan dibahagi juzuk dan dibaca serentak ianya adalah silap. Kaedah yang sebaiknya ialah seorang membaca dan orang lain mendengar dan menyemak bacaannya. Terdapat 2 jenis iaitu a. Orang yang mahir membaca akan bersama malaikat. b. Orang yang membaca tergagap-gagap iaitu tidak mahir bersamanya ia memperolehi 2 ganjaran. Walaupun malu kerana tidak mahir tapi dia berusaha kerana iman dan mahu tahu mengenai Al-Quran. 

 Sekiranya masa yang diperuntukkan hanya 1 jam sahaja maka 15 minit akhir kalau boleh dibaca makna ayat semasa tadarus tersebut. Al-Quran memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya.        

Soalan 3. Dari segi ubat-ubatan seperti titis ubat dalam mata, dalam telinga, dalam hidung dan menyedut inhaler bagi yang semput. Adakah batal puasanya. 

Ustaz Shauqi menerangkan kita kena faham maksud puasa itu sendiri iaitu sesuatu yang membatalkan puasa yang masuk dari rongga terbuka dan tidak melepasi masuk ke dalam perut. Masuk titisan ke dalam mata bukan merupakan rongga yang terbuka yang terus ke dalam perut kita. tetapi titisan hidung dan telingga dimana ubat tersebut akhirnya akan masuk ke dalam badan dan juga telinga dan hidung merupakan rongga yang terbuka jadi ianya adalah batal puasa. Manakala suntikan insulin pula ianya di suntik di perut dan perut bukannya rongga terbuka.

Bagi sedutan inhaler pula ada 2 iaitu 

1. mengikut ulamak-ulamak yang terdahulu ianya batal kerana sebab dalam asap tersebut mengandungi ubat yang melepasi mulut dan sampai ke kerongkong.
2. mengikut Ulamak Yusuf Qardawi pula tidak batal kerana sedutan ubat itu masuk ke kerongkong bukan ke perut dan tujuannya bagi meluaskan pernafasan seseorang.


Soalan 4. Berkenaan darah haid. Andai kata hari 1 dan 5 puasa kena haid dan sudah suci dan dah mandi serta berpuasa selama 2 hari tiba-tiba hari ke 3 keluar darah. Adakah ianya darah haid atau istihadah dan samada terus berpuasa atau kena berhenti puasa. 

Mengenai darah haid pula bagi orang perempuan yang konsisten peredarannya boleh bezakan darah tersebut samada haid atau istihadah. Namun bagi yang tidak tetap perjalanan haidnya hendaklah mengetahui maksimum bagi haid ialah 15 hari. Seandainya selepas dari 15 hari ada darah yang keluar ianya sudah di kira darah istihadah dan di wajibkan berpuasa.

       
Soalan 5. Mengenai solat sunat witir. Ianya merupakan solat penutup dan selalunya di buat selepas habis terawikh. Andainya tidak buat solat witir kerana nak berqiamullai tetapi bila tiba masanya terlupa nak buat qiamullai. Apa hukumnya tertinggal solat witir tersebut.

Solat witir adalah solat yang sangat hebat. Solat tersebut selalunya ganjil. Dan ianya merupakan solat penutup bagi malam tersebut. Selalunya di masjid ianya dibuat selepas solat terawikh. Bagi yang berniat nak qiamullai pada malam tersebut dan semasa solat Terawikh tidak ikut imam solat witir, dan apabila tiba masa yang sepatutnya nak buat solat qiamullai tiba-tiba tidak sedar dan terlepas tidak mengapa namun ia dapat pahala sebab dah niat nak membuatnya.

Penutup majlis berakhir pada pukul 11 namun Ustaz Syed Norhisham sempat promosi madu lebah serta habatusaudah yang dibawanya. Madu lebah tersebut sangat berkhasiat jika dijadikan amalan pada setiap hari. begitu juga dengan habatus saudah. Jika ada anak yang berpenyakit eczema boleh kapsul habatus saudah tu di buka dan cecair tu di sapu pada tempat yang berkenaan. Begitu juga jika asthma makan madu baik untuk mengeluarkan kahak yang banyak dalam dada yang menyebabkan kita jadi semput.

  
Selesai majlis apa lagi semua pun menyerbu di belakang, malahan jika sesiapa yang berminat tetapi tidak bawa duit boleh mengambilnya dan bank in duit kemudian. Madu lebah dari Yaman tu bagus tapi mahal, harga sebotol Rm 300. Tapi besarlah botol tu dan tahan lama. Habatus saudah sebotol Rm 60. Jika beli 2 botol dapat free sebotol yang kecil. Hanya promosi semasa majlis ni lah, lepas tu tak tahu ada ke tidak. 

Walaupun rasanya 2 jam tidak cukup namun ilmu yang diberikan banyak manfaatnya. Mudahan semua yang hadir mendapat keberkatan menghadiri majlis ilmu seperti itu.






Wednesday, January 22, 2014

Salah siapa? Kedua ibu dan bapa atau anak?




Assalamualaikum,

 Ni nak mencecer sikit lah pada pagi ini. Pasal anak-anak zaman sekarang yang suka menyusahkan kedua ibu dan bapa. Sepatutnya setelah dewasa, walaupun kedua ibu bapa tak mengharap jasanya dibalas sekurang-kurangnya kenanglah jasa mereka yang telah bersusah payah menyekolahkan dan memberi pendidikan kepada anak-anak supaya besar nanti menjadi orang yang berguna. Tapi adakah anak-anak terfikir tentang jasa kedua ibu dan bapa. Kalau mereka ingat jasa mak dan ayah, alhamdulillah sejuk ibu yang mengandung dan bangga ayah mempunyai anak yang mengenang jasa. Kalau nan ado.... sian mak bapa merintih sedih melihat gelagat anak-anak mereka.

 Ok kenapa aku timbulkan isu pasal anak zaman sekarang. Begini ceritanya, setiap pagi pukul 6.30pagi aku dah keluar rumah untuk bertugas di Putrajaya. Dan ada seorang amoi yang akan menumpang kereta dan akan turun di Puteri Park. Semasa menunggu aku, amoi tu terjumpa satu Aso yang dah berumur 60 lebeh, yang sempat bercerita tentang hal anak-anaknya yang macam tak ada semangat nak sambut Tahun Baru Cina. Aso tu ada 4 orang anak, tapi seorang pun tidak seperti yang diharapkan. Dah lah laki Aso tu dah berumur 62 tahun masih lagi bekerja. Ini kerana walaupun dah tua kalau tak bekerja mereka berdua nak makan apa. Anak yang ada bukannya nak memberi duit malahan minta duit lagi. Kesiannya aku dengar.

 Yang dah kahwin hanya seorang anak perempuannya. Yang lagi seorang perempuan tak mahu kahwin tapi berboyfriend dengan perempuan tomboy. Yang anak lelaki malas mahu kerja. Seorang pinjam duit dengan Along, manakala seorang lagi malas mahu kerja minta duit kat mak dan bapa sahaja. Pening Aso tu memikirkan anaknya yang pinjam duit dengan Along. Kalau tak bayar nanti rumah mereka pulak yang Along cari. Patutnya nak raya Cina ni bagi duit nak sambut raya ke apa ke ni tak minta duit lagi. Yang dah kahwin kata halau je adik dia yang malas. Patut ke adik beradik kata macam tu. Pening Aso tu memikirkan hal keluarganya.


 Aku yang mendengar pun rasa kesian. Bayangkan ada anak pun hidup tak senang hati, apa lagi lah kalau tak ada anak, siapa nak jaga bila dah tua nanti. Rupanya bukan sahaja keluarga Melayu macam tu malahan keluarga Cina dan India pun sama.

 Yang India pula ceritanya aku selalu kalau balik petang pukul 5 lebeh terserempak dengan Achi ni yang kerja nurse di hospital swasta kat jalan Ampang. Dia dah pencen lama dari hospital kerajaan malahan masa aku baru duduk Ampang tahun 1999 pun dia dah pencen dan mula kerja di hospital swasta. Kena tinggal suami sebab suami asyik nak pukul dan peras duit. Punya seorang anak lelaki. Anak lelakinya di jaga bagai minyak yang penuh. Nak sekolah swasta disekolahkan. Sanggup bayar berapa pun yang penting anak belajar tinggi. Tapi akhirnya anak lelakinya hanya kerja kat kedai biasa ja kat shopping kompleks tu. Nak motor, mak dia belikan tapi mak dia balik dan pergi kerja terpaksa berjalan kaki dari Bukit Saga nun ke bawah bukit di Puteri Park tu untuk naik bas ke Ampang. La ni baru-baru ni aku jumpa dia dah pencen dah dari hospital swasta tu dan setiap minggu pergi treatment kakinya yang sakit. Masih lagi berjalan kaki ke sana ke sini. Laaa ni jalan dah bertongkat pula.Yang aku kesian tu ada sekali tu dia kata siap berdoa kalau aku dan akak lalu, terserempak dengan dia semasa kita orang nak balik rumah. Sebab kalau kami terserempak memang kami akan tumpangkan dia. Nak naik bukit dari Taman Melur ke Taman Saga memang menongek juga kalau berjalan kaki sebab dulu kami dah rasa bagaimana penatnya nak mendaki bukit balik rumah. Tu pun aku dengar dari mulutnya, anak lelaki dia kadang tak peduli kat dia, dah makan ke apa ke, kalau susah nak duit minta kat dia hah baru nampak muka. Bayangkan lah ibu tunggal, harapkan duit pencen seberapa lah yang ada. Lepas tu kena pergi hospital pula setiap minggu untuk rawatan kaki. Sian kan.

 Yang keluarga melayu pula lagi best, siap jual rumah lagi hanya kerana nak kahwinkan anak perempuan bungsunya. Yang ini aku tak salahkan anak-anak sebab mak dan bapanya memang memanjakan anak sampaikan nak kawin pun sanggup berhabis harta janji dapat kahwinkan anak dengan meriahnya sebab anak yang last.Dahlah Bapa dia dah pencen dan rumah tu satu-satunya harta yang tinggal tup-tup bila nak kahwinkan anak yang bungsu habis majlis kahwin je dah nak pindah sebab dah jual rumah tersebut dan sekarang dengarnya menumpang di rumah anak yang kedua. Tapi yang aku heran tu pasal apa lah bapa dia asyik dengar kata isterinya biar berhabis sampai jual rumah lepas tu mengharap belas ihsan anak-anak membela mereka. Kalau anak kedua tu suaminya tak bagi duduk bersama, kan ke naya je kena sewa rumah lain lah pulak padahal rumah sendiri ada sebelum ni. Tu pun sebab boleh tolong jagakan anaknya tak payah hantar kat rumah orang lain. Hah ya lah tu sementara mak dia masih sihat kalau dah sakit nanti hah macamana agaknya ya.          

 Entah lah ya. Nasib masing-masing kita tak tahu di kemudian hari nanti. Adakah mak dan bapa salah mendidik anak ataupun anak-anak sekarang tak pandai hidup susah hanya tahu nak senang je. Zaman sekarang semuanya nak duit, serba-serbi bergerak semuanya duit tapi kadang duit tidak dapat membeli kebahagiaan, tidak dapat membeli ketenangan, tidak dapat membeli kasih dan sayang sesama insan.  

  Apa pun yang terjadi kemudian hari aku hanya dapat berdoa semuga Allah limpahkan kurnia, eratkan silaturahim aku dan adik beradik aku serta keluarga, semuga apa jua rintangan di masa hadapan ikatan tersebut tetap tersimpul mati. Ikatan kasih sayang sesama keluarga tetap utuh sampai bila-bila walau badai melanda. Walaupun kami hidup sederhana dan tidak kaya namun biarlah kami sekeluarga kaya dengan kasih sayang, saling menyayangi sesama keluarga, bersusah senang bersama-sama. Amin. Yang berat sama di pikul yang ringan sama di jinjing.

  Al fatihah buat kedua Bapa dan mak atas didikan mereka kepada kami selama ini yang telah menjadikan kami seperti hari ini. Biar miskin harta namun kaya dengan kasih dan sayang.

Thursday, December 19, 2013

Kenali secara lahiriah Rasullullah SAW



Assalamualaikum,

Ni aku dapat info dari member buat renungan bersama. 


MUHAMMAD S.A.W. RASUL ALLAH YG TERAKHIR!

KENALI SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

 Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
 Aku melihat cahaya dari lidahnya..
 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
 Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
 Wajahnya seperti bulan purnama.
 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
 Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
 Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli  di bahagian sudut.
 Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
 Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
 Janggutnya penuh dan tebal menawan.
 Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
 Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
 Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
 Rambutnya sedikit ikal.
 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
 Rambutnya terbelah di tengah.
 Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
 Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
 Seimbang antara kedua bahunya.
 Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
 Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
 Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat  air.
 Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
 Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
 Warna putihnya lebih banyak.
 Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
 Warna kulitnya putih tapi sihat.
 Kulitnya putih lagi bercahaya.
 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
 Badannya tidak gemuk.
 Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi ber ukuran
  sederhana lagi kacak.
 Perutnya tidak buncit.
 Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai
  baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik
contoh sepanjang zaman.

Semulia-mulia insan di dunia...
untuk mengingatkan kita...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang
ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut
bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
 "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar
menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya
masih penuh kecemasan.
 "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
 "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
 "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan  lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan,
sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi. Betapa cintanya
Rasulullah kepada kita.

Ps: Di pagi hari Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama pelbanyakan berselawat  keatas Nabi Muhamad SAW. Al-fatihah buat semua para Rasul, para Nabi juga sekelian umat Islam yang telah meninggal dunia.  

Friday, December 13, 2013

5 Perkara Aneh

Subject: KISAH LIMA PERKARA ANEH

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika
dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan
Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar
suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu
malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar
dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,
pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau
sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan
harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan
kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.
Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku
hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat
dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk
memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri
sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu
disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia
pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah
mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas
Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu,
kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi
itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun
meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu
terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang
sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu
berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil
burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas
burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai
Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi.
Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak
boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara
itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong
sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat
daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam
bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia
bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas
lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.
Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya.
Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku
telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam
mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama
engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi
pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah
itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap
akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka
janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka
usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka
larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri
kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa saja berlaku dalam kehidupan
kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah
mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal
orang lain. Haruslah kita ingat bahwa kata-mengata hal seseorang itu akan
menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat
nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah
dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang
Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata
tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahwa walaupun apa yang kita
kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita
sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun
ia benar.

Friday, November 29, 2013

Ada sifat babi yang diharamkan dalam Islam







Subject: Ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam

Ada orang asing bertanya (ilmuwan) kepada salah seorang ulama mengenai haiwan babi ini.

Ilmuwan  : Haramnya haiwan Babi bagi umat muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukankah mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih ini akan menjadi halal?  

Ulama    : Haramnya babi bukan kerana hal itu saja. Tetapi ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam?

Ilmuwan : Apakah itu?

Ulama      : Cuba anda buat 2 kandang. Satu kandang anda isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. Satu kandang lagi anda isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menekanya?

Ilmuwan : Tidak.

Ulama      : Mari kita lihat sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. Yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk merebut 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang atau kalah. Dan itu sesuai dengan kudrat dan fitrah manusia diciptakan. (HUMAN NATURE)

Ilmuwan : Pada kandang babi?

Ulama      : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang babi, 2 ekor babi jantan itu tidak berkelahi untuk merebut babi betina itu, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor babi jantan tersebut mengawan babi betina secara beramai2 dan juga terjadi hubungan homoseksual antara kedua ekor babi jantan tersebut setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan fitrah umat manusia. Bila umat Islam ikut memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan karekter seperti babi ini.
Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,
"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan.  Maka barang siapa terpaksa kerana kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


Mengapa Islam Mengharamkan Babi (Terjemahan)
Berikut ini tulisan mengenai pengharaman darah dan babi dalam Islam, diulas dari sudut pandang logika dan ilmu kesihatan. Semoga bermanfaat.

Bob: Tolong beritahu saya, mengapa seorang Muslim sangat mementingkan mengenai kata-kata "Halal" dan "Haram"; apa arti dari kata-kata tersebut?

Yunus: Apa-apa yang diperbolehkan diistilahkan sebagai Halal, dan apa-apa yang tak diperbolehkan diistilahkan sebagai Haram, dan Al-Qur'an lah yang menggambarkan perbedaan antara keduanya.

Bob: Dapatkah anda memberikan contoh?

Yunus: Ya, Islam telah melarang segala macam darah. Anda akan sependapat bahwa analisis kimia dari darah menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat?), suatu bahan kimia yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.

Bob: Anda benar mengenai sifat beracun dari uric acid, dalam tubuh manusia, bahan ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan dalam kenyataannya kita diberitahu bahwa 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh Ginjal, dan dibuang keluar tubuh melalui air kencing.

Yunus: Sekarang saya rasa anda akan menghargai metode prosedur khusus dalam penyembelihan haiwan dalam Islam.

Bob: Apa maksud anda?
Yunus: Begini... seorang penyembelih, selagi menyebut nama dari Yang Maha Kuasa, membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tetapi membiarkan urat-urat dan organ-organ lainnya tidak terusik.

Bob: Oh begitu... Dan hal ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ vitalnya.
Yunus: Ya, sebab jika organ-organ, misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut dapat meninggal seketika dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging. Hal tersebut menyebabkan daging haiwan akan tercemar oleh acid uric, sehingga menjadikannya beracun; hanya pada masa kini, para ahli makanan baru menyedari akan hal ini.

Bob: Selanjutnya, selagi masih dalam topik makanan; Mengapa para Muslim melarang memakan daging babi, atau ham, atau makanan lainnya yang terkait dengan babi?

Yunus: Sebenarnya, diluar dari larangan Al-Qur'an dalam memakan daging babi, bacon; pada kenyataannya dalam Bible juga, pada Leviticus bab 11, ayat 8, mengenai babi, dikatakan, "Dari daging mereka (dari "swine", nama lain buat "babi") janganlah kalian makan, dan dari bangkai mereka, janganlah kalian sentuh; mereka itu kotor buatmu." Lebih lanjut lagi, apakah anda tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher kerana mereka tidak memiliki leher; sesuai dengan anatomi alamiahnya? Muslim beranggapan kalau babi memang harus disembelih dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan merancang haiwan ini dengan memiliki leher. Namun diluar itu semua, saya yakin anda tahu betul mengenai efek-efek berbahaya dari makanan babi, dalam bentuk apapun, baik itu pork chops, ham, atau bacon.

Bob: Ilmu kedoktoran mengetahui bahwa ada risiko besar dan banyak jenis penyakit. Babi diketahui sebagai tempat dari pelbagai jenis parasit dan penyakit berbahaya.

Yunus: Ya, dan diluar itu semua, sebagaimana kita membicarakan mengenai kandungan uric acid dalam darah, sangat penting untuk diperhatikan bahwa sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya. Mohon diteruskan kepada semua rakan Muslim dan Non-Muslim... Ini dapat menjawab sebahagian pertanyaan mereka, khususnya jika kalangan non-Muslim bertanya mengapa Umat Islam tidak boleh memakan babi.
Sumber: Ibrahim Ali Ahmad
 

Tuesday, November 26, 2013

99 menuju kesempurnaan iman






Assalamualaikum, kekawan ....
( kalu ada masa, baca lah )


99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN


01.   Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02.   Sabar apabila mendapat kesulitan;

03.   Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan;

04.   Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05.   Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06.   Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07.   Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08.   Jangan dengki dengan kekayaan orang;

09.   Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10.   Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;

11.   Jangan tamak kepada harta;

12.   Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;

13.   Jangan hancur karena kezaliman;

14.   Jangan goyah karena fitnah;

15.   Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16.   Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17.   Jangan sakiti ayah dan ibu;

18.   Jangan usir orang yang meminta-minta;

19.   Jangan sakiti anak yatim;

20.   Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21.   Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22.   Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23.   Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk;

24.   Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25.   Biasakan sholat malam;

26.   Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27.   Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28.   Sayangi dan santuni fakir miskin;

29.   Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30.   Jangan marah berlebih-lebihan;

31.   Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32.   Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

33.   Berlatihlah untuk banyak berfikir;

34.   Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena  sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35.   Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36.   Jangan percaya ramalan manusia;

37.   Jangan terlampau takut miskin;

38.   Hormatilah setiap orang;

39.   Jangan terlampau takut kepada manusia;

40.   Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41.   Berlakulah adil dalam segala urusan;

42.   Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43.   Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44.   Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45.   Perbanyakkan silaturrahim;

46.   Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47.   Bicaralah secukupnya;

48.   Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49.   Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50.   Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51.   Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52.   Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53.   Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54.   Hormatilah kepada guru dan ulama;

55.   Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56.   Cintai keluarga Nabi saw;

57.   Jangan terlalu banyak hutang;

58.   Jangan terlampau mudah berjanji;

59.   Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60.   Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;

61.   Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62.   Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63.   Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64.   Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65.   Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66.   Jangan membenci seseorang kerena pahaman dan pendiriannya;

67.   Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68.   Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69.   Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70.   Jangan melukai hati orang lain;

71.   Jangan membiasakan berkata dusta;

72.   Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73.   Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74.   Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75.   Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76.   Jangan membuka aib orang lain;

77.   Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78.   Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79.   Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80.   Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

81.   Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82.   Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83.   Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84.   Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85.   Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86.   Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

87.   Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88.   Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita;

89.   Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;

90.   Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91.   Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92.   Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93.   Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan
        kebenarannya;

94.   Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95.   Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96.   Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97.   Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.  Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98.   Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
        kerosakan;

99.   Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

no. 100.
Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lainnya yang anda kenal.
Allah's love is unconditional, today, tomorrow and always. May Allah bless you
everyday.
Ameen


Monday, November 25, 2013

12 barisan di Akhirat



Assalamualaikum,
Gementar juga perasaan membaca artikel yang member forwardkan ini. Terasa-rasa macam banyaknya Ya Allah dosa hambamu ini...  



12 barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap Rasulullah
SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan
kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala
ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
An-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah
pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing
dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-

Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan
solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah
orang yang enggan membayar zakat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah
balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka
itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas
kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta
anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."

Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta
mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan
lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang
minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari
sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat
baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia
keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat
keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan
Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah,
tahulah engkau betapa peritnya berpisah
denganNya.....Wallahua'alam.