Wednesday, October 14, 2026

Perth - Hari pertama sambungan

Assalamualaikum
Alhamdulillah dah balik Malaysia. Ingatkan nak up cerita semasa kejadian tapi nan ado ye. Balik hotel penat Dan besok nak pi lagi jenjalan. Insya Allah Slow2 aku citer ya sebab gambar banyak Dan pening nak letak yang mana. 

OK lepas jumpa kak raja tunggu lah dalam pukul 9 masuk boarding gate. Kenal pulak dengan kak ani. 

Rupanya gate 1 tu masuk untuk naik bas transit ke airplane. Jadi dalam pukul 9 lebih masuk. Baru lah nampak orang kastam scan beg. Aku punya sangkut kat handbag. Bila check balik rupanya eye shadow yg calit guna tangan je. Dia kata cam besi aku tunjuk le. 

Akhirnya lepas dan join semula dengan group. Bila sampai masa naik bas terus dia bawa ke airplane. Naik tangga ko cam naik air Asia. Hehehe
Naik bas transit. Jauh juga plane parking. 
Pertama kali naik Air Batik. Cam biasa bila nak jalan tunjuk ajar ku sifu eh bukan tunjuk ajar keselamatan. Aku punya tali pinggang memang kena extension belt. Opsss terlebih ukuran pinggang. Nyah tak runcing  ye gadang adalah. 
 Dalam beberapa jam perjalanan naik dapat le makan. Kiranya untuk lunch lah sebab sampai dalam pukul 4 gitu. Dapat nasi lemak. Nasi ciput tapi tadi dah sarapan meehoon OK lah. Geng hujung sebelah kak nong order Maggi kari. Tak cukup kenyang
Alhamdulillah 5 jam 55 minit sampai. Ada pengalaman yang mengerunkan masa nak landing. Dia punya jejak roda tu ya Allah menakutkan sungguh lepas tu bila plane laju sangat dia punya brek sampai kan aku punya kaki ikut brek sama. Brek angin gitu ingat naik keter ko. Fuh scary sungguh lah. 

Nasib sampai perth tak guna tangga kalau tak huhuhu. Dah sampai perth. 
Dia punya changgih semua guna sistem. Yang ni kena layan buat kalau tak tak lepas masuk dalam. Slip kuning tu dengan kad kedatangan disertakan bersama. 
Ambil luggage Dan jumpa pihak kastam. Mendebarkan sungguh. Sapa yang declare food line lain. Nasib baik kita orang tinggal semua cili sos lah rte food lah ikan bilis krispi lah sebab tak mahu kena bukak beg kena check. Jadi terus je line tak declare apa2. Kad kedatangan dengan slip kuning tadi dia ambil. 

Luas Airport dia. Jumpa tourist guide Rafis Di sini Dan terus pi ke tempat bas. 

Yeh perth aku datang. Cerah sikit mata setelah asyik berkabus je cuaca malaysia.
Bas kami akan naik sepanjang 5 hari. Pemandu wanita Maria Mendes eh takle Maria je aku tau. 
Cuaca mendung tapi OK lah Cerah mata tenguk kalau tak berkabus je
Nurin tour dari malaysia




Ini jadual waktu solat. Tenguk tu pukul 4 dah masuk subuh. Rupanya waktu Perth dengan Malaysia sama. Cuma waktu solat cepat. Jadi kul 6 dah gelap ko. Kul 8 dah boleh tidur lepas isyak. 
Alhamdulillah dah sampai hotel. Hotel mercure. Nurin dah beri kunci dalam bas jadi terus je cari bilik. Kat lift kena scan kad Dan pilih tingkat berapa. Kita orang bilik 601.
Tadaaaa besor ko. Kat hujung tu tempat letak beg pungah baju nak pakai besoknya Dan tempat solat. 
Cepat2 solat jamak zohor Dan asar. Lepas tu magrib Dan isyak sebab kul 7 kena turun balik pi dinner kat cafe hotel.
Hah tenguk tu luas kan boleh telentang terbalik kat situ. Situ jadi tempat solat kami. 

Masa ni kejadian tidak di ingini terjadi. Beg kak nong tak boleh bukak. Aduhaiiiiii mana nak cari cutter. Poning ooo poning. Aku citer dgn kak nong aku dah pernah alami lupa pin no kat kunci nasib baik boleh bukak sejak kejadian tu aku lock Mangga kat zip antara zip beg. Ni sekali kak nong yang kena. Gelabah habis ko tak kan pakai baju seminggu huhuhu. 

Lepas tu adapter aku tak boleh guna kena beli adapter baru lah. Aduhaiii itu yang penting sekali untuk charge phone Dan powerbank.

Tapi tak boleh fikir apa dah kul 7 kita orang pi makan dulu kut Perut dah Kenyang datang ilham macamana nak setel problem. 
Pi makan chicken parmagiama. 
Tempat makan malam Di cafe hotel. Dah lapar. Sedap chicken dia tapi salad tu masin kalau tak licin. Makanan kat Perth ni portion dia banyak tau. Sayang juga tak habis tapi tangki dah penuh. 
Jug ni ada jus oren sejuk beb. Entah berapa gelas aku dah tunggang sebab haus Dan sedap. Tapi dia tambah lagi bila dah habis. Jus dia perghhh prior oren gitu. 

Citer dengan p3 anak kak raja tentang adapter. Dia pun sama jadi  lepas dinner terus pi cari kedai. Katanya ada kedai berdekatan hotel. 
Sampai hotel kita jalan cari convinience stor sebab universal charger aku tak boleh masuk. Ni nampak kedai India. Kedai Balti
Jumpa akhirnya. Pilih belek takut salah beli. Nasib baik jumpa.

Yg belah kanan adapter yang aku beli. Nasib baik boleh guna extension wayar tu. Yang tengah tu adapter universal yang aku guna. Tak boleh masuk sebab pin masuk dia kecil. Harga aud 15.99. Test kat bilik OK yahooo tak payah beli lain. Tapi kedai tu kata kalau tak boleh guna boleh pulangkan balik. 

Kak nong pinjam gunting orang hotel. Nak tunggu besok orang hotel tolong nak jalan pakai baju apa Hehehe. Alhamdulillah upil boleh bukak sikit jadi lah yang penting boleh korek baju dalamnya. 

Baru boleh tidur kalau tak pusing dong ah. Tapi malam pertama tak nyenyak tidur asyik terjaga. Entah apa le yang aku risau padahal tilam empuk je tu

Suasana malam Bandar perth. Gambar enche rafis yang bagi. 

Tuesday, October 6, 2026

Perth - Hari Pertama

Ni Travel Assistant Cik Fatihah

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah hari ni nak bermusafir dengan kak nong pi perth

Mulanya naik air Asia tapi ticket naik tukar ke Batik Air. Pertama kali ni naik flight ni. 

Kita orang berkumpul Di klia Booth E. Patutnya 6.30 pagi tapi kita org lewat sikit je dari rumah Julie. Siap subuh senang jadi terus je Julie hantar kan. 
Baru sampai terus ke area E. 

Brief sikit oleh wakil ARBA. 

Lepas tu terus check in bag Dan ticket flight. Timbang bag aku 12 kilo kak nong tak sampai 10 kilo pun. Aiyokkkk

Dah masuk bag dapat ticket terus cari makan. Nak kena air panas ni. 

Layan meehoon dia dgn teh tarik. Kak nong makan karipap dgn kopi o.. Meehoon dia ada rasa Tom yam. Emm sedap. Lain kali nak Cuba lah walaupun tak ada apa sangat dalam dia. Alhamdulillah syukur. 

Tengah sarapan tiber jumpa opis mate lama kak nong. Nak pi Balkan 5 negara. Wow bestnya. 

cantik kan
yeh Booth formula 1

Dah setel terus je lah boarding. Nampak ni. Cantik pulak nak tunggu sapa ni. Orang Airport ni

Masa kat kaunter imigesen ada apss daftar masuk. Tak Dan pi yg autogate tu tak boleh baca kena pi tentang mata dengan pegawai inigeresen. 

Lepak kat gate G 1. Fight kul 10
Lepak dengan geng travel. Tengah be ramas mesra. 
Update life kat Airport. 


Monday, September 28, 2026

Top komen Di blog SN Faa

Assalamualaikum

Alhamdulillah baru ni nampak Faa komen kata aku menang top komen blog dia.

Hah apa lagi laju le jenguk rumah dia. Betul lah top komen bulan 8. Hah tu dia lepas citer pi travel Brisbane sebulan si Faa ni senyap. Hah kalau senyap tu mesti busy sokmo. Dah le dia buat aku rindu kat Brisbane lepas tu tergantung pulak.

Draf throwback aku tahun 2008 tu pun berderet letak gambo tapi citer tergantung lagi. Insya Allah aku cuba update citer travel yang berkurun tak habis tu. Semangat baru balik bukan main tapi lepas tu ke laut dalam citernya. Sayang pulak kat gambo yang banyak tu. 

Eh melalut pulak. Berbalik citer pasal SN Faa ni tak ingat macamana boleh terjebak masuk rumah dia tapi seronok baca walaupun berjela. Almaklumle oversea gitu. Ahakss. Takde lah kalau ada blogger luar Negeri rajin cerita kat tempat dia tu kiter pun tumpang seronok baca.

Si Faa ni kalau menulis macam buat citer travelog gitu. Tapi aku suka je baca. 

ni hadiah aku dah unboxing.. Sekali sampai rumah besor gabak kotaknya. 
Dapat 5 periuk dengan penutup masing2. Dia kata 12 aku cari lagi 2 tak tahu apa dia. Yang ada pemegang periuk. 

baru bukak kotak
warna hitam cun. Black magic in the dapur hahaha

Dapat free gift lagi sarung tangan 2

Simpan balik. Nanti nak guna baru pasang tombol kat penutup dia.

Apa pun terima kasih selautan Laut Mediterranean ya Faa atas hadiah yang di beri. 

Jadi kengkawan jangan lupa pi rumah My name is Faa. Aku cuba copy link dia tapi jenuh sungguh. Pakai hp pun tak boleh nak bubuh link. Adeiiiiii bila lah laptop aku nak baik dari sakit ni. Huhuhu

Jangan lupa kengkawan pi boom komen kat rumah Faa. Nanti dapat hadiah macam aku dapat eh tidak semestinya tapi terpulang pada Faa nak beri apa. Walaupun dia jauh tapi shoppee kan ado. Teriklan pulak.... Sori Faa. 

Tak sabor ni jeng jeng jeng jeng



Friday, September 25, 2026

Apa agaknya dalam tin tentang diri kita Tanya chatgpt

“Fill this tin with things that represent me based on what you know about my personality, interests, lifestyle and the things I enjoy. Include meaningful objects related to reading, travel, traditional food, nature, nostalgic music, family, simple living and quiet moments. Keep everything realistic, warm, personal and aesthetically pleasing. Use my favorite color as the main accent color. Do not add random objects. Make every item meaningful to me.”
Kalau ikut apa yang saya kenal tentang Notie… ๐Ÿ‘€
Saya bayangkan tin itu akan ada: ๐Ÿ“š Buku – suka membaca
✈️ Pasport & simbol perjalanan – minat travel luar negara
๐Ÿฒ Hidangan tradisional – jiwa makanan tradisional
๐ŸŒฟ Daun/bunga atau elemen alam – suka menikmati keindahan alam
๐ŸŽต Radio/kaset retro – lagu lama yang rancak & sentimental
๐Ÿก Elemen rumah – jenis homely dan selesa dengan kehidupan sederhana
☕ Secawan minuman – menikmati masa tenang
๐Ÿ“ Notebook/diari – kenangan dan cerita kehidupan
❤️ Simbol keluarga & persahabatan – mudah berkawan, setia dan memahami
๐Ÿค Warna yang lembut dan tidak terlalu glamor – menggambarkan gaya sederhana

Assalamualaikum 

Ada ternampak kawan update tentang tin kosong dan apa yang boleh di isi tentang diri kita sendiri. 

Sekali aku nampak prompt untuk tanya kat chatgpt oleh encik Firdaus orang IT dan ex opis aku di PIK. Aku pun copy dan tanya chatgpt. Wah berjela ko huraiannya. Jadi suruh dia buat Infografik pulak.... Jeng jeng jadi lah gambar yang ke 2 di atas tu. 

Agak2 itu diri aku ke.. Chatgpt ni kadang macam ada magic dan tahu tentang diri kita padahal bukannya aku selalu sembang dengan dia. Kalau selalu sembang macam Cikgu amie dan nur tu hah memang tak boleh lari lah jawapannya memang kena. 

Apa pun prompt dia tu yang kadang aku tak tahu koding dia almaklumle otak aku otak Rekod Perubatan ingat jumlah inpatient admit dan discaj. Diagnosis penyakit koding dia apa. 

Kalau bab changgih manggih dunia sekarang ni walaupun RAM otak aku slow dan lambat pick up tapi boleh lah juga ikut aliran semasa. Hahaha macam masuk lif tekan butang sendiri je. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Wednesday, September 23, 2026

Cerita dari Facebook

Assalamualaikum
Ada terbaca dalam fb bila tok wan dia pencen dan kena keluar quarters jadi mereka secara mengejut balik kampung. 
Rumah di kampung di perbaiki serta merta. Dan tak lama kemudian Pkp tak boleh keluar. Tapi rumah yang di baiki sempat siap. 

Bila tenguk gambar yang mula begitu uzor kan. Tapi setelah di perbaiki dan laman yang luas atok dia menanam bunga rose jepun. 
Bila banyak cantik sangat.

hah yang ini lagi banyak bunga ya. Seronok tenguk laman luas jadi cantik dengan warna warni bunga yang di tanam.

Update terkini
gambar dari sisi lain

cantik kan. Siap ada pintu gerbang

Monday, September 21, 2026

Singgah rumah Ika (cucu saudara)

Assalamualaikum

Sebelum balik singgah rumah Ika. Cantik rumah dia. Sebelah tu kebun pisang. Geram tenguk pisang kat pokok. 

Cactus tu berbunga cantik sekali. Entah berapa tahun cactus tu hidup. 
hah nampak tak bunga dia
Pintu masuk rumah
Punya sayang si rafi motor pun simpan dalam rumah

Kata pit yang ini si Rafi yang punya jangan di usik. 

cantik siling rumah dia siap ada lampu warna warni

Ika sediakan laksa. 
Rumah dia besar juga ada 3 bilik. 

Jamah laksa sambil minum air. Walaupun notis mengejut sempat dia balik dan sediakan laksa.

Gambar masa kahwin. Katanya kawan sekolah. Untungle suami satu kampung. Buat rumah pun tak jauh dari famili dan famili mertua. 
Posing ramai2 di rumah Ika

Yang ni kita orang geram. Kebun pisang dan bunga cactus. 

Selesai tawaf dan makan laksa serta minum air sedap kita orang pun balik Bakri