Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts

Tuesday, May 24, 2016

Konvensyen Rekod Perubatan Hari 4




Assalamualaikum. Hari ini hari last di Langkawi. Cerita semalam boleh jenguk di sini

Sebelum pergi sarapan, siap kemas barang-barang buat kali terakhir. Pergi 1 beg balik 3 beg. Hahahaha macam le tak tahu kalau pi Langkawi memang beranak-pinak le beg. Siap bawa beg Anti maling sebagai spare. Padahal sebelum pergi taknak shopping sangat. Sekali hah ko beli coklat tak cukup tangan. Hari ni check out pukul 12. Flight pukul 2. Aku balik saing dengan Linda satu Flight. Manakala Kak Jue dan Effa balik petang.   

Konvensyen Rekod Perubatan Hari 3


Assalamualaikum,

Cerita hari semalam boleh jenguk di Sini 

Hari ini sambung lagi konvensyen ya. Hari ini juga adalah hari perasmian. Jadi sebelum datang dalam email peserta jemputan di maklumkan kena pakai baju batik warna merah ataupun order Batik yang khas untuk konvensyen ni dengan Tuan jualnya dari Kelantan. Alahaiiiii tak sempat dah nak order dan buat,  jadi pi le selak-selak kain opsss selak kain dalam almari lah ye... kut ada baju batik warna merah. Sekali rupanya ado walaupun sipi-sipi merah hah boleh lah. Nanti takde lah jadi warga orang asing pulak pakai baju warna lain. 


Thursday, May 12, 2016

Konvensyen Rekod Perubatan di Langkawi Hari 2


Assalamualaikum,
Ok sambung lagi citer kat langkawi. Sebelum ni terjah SINI

Dah penat seharian kan semalam dok keliling Pekan Kuah kali ini sambung lagi. Selagi kete sewa tak di pulang kan kita orang lenjan dia sampai tengahari.  Jadi dah puas tidur semalamnya, pagi ini sambung lagi. Oleh kerana Effa semalam baru sampai jadi kali ini pi shopping lagi. Tapi pagi-pagi sebelum sarapan pi cari harimau dulu ya. Isi tabung yang dah kering semalam. Maklumlah hari inikan hari gaji.

Monday, May 2, 2016

Konvensyen Rekod Perubatan di Langkawi hari 1


Assalamualaikum,

Lamanya tak pot pet pot pet kan. Kadang ada idea menderu-deru tapi masa takde. Kadang ada masa lapang tapi idea takde nak menulis. Jadi mana yang dan ajelah ya. Macamlah ko tu VVIP lagaknya. hehehehe padahal malas tahap gaban. hahahaha. 

Thursday, March 3, 2016

Memori di UK - Bermain dengan burung merpati




Assalamualaikum,

Apa cerita nak cerita ye. Pasal jenjalan huh... cerita Surabaya aku belum ada mood nak sambung padahal lagi 2 n3 je nak habis. Tenguk kat blog Yan last day di kashmir bermain dengan burung merpati eh... teringat pulak kenangan kat UK tahun 2010 yang masih pending ceritanya. Huh makan tahun sungguh. Tapi nantilah aku kayuh sikit-sikit cerita kat UK tu. Walau pun agak-agaknya ada ke orang yang nak baca cerita coretan merapu aku tapi macam kata JM aku cerita untuk kenang-kenangan jadi rasanya kena tulis juga lah. Memori terindah di London.


Thursday, December 19, 2013

Bengkel Error Rate di Avilion Admiral Cove PD



Assalamualaikum,

 Bengkel ni sebenornya berlangsung pada bulan Oktober yang lalu. Nama aku mula-mula tak naik, sekali oleh kerana ramai senarai nama yang cancel disebabkan kekurangan budget, maklumle dah hujung tahunkan dan kekurangan orang nak buat coding jadi kenalah pergi. Terdapat 36,000 data sample tu nak kena buat coding dengan anggaran 50 orang coders termasuk verifier 1 dan 2. Jadi hari ahad selepas majlis kenduri kahwin anak Kak Ila, aku pun terus zoom ke PD. Masa keluar rumah tu dah nampak cuaca mendung sekali sampai kat Seremban dan sepanjang highway ke PD hujan turun dengan lebatnya sampaikan tak nampak jalan. Jadi slow2 aku bawa bluwy sambil kumat-kamit berdoa supaya selamat sampai ke distinasi yang dituju. Lepas hujan dah redan, sampai kat roundabout aku dah salah jalan. Sepatutnya ke kanan tapi aku ke kiri pulaknya. Ingatkan hotel tu dekat dengan Teluk Kemang rupanya ianya berdekatan dengan hospital PD. Jalan-jalan ait apasal tak nampak signboard Avillion ni. Dulu pergi naik transport Jabatan jadi, tak perasan le jalannya. Sekali dah nak masuk melaka dan semakin sunyi jalan lorrrr mane ni? Talipon kak temah rupanya huawaaaa aku makan langsat. Sadis sungguh.

                                 Ni para operator yang akan memasukan data yang telah di coding

   Buku ICD 10 3 vollume dah macam kamus Dewan. Malam pertama lagi dah mula coding sebab kalau tak mula bila masanya nak menghabiskan sample yang menimbun2 tu hah. huhuhuhu Berpinar-pinar mata membuatnya.


 Ni meja kumpulan 1. Oleh kerana kekurangan coders verifier 2 kena tolong buat coding juga. Bila verifiers 1 dah start buat kerja baru verifiers 2 selesaikan. Coders dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Lepas tu 3 orang verifiers 1 dan seorang verifiers 2.
   Selain daripada volume 1, 2 dan 3 ada lagi satu yang femes iaitu volume 4. Ni orang kat rekod memang tahu lah volume 4 tu apa.

                                           Masing-masing pun kyusuk je buat semuanya.

 Hari Isnin sepanjang hari menghabiskan coding. Verifiers 1 dah mula pula kerjanya. Petang tu sempat lah juga bawa Arifah dan Kak kamariah ke Teluk Kemang. Beli oleh-oleh untuk orang di rumah. Manakala hari Selasa pula aku bawa orang Serawak pula membeli-belah kat Teluk Kemang lagi.

                                       Ada kuda lah pulak masa hari Isnin tak nampak pun.

  Entah apa saje lah si Ivy dok ngok ngek dengan Monica dan Fauziah. Hepey je keluar dengan mereka. Yalah setelah seharian buat coding. Ikutkan petang tu ada buat senam robik tapi kita orang cabut keluar jalan-jalan cari pasal. Sempat lagi tu pi cari kedai runcit ada kiriman dari member lain.

  Hari ke 3 dah rehat dah sebab coders dah banyak selesaikan sample. Tinggal verifiers 1 dan 2 pulak yang dok pulun kerja mereka pulak. Selalunya kalau buat error rate ni memang yang mula yang teruk tapi hari akhir dah boleh lepak2 dah.

 Suasana pantai Teluk Kemang yang indah. Hari bekerja kan mana ramai orang lainlah kalau hari Minggu cuti sekolah mesti ramai orang.
  Kali ni aku bawa orang HKL lah pula pi Teluk Kemang. Huh sakan sungguh aku sampai 3 hari berturut-turut ke Teluk Kemang. Ala bawa kengkawan yang jauh. Petang tu pun escape juga dari senam robik. hehehehe, Dan setiap kali balik dari Teluk Kemang je kita orang tunggu sunset lepas tu makan malam sebelum malamnya sambung lagi.

   Posing depan pintu masuk. Masa ni takde kereta nak masuk. Sekali sedang syiok posing pelbagai gaya sekali lalu kereta waja alaa bos depa berdua dan juga exboss aku dulu sebelum En Azmi naik pangkat dan pindah HKL. Apa lagi lah kelam-kabut cepat2 balik. hehehehe malu deh berposing bagai nak rak.
                                                                     Ni Verifiers 2
                                      Verifires 1 dok pulun sebab banyak sangat yang eror.
 Ni coders kumpulan 1. Latifah sebenarnya sepatutnya jadi verifiers 1 tapi aku yang jadi batu api suruh dia jadi coders sahaja sebab coders cepat siap. Cepat dapat rehat. hahahaha

   Sample yang dah siap di coding dan dah dimasukkan dalam pc oleh operator yang bertugas.
                       Ni dah nak balik. Semua hepey je dah nak balik tempat masing-masing.
      Ni operator yang bertugas merangkap  urusetia bengkel. Apa pun sesekali kerja di tempat best walaupun tension sebab banyak buat coding tetap enjoy sebab tempat best dan cantik, makan pun ok, tempat tidur pun memang selesa. Semua pun balik dengan gembira sebab dapat siapkan kerja walaupun untuk analisa hanya dapat siapkan satu state je sebab verifiers 2 dok pulun sampai akhir sebab banyak eror. Apa pun kita tetap enjoy.

Tuesday, July 30, 2013

Matahari terbenam di Avillion Admiral Cove PD


Assalamualaikum,

Dok belek-belek gambar lama dalam album terjumpalah pulak masa Mesyuarat Rekod kat Port Dickson tahun 2011. Masa tu buat kat Avillion Admiral Cove, PD. Hotel dia memang kelas sungguh sebab ada tempat simpan kapal-kapal persendirian. Rupanya ia juga adalah tempat simpanan kapal-kapal persendirian bagi orang-orang kaya yang duit tak habis dah nak beli apa hah beli  kapal yang boleh digunakan menjelajahi lautan PD pulak. Dah macam kat obersea la pulak kan! Tapi memang esklusif lah tempat tersebut. Tapi yang aku suka bila part melihat matahari terbenam. Emmmmm memang tak menahan sungguh dengan panorama dia yang memang cantik sungguh. Rasa nak lepak je kat tepi pantai tu.

 
Bilik dia memang simple tapi cantik. Yang aku suka tu hah kat tepi tingkap tu. Nak kata katil macam tempat lepak je. Ni buat landing baca novel memang masyuk. Sebenarnya ianya masih boleh digunakan sebagai katil tambahan jika ada kawan nak tumpang bermalam. Walaupun ianya hanya deko sahaja tapi memang cun lah. Kebetulan ada seorang member yang kawan sebiliknya yang tak datang. Tak pasti datang lambat atau tak jadi tidur bilik member tu.Member tu takut tidur seorang jadi aku dan Kang ajak dia tidur bersama kami dan benda ala-ala katil dihujung tu jadi tempat tidur member yang menumpang bilik kami.



                              Hah ni lah marina tersebut tempat simpanan kapal-kapal persendirian.

                                              Panorama alam sewaktu matahari terbenam
Ni di kawasan kolam renang Hotel 
Kalau lah aku kaya, nak aje aku beli banglow tu buat tempat bersantai bila tension kerja sambil baca novel. Syioknya..... huhuhuhu bila lah aku nak kayoooo
Ni pemandangan dari tepi jeti
Ni pulak dari dewan makan
 Sinaran lampu turut sama menerangi alam seiring dengan sang suria mula menghilangkan diri 

Kilauan lampu menerangi jambatan di kolam renang

 Ni di waktu siang. Cantik kapal layar tu dan cantik banglow sebutir di hujung tanjung.

Ok lah sesiapa yang teragak nak bercuti sambil menikmati pemandangan tersebut hah serbu lah  ke laman web dia http://www.avillionadmiralcove.com  atau pun time berbulan madu ke bolehlah menikmati keindahan alam sambil berjalan di tepian pantai. Tenguk kat lamanweb dia lagi cun tau.

Sunday, April 22, 2012

Bengkel di Hotel Thistle, Port Dickson

    2 Minggu lepas entah macamana, nama aku naik pulak kena pergi bengkel NHDD di PD. Semua geng heran awat  aku sorang je yang kena pergi sebab yang lain semuanya Doktor dan pegawai yang lebeh tinggi pangkatnya yang kena pergi. Bila tenguk surat,  aku sorang je yang naik nama jadi depa semua muskil napa nama aku naik. Aku pun heran bin ajaib juga pasai apa aku pulak yang kena pergi. Alkisahnya sebelum ni aku ada masuk meeting NHDD semasa zaman Datin dulu zaman Big Boss aku Dr Lailanor tahun 2006. Tapi tu lah asyik pi keluar masuk meeting, lepas tu sonyap jo sampai aku pun dah lupa tahun bila rupanya tak habis finalise pun, Datin Selva dah habis kontrak. Cuma siap keluarkan satu buku je iaitu NHDD. Jadi kali ni kiranya nak finalise kan lagi 6 bahagian yang tak siap lagi.  Bengkel bermula pada 9hb hingga 11hb April 2012. Jadi hari Isnin pergi kerja dulu sebelum terus ke PD. Bila tenguk nama hotel Thistle jenuh lah search kat internet nama Hotel tu. Sebab sebelum ni tak pernah dengar pun. Rupanya Hotel tersebut sebelum ini merupakan Hotel Guoman dan teringat pula sebelum ni Bahagian P & P yang waktu tu pengarahnya Doktor Rusnah pernah buat bengkel kat situ. Kiranya dah penah sampai jadi sonang jo lagu tu.

  Cantik dia punya promosi acara yang kita boleh join. Macam-macam ado tapi aku tak sempat pun nak jejak kaki kat pantai sebab habis petang je dah penat kepala otak. Ingatkan hari last sebelum balik esoknya nak ambil gambar di pantai masa matahari tengelam tapi tak dan terus dah malam. Lagi pun macam tak nampak pun cahaya matahari tengelam .
Dewan untuk berbengkel. Peserta yang hadir dibahagikan kepada 6 kumpulan. 

  Yang bestnya ex boss aku Dr Lailanor serta exbos SMRP Encik azmi pun ada juga. Ala ni kalau June tahu mesti jeles. Dr Lailanor sempoi je masih seperti dulu. Dia memang tak sombong jenis humble punya orang walaupun berpangkat JUSA B sebab tu ramai yang suka. Bila tenguk dia teringat zaman IDS yang best in the world zaman dolu2 yang memang tak boleh jumpa di tempat kerja lain sebab semua staffnya best-best belaka dengan di ketuai Dr Lailanor yang best boss in the world. Rindunya waktu-waktu itu yang hanya dapat disemadikan dalam lipatan sejarah dan ingatan yang sesekali mengimbau kembali bila rindu kawan-kawan lama yang satu demi satu meninggalkan IDS.   
Ni Pegawai Rekod Perubatan yang turut terlibat. Nama aku  masuk kumpulan Discharge Summary dengan kak Normah dan Pn Hasnah. Banyak yang kami perdebatkan. Fasilitator Dr Ferwan dan dibantu dengan Dr Azrul. Banyak juga issue yang timbul dan kadang-kadang hangat diperbincangkan oleh Doktor-Doktor Pakar yang terlibat. Apa pun selama 2 hari kami dapat selesaikan.

Di bahagian Lobi hotel yang disinari lampu bila malam menjelma.

Ni hiasan di tempat makan. Cantik dekonya. Bila tenguk deko yang cantik macam ni makan pun jadi lebeh sedap. hehehehe ye ke? Tapi makanan dia tak banyak choice lah. Walaupun persekitaran dan biliknya memang marbeles.

Kolam renang di depan hotel dan berhampiran dengan pantai.

Bilik Hotel yang mengadap laut memang cantik tapi bilik aku mengadap dapur huhuhu tak cantik.

Ni panel juri pada hari akhir dengan di pengerusikan oleh Doktor Rahimah Timbalan Pengarah kanan Bahagian P & P.. Semua 6 kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan yang telah didebat kan selama 2 hari dan akhirnya untuk pengesahan dan komen dari panel juri jemputan yang arif lagi bijaksana dalam bidang masing-masing.

Sebelum balik aku ambil kesempatan posing dengan My ex Humble big boss. Sekarang Dr Lailanor sejak dah naik pangkat JUSA B kena pindah jadi pengarah di JKN Pulau Pinang pula. Sebelum tu JUSA C di HKL. Semuga rezeki Dr Lailanor sentiasa bertambah murah seiring dengan hati dia yang baik. Amin



Friday, April 6, 2012

Hari Pertama DI UK 2010

    Ingat tak lagi cerita aku yang masih tergendala nak cerita semasa pergi buat attachment di UK tahun 2010 dulu. Alahai tahun dah  berganti baru, aku masih takde idea nak bercerita. Apa pun kena tepek juga sikit demi sikit story mory masa di sana. Almaklumle kenangan sepanjang hayat ni dapat jejak kaki nun di UK. Kira memang rezeki yg Allah beri ni memang tak terkata lah. Apa pun bersyukur sangat-sangat dapat ke sana. Nak tunggu tabung Ayam penuh entah bila. Kalau saje-saje nak berjalan makan angin huh makan tahun jugalah nak kumpul duit dalam tabung ayam. Tak pun berangan saje lah ya. Almaklumle orang tak berada ler katakan. Orang lain yang berada boleh ler kalau duit banyak nak kesana macam jenjalan je atau pun macam sesetengah orang dok shopping ke UK. Kalau aku huh memang jenjalan dekat malaysia ajelah. Mana taknya tambang flight je ribu raban beb. Paling murah pun kalau Makcik asiah buat diskaun besar-besaran. Kalau tak huh jangan harap ler dapat terobang ke sanun. Convert duit dia je dah mahal bayangkan kalau 1 pound sterling bersamaan dengan RM5 duit kita. Huh jenuh juga ler bila beli barang asyik nak convert je almaklumler budget terhad. Budget mula-mula minta nak pergi ke New Zealand tapi sebab tahun sebelumnya 2 orang staff dah pergi ke sana jadi last minit bos pinda suruh pergi ke 2 tempat samada ke Kanada atau ke UK. Bila hantar surat ke kanada mohon nak buat attachment mereka lambat jawap manakala ke UK cepat je bagi jawapan jadi kami pun terus mohon ke UK yang berkebetulan dengan Dr Elyas di jemput present paper di satu simposium sains di Scotland. Jadi kami ber3 pun bersiap sedia buat arrangement dengan bahagian latihan serta mohon duit peruntukan untuk perbelanjaan di sana. Dan kebetulan pula semasa dapat surat tu kiranya memang masa dah suntuk mengikut tarikh yang dicadangkan apa lagi dengan masa tu bulan puasa dan kelulusan peruntukan dan kelulusan keluar negeri yang perlu disiapkan sebelum raya. Tahu je lah orang nak raya nanti kelulusan lambat keluar, huwaaaa lepas raya dah nak pergi. Seminggu raya je habis cuti terus keluar negeri. Memang tak puas raya tapi fikir balik ala raya setiap tahun ada tapi nak keluar negeri pi kerja bukannya selalu 1 dalam bertahun ler nak dapat. 


  Hari pertama kami sampai aku dah cerita di sini selepas lepak di rumah Encik Zainal, isterinya hantar kami ke hotel yang telah Dr Elyas booking kan sebelum kami sampai iaitu Hotel 4 season. Tempatnya memang berhampiran dengan Pejabat Royal College of Physicians dan juga Regents Park. Kata kak kam dulu masa dia ikut suaminya dia menyewa rumah di depan Hotel 4 season ni.Bilik dia ok juga cuma tak tahan tu naik tangga ke tingkat 2. Dah lah beg kami besar2. Bilik ngam2 2 katil tapi ok lah.

   Hah naik tangga ke tingkat 2. Oleh kerana beg besar jenuh ler juga nak tarik sampai ke atas. Rehat jab lepas tu keluar ke Baker Street Stesyen nak beli kad bas dan train untuk seminggu. Juga beli sim kad untuk phone. Nombor ni kami gunakan hanya untuk buat call di Uk je. Murah sikit dari pakai no malaysia kang jenuh nak roaming je, mahal beb. Malam masak nasi guna periuk rice cooker yang aku bawa ala yg paling kecil tu. Kak kam bawa rendang daging. Serunding dan sambal pun ada jadi sedap lagi dapat layan nasi, baru malam pertama, esok entah macamana.

Ni dari atas bilik hotel. Sunyi sepi suasana di waktu pagi.

    Pagi pukul 5.30 pagi dah bangun. Beza masa dengan malaysia ialah 7 jam. Jadi masa ni kat malaysia pukul 11.30 pagi. Orang lain dok sebuk dah kerja. Tu sebab pagi lagi dah tak boleh nak tidur lagi rupanya kat malaysia dah sibuk bekerja. Tapi yang tak tahan huhuhuhu sejuk airnya masa nak ambil air nak solat pagi. Burrrrr. Pukul 7 lebeh je dah semerbak bau roti. Ya allah sedapnya bau. Wangi sangat. Kami di jadualkan ke pejabat RCP pukul 10.30 pagi tapi dek kerana hari dah siang dah tak boleh nak tidur pun lagi terus je siap pergi sarapan. Pukul 7.30 pagi sarapan di tingkat bawah. Seperti biasa makanan orang puteh dah tentulah roti, yogurt dan buah-buahan.  

   Hah ni lah setiap pagi sarapan kami. Tapi yang paling aku suka sekali roti croissant tu. Setiap pagi depa baking roti jadi bila kami turun sarapan je memang fresh roti ni baru kuar dari oven. Wangi dan harum bau roti di bakar.Memang lembut bila di sapu dengan jem. Ada pelbagai jenis roti tapi aku suka yang ini sebab lembut bila di makan. Juice memang selalu ada jadi kiranya selama 2 minggu dok UK memang sarapan sihat je yang kami makan. Memang rindu lah kalau nak makan mee goreng ke nasi lemak ke. huhuhuhu tahan je. Tapi kalau makanan ni jadi amalan pun bagus juga terutamanya makan buah dan yogurt serta fresh juice.

 Depan hotel Four Season
  Pukul 8.30 kami pun keluar dari hotel menuju ke pejabat RCP. Oleh kerana masa panjang lagi kami sempat lepak kat Regents Park. Menikmati keindahan taman di Uk serta bunga-bungaan yang masih ada lagi sebelum musim luruh menjelang.

Di Jalan Gloucester depan Hotel 4 Season.


Di Regents Park ada kolam dan pagi-pagi banyak itik yang berkeliaran.
Sedap je Mat saleh tu lepak di bawah sinaran matahari yang nyaman. Nampak panas tapi cuaca rasa sejuk almaklum dah nak masuk musim luruh sesekali rasa sejuk juga.

     Masa sampai di pejabat RCP banyak yang kami perbincangkan samada dengan jadual yang depa dah uruskan untuk pertemuan yang kami perlukan. Kiranya jadual yang diberikan tu kira ketat juga lah. Dan ada yang jauh perjalanannya hanya bagi meeting selama 2 jam sahaja. Kira hari off cuma sabtu dan ahad je. Oleh kerana start pada hari Rabu jadi Rabu minggu ke 2 baru habis dan khamisnya aku dah balik Malaysia. Alahai baru 1 hari dah rindu malaysia ke walhal belum berjalan lagi tu. Masa perbincangan depa cuma sediakan air panas dan bancuh sendiri samada nak coffee atau teh. Dia bagi paket je. Buatlah berapa kali nak minum. Lepas tu dengan biskut je sebagai alas perut. Tapi masa lunch dia bawa ke Hotel Melia.

Ni masa lunch di Hotel Melia. Makan salad ja, fish n chips, lagi apa aku dah lupa. Tapi aku tak faham lah makan gitu je pun depa dah kenyang ek. hish hish

Lepas lunch dan dalam pukul 3 kami ada perbincangan dengan Profesor Duncan di bilik bacaan di tingkat bawah. Prof Duncan ni lembut je percakapannya dan habis dalam pukul 5. Bayangkan ler time petang perbincangan huh memang ngantuk sungguh tapi tahan juga sebab banyak info dia berikan berkenaan dengan standard Informatik di UK. 


Akhirnya yehhhh santai di Regents Park. Ni di taman Ros yang masih berkembang lagi. Geram



Ros kuning berkembangan. Banyak yang dah luruh kalau tak lagi banyak ni berkembang. Tapi ni pun dah buat aku geram.

Rosnya besar-besar lah. Memang cantik.

Comel sungguh basikal Barclays yang ada di tepi jalan ni. Rupanya basikal tu boleh di sewa tapi tak tahulah berapa harganya untuk sewaan. Rupanya ramai mat saleh yang gemar berbasikal.

Lawa lah pokok ni. Rasa nak naik dan bertenggek je. Ba ba Chak!


Macam-macam jenis bunga ada.

Sepetang tu kami berjalan slow motion menikmati keindahan Regents Park. Bila dah rasa sejuk kami pun balik ke hotel. Rehat, mandi, masak , makan dan lepak. Semasa mengemas barang rupanya beg baju aku pecah. Aduhai agaknya kena campak kut. Nampak gaya kena cari beg baju baru ni. Dah la mahal emmm kopakler duit aku. Hari Pertama dah pun berlalu. Besoknya kami akan pergi jauh berjalan nun kena naik keretapi.