Showing posts with label Baim Wong. Show all posts
Showing posts with label Baim Wong. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Restoren Baim Wong di Jakarta


Assalamualaikum,

   Tahun lepas aku n gang telah jenjalan pi Bandong dan Jakarta. Kali ni kami naik KLM. Dan setelah beberapa hari di Bandong, kami pergi ke Jakarta pula dan tidur 2 malam di teratak Bunga. Bunga ni orang Indonesia, berjumpa di blog dan akhirnya menjadi kawan. Sebelum balik sempatlah kami menjengah ke Restoren Baim di Jalan Kemang. Sebelum datang jakarta, sempatlah juga bermessage dengan Liza Aimluvs. Pengerusi Fan Baim di malaysia. kami nak tahu samada masa kami kat jakarta Baim sibuk ke atau free. Kata liza nanti dia akan bagitau. Nasib baik dia bagi alamat Restoren dan cafe Baim. Rupanya ada 2. Satu namanya Publo dan satu lagi Petromak. Oleh kerana tiada jawapan dari Liza kita orang dengan di temani Bunga berpandukan alamat yang aku dapat terus je terjah Jalan kemang. Mula-mula kami jumpa Publo. Publo ni kiranya cafe Baim yang pertama. Tapi masa kami pergi tu cafenya belum dibuka. Petang agaknya. Masa kami sampai tu kiranya dah tengahari gitu. Lepas tu tanya pengurus di Publo tu restoren yang lagi satu. Rupanya ianya tak jauh.Sebab bila kedepan sikit jumpa lah Petromak. Pelik je nama dia kan? Yang Petromak ni baru nampak macam restoren dan bila masuk walaupun macam tak ada orang ataupun kami yang tercepat  ataupun mungkin Restoren tu baru mula operasi, kami dah terjah. Tapi pengurus kat situ baik. layan kami yang macam orang teruja bila kata Restoren Baim, lepas tu frust bila kata tak tau baim free ke tidak. hahahaha sadis sungguh. Ya lah jauh-jauh jalan ni datang dari malaysia bila jumpa restorennya tapi ngak ada tuannya rasa frust juga dong. Tapi kita orang duduk lah juga sambil order makan tengahari. makan piza beb. Sambil menunggu order sampai, apa lagi semuanya posing. Deko dia cantik, style lama gitu. 

                                       
                                                   Yang bertudung biru tu lah Bunga Erna.



                                    Latar belakang yang stylo ala-ala zaman dolu-dolu.

    Sambil duduk melihat pemandangan Restoren tersebut, ambil gambar dan posing macam-macam gaya, tiba-tiba pengurusnya datang dekat kami bawa berita gembira. Rupanya dia dah call Baim Wong dan tanya Baim samada dia free atau tidak sebab ada peminat dari Malaysia datang. Dan kata Baim boleh saja bawa kita orang jumpa dia. Bila pengurus Petromak kata begitu huh apa lagi semua seronok apa lagi Eila dan Bunga begitu ingin berjumpa dengan Baim. Aku dan nacha dah jumpa dulu semasa Baim Wong datang berlakon drama terbitan penerbit malaysia. Kami dibawa berjalan panas terik menyelusuri jalan kemang ke tempat berhampiran. Nampaklah Baim sedang menjadi mandur pekerjanya membersihkan longkang. Kawasan tu macam tempat parking dan agak luas juga kalau nak buat satu tempat lagi restoren dia.

    Lucu sekali Baim dengan eksperesi muka begitu. Siap jelir lidah tu. Eila lagilah seronok. Tapi kita orang tak lama kat situ, dapat bergambar beramai-ramai lepas tu seorang demi seorang posing bersama. Lepas tu Baim kata sibuk tak dapatlah nak menyembang lama sikit. Apa lagi di panas rembang yang begitu terik juga.

Maniskan senyumannya. 

Dapat ambil 2 kali dengan Baim sampaikan Nacha jeles. Masa sampai tempat tu sekali dan bila dah nak balik ambil lagi sekali. Gambar-gambarnya ada lebeh lagi tapi aku frust sangat masa pi jakarta ni sebab setting gambar rosak. Bila dah upload dalam pc bila nak letak kat FB dia jadi tak betul. Dengan tarikh yang dah berpusing kelain. Gambar pun jadi tunggang-langgang.. huhuhu sedih sungguh. Nak hantar repair huh jauh sungguh tempatnya nun kat Subang tu. Alahaiiii sayang sungguh bila tenguk camera Canon 130 dah menggong. Lepas selesai jumpa Baim, kami pun balik semula ke Restoren untuk makan. Sampai je hidangan pun sudah siap. Apa lagi walap lah. Lapar dek berjalan , panas lagi, gigih sungguh semuanya pasal Baim Wong. Dapat nikmati air sejuk dan makan piza panas-panas memang sedap sekali.emmm enak piza dia. Apa pun misi berjumpa Baim Wong di Jakarta tertunai sudah. Yehaaaa.


Ok siapa nak alamat Restoren Baim Wong angkat tangan dia? Nah orang dah tepek alamatnya kat bawah nun. Sesiapa yang singgah Jakarta carilah, mana tahu tiba-tiba Baim Wong muncul di Restorennya baru asyik makan di Restorennya. Kalau dapat jumpa Marshandah pun bestkan. Masa fanclub Baim iaitu Aimluvs datang Jakarta celebrate birthday dia, Marshandah ada juga, siap bawa pergi panti asuhan kepunyaan Baim.Baguslah Baim Wong ni, tak kedekut berbagi rezeki yang Allah limpahkan untuk dinikmati bersama-sama dengan anak-anak yatim di panti asuhan tu. Semuga rezeki Baim dalam lakonan bertambah-tambah murah.

1.Publo, Jalan Kemang Raya 1, No 1, Jakarta Selatan.

2. Petromak, Lantai Dasar, La Codefin Mall, Kemang, Jakarta Selatan.


Tuesday, December 4, 2012

Baim Wong Punya pasal


Kek khas buat Baim dgn tajuk telemovie diatasnya.


Assalamualaikum,

 Siapa suka tenguk sinetron Indonesia? Kalau suka mesti kenal dengan Baim Wong kan ala pelakon Sinetron yang femes juga di Indonesia dan malaysia. Kat malaysia ramai juga peminatnya apa lagi Sinetron Benci Bilang Cinta di Astro manakala yang aku dah tenguk sinetron lakonannya ialah Soleha, Lagu Cinta Nirmala, Sejuta cinta Marshanda. Itu yang di tayangkan kat TV 9 rasanya. Nama sebenarnya iala Ibrahim Wong.

 Member aku Nacha dan Iela memang peminat Baim, aku pulak oleh kerana dah pernah tenguk sinetron lakonannya pun suka lah juga walaupun hanya suam-suam kuku sahaja. Jadi baru-baru ni nacha ajak aku pergi jumpa Baim Wong di tasik Perdana sebab dikatakan Baim akan membuat pengambaran telemovie bersama Elfira Roy dan telemovie tu akan di tayangkan kat Astro. Tapi masalahnya perjumpaan dia time kerja iaitu Hari Jumaat baru-baru ni. Aiseymen macamana ni? Lepas tu pulak cuaca tak menentu kalau petang je mesti hujan. Jadi perjanjian aku dengan nacha ialah kalau hujan cancel tapi kalau cuaca baik kita orang on je lah. Aku akan pergi ke pejabat nacha ambil dia dan bila balik hantar ke pejabat dimana dia parking keretanya.

 Jadi habis je kerja lepas 4.30 dah siap semuanya aku pun terus ke KL. Ajak Eila dia tak boleh join sebab balik lambat jadi aku terus je lah zoom ke KL. Tanya julie macamana nak lalui lebuhraya Putrajaya sebab kalau lalu situ cepat terus je keluar jalan Tun Razak. Nacha opisnya kat Kampung baru iaitu di pejabat Perkeso. Bila dah nampak signboard lebuhraya tersebut terus je lah lancar je sampai ke KL. Tapi bila nak keluar ke Jalan Tun Razak je aku dah sangkut kat situ hampir nak 1 jam. Perjumpaan tersebut sepatutnya pukul 7 tapi pukul 6.30 aku masih sangkut kat jalan Tun Razak. Aduhai sikit punya tension dok mengharung jem. Hujan pulak yang dah turun sebelumnya turun renyai-renyai lagi. Aduh camno ni. Aku dok berulang kali call nacha, nacha ingat aku tak jadi tapi aku kata dah alang-alang dok harung jem kena teruskan juga program. Akhirnya aku sampai depan opis nacha pukul 7.15 dan katanya acara di tunda ke pukul 8.30 malam. Jadi bila kata dah tunda time takde lah nak cepat-cepat sampai di Tasik Perdana tu. Berhenti sekejap kat opis nacha, barulah kita orang terus ke Tasik Perdana. Huh jalan Tun razak masih lagi jem.


Peminat yang menunggu dengan sabarnya

 Kitaorang sampai dalam pukul 8 dan menonong je mencari lokasi dimana pengambaran akan diadakan. Orang pergi Tasik perdana berjogging kita orang pergi nak jumpa pelakon Sinetron lah pulak. Sekali jumpalah beberapa peminatnya yang dah lama sampai. Berkenalan lah dengan fan Baim Wong terutamanya dila, liza dan beberapa orang lagi. Depa rupanya dah kenal rapat malahan dah pernah pergi ke Restoren Baim Wong di Jakarta. Malahan kata dila sampai kena halau pekerja Baim Wong sebab asyik bertunggu tangga menunggu Baim Wong.  

Ni props untuk telemovie tersebut.
 Nampak lah juga crew pengambaran yang nak menyiapkan pelamin. Katanya malam tu shot yang akhir dan Baim Wong akan balik Jakarta besoknya. Dan masa yang di tunda tu disebabkan Baim Wong pergi makan. Jadi menunggu lah dan terus menunggu lah kita orang semua. Ada yang bawa kek untuk Baim Wong dan cupkek untuk Elfira, ada yang membawa hadiah. Kitaorang tak prepare hadiah pun cuma nak bergambar dan bertentang mata dengan Baim Wong je. Dah penat menunggu ambil gambar. Dah penat mengambil gambar menunggu lagi. Tunggu punya tunggu, aku dan nacha dah resah gelisah sebab hari semakin malam. Masa tu rasa macam serik sangat sebab lama sungguh kami menunggu. Nacha lagilah perjalanan rumahnya jauh di bandingkan dengan aku. Tapi sebab Baim Wong punya pasal gigih lah juga kami menunggu.




 Sekali masa tu dah hampir pukul 10 malam. Kata liza boleh tunggu 1/2 jam lagi tak? Nak kata apa, takan dah jenuh menunggu nak terus balik rugilah sebab dah lama menunggu tu. Jadi tunggu lah juga. Sekali dalam pukul 10.45 muncul lah Baim Wong. Wah mudanya dia bila nampak in person. Dengan manis senyumannya, dia menuju ke arah kami yang dah lama menunggu. Mana yang dah tak sabar terus menngamit dia ajak bergambar. Tapi sebelum tu sempat lah potong kek Rainbow yang liza bawa. Lepas tu berebut-rebut lah ambil gambar. Aku suruh nacha ke belakang jadi bolehlah aku ambil gambar dia sambil interprem orang lain. Jadilah. Lepas tu baru beberapa orang bergambar liza dah nak tarik Baim Wong dan kata cukup dah, nak kena buat pengambaran. Cepat-cepat aku dan nacha kata kita orang baru nak ambil gambar juga. Nacha pun cepat lah berdiri sebelah Baim Wong tapi dek kerana nak cepat aku ambil bergoyang pulak. Lepas tu aku punya turn lah pulak. Dapat snap sekeping dengan Baim Wong cukup lah.  Sebagai bukti memang kita orang dah berjumpa. Liza kata tahun depan diorang nak pergi Jakarta nak menyambut harijadi Baim Wong bulan 4 ke bulan 3 lupa pulak aku. Wah best juga tu. Kalau nacha pergi dan boleh dapat cuti nak join lah. Jakarta aku tak sampai lagi ni.




NAmpak lagi muda dan hensem dengan senyuman manis nya.

 Selesai dapat bergambar dengan Baim Wong kita orang berdua pun terus gerak balik sebab dah dapat peluang bergambar dengan Baim Wong. Alahai menunggu dekat 3 jam tapi dapat jumpa dia lebeh kurang 3 minit je. Emm nak buat lagu mana dok minat punya pasal. Alang-alang dah menyelok pekasam bior sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah menunggu bagaikan satu penantian mesti lah ada hasilnya iaitu dapat berjumpa dengan Baim Wong. Lepas tu dalam kereta apalagi kita orang dok gelak lah sebab kiranya hari ini dalam sejarah menunggu bagai nak rak. Gelak sebab gelihati bila teringat apa yang dah kitaorang lalui. Gembira sebab dah bertentang mata dengan Baim Wong. Aku yang pada mulanya suam-suam kuku je minat bila dah tenguk Baim Wong in person jadi teruja lah pulak. Amboiiiiiii lebeh-lebeh lah pulak. Apa pun bila bercerita dengan nacha kita orang gelak. Sebab apa Baim Wong punya pasal lah kita orang menunggu bagaikan menunggu buah yang tak gugur. Hai macam-macam aje. Apa pun Baim memang mesra alam dengan peminatnya. Mudah-mudahan tahun depan ada rezeki berkunjung melihat restorennya. Amin.