Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA.
Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Buat sahabat ku Lizah Suit. Detik perpisahan ini hanya di pejabat namun semuga ukhwah kita tetap kan terjalin selamanya. Apa pun semuga kehidupan selepas pencen ini memberi ketenangan dan dapat berehat daripada aktiviti kerja yang selama ini membelenggu mu. Geng belakang akan tetap merindui mu.
Semuga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mu sekeluarga walau dalam apa juga yang terjadi.
Will miss u forever. Miss senyuman dan tawa mu. Miss masakan air tangan mu. Miss ur celoteh yang selalu mengembirakan geng belakang. Apa pun akhirnya tamat sudah perkhidmatan mu sebagai kakitangan awam.
Hari ni tiber nak layan halwa telinge. Februari dah muncul kan hah jom lah layan Alleycats.
Hari tu rasanya nak masuk tahun 2023 sekali hari ni eh dah masuk bulan 2. dah nak masuk bulan 3 lah pulak . Alahaiiiiiii jenuh le aku nak siapkan kerja. Mudahan dapat siapkan ikut shedule yang boss dah bagi siap-siap masa meeting penerbitan hari tu.
Mudahan tahun ini aku dapat siapkan megikut tempuh yang ditetapkan dan kalau boleh nak lagi cepat. Bila dapat siapkan mengikut tempuh emm udah lega sikit kalau tak emmm dunia jadi kelam kabut adanya. Dijauhkan le hendaknya. Aamiin.
Tiber je kuar video ni. Sebenornya video ni dijadikan idea untuk persembahan mengikut zon bagi Konvensyen Rekod Perubatan di Kelantan pada 12hb hingga 14hb September 2022 di Kelantan. En Azwan yang bagi idea.
Rupanya aku baru tahu kalau kat Kelantan bila buat event malam acara majlis hanya lelaki je yang naik ke pentas. Manakala orang perempuan tak perlu. Jadi nak adil depa buat video yang mengabungkan semua staff Rekod di IPKKM.
Jadi ambil 1 hari kita orang buat di kawasan lapang di Bahagian Perkembangan. Ambil macam-macam gaya tarian dan orang dan akhirnya Persembahan kita orang jadi Johan.
Boleh cuba tenguk kat bawah.....cuba letak kat sini emm susah no....tak pandai nak buat jadi layan je lah. Boleh tenguk team kita orang kat link di bawah. Nampak je macam tak banyak gerakan tapi bila selesai emmm berpeluh juga walaupun dalam aircond. Kelakor je masing-masing. Ngenot ngenot gitu awwwww.
Sapa pernah tenguk citer Jepun ni. Rasanya dalam tahun 1998 gitu. Tak ingat tv mana. Dolu femes dengan citer Jepun sebelum winter Sonata datang menyerang. Masa tu zaman baru nak ada internet . Masa tu baru nak berjinak-jinak guna internet. Siap ada mirc.... ping masuk .....bunyi semacam je....hehehe terkonang semasa dolu pulak aku. Bercinta dalam talian berchating je pun boleh jatuh cinta....hahahaha .apa lagi kalau dapat berkenalan dengan orang belah sana yang guna ayat-ayat jiwang karat. Boleh cair baca.....hahahahaha kalau terkenang buat aku senyum sendiri. hehehehe Tapi ada kawan aku bertemu jodoh melalui chatting ni. Alhamdulillah dah anak 3 dah.
Ok berbalik citer ni best sebab dia bercinta dalam talian. Komposer tu tersalah hantar lagu dia melalui email dan terberkenalan lah. Lepas tu terjatuh cinta lah walaupun tak kenal. Padahal sebenarnya mereka dah kenal tapi sebab nama samaran dalam email tak tahu pun perempuan tu orang yang sama dalam email tersebut. Aku suka lagu with love ni walaupun sepatah haram aku tak faham. Suka muzik dia yang sweet muet gitu.
Hero dia ialah pelakon Takenouchi Yutaka. Ada lagi satu aku suka pelakon Jepun ni Takuya Kimura. Hah lagi satu yang femes Takashi Sorimachi....Dia femes dalam GTO great teacher Onizuka. Bila tenguk kat wikipedia pelakon Takashi ni kahwin dengan heroin dalam GTO tu.
Dulu-dulu rasa macam pelakon Jepun hensem sangat. Tapi masa tu belum tenguk citer Korea. Sekali terjebak winter sonata huh terus nak pi korea. Tapi nak pi jepun juga sebab tempat dia cantik....mudahan wishlist aku ni tercapai juga satu masa nanti.
Ada satu lagi drama Jepun tapi aku tak ingat nama dia. Yang aku ingat ada satu peramugari ni comel dan cute tapi kelam-kabut sikit sebab baru bekerja sebagai peramugari. Dia tersuka kat pengajar dia seorang peramugara ke pilot tak hengat. Aku cuma ingat yang perempuan tu nama dia chiaki...emm ye ke. Selain dari citer Oshin yang aku suka tu hah citer ni aku suka sebab lepas tu aku berangan nak naik kapal terbang jumpa peramugari yang cantik dan pilot atau pramugara yang ganteng. huhuhu hish hish tiber termiang pulak aku. hehehehe Gedik dalam blog je ye.hehehe
Di pagi jumaat yang penuh barakah ni jom lah kita selawat banyak-banyak. Banyak fadilat nya ni jika diamalkan selalu. Rindu pula bumi Madinah bila mendengar selawat tafriyah ni. Mudah-mudahan terhapuslah virus Omicron dari bumi Mekah dan Madinah. Amin.
Baru baru ni kan timbul isu sekatan untuk mengerjakan umrah oleh pihak KKM disebabkan kes yang meningkat daripada jemaah Umrah yang balik dari sana. Masalahnya virus Omicron yang katanya gejalanya lagi teruk dari Virus Delta. emmm kesian aku tenguk yang dah mendaftar tapi tidak dapat pergi. AllahuAkbar...sian pulak bila tenguk kat berita di tv menangis makcik tersebut kerana dah bersedia tapi tidak boleh nak pergi.
Dan baru-baru ni opismate aku kena kerja kat KLIA sebab nama naik sebagai volunter di CPRC . Dia kata banyak kes yang baru balik umrah mesti ada kes yang positif. Yang kesian tu warga emas kebanyakkannya. Walaupun kena kurantine tapi tu lah bayangkan warga emas di jangkiti covid 19. Walau pun kes semakin berkurangan tapi virus yang ada semakin ganas pulak tu.
Ya Allah di pagi Jumaat yang penuh mulia ini KAU angkatlah kuman virus Covid 19 ini dari muka bumi ini. Ampunkan kami Ya ALLAH mungkin disebabkan dosa kami KAU datangkan musibah di muka bumi ini. Hanya ENGKAU yang lebih mengetahui yang terbaik untuk hamba-hamba MU ini.
Apa khabar semua. Baru-baru ni KL menang lawan JDT. Hah hari jumaat lepas dapat le cuti Menteri Wilayah Persekutuan bagi cuti. Hah apa lagi seronok le kami warga putrajaya dapat tempiasnya.
Walau pun aku penyokong JDT dan JDT kalah untuk mempertahankan piala Malaysia edisi ke 100 tu apa pun bola tu bulat ye dan adat permainan ada kalah dan ada menang. Mungkin kali ni rezeki KL dan bagi JDT anggap lah bukan rezeki pada tahun ini. Apa pun kena post mortem balik permainan kenapa boleh tewas. Cuma tak suka je fan-fan bola ni kadang eksyen sangat dengan team mereka. Komen kadang-kadang cam bola tu dibawah kuasa dia je seolah-olah mereka yang menentukan kemenangan team mereka. Hish Padahal main bola ni biarlah dengan semangat kesukanan gitu. eh aku ni lebih-lebih pulak komen. Sori ye.
Aku tak layan sangat bola ni sebab tak tahan bila tenguk bola boleh kena sakit jantung. Jadi nak selamat hah tenguk besoknya eh bukan tahu resultnya je esok. hehehehehe teruk nau. Padahal aku dulu sport gegel tau. Hoki player sekolah dengan netball rumah.
Apa pun senyumlah Kuala Lumpur
Ps...bila dengar lagu ni teringat memori daun pisang semasa sambutan hari merdeka. Jeling-jeling mata dengan budak VI semasa latihan pancaragam di padang vokasional setapak. hehehehe so enjoy
hah sapa dah pernah dengar lagu ni...bila tenguk Hael santai kat tepi pantai....wawawa kita pun nak pi holiday lah....habis semua hari di sebutnya....nak jumpa buat apa tunda ya
Lagu ni aku dengar kat radio mula-mula ingat lagu Indon sekali eh hael husaini yang nyanyi...bila selalu dengar eh sedap pulak...catchy gitu muzik dia... hah apa lagi jom layan
Tapi bila bab kelentang kelenting kelentang kelentong tu macam bunyi kuali lah pulak time masak...siap ketuk-ketuk tepi kuali gitu....hehehehe
siang malam tidur aku tak lena
makin lama makin rindu padanya
oh rindu rindu manja
boleh jumpa buat apa nak tunda
tunda tunda bila masa nak jumpa
oh rindu rindu gila
isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad
ayuh sayang kita bersua
ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong
ala lali lale
ayuh sayang kita bersua
ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong
ala lali lale
bukan mahu ganggu engkau bekerja
tapi teringin juga kau merasa
oh rindu rindu gila
kata tak mahu tapi hatiku mahu
kau patut tahu apa yang aku mahu
dekat sama kamu
isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu ahad
ayuh sayang kita bersua ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong
ala lali lale
ayuh sayang kita bersua
ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong
ala lali lale
punya lama kita berpisah kan
dah boleh bersua
ayuh sayang kita bersua
ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong
ala lali lale ayuh sayang
kita bersua ayuh kita kelentang kelenting kelentang kelentong
Lagu sekelip mata kau berubah nyanyian lestari ni memang aku suka bila teringat kisah dolu-dolu dan sedap melayan rasa jiwang karat. hahahaha. Kenangan di tinggal kan si dia memanglah amat menyakitkan hati. Tapi kenapa aku masih belum dapat melupakan dia. Kenapa kenkadang aku boleh teringatkan dia walhal aku tau dia sedang bahgia di samping keluarganya. Tapi nak buat macam mana kadang perasaan tu timbul tanpa disedari. Apa pun andainya dia bahgia sekarang aku hanya mendoakan dia dari jauh. Cuma kadang aku masih tertanya-tanya apakah salah dan silap aku. Adakah aku memang salah dan apakah kerana perbuatan keluarga aku menyebabkan dia marah atau pun dia yang telah berubah hati sehingga tergamak meninggalkan aku setelah harapan dan impian diberikan. Sampainya hati dia. Tapi tak mengapalah, aku anggap itu semua dugaan yang membuatkan aku tabah mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Jadi layan je lah lagu jiwang karat tahap tak ingat ni. kekekeke
Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari
Syahdunya ku rasa di saat ini
Suasana sepi membisu
Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu
Ingin kuluahkan hasrat di hatiku
Sudikah mendengarnya
Sebenarnya engkau masih ku sayang
Biarpun tak dapat bersama
Kau masih kurindu seperti waktu dahulu
Aku mengharap agar engkau mengerti
Curahan rasa ini
( korus )
Jika engkau sedang hidup bahagia
Jangan kau lupakan diriku
Yang terdampar kesepian
Ku dilambung ombak rindu
Yang hanyut dalam kelemasan
Mengapakah aku masih menunggu
Dan masih menagih kasihmu
Dirimu di mana...
cuma aku yang terus
Sabar menantimu tanpa jemu
Dulu kau menumpang kasih
Lalu kuberimu harapan
Sekelip mata kau berubah
Setiap hari bila dalam kereta aku selalu di temani KLFM. Start engin je maka halwa tinge di asak dgn KLFM. Manakala sebelah petang pula aku suka KLFM sebab KLKL iaitu kenangan lalu Kuala Lumpur. Lagu-lagu yang di putarkan semasa KLKL selalunya merupakan lagu evergreen gitu. Apa lagi aku memang suka layan lagu-lagu lama yang nostalgik gitu. Tiba-tiba lagu Hajat berkumandang dendangan Haida. Aisey men syioknya. Lagu ni sebenornya merupakan lagu nostalgik bagi aku sebab abang MI yang dedicated lagu ni untuk aku semasa kami kenal dulu. Dia hadiahkan lagu ni special untuk aku supaya aku tidak menaruh harapan pada dia. Memang le bila menghayati lagu ini apa lagi lah mendong kan datang secara tiba-tiba melingkari ruang mata ku. Kami dah lama terputus hubungan tapi kenangan di Batu Layar semasa kursus BTN akan sentiasa dalam kenangan aku. Aku salute dia dan bangga dapat kenal abang seperti dia. Aku rasa dia masih lagi di tempat lama tapi macam mana ye nak contact balik. Sebenornya aku windu kat dia. Bukan sebagai sesiapa didalam hati tapi tempat dia khas sebagai abang yang aku sayang. Jadi layan je lah ye lagu hajat dendangan Haida ni ye.
Hajat - Haida
Bisakah kau tempuh ranjau ini
Yang pastinya jurang menghalang
Sanggupkah engkau
Susah payah bersamaku
Janganlah pula nanti
Kau menyesali... setelah melalui...
Ku sekadar mawar di dalaman
Tak bererti budi yang dipandang
Rupa adalah... diangankan setiap insan
Betapa jauh jarak
Kita berdua...
Janggal digandingkan
Pernahkah kau terfikir
Satu masa nanti sayangku
Apakan terjadi
Pasti gelora yang akan melanda
Kita berdua akan karam...
Oh kasih...
Sungguh ku mengerti
Tulus benar oh kasihmu
Tak ku sangsikan
Seputih hatiku
Itulah kasihmu
Dari dulu dan kini
Oh sayangku
Lupakanlah semua
Hajat untuk memiliki
Diriku ini
Tak sanggup rasanya dirimu dicerca
Maka retak kasih saudara
Kita saling kasihi
Jadikanlah itu memori
Sayangku moga engkau tahu
Tidak semua cinta bersatu