Sunday, December 18, 2022

Punten makanan jawa

 


Assalamuaalaikum,

Minggu lepas waktu datang kerja lalu lah cafe. Jadi sambil lalu tu tenguk lah apa yang ada di jual. Selalunya kalau beli sarapan tapau je dan makan kat pejabat.

Tiba-tiba mata aku ternampak sesuatu makanan yang aku tak pernah makan. Alolo apa le anak wong jowo ni......punten pun tak pernah makan. Jadi aku ambil le sepaket ni. Ada 3 ketul dengan sambalnya harga Rm 3.50.  

Aku tanya taukeh cafe Hj jelani......wah ada makanan jawa ni Hj. Dia kata ada orang yang hantar suruh jual. Tu lah ni baru pertama kali nampak ni kat cafe. 



Jadi pagi tu aku sarapan punten

Punten adalah antara makanan orang jawa yang terkenal di kawasan Sabak Bernam. Ia merupakan makanan yang dimakan sewaktu sarapan pagi. Punten ini seperti nasi himpit je rupanya, tetapi rasanya lain. Punten ini lebih sedap dan berlemak kerana dimasukkan santan.

Kredit kat google

Bila aku search kat google rupanya femes kat sabak bernam. Aku tak pernah makan sebab arwah mak aku tak pernah buat dan ajar anaknya makan. Tu yang aku tak pernah rasa. Lepas tu kena ada sambal cili api ,,,,,,perghhh sedap tu.

Jadi pagi tu aku sarapan punten. Cecah dengan sambal hijau. Kalau sambal cili api arwah mak aku pernah ajar. Buat sambal tu lepas tu cecah dengan ubi kayu rebus. 

Pedas tapi eh tambah lagi sambil colek dengan sambal cili api tu. Layan dengan kopi panas-panas. erkkkkk sodap. Lepas tu tersandar kekonyangan. eh.... ni musim hujan ni sedapnya cecah ubi rebus dengan sambal cili api . eh aku citer apa ni. Tadi bukan pasal punten ke dah menjajau ke ubi godok lah pulak. haishhh

Punten tu rasa santannya tidak berapa sangat. Macam nasi himpit tapi bukan sebab bentuknya. Apa pun dah tua bangka baru ko kata makan pertama kali punten makanan jawa........alahaiiiiii aku ni kan jawa muo bukan sabak bernam. Tu pasal tak tahu. 


Monday, December 12, 2022

Upacara serah tugas Mantan Menteri kepada Menteri baru

 

                       Majlis penyerahan tugas antara Mantan Menteri dengan menteri yang baru


 KJ ucap selamat maju jaya pada Zaliha

Ahli Parlimen Sekijang Zaliha Mustafa hari ini menerima nota serah tugas daripada pendahulunya Khairy Jamaluddin untuk menerajui Kementerian Kesihatan.

Doktor kesihatan keluarga berusia 58 tahun itu menggantikan Khairy yang memulakan perkhidmatannya pada Ogos 2021.
Zaliha merupakan wanita pertama yang menerajui kementerian berkenaan. 
Dalam upacara simbolik penyerahan tugas di Putrajaya hari ini, Khairy mengucapkan selamat maju jaya kepada penggantinya.
Ketika menerajui kementerian itu, Khairy antara lain dikenali dengan usaha seperti menyelaraskan program vaksinasi Covid-19 negara, cadangan rang undang-undang generasi penamat (GEG), dan mendorong untuk kajian lanjut mengenai penggunaan ganja perubatan.
Bercakap kepada pemberita Khairy menyatakan harapannya untuk melihat cadangan rang undang-undang GEG dan pelan tindakan penjagaan kesihatan akan dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.
Dia menambah bahawa kertas putih penjagaan kesihatan telah dibangkitkan dalam perbincangan dengan menteri.
“Ini penting untuk reformasi sistem penjagaan kesihatan dalam jangka panjang. Kertas putih ini bukan kerja saya tetapi kerja pakar yang terlibat dalam sesi pengantaraan (untuk dasar),” katanya.
Dia menambah, tanpa pembaharuan kepada sistem itu, negara akan kekurangan sumber untuk menguruskan beban penyakit berjangkit pada tahun-tahun akan datang.
Kredit Malaysiakini

Perhimpunan bulanan bersama YBMK yang baru


 YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Ibu Pejabat KKM hari ini.

Dalam ucapan beliau, YB. Dr Zaliha menyatakan komitmen beliau untuk meneruskan usaha peralihan daripada penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan dan kesejahteraan rakyat, memastikan penjagaan kesihatan golongan wanita dan kanak-kanak serta warga tua sentiasa diberi keutamaan melalui komponen sistem kesihatan primer, memberi tumpuan khusus untuk menangani peningkatan penyakit tidak berjangkit dan mereformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan negara khususnya melibatkan tempoh menunggu lama di fasiliti kesihatan, pemodenan fasiliti dan waktu operasi yang lebih fleksibel.
YB Dr. Zaliha turut mengumumkan inisiatif baharu KKM iaitu pemberian tuala Wanita percuma bagi menangani isu 'period poverty' yang secara perintisnya akan dilaksanakan di Ibu Pejabat KKM.
Majlis diteruskan dengan penyerahan kamera badan kepada pegawai penguat kuasa Program Kesihatan Awam dan Program Farmasi. Selain memastikan ketelusan dalam pelaksanaan penguatkuasaan, pemakaian kamera badan ini dapat menjaga kebajikan dan keselamatan pegawai penguatkuasa semasa melaksanakan tugas serta memelihara integriti dan meningkatkan imej KKM.
Turut hadir, YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.

Kredit FB KKM

Assalamualaikum,

Semalam masa perhimpunan bulanan aku dan Matron Siew pun hadir mewakili unit pejabat kami. Maklumle kita orang excited nak dapat Menteri baru , perempuan pulak tu. Hah apa lagi lah bila takde orang nak hadir , aku dan matron Siew offer diri. Sampai je kat tingkat 8 eh ada pemberita lah. Wah masuk tv tak. hehehehe. Jadi kita orang cari tempat duduk bahagian tengah dan depan le sikit. Nanti boleh tenguk YBMK baru.







YBMK berucap


Hah nampak tak dia punya muncung kamera..... yang ni aku skodeng kamera pemberita. hehehe
Tapi dalam ucapan beliau satu inisiatif baru akan di buat. Kiranya perintis lah di ibu pejabat iaitu pemberian tuala wanita percuma di bilik air. Hah....dalam hati aku...lorrr takde idea lain ke. Awat buat pertama kali di ibu pejabat. Napa tak bagi kat sekolah atau pun di klinik-klinik di kampung-kampung dimana penduduknya miskin. Ni buat kat ibu pejabat.....hish hish takde idea lain ke. Mahal sangat ke tuala wanita sampaikan nak di beri percuma. aduhaiiiiii jangan nanti netizen bahan kan benda alah ini. Rupanya betul bila aku baca komen dalam facebook KKM...macam-macam yang timbul. Aduhaiiii


Penganugerahan kamera badan bagi petugas lapangan ni aku sokong. Sebab mereka kadang berhadapan dengan orang ramai. Kiranya ini satu keselamatan buat warga KKM yang bekerja di front liner.

Para petugas berasa bangga di atas pentas bersama dif-dif kehormat. Semuga petugas KKM sentiasa di lindungi Allah tidak kira di mana berada.


Selepas ucapan dan penganugerahan kamera majlis pun berakhir. Ni selfi kami berdua, kiranya bukti hadir. hehehe
Majlis dah berakhir kita orang pun balik le. YB YB kehormat agaknya nak bertemu dengan petugas media selepas tu.



Menteri Kesihatan Perempuan pertama di Malaysia

 




"Setelah 67 tahun ditubuhkan, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA hari ini melakar sejarah apabila buat julung kalinya menerima menteri dalam kalangan wanita bagi menerajui portfolio itu" - Utusan Online



KENYATAAN MEDIA
9 Disember 2022
Menjadi satu sejarah negara apabila terlantiknya wanita pertama menerajui satu kementerian yang miliki 40 Unit atau bahagian, dan kedua terbesar selepas Kementerian Pendidikan. Pastinya merupakan suatu cabaran yang perlu dipikul dengan baik.
Semalam, 8 Disember 2022 saya telah menghadiri sebuah wawancara bertajuk “Bersama Pemimpin” bersama Bernama Radio. Persoalan-persoalan yang dikemuka adalah sekitar aspirasi selaku Menteri Kesihatan.
Jika ingin dinyatakn misi dan visi, tentunya akan memastikan visi dan misi selaku Menteri Kesihatan selaras dengan Visi dan Misi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah termaktub, di samping memastikan setiap perkara dilaksanakan selari dengan dokongan kerajaan perpaduan.
Melihat suasana masyarakat yang sedang disaji dengan agenda perkauman yang sempit oleh sesetengah ahli politik, perlu difahami dan ditekankan bahawa sektor kesihatan ini adalah untuk semua tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Agenda mengutamakan rakyat merupakan keutamaan oleh pentadbiran Kerajaan Perpaduan ini. Setiap pemimpin pastinya akan memikirkan apa yang ingin dibawa kepada rakyat, tetapi kita kadang-kadang terlupa ada perkara yang rakyat sendiri mahu kita laksanakan.
Sebagai Wanita pertama yang menduduki jawatan Menteri Kesihatan, sudah pasti naluri keprihatinan itu amat tinggi untuk memenuhi apa yang diinginkan rakyat dan warga penjawat awam dalam sektor ini. Walau perkara-perkara yang menghujani dalam komentar dan mesej-mesej di media sosial itu adalah perkara berbangkit sejak dahulu, kini adalah menjadi tanggungjawab di bahu wanita selaku Menteri ini mencari jalan penyelesaian terbaik.
Mengulas persoalan dan harapan mantan Menteri Kesihatan yang berharap agar dapat meneruskan perjuangan membawa sektor kesihatan ke peringkat lebih cemerlang, jawapannya sudah pasti akan diteruskan mana yang memberi manfaat besar kepada negara dan rakyat.
Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang perlu diteliti semula atau ditambah baik. Tidak terkecuali pasti ada kemungkinan perkara yang perlu diketepikan selari dengan kehendak semasa. Namun begitu, dalam membuat keputusan yang besar melalui sektor yang terpenting ini, perkara-perkara tersebut sudah pasti perlukan masa untuk ditekuni satu persatu.
Buat masa ini, masih dalam proses meneliti segala polisi yang sedia ada supaya keputusan pada masa mendatang adalah selari dengan agenda mendahulukan rakyat, dan mencapai matlamat Kerajaan Perpaduan ini.
DR. ZALIHA MUSTAFA
Menteri Kesihatan Malaysia

Kredit FB KKM 

Alhamdulillah minggu lepas Hari Isnin, 5hb Disember 2022, KKM mendapat big boss baru , perempuan pertama di lantik menjadi Menteri Kesihatan. Satu pencapaian terbaik buat Doktor Perempuan di Malaysia. Apa pun selamat datang YBMK Dr Zaliha Mustafa.




Ini adalah biodata mengenai Menteri Kesihatan yang baru. Semuga di bawah pentadbiran beliau , KKM menjadi lebih bagus dan berkembang maju setanding dengan negara lain. 




Hari Rabu setiap hari ada jualan Puspanita di koridor bersebelahan dengan cafe. YBMK Dr Zaliha telah membuat lawatan di cafe dan melihat jualan yang ada. Sambil beramah mesra dengan warga KKM sambil melihat situasi di bangunan KKM. 



Wednesday, December 7, 2022

Warung Ketupat Air Tangan Ibu di Muar


Assalamualaikum,

 Warung Ketupat Air Tangan Ibu, Muar
===========================
Korang kalau mengidam nak makan ketupat dan lauk2 raya, boleh datang sini. Macam2 jenis lauk raya ada.
Antara menu yg ada kat sini ialah :
๐Ÿ”ธKetupat
๐Ÿ”ธLepat Pulut
๐Ÿ”ธLodeh
๐Ÿ”ธSambal Kacang
๐Ÿ”ธSerunding
๐Ÿ”ธDaging - Rendang/Kari/Masak Lemak ๐Ÿ”ธAyam - Rendang/Kari/Merah/Kicap
๐Ÿ”ธAyam Kampung - Kari
๐Ÿ”ธSambal - Sotong/Udang/Kerang/Kupang/Telur
๐Ÿ”ธTahu/Tempe Sambal
๐Ÿ”ธPerut Goreng Santan
๐Ÿ”ธKulit Goreng Santan
๐Ÿ”ธKupang Goreng Santan
๐Ÿ”ธAsam Pedas
๐Ÿ”ธSayur Kampung
๐Ÿ”ธNasi Ambeng
๐Ÿ”ธNasi Lemak
๐Ÿ”ธUbi Rebus
Waktu Operasi :
☎️ Bermula 7.00 pagi hingga 1.00 petang (Rabu Cuti)

Tuesday, December 6, 2022

Makan tempe goreng cecah sambal Kicap

 


Pembuatan tempe secara tradisional

Assalamualaikum,

Sapa suka makan tempe goreng....hah angkat tangan. Lepas tu sapa suka makan tempe goreng cecah dengan sambal kicap hah angkat tangan juga. Wah takde orang suka ke. hish hish makanan yang tersedap seantero dunia ye. hehehehe rugi kalau tak suka. Tempe ni orang jawa je yang suka tapi sekarang semua orang pun suka. kan kan kan. Makanan tradisional orang jawa gitu.

Aku teringat kata bekas MB Selangor kalau makan tempe awet muda.... hahahaha yolah tu. Padahal kita orang makan tempe goreng tu dari kecik sampai dah tua bangka. Tua juga.

Tapi style orang johor mesti kena cecah dengan sambal kicap. Kalau tak cecah hah bukan orang Johor le namanya. Tak umph kalau tak cecah dengan sambal kicap. Dia punya sedap tu perghhhh terangkat dunia....hahahaha ober no aku.

Pemenang Anugerah Inovasi KKM


Assalamualaikum,

Baru-baru ni KKM ada buat Anugerah Inovasi. Anugerah ni dah lama dibuat. Bergantung kepada mereka yang ada idea dan buat penambahbaikan samada ianya dari segi peralatan ataupun perkhidmatan untuk memberi  perkhidmatan kesihatan yang cemerlang kepada orang ramai. 

Bila tenguk dari segi teknologi wah bagus lah inovasi Institut Penyelidikan Klinikal tu terutamanya semasa pandemik ni. 



Ni pula kategori perkhidmatan

Kalau tenguk yang menang ada 2 farmasi eh satu anugerah khas juri. Bagus farmasi kalau dapat tingkatkan lagi perkhidmatan mereka
 


Ni pula kategori produk.... agaknya macamana le produk yang menang inovasi ni. 



Yang ni pula kategori proses kerja bagaimana inovasi tersebut dapat mempercepatkan proses penyediaan peralatan atau perkhidmatan.

Sebenarnya inovasi yang di adakan dan di pertandingkan oleh KKM dah lama di wujudkan.  Mungkin semua yang di wujudkan ini adalah salah satu cara untuk meningkatkan perkhidmatan dan peralatan di KKM. Apa pun ianya bagus supaya hasilnya dapat memuaskan hati pelanggan atau pesakit.