Wednesday, March 22, 2023

Selamat Menyambut Ramadan Al - Mubarak


Assalamualaikum,

 Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan pengertian yang cukup besar buat semua umat Islam di seluruh dunia.

Bermulanya Ramadan, maka akan terbuka luas pintu kerahmatan dan keampunan kepada umat manusia untuk mencari kedamaian dariNya.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1444H kepada seluruh umat Islam 
🌙


Alhamdulillah syukur Allah masih beri aku kesempatan berjumpa lagi dengan Ramadan. Semuga Ramadan tahun ini lagi banyak amal ibadah dan amal jariah dapat di pertingkatkan di bulan yang mulia ini. 

Pagi pagi tenguk tv Hijrah nampak video pendek anak lelaki rindukan Ayahnya.... berlenang air mata ku di pagi hening ini. Ya Allah ampunkan dosa kedua orang Tua ku Ya Allah. Tempatkan mereka bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

Al Fatihah buat Allahyarham  Hj Abdullah Bin Abdul Majid dan Allahyarhamah Hjh Saifah Hj Zahari.

Bulan Ramadan banyak memori yang aku akan terimbau semasa menyambut bersama keluarga besar ku.  Rindu zaman dahulu , momen momen indah sepanjang menyambut Ramadan dan seterusnya.
Syawal. Rindu momen bangun sahur, bangun pagi-pagi dan berbuka bersama. Walaupun sekadar lauk biasa tapi bila teringat Allahuakbar.... sedihnya. Syukur Ya Allah atas limpah kurnia Mu kepada kami selama ini.  Walau sekadar rezeki biasa-biasa Alhamdulillah syukur kerana nikmat Mu itu.

Semuga setiap hari di bulan Ramadan ini aku dapat istiqomah bersedekah atas nama kedua Orang Tua ku serta keluarga ku. Aamiin

Siapa yang selalu kena  toll setiap hari untuk ke tempat kerja hah boleh amalkan ni. Aku ada terbaca ceramah ke kat Fb tak ingat dah. Setiap kali kita bayar guna Touch n Go hah masa tu kita niatkan infaq atas diri kita dan keluarga kita serta semua umat Islam di dunia. Walau hanya sekadar 60 sen ke apa ke tapi setiap kali kita bayar toll hah kita niatkan macam tu. Insya Allah mudahan Allah terima infaq kita.  Jadi benda ni aku jadikan amalan. Nampak macam kita bayar duit toll tapi dalam pada itu sebenarnya kita dah menderma. Cuba lah. Yang penting kita ada saham akhirat.   

Selamat menyambut Bulan Ramadan semua. Semuga Allah menerima amal ibadah kita. Aamiin


Tuesday, March 21, 2023

Resepi Air Asam

 


*Resepi Perut Air Asam*

Bahan-bahan
Perut lembu
Cili padi
Belacan
Air asam
Bawang merah
Tomato
Limau nipis

Cara-cara.
1-rebus perut sampai empuk..tinggal kan sikit air rebusan
2-cili api dan belacan goreng sekejap blend dengan air asam jawa (jgn hancur sangat)
3-hiris bawang merah dan tomato kemudian masukan garam dan perasa
4-Satu kan semula semua dalam periuk rebus perut tadi...gelegak kan sekejap je...perah limau nipis 

Memori Terindah - Khas buat member tersayang Lizah Suit


 

Assalamualaikum,

Buat sahabat ku Lizah Suit. Detik perpisahan ini hanya di pejabat namun semuga ukhwah kita tetap kan terjalin selamanya. Apa pun semuga kehidupan selepas pencen ini memberi ketenangan dan dapat berehat daripada aktiviti kerja yang selama ini membelenggu mu.  Geng belakang akan tetap merindui mu.

Semuga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mu sekeluarga walau dalam apa juga yang terjadi.

Will miss u forever. Miss senyuman dan tawa mu. Miss masakan air tangan mu. Miss ur celoteh yang selalu mengembirakan geng belakang. Apa pun akhirnya tamat sudah perkhidmatan mu sebagai kakitangan awam. 

Monday, March 20, 2023

Farewell Buat Pn Lizah yang akan bersara

 


Assalamualaikum,

Hari Jumaat yang lepas kita orang buat bacaan Tahlil dan Yasin sebelum menyambut Ramadan serta majlis meraikan Lizah yang akan bersara pada 24hb 3 2023 ini. 

Jadi pukul 10 semua berkumpul dalam bilik mesyuarat untuk Tahlil dan bacaan Yasin.   

Pelepasan Cukai Tahun Tafsiran 2022


Assalamualaikum,

 Hah dah masuk bulan 3 kan.  Beberapa hari nak masuk awal Ramadan. Dan seperti biasa bila masuk bulan 3 dan 4 encik incometax jangan lupa ye. Wajib kena alert walaupun banyak je scammer call kata dari incometax. huh scammer ni. Dah le kita ni anti dengan incometax ni calling - calling manja pulak kata ada tunggakan ke apa padahal kita dah setel pun dengan encik incometax setiap tahun. 

Ada sesiapa dah isi borang Incometax. Aku ni penjawat awam emm memang tak boleh elak le kena buat tafsiran. Tapi sebab dah buat potongan zakat jadi akhirnya memang takde le aku bagi kat incometax tu. 

Selalunya yang aku buat pelepasan bila beli buku atau novel. Kali ni kalau melancong domestik hah boleh claim ni. Tapi tahun ni belum buat pelancongan dalam negeri jadi takde lah aku claim pelepasan. Mana tahu ada rezeki dapat pi Sabah ke hah nanti boleh lah claim pelepasan.

Hah sapa yang belum buat tafsiran tu hah jangan lupa ye. Mana tahu ada lebihan duit yang di pulangkan boleh buat belanja bulan puasa nanti.  

Monday, March 13, 2023

Ngeport dan Ole-ole

 



Assalamualaikum,

NGEPORT & OLE-OLE

Daerah Tangkak bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat yang menarik malah makanan di sana juga sedap-sedap belaka. Jika anda seorang food hunter, daerah Tangkak adalah salah satu tempat yang wajib anda kunjungi.
Di Tangkak, anda boleh mencari makanan yang unik,asli dan tradisional di sekitar kawasan Tangkak bersesuaian dengan cita rasa masing-masing.
Oleh itu, dengan adanya kod QR NGEPORT & OLE-OLE yang serba moden ini, semua maklumat berada di hujung jari anda.

Kredit fb Amazing Tangkak

Ni kiranya promosi bandar Tangkak. Tangkak dulu femes dengan kain. Bandar Tangkak yang kecil tu bagaikan pekan langkawi sebab rombongan bas berbondong-bondong datang. Yang kelakornya kedai basikal pun jadi kedai kain. Emm ni kiranya nostalgia sewaktu dahulu semasa belum femes dengan Nilai 3 dan kedai Jakel dan Kamdar. Sekarang bandar dah sunyi tapi kedai kain masih ada lagi. Aku pun dah lama tak shopping kain baru. Ni nak raya tempahan dah tutup. Pakai je lah baju yang ada yang tak boleh melaram masa PKP dulu. hehehe Guna apa yang ada. Kena jimat cermat.

Wednesday, March 8, 2023

Majlis Perkahwinan Anak Matron Jayanthi

 



Assalamualaikum,

Hari Sabtu yang lalu pertama kali aku pergi wedding orang India. Aku dapat jemputan dari Matron Jeyanthi untuk anak perempuan dia.  Buat kat Ecohill, semenyih. Dah le aku tak pandai sangat tempat ni jadi kena lah order grab driver dengan julie. Majlis bermula pukul 7 petang tapi kita orang tak sampai lagi. Nasib baik Matron kata dia lambatkan sikit sebab ramai jemputan dia tak sampai lagi.

Tuesday, March 7, 2023

Kesihatan Mental Berkenaan Kaedah 10 B Tangani Stres

 


Assalamualaikum,

Hidup ni kadang banyak pancarobanya. Banyak liku kehidupan yang perlu di hadapi. Jadi kalau kata setiap orang pasti pernah mengalami stress dalam kehidupan kan. Masalah kadang datang bertalu-talu. Tapi kadang rasa macam tidak tertanggung dengan stress yang datang. 

Memang le orang kata ala.....ko senang je cakap suruh relaks le tenang-tenang le tapi hanya orang yang hadapi sahaja yang tahu macamana seksanya bila stress datang melanda. Dengan orang sekeliling lah dengan keluarga lah emmm memang macam-macam. Hanya yang menanggung sahaja yang tahu bagaimana seksanya bila stress melanda.

Jadi bila itu yang melanda KKM nasihatkan gunalah kaedah ini 10 B bagaimana nak tangani Stress. Stress kalau tidak boleh di rawat akan membahayakan kesihatan mental seseorang tau. Kalau teruk sangat boleh sakit jiwa sebab kita tidak boleh menanganinya dengan normal.  Apa pun semuga kita dijauhkan lah hendaknya ya dari kena stress dan kesihatan mental kita terganggu. Semuga sihat semuanya. Aamiin


  


Thursday, March 2, 2023

Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2023

 



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan tarikh 3 Mac setiap tahun sebagai sambutan Hari Pendengaran Sedunia. Menurut kajian WHO, 1️⃣ dalam 2️⃣0️⃣ individu mempunyai masalah pendengaran👂🏻

Kadar individu yang mengalami masalah pendengaran  dijangka akan meningkat kepada 6 dalam 20 individu menjelang tahun 2050.  Di Malaysia, ujian saringan dilakukan seawal 6 bulan kelahiran bagi tujuan pengesanan awal masalah pendengaran dalam kalangan bayi baru lahir. 

Tahun ini, KKM turut mensasarkan sekurang- kurangnya 50,000 bayi akan menerima manfaat ujian saringan pendengaran tersebut.


“PENJAGAAN TELINGA DAN PENDENGARAN UNTUK SEMUA, JADIKANNYA REALITI"


#WorldHearingDay


Assalamualaikum,

Baru tahu ada rupanya sambutan Hari Pendengaran Sedunia. Aku yang ketinggalan ETS rupanya.  Tapi bagus juga sebab dapat di buat pengesanan awal bagi kalangan bayi-bayi yang baru lahir. Kalau dapat kesan awal jadi keluarga boleh lah tangani masalah tersebut dengan berkesan. Semuga mereka yang menghadapi masalah tersebut dapat menjalani kehidupan seperti biasa dengan bantuan dan sokongan keluarga.


Wednesday, March 1, 2023

Musibah Banjir di Johor

 



Assalamualaikum,

Allahuakbar. Semalam banyak negeri yang di landa banjir. Johor terutamanya banyak daerah yang terjejas dan terputus hubungan. Air bukan main deras sekali. Banyak kawasan yang dilanda banjir seperti Kota Tinggi, Segamat , Batu Pahat. Orang yang di pindahkan pun semakin meningkat bila Kluang pun mula terjejas.    

Dan yang paling menyedihkan pula tempat Kak Ijah di Parit Sulong Batu Pahat pun banjir juga. Apa lagi bila dapat gambar video dari group keluarga tenguk Kak Ijah di pindahkan. Aduhaiiii nangis aku tenguk kakak aku di pindahkan dengan cara macam tu. Jalan raya depan rumahnya di penuhi air malahan dah sama rata dengan parit depan rumah.  Dah le Kak ijah ada semput dan sakit kaki. Ya Allah lindungi lah kakak ku Saayah Abdullah serta keluarganya dari musibah banjir yang melanda.

Kata anak saudara Kak Ijah duduk sementara di rumah anak dia Joe kat area bandar Parit Sulong. Kalau tenguk kawasan rumah memang dah dikelilingi air. Kalau air naik sampai ke dapur emmm alamat bilik Kak Ijah memang masuk air lah sebab dekat dengan dapur. 










Yang ni video kat Segamat. Jalan terputus hubungan



Yang ni kat Tongkang Pecah Batu Pahat




Tenguk lah air bertapa derasnya.  Malahan semalam ada mangsa yang di hanyutkan air dan mati lemas semasa nak pergi kerja.  Kereta yang dinaiki hanyut dibawa air deras dan akhirnya di temui mati lemas. Allahuakbar. 





Sedih sungguh aku tenguk akak aku naik bulldozer 😭😭😭



Yang ni katanya pekan Labis. Dalam tu sampai paras pinggang....aduhaiiii tenguk lautan air banjir.





Bandar chaah tengelam terus






Ya Allah kau lindungilah rakyat Malaysia yang sedang di landa musibah banjir terutamanya di Johor. Semuga semuanya di lindungi Mu Ya Allah. Aamiin Aamiin Aamiin 


Thursday, February 23, 2023

Kiosk Gloria Jean's Coffee depan lobi utama KKM E7

 


Assalamualaikum,

Bulan Januari yang lalu nampak le benda alah ni kat penjuru di tepi loby utama. wah masing-masing pun hepey ada tempat mengopi. Sapa yang suka kopi hah berduyun-duyun le beli. Apa lagi kalau staff KKM ada diskaun10 % tapi kena tunjuk pass pekerja le. 

Wednesday, February 22, 2023

Selamat Hari Radio Sedunia



Assalamualaikum,

Hari radio ni sebenarnya sambutannya pada 13 Februari 2023. Tapi aku yang lupa nak up cerita. Apa lagi bila mendengar celoteh juruhebah di KLFM balik kerja teringat pula juruhebah yang lama-lama. Malahan terdapat konsert yang dianjurkan yang di buat di Kuantan Pahang. Mesti meriah konsert tersebut kan.

Tema pada tahun ni ialah Radio dan Keamanan. Semuga Radio menjadi perantara keamanan dunia sejagat.

Ok bila cerita pasal radio emmm mengimbau kenangan lalu aku. Kiranya radio ni merupakan penghibur sejak dari aku kecil sehingga lah dah tua bangka macam sekarang. hehehe sedor diri dah tua bila mengimbas kenangan lalu dari zaman kecil sehingga dewasa. Kiranya memang membesar dengan mendengar radio lah. Almaklum dulu-dulu manalah mampu nak ada tv. Yang mampu radio je walaupun kecil tapi banyak jasanya tau.

Aku ingat dulu rasanya kena ada lesen radio tau. Sebab teringat aruah bapak aku balik tergesa-gesa lepas tu nyorokkan radio dalam bekas beras. Rupanya dengar gosip orang kampung ada serbuan nak tenguk lesen radio. Masa tu kecik lagi jadi ingat-ingat lupa. Tapi dalam cerita P, Ramlee Sarjan Hassan kan ada nyorok-nyorok radio dalam tong simpan beras sebab Jepun marah kalau kita dengar siaran radio. Kiranya Radio masa tersebut merupakan penghubung dengan dunia luar. Ya lah apa citer yang terjadi masa zaman Jepun semuanya kita dengar melalui radio. Begitu pentingnya radio pada masa itu.

Dulu-dulu masa kecik aku, aku teringat aruah bapak aku dengar drama dalam radio malam-malam hari sambil minum kopi o sambil menyembang dengan aruah mak aku. Kita orang masa tu dah masuk kelambu nak tidur. Aruah bapak aku suka dengar siaran radio singapura. Dengar drama dalam radio ada satu tu nama dia Jah lelawati ke aku dah lupa. Tapi cerita dia seram sebab suara dia mengilai dalam radio buat kita orang takut terus tarik selimut bila mendengar suara cerita dalam radio tu mengilai-gilai. Kiranya drama bangsawan dalam radio singapura itu menjadi kegemaran aruah bapak aku. Kiranya satu hiburan buat kami sebab masa tu tiada televisyen. Radio lah yang paling murah hiburan semasa itu. Selain itu ada juga panggung wayang pacak. Hah yang ni selalunya buat kat padang sekolah. Aku ingat-ingat lupa sebab rasanya kecil lagi masa tu.     



Lepas tu bila dah dewasa ada  radio untuk mendengar lagu-lagu. Kiranya ianya penghibur di setiap hari.

Pasang radio hah dengar lah juruhebah pasang lagu apa sambil mendengar celotehnya. Yang best  dan  femes drama radio masa tu ialah no 5 persiaran 1.  Fajar di bumi permata. Banyak ilmu yang di perolehi selain dari mendengar lagu-lagu yang di putarkan.


  
Yang aku ingat dulu kalau ada lagu yang sedap hah beli kaset kosong, bila lagu ke udara tekan button save. Hah lepas tu boleh dengar melalui kaset yang kita dah save tu. Sekarang tak payah dah zaman digital le katakan.

Lepas tu penyampai radio atau sekarang panggil Dj Radio. Yang femes dulu macam Chuari Selamat, Kak Yong, Mustaza Maah, Noramin . Suara depa sedap bila keudara tapi bila tenguk rupa alahaiii.... Tapi ada juga yang sedap suara cantik rupanya macam Kak yong tu.  Macam Chuari Selamat tu femes kalau segmen berbalas pantun. Dan yang aku tak boleh lupa masa aku baru datang bekerja di Kuala Lumpur, sebelah rumah Kakak rupanya yang menyewa isteri Chuari Selamat. Tapi kita orang pelik kenapa isteri dia muda lagi padahal Chuari Selamat tu time kita orang sekolah lagi dah kenal dia. Rupanya isteri ke dua. ooooo Patutlah. 

Zaman dah berubah seiring dengan teknologi penyiaran yang semakin berkembang maju. Sudah zaman digital jadi radio transistor macam gambar diatas tu pun dah pupus.  Sekarang zaman online ni hah guna talipon pun dah boleh dengar radio.     

Apa pun kiranya memori betul bila kata suka mendengar radio ni. Hiburan dari dulu sehingga kini. 


Tuesday, February 21, 2023

Resepi pelbagai cekodok

 



Assalamualaikum,

Hah hari tu aku nampak dalam fb ada banyak resepi cekodok. Jadi aku letak le kat sini. Sapa-sapa nak cuba hah boleh le buat. Selalu buat cekodok pisang dan jagung je. Kadang cekodok ikan bilis. hah ni macam-macam rupanya.

Jualan di E2 putrajaya


Assalamualaikum,

Macam yang aku cerita sebelum ni setiap hari Isnin , Rabu dan Jumaat ada jualan peniaga kecil-kecilan di sekitar E2, E7. Letak meja sekeping je dah boleh berniaga. Sewa sehari pun murah. Warga Parcel E memang seronok lah sebab boleh membeli makanan  dan macam-macam lagi jualan selain dari jualan di cafe Hj Jelani tu. Dah le mahal kadang jualan lauk pauknya asyik itu-itu je. Jadi bila ada jualan ni memang kami menunggu le. Kadang sanggup sarapan ringan sebab nak beli makanan kesukaan waktu tengahari. Jualan ni hanya berfungsi sewaktu masa rehat tengahari je lah.   

Thursday, February 16, 2023

Projek menghabiskan beras pemberian Ku Nan

 



Assalamualaikum,

Tajuk memang tak menahan sungguh. Padahal projek makan-makan. Tajuk gempak sungguh. 

Tuesday, February 14, 2023

Kesihatan Mental dan Kanser



 

Assalamualaikum,

Masa aku jaga data Pesakit Dalam dulu memang nampak kenaikan data kemasukan pesakit di hospital disebabkan penyakit kanser selain daripada kematian disebabkan penyakit Jantung. Yang paling banyak Kanser Payudara dan kanser rahim. Lepas tu meningkat pula kanser paru-paru dan kanser perut. Aduhaiiiii sedih bila orang-orang yang aku kenali tewas kerana penyakit kanser apa lagi bila di kesan dah sampai final stage. Allahuakbar.

Tapi apa yang pasti bila di istiharkan penyakit kanser rata-rata pesakit akan down dan mula berfikir yang bukan-bukan. Bila ini berlaku kesihatan mental pesakit membuatkan penyakit yang boleh lagi di ubati terus semakin merebak.  Jadi bila ini berlaku memang memerlukan sokongan dari keluarga terdekat untuk memberi sokongan melawan penyakit tersebut.

Baru-baru ni kawan yang sama jawatan dan sama-sama kami bertugas keluar negeri telah di maklumkan mendapat kanser. Masa aku tahu Ya Allah sedihnya. Tapi Kak Kam sembunyikan penyakit dia. Sehinggalah bila dia nak pencen baru di pecahkan rahsia. Kami pun terkejut. Sedih juga aku. Yang pasti aku doakan kesembuhan dia dari penyakit Kanser yang di hidapinya. Begitu juga buat Kak Anis Ayuni penulis novel Alaf21. Besar dugaan mereka.

Semuga ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan yang kita kenali dan sayangi yang mendapat penyakit tersebut kita doakan semuga mereka kuat dan tabah menghadapi ujian tersebut. Semuga mereka cepat sembuh. Aamiin

Monday, February 13, 2023

Resepi macam-macam lempeng

 



Assalamualaikum,

Hari tu nampak kat FB resepi Opah , lempeng macam-macam jenis. Aku tenguk pun wah banyak rupanya jenis lempeng. Jadi aku tepek le kat sini. Nanti boleh cuba lah. Sapa nak cuba hah buat le ye. Kalau jadi hah pos kat aku....hehehehe  

Wednesday, February 8, 2023

Alleycats - Setahun sudah berlalu - Februari muncul kembali

 







Assalamualaikum

Hari ni  tiber nak layan halwa telinge.  Februari dah muncul kan hah jom lah layan Alleycats. 

Hari tu rasanya nak masuk tahun 2023 sekali hari ni eh dah masuk bulan 2. dah nak masuk bulan 3 lah pulak . Alahaiiiiiii jenuh le aku nak siapkan kerja. Mudahan dapat siapkan ikut shedule yang boss dah bagi siap-siap masa meeting penerbitan hari tu. 

Mudahan tahun ini aku dapat siapkan megikut tempuh yang ditetapkan dan kalau boleh nak lagi cepat. Bila dapat siapkan mengikut tempuh emm udah lega sikit  kalau tak emmm dunia jadi kelam kabut adanya. Dijauhkan le hendaknya. Aamiin. 

Monday, February 6, 2023

Resepi Air Fryer - Perapan

 



Assalamualaikum,

Hah dok tenguk kat facebook banyak resepi perapan hah ni aku letak untuk sesiapa yang nak mencuba Masak menggunakan airfryer. Laaaaa tak habis lagi ke resepi guna air Fryer ni. hehehehe tu lah bila dah terjebak emm banyak pula munculnya. Apa pun entah bila ler aku nak mencubanya ni oiiiii. Takpe tepek je dulu kalau nak buat hah baru buat betul-betul ye bukan cubaan. Selalu share kat facebook nani bila naik memori lahhhhh tak buat lagi aku. Aiyakkkkk M tu tahap gaban. Tapi yang simple-simple kadang terbuat juga tu. Hah tenguk tu terbuat ye bukan rajin buat. hehehehe sabor je lah aku

Thursday, February 2, 2023

Mahu hidup yang tenang-tenang saje

 


Kredit kat face book


Assalamualaikum,

Bila baca bait bait ayat ni emmm betul lah kan. Bila semakin berumur rasa nak hidup tenang-tenang je tak nak ribut-ribut puting beliung lagi macam masa dolu-dolu. hehehehe Nampak sangat semakin berusia semakin jiwa rasa nak mencari ketenangan dalam kehidupan eh selama ni tak tenang ke emmm takde lah macam tu. Kadang-kadang kehidupan kita emm apa yang disibukkan pun tak tahu apa dia. Tapi ada satu peringkat rasa macam nak cool cool je hehehehe pi le main salji kan cool je rasa.

Tapi yang pasti dalam kehidupan kita berkawan selalu rasa kecik hati ke apa ke. Cepat sentap bila ada kata-kata yang merengut perasaan. Kadang sedih bila mendengar percakapan orang. emm yang pasti kadang sedih bila orang lain masih tak kenal hati budi kita walaupun kita dah kawan bertahun-tahun.

Fenomena kawan tikam kawan aku dah rasa berjaman dulu jadi dah tak kisah dah tapi sedih sebab ianya merenggangkan persahabatan kami tapi nak buat macamana dah dia jealous sangat dengan kita padahal ikutkan Allah dah beri dia kehidupan yang lebih daripada apa yang aku miliki tapi emmm masih lagi cemburu jadi jalan terbaik emmm hindarkan lah ye. Dapat kawan yang toksid ni emm tak ada pun lagi sonang. Hati tak sakit jiwa tenang je tapi sedih sebab hilang kawan. 

Ada pulak kawan yang aku kenali dah bertahun-tahun tapi bila ada kawan lain eh di buatnya kita macam sampah. Padahal aku tak berkira pun tapi eh  rasa macam tunggul je kita menunggu macam apa bila di tanya eh dah sampai tempat di tuju. Mungkin aku pun salah tapi dah terbiasa tapi ada orang baru emmm lupa kat kita. Jadi bila macam ni emm kena ikut ayat di atas lah untuk ketenangan hati dan nurani. Sekarang kumpul dengan adik beradik je yang lagi best.

Tapi geng belakang aku kat opis ni tetap ohsem. Walaupun kadang tak sama pendirian tapi kami hepey go lucky je sambil buat kerja. Gurau gurau senda membawa keriangan walaupun kadang kerja banyak. Semuga silaturahim kami berkekalan le hendaknya. Aamiin  

 

Monday, January 30, 2023

Resepi menggunakan Air Fryer

 


Assalamualaikum,

Sejak  Sal dapat hadiah air Fryer aku pulak yang bersemangat cari resepi dia. hehehe Hah sal ni ada lagi ni resepi guna Air Fryer. Bila belek-belek resepi emm banyak rupanya kegunaannya. Bagus lah kalau amalkan guna Air Fryer je sebab nak jaga kesihatan dapat kurangkan pengunaan minyak. Ya lah masak melayu kalau tak goreng-goreng tak sah. Lah ni goreng udang pun pakai Air Fryer. Kena cuba ni. 




Bila tenguk ni oh boleh masak telur separuh masak tanpa guna air. Aku punya peberet ni telur separuh masak. Tapi bila masak selalu tak dapat agak masak dia macamana. Selalu samada belum separuh masak atau terlebih masak dah keras.  Tu yang rasa camne le depa masak telur separuh masak cantik je.
Ni boleh cuba buat lepas tu boleh buat roti titap yang aku pernah buat dulu yang Hanis ajor. 


Ikan bilis garaing tak payah pakai minyak beb. Nampak rangup je kan. Kalau letak dalam bubur sedap ni.


Yang ni lagi le aku tak sangka. Mungkin seafood cengkerang yang lain boleh juga kut selain daripada kerang.  Wah macam-macam punya resepi boleh masak. 

Kredit - FB Jalan-Jalan Cuti Santai


Hah buat sesiapa yang ada Air Fryer boleh lah cuba. Kena godak lagi ni resepi Air Fryer yang simple tapi berkhasiat. Kawan kata burncheese pun boleh buat. Aku nampak dalam Go Shop dia buat lasagna. em macam-macam rupanya.

Buat Sal Tuan punya blog sal punya hah buat ye jangan tak buat. Meh kita reramai mencuba resepi ini. hehehehe padahal simple bebenor. Aku yang tak pernah jumpa. Aiyokkkk Buat malu aku je. Alaaaaa hentam saje lah ye. Takpe le aku tepek buat rujukan masa akan datang...... Lai lai lai..... boleh cuba




Resepi roti jagung chesse



Assalamualaikum,

Aku nampak resepi ni di page FB Resepi Dapur Opah. Nampak macam senang je. Hah sal yang sedang cari resepi untuk test Air Fryer hadiah blogger bagi  dia boleh lah cuba. Tapi nak cari cheese yang campur-campur tu mana nak cari ye. Ala...hentam saje lah pakai cheese biasa. 

Aku tak tahan sebab nampak jagung. Maknanya selain buat bubur jagung, jemput-jemput jagung hah boleh cuba ni roti tepek jagung dengan cheese atasnya. hehehe 



Bahan atas tu gaul rata dan letak atas roti


                                     Bila dah bakar....yeh    Tadaaaaa.....cheese dia pergh macam piza lah pulak




 Idea sarapan cuti sekolah!

Perfect snack. Roti jagung cheese. Yummy!😋
Resepi 👇🏻
Roti, mayonis, jagung tin dan mozarela cheese. Campur je semua. Bakar.


Kredit Resepi Dapur Opah

Sunday, January 29, 2023

Raya cina berkumpul lagi

 


Assalamualaikum,

Alahaiiiii cuti raya cina seminggu rasa malasnya nak naik kerja tapi teringat kerja tak siap. Apa lagi awal tahun memang banyak nak buat. emmm monday blues le ni.

Raya cina macam biasa le dapat lagi kumpul adik beradik. Kali ni hanya akak kat rawang dan Ijan kat melaka. Dan seperti selalu agenda potong pokok memang tak miss. Kali ni pulak potong pokok mangga yang dah mati. Pokok tu mati secara senyap. Tenguk-tenguk dah kering dari hujung pokok samnpai ke bawah. Agaknya akar dia kena makan anai-anai kut. 

Wednesday, January 18, 2023

Masak-masak dan makan-makan


Assalamualaikum,

Semalam geng belakang bergotong royong. Projek masak nasi lemak sebab  nak habiskan beras yang diberikan oleh Ku Nan yang Dr Mimi dapat. hehehehe apa da ayat aku sikit punya panjang berjela nak citer. hehehe

Ok jadi bila ada beras free sekampit masing-masing beri idea nak masak apa kat opis. Lagi pun tahun ni belum buat makan-makan lagi kan. Jadi kita orang pakat  masak nasi lemak dan bahan sampingan pot luck. 

Monday, January 16, 2023

Gemblong salah satu makanan Jawa




 Kuih lama bangsa JAWA

GEMBLONG...
Pulut tanak dan digaul ngan kelapa parut muda skit gula dan garam ..
Ditumbuk sehingga halus
Ditekan dalam dulang
Makanan yang lama dan payah nak dapat sekarang sebab rumit nak buat...
Kredit Resepi : yati che det

Thursday, January 12, 2023

160 tahun Underground train di London

 


Assalamualaikum,

Hari tu ternampak  news dalam talian yang mengatakan Underground train kat UK tu berusia 160 Tahun. Wow begitu tuanya. Boleh baca kat sini Sejarah berkenaan London Underground

Peta kat atas tu yang mula-mula di buat. Kalau tenguk tu emm berselirat kan. Ada line warna -warni gitu. Aku baca pun pening. Begitu banyak jenis train yang ada. Boleh baca pertama kali aku naik Tube di Hari ke 2 di UK - naik Underground Train



Hah yang atas ni yang baru. Nampak lebih tersusun laluannya. Masa aku pergi UK dulu memang naik Tube je ke sana ke sini. Kadang naik train dari pagi dari London zoom ke New castle. Itu salah satunya. Jauh juga antara satu dengan yang lain setiap hari kami meeting dan mencari ilmu.



Kat stesyen boleh dapatkan peta ala pamplet kecil macam ni. Nak naik apa nak pi mana hah tenguk je peta tu. Masa tu aku tak pandai nak baca peta dia jadi Kak Kam lah yang bawa kami ke sana ke sini, Nak pi stesyen mana nak pi perhentian mana. Ikut je lah. Dia ada color-color untuk memudahkan kita berjalan. Color coding gitu. Bagus pamplet tu cekau berapa banyak hah simpan. Kadang hilang kadang cicir hehehehe. ebtah mana aku simpan. Boleh buat khazanah gitu. Tanda dah naik underground train. 



Ni kat Baker Street


Abaikan le muka yang bercapuk tu. Tak perasan bedak tak rata. Masa tu musim nak masuk Autumn. Jadi sejuk sikit. Bawa krim supaya tak mengelupas kulit.




Dr Elyas dan Kak kam semasa menunggu train sampai



Stesyen Paddington



   Tenguk signboard kalau ada label bulat merah macam tu hah kat bawah tu ada lah stesyen dia yang berhampiran.


Ni di stesyen Embankment


NI di stesyen Westminister. MAsa ni rasanya jalan-jalan area london sebab oakai baju santai je bukan pi kerja.


Menunggu train sampai. 



Kawasan dia walaupun bawah tanah tapi terjaga bersih. Tapi kalau malam sunyi juga nasib baik kami bertiga kalau aku sorang emmm tak tahu nak cakap camne. Dah le tempat orang tercanggak-cangak sorang-sorang.

Bila belek-belek gambr yang ada hanya kat atas je aku sempat ambil nama stesyen yang kami singgah. Padahal banyak je nama stesyen yang ada tapi kadang sampai lambat dan terkejar masa nak kejar train lain jadi tak sempat posing. Kat sana masa kena punctual dan memang terkejar-kejar lah sebab perjalanan jauh antara satu sama lain tempat yang kami kena pergi. 

OK lah itu je. Saja mengimbau kenangan lalu.  


Wednesday, January 11, 2023

Sunday, January 8, 2023

Mee Siput Kak Chik area Tangkak

 




Mee siput dengan sambal tumis......krup krap krup krap



Macam ni lah rupanya buat mee kuning. 




Mee kuning di masuk dalam acuan kecil-kecil



Lepas tu di jemur sehingga kering



Ni mee siput yang telah di goreng dengan sepaket kecil sambal tumis

MEE SIPUT KAK CHIK

Mee Siput merupakan antara makanan yang terkenal di kalangan penduduk tempatan di Johor khususnya di Tangkak dan Muar. Secara tradisi, Mee siput yang digoreng rangup dimakan bersama sambal tumis itu sesuai dijadikan menu minum petang.
Tambahnya, produk mee siput yang dihasilkan turut mendapat sambutan hangat dari pelanggan yang berada di luar Johor seperti Kedah, Perlis serta Kuala Lumpur.
Selain itu, ramai pelancong dari luar negara yang berkunjung ke daerah itu pasti singgah ke kilangnya untuk melihat proses pembuatan mee siput.
Jika datang ke Daerah Tangkak, jangan lupa borong Mee Siput Kak Chik!
Untuk tempahan :
MS Kak Chik Enterprise
📍KB 6B Lorong 1, Kg. Sawah Ring, 84700 Gersik, Tangkak, Johor
Phone : 019-6276570/ 019-6276578

Kredit Amazing Tangkak FB


Assalamualaikum,

Hah sapa pernah makan mee siput. Kalau area Muar dan Batu Pahat kudapan ni memang legend lah. Sebab aku dah kenal mee siput ni dari sejak zaman sekolah lagi. Makan dengan sambal kicap atau pun sambal tumis. Tapi yang sedap tu mee siput dalam plastik kecil lepas tu hancurkan dan tambah dalamnya sambal tumis atau sambal kicap. Gaul semua sebelum di makan. perghhhh sodap. Kalau sambal kicap tu dia cair-cair.....sodap. hehehehe

Dulu-dulu belum ada jualan yang dia orang dah siap-siap goreng lepas tu ada sambal tumis. Sekarang dah moden siap dah di goreng dengan penyedapnya lagi. Jadi tak payah susah-susah nak mengorengnya. Ala kalau nak goreng dia pun sonang macam kita goreng keropok tu hah biar goreng terendam. Hah nanti dia kembang balik kan sebelahnya . Bila dua-dua bahagian dah kembang hah angkat le. Jangan sampai hitam dan hangus tak sedap mee siputnya.

Kalau aruah bapak aku pula suka mee siput kering tu di pecah-pecahkan nya dalam pengat pisang ke pengat keledek. Masa pengat tu masih panas atas dapur hah pecah-pecahkan mee siput tu dalamnya. Nanti dia kembang dan masak.....hah sedap. Pengat nya kena ada sagu biji. Baru mantul.

Tapi ada juga orang buat mee siput tu masak sizling.....hah tang ni aku tak pandai dan tak pernah lagi makan.

Orang belah utara kenal Mee sanggul tapi mee dia jenis halus sikit daripada mee siput. Aku pun ada juga nampak mee sanggul tu.

Kalau kat muar ni ada macam-macam jenis mee siput. Tapi aku selalu kirim Kak Ijah kakak kat Parit Sulong tu mee Siput dari Sg Balang Muar. Mee siput dia bila goreng ranggup sikit dari mee siput yang lain. Ada setengah mee siput tu walaupun dah goreng dia keras sikit. Hah tu bezanya.

Lepas tu dia ada size kecil dan size besar, Kalau size kecil tu ok le. Tapi bila size besar hah penuh kuali semasa mengorengnya.