Showing posts with label Muar. Show all posts
Showing posts with label Muar. Show all posts

Wednesday, August 6, 2025

Jom cuti cuti ke MUO Bandar Diraja

 



Assalamualaikum,

Layan video di atas yang dibuat special buat orang Muo. 

Wednesday, July 31, 2024

Panorama malam di Tanjung Agas Muar







 Panorama waktu malam di Taman Rekreasi Tanjung Agas...

Kredit : Hasrul Hafize Photography


Assalamualaikum,

Rupa-rupanya kalau rajin keluar malam time balik kampung kita akan melihat pemandangan yang indah serta suasana meriah di waktu malam di bandar Muar. Pemandangan yang di atas ni pula ada satu tempat rekreasi di seberang Jambatan Muar dan dekat dengan masjid Ke 2 serta Kilang ST yang semakin hari aku tenguk semakin besar kawasannya.

Time balik kampung selalunya dok je berkumpul ramai-ramai adik beradik aku jadi jarang le masuk bando. Tu pun kalau ada urusan hah baru le masuk Bando Muo.

Apa pun sesiapa yang rajin berjalan hah datang lah ke Bandar Muo. Telah di istiharkan bandar terbersih tahun bila lupa aku. Hah kena google. Apa pun aku bangga dengan Bandar Muar yang semakin caantik dan semakin pesat pemandangan dan pembangunan nya.

Cruise pun dah ada tapi biasa le orang luor yang cuba orang muo emmm pandang dari jauh je. Lorat kan. Patutnya penduduk muo kena meriahkan cruise tersebut dan mesti mencuba menaikinya. Hah nanti aku cuba le naik kalau pi bando Muo tu.

Tapi petang memang cun kalau nak ambil gambar di tanjung Emas tu. Nun di hujung tanjung Emas tu memang sesuai nak posing ke OOTD ke. Jadi apa lagi meh le singgah ke Bandar MUO.

Sunday, May 19, 2024

Cara buat mee siput - Area muar dan Batu Pahat

 


Assalamualaikum,

Sapa pernah makan mee siput. Aku ingatkan ramai yang tahu rupanya belah johor je yang ada. Apa tah lagi aku orang muo memang sejak zaman sekolah lagi memang makanan legend bagi kami. Makan dengan sambal tumis atau sambal kicap. 

Bila aku kerja di Segamat oh takde ye. Rupanya takde pun mee siput kat area Segamat. Aku ingatkan bila kat Johor semua orang johor tahu rupanya ianya hanya femes di Muar dan Batu Pahat.

Selain daripada itu kalau belah utara yang seakan-akan ialah mee sanggul tapi meenya beza sikit daripada mee siput. Mee siput macam testure dia kasar sikit. Manakala Mee sanggul pula lebih halus. Tapi boleh je keduanya di buat mee goreng tapi aku paling suka goreng je gitu. Aruah bapak aku pulak suka bubuh dalam pengat pisang. Dia pecah-pecahkan mee siput tu jadi lebih kecil dan masukkan dalam pengat pisang yang sedang dimasak atas dapur. Sedap. Kalau bubuh dalam bubur chaca atau bubur candil pun sedap. Tapi kita orang lebih suka di goreng dan makan dengan sambal tumis. Sambal kicap cair-cair pun sodap. yum yum yum 


Tenguk gambar diatas macamana mee dibuat. Macam buat mee kuning je kan. Bila dah mesin mee tersebut boleh masuk dalam acuan bulat macam kat bawah ni.



Buat semuanya mengikut acuan bulat dan lepas tu di jemur. Bila dah kering boleh lah di goreng


Makan dengan sambal tumis atau sambal kicap....sedap weiii. Itu lah jajan kami semasa kecil sampai dah tua bangka. Kalau takde gigi hah tumbuk bagi hancur hehehehe

Rupanya ada banyak jenis mee siput yang di jual. Kalau pergi kat tempat kedai Pes Mak Pon kat Jalan Junid Muar ada dijual mee siput yang telah digoreng serta sambal. Sambal tu kadang kalau baru buat oklah rasanya tapi kalau dah lama emm macam dah tak sedap je. Bila ada orang jual , macam-macam jenis,  rupanya ada juga macam-macam jenis kerangupan mee siput ni. 

Selama ni makan mee siput yang keras dan ranggup, sekali bila arwah Abang ipar aku perkenalkan mee siput sg balang....wah lagi lembut rasanya. Tak keras tapi sedap. Sejak tu kalau beli mee siput mesti cari kat gerai kat Parit Sulong. Tempat lain semua keras tapi yang kat situ lembut sikit bila di goreng.

 


Tadaaaaa bila dah kering bungkus macam ni dan jual. 

Kalau pi Muo atau Batu Pahat hah jangan lupa cari lah Mee siput

Tuesday, January 3, 2023

Keraton Mbah Anang di Kampung Parit Bugis Muar

 




Jom kenali seni bina masyarakat Jawa di Daerah Muar, Johor

Jika anda berkunjung ke Daerah Muar, jangan lupa untuk luangkan masa melawat Keraton Mbah Anang yang ada di Kampung Parit Bugis, Muar, Johor.
'Keraton' memberi maksud 'istana Jawa' yang menampilkan seni bina gabungan elemen dua (2) suku kaum, Rumah 'Jawa' di Kampung Parit 'Bugis'. Dengan keunikkan rumah Keraton Mbah Anang yang dilihat dari inspirasi reka bentuk dan falsafah seni bina budaya Jawa melalui ukiran-ukiran kayu cukup seni dan cantik.
Selain keunikan 'Keraton' yang ada di Kampung Parit Bugis, anda juga boleh mencuba untuk bermalam di rumah homestay untuk merasai pengalaman menarik dan mendekati cara kehidupan masyarakat di sini.
Kredit : Tourism Johor


Ukiran dia antik sungguh


Aku teringin nak ketuk gong kat dinding tu. Yang depan tu kena pandai ketuk. Nanti kuar lagu lain.


Tenguk lah tu lantai papan dia berkilat ko. Banyak peralatan muzik dan gambar-gambar lama menghiasi dinding


Ukiran yang sungguh kelasik


Menakutkan pulak tenguk ni


Kukuh sungguh senibina rumah ini. Dalam tradisional ada juga elemen moden.


Bila baca bait-bait ni rasa macam nyanyi lagu puisi je. Sapa ye penyanyi tersebut. Macam terdengar di telinga alunan lagu tersebut. Bila aku search penyanyi zubir Ali rupanya yang nyanyi.
Rupanya DOA merupakan sebuah puisi hasil karya chairil anwar.

Assalamualaikum,

Laaaa bila aku baca ni dalam fb....kat muo ada warisan jawa. aduhaiiiiii yang aku pi jauh-jauh kat indonesia tu apa hal. Yang ni hah dalam kawasan muar lagi tapi aku pun tak tahu. Adeyyy

Ni lah kata pepatah gajah depan mata tak nampak kuman nun kat seberang boleh pulak nampak.... .hah sapa pernah dengar perumpamaan ni.

Rupanya masih banyak tempat menarik di muar yang aku belum jelajahi. Mana taknya kalau cuti je balik kampung tapi aku bukannya merayau-rayau tenguk kawasan macam Yb melawat kawasan gitu.

Aku seronok balik kampung dan mereput je kat rumah pusaka keluarga berkumpul ramai-ramai, bersihkan keliling rumah sambil berborak dengan kakak dan adik beradik. Rasanya lagi best sampaikan kadang tak cukup masa berbual. Masak sama-sama, bersihkan keliling kawasan sama-sama, bersihkan kebun sama-sama. Rasa seronok sangat kumpul adik beradik sampaikan apa terjadi kat bando muo aku pun tak tahu. hehehe

Rasanya banyak lagi kawasan muar yang aku kena jelajahi lah nampak gayanya. Sekarang lagi lah macam-macam. emm kena cari kena terjah le nampaknya.

Wednesday, December 7, 2022

Warung Ketupat Air Tangan Ibu di Muar


Assalamualaikum,

 Warung Ketupat Air Tangan Ibu, Muar
===========================
Korang kalau mengidam nak makan ketupat dan lauk2 raya, boleh datang sini. Macam2 jenis lauk raya ada.
Antara menu yg ada kat sini ialah :
🔸Ketupat
🔸Lepat Pulut
🔸Lodeh
🔸Sambal Kacang
🔸Serunding
🔸Daging - Rendang/Kari/Masak Lemak 🔸Ayam - Rendang/Kari/Merah/Kicap
🔸Ayam Kampung - Kari
🔸Sambal - Sotong/Udang/Kerang/Kupang/Telur
🔸Tahu/Tempe Sambal
🔸Perut Goreng Santan
🔸Kulit Goreng Santan
🔸Kupang Goreng Santan
🔸Asam Pedas
🔸Sayur Kampung
🔸Nasi Ambeng
🔸Nasi Lemak
🔸Ubi Rebus
Waktu Operasi :
☎️ Bermula 7.00 pagi hingga 1.00 petang (Rabu Cuti)

Monday, April 25, 2022

Pelita 7 Likur Tradisi di Jalan Daud Muar serta main mercun

 


Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Mesti semua dah sibuk membuat persiapan raya kan. Apa lagi dah 2 tahun tak sambut Aidilfitri bersama keluarga dek diserang Covid 19 satu dunia. Alhamdulillah mudahan tahun ini kita dapat meraikan sambutan Aidil Fitri bersama keluarga. Sedih pun ada sebab Ramadan akan meninggalkan kita dan Syawal akan menjelma.

Seingat aku dolu-dolu le.....hehehehe terkonang semasa dolu ni...10 hari sebelum raya selalunya ada tradisi 7 likur. Hah best ni bila malam pasang pelita sepanjang jalan depan rumah. Selalunya bila time macam ni aruah bapak aku akan cari kayu untuk buat pacang letak lampu pelita. Jadi bila dah siap pacang lampu pelita, kena beli minyak gas nak letak dalam pelita. Lampu pelita ni selalunya di simpan setelah selesai hari raya. Jadi bila dah 10 hari akhir tu keluar le lampu pelita tu dari dalam kotak. Check sumbunya dan isi minyak sekali. Pacang dah siap, lepas berbuka puasa, pi cucuh pelita dengan mancis bila dah bernyala sangkut le atas kayu pacang tu.

Kalau kreatif hah kayu pacang tu buat le macam-macam bentuk. Ada yang sederet je tingginya. Ada yang tinggi rendah. Kalau pandai buat le rangka tertentu, bila letak pelita baru lah nampak bentuk dia. Tapi kita orang buat biasa je. hah kalau ada bunga api lepas pasang pelita tu mainle bunga api. Nak main mercun masa tu duit tak banyak...bunga api tu le yang paling murah cap kucing hitam. emmm sekarang dah tak jumpa. Bunga api tu nak cantik besi dia di bengkokkan lepas dah nyala hah gantung kat pokok.....yehhhh lepas tu tepuk tangan. hahahaha memang kanak-kanak sungguh masa tu. kadang kalau nakal sangat hah campak bunga api yang sedang menyala tu atas pokok.....yehhhh cantik menyala-yala atas pokok. hah kalau salah campak tiba-tiba tercampak atas atap rumah hah memang kena perambat le.....sebab kalau silap boleh terbakar rumah weiiiii. Naya je.

Bila dah dewasa sikit kadang ikut kakak keliling bandar pi shopping baju raya sambil tu pi tenguk lampu pelita di sepanjang jalan dari Batu 6 sampai ke bandar. Macam-macam patern lampu pelita di pasang. Tapi yang paling gempak kalau pi ke Jalan Daud. hah dia ada satu padang mengelilingi jalan tersebut. Dan tempat tu femes dengan lampu pelita yang di buat secara besar-besaran. Macam-macam bentuk. Cantik tau.


Hah ni aku cilok daripada Facebook anak-anak muar mengenai lampu pelita 7 likur di Jalan Daud.

PELITA 7 LIKUR TRADISI JALAN DAUD MUAR

Tradisi dekorasi pelita ini dilakukan penduduk sekitar Jalan Daud, Muar setiap kali tiba malam tujuh likur (minggu akhir bulan Ramadan). Lebih 40 tahun tradisi ini dilakukan dengan tema-tema yang berlainan setiap tahun menjelang Syawal.
Bermula pada seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, anak muda kawasan ini akan bergotong-royong memasang ratusan pelita bagi menaikkan seri menjelang hari raya.
Tema tahun sebelumnya :
2021 - Helikopter
2020 - (Tiada)
2019 - Beca
2018 - Bulan & Bintang
2017 - Keris
2016 - Kereta Sorong Lembu
2015 - Basikal BMX
2014 - Menara Jam Maharani
2013 - Mahkota Di Raja
2012 - Menara Kuala Lumpur
2011 - Jambatan (bersempena jambatan kedua Muar)
2010 - Kapal Selam (Sultan Johor merasmikan acara ini pada tahun ini)
Agak2 apa tema tahun 2022?

kredit Facebook anak-anak muar





Bila tenguk macam ni alahaiiiiii syiok kan. Lah ni aku nampak kat shoppe ada jual lampu pelita tapi led punya, tak yah pakai minyak gas sebab minyak gas dah malah. Pakai bateri je. tak sempat nak beli......hah lain kali lah. Nak tenguk juga camne gayanya.

Apa pun memori dolu-dolu sentiasa mengamit dalam ingatan ku bila nak raya. Tu belum lagi ikut adik-adik lelaki aku main meriam eh ada ke....emm kampung sebelah yang main meriam buluh. Kita orang baik hehehe sebenornya adik-adik lelaki aku tak pandai nak membuat meriam buluh tu....kalau depa tahu emmm rasanya boleh main lawan-lawan meriam dengan kampung sebelah. Dusyum dum meletup bunyi meriam. Seronok tau masa tu. Sekarang ni yang depa terer main mercun roket le. Tak pun yang selamat sikit mercun yang panjang tu. Bila dah terbakar hah tunjuk ke langit. Sedas sedas sehingga habis. Boleh le tu ala-ala main meriam tapi sepicies selamat. kalau nakal sikit mercun katak.....lepas bakar tali dia lepas tu campak kat budak-budak hah melompat-lompat le depa sebab mercun katak tu melompat lompat. Apa lagi gegak gempita le adik-adik aku dengan anak-anak buah aku.
Dah alang-alang aku citer pasal mercun hah ni dia mercun legend zama aku dolu-dolu.
Mercun roket....bahaya weiiii tapi kalau monyet banyak boleh guna buat halau depa.

Mercun katak....menakutkan sebab terlompat-lompat kita dibuatnya bila di campak berhampiran.


hah ni mercun legend dolu-dolu


Mercun bunga....ni cantik tapi nak kena cepat campak bila dah nyala

Ni mercun butterfly. cantik bila dia berpusing terbang.

Ni mercun padi kut....bunyi boleh tahan. Agaknya anak beranak mercun yang dimainkan masa raya cina kut.

Ni mercun pop...buat gegerl main sebab paling selamat. Campak je meletup.

Gambar mercun tu kredit Face book Orang wangsa maju

Lagi satu mercun tarik.....hah ni kalau jadi bahan untuk april fool. Kenakan orang. Ikat kat kerusi member bila dia tarik je kerusi bom dia meletup. Nak tarik sendiri pun boleh tapi takut sikit le.

hah amacam best tak.... tapi aku pernah teringat main pistol pistol gitu. hahahaha siap ada ubat dia tau. Itu memang legend sungguh dah pupus tu sebab dah tak pernah lagi nampak.


Wednesday, June 23, 2021

Muar pernah ada jajaran Kereta Api





 Muar pernah ada jajaran kereta api?


1. Terdahulu, Muar atau juga kini dikenali sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja sebuah bandar yang pernah mempunyai rangkaian sistem landasan kereta api. Rangkaian sistem landasan kereta api tersebut diberi nama sebagai Kereta Api Kerajaan Muar atau Muar State Railways (M.S.R).

2. Pada ketika itu, Muar menjadi bandar pertama di Tanah Melayu yang mempunyai sistem kereta api sendiri. Sistem kereta api Muar ini telah wujud sekitar tahun 1889, bagaimanapun ia hanya mampu bertahan selama 36 tahun sahaja dan berakhir pada tahun 1925.

3. Untuk makluman, bandar Muar pada masa tersebut merupakan jajahan yang terbesar dan terpenting di Johor serta ia juga menjadi bandar pertama yang dibangunkan secara signifikan oleh Johor.

4. Parit Jawa adalah kawasan tumpuan dan terpenting di mana ketika itu penduduknya mengusahakan tanaman seperti gambir, kelapa, pinang dan tanaman komersial lain sekitar abad ke-19. Pada jangka masa tersebut, industri pertanian terutama gambir, kelapa dan pinang sedang berkembang dengan pesat.

5. Faktor ini secara tidak langsung menyebabkan pembinaan sistem landasan kereta api Muar. Tujuan utama pembinaan landasan ini adalah untuk memudahkan urusan pengangkutan hasil tanaman ke bandar dan ke pelabuhan.

6. Kenapa tidak menggunakan jalan darat atau laut? Agak sukar pada ketika itu kerana perjalanan laut terpaksa menghadapi ancaman lanun sementara perjalanan darat pula tidak digunakan atas faktor jalan perhubungan darat kurang baik dan tidak mempunyai kenderaan bersesuaian pada masa itu.

7. Manakala tenaga buruh yang digunakan sepanjang pembinaan landasan kereta api Muar adalah tenaga buruh yang kebanyakannya terdiri dari orang Melayu dan orang Jawa. Kerja-kerja peringkat awal seperti pemasangan rel dan enjin yang dibekalkan dari Eropah mula dijalankan pada tahun 1889-1890.

8. Pada 1890, Muar mencipta sejarah apabila Kereta Api Kerajaan Muar (M.S.R) mula mengadakan perkhidmatannya sebagai ‘kereta api ringan’ dari Jalan Sulaiman di Bandar Muar ke Parit Jawa. Manakala beberapa tahun selepas itu landasan kereta api ini disambungkan sejauh 3 batu lagi sehingga menghubungkan Sungai Pulai. Sebagai rekod kereta api ini menjalankan perkhidmatannya sebanyak lima kali dalam sehari.

9. Menjelang 1918, perkhidmatan kereta api Muar sangat menguntungkan ini disebabkan dua jenis perkhidmatan iaitu trem penumpang dan trem pengangkutan barang. Bagaimanapun selang beberapa tahun kemudian keuntungan ini mulai merosot disebabkan kelemahan enjin dan kos yang ditampung untuk membaikpulih stesen juga menelan belanja yang besar.

10. Pada tahun 1925 perkhidmatan kereta api Muar terpaksa diberhentikan sebagai alat perhubungan ke selatan bandar Muar ketika itu. Faktor lain menyebabkan perkhidmatan ini dihentikan terus adalah faktor pembukaan jalan raya ‘Jalan Abd. Rahman’ yang menghubungkan Bandar Maharani Muar dengan Parit Jawa.

11. Dapat disimpulkan bahawa sistem Kereta Api Kerajaan Muar pada zaman dahulu memberi impak signifikan kepada bandar Muar. Malah memberi sumbangan besar dari segi pentadbiran, ekonomi dan sosial dari tahun 1889 sehinggalah tahun 1925.

Sekian. 


kredit Fb Anak jati muar



Assalamualaikum,

Tak sangka kan rupanya ada jalan keretapi di muar. Patutlah aku pelik napa ada kepala keretapi kat Tanjung Mas. Rupanya salah silah sejarah muar dahulu kala terdapatnya perkhidmatan Keretapi tapi dah lama lah.  Bila terbaca sejarah muar barulah tahu. Kiranya muar dulu femes juga tau. Jadi bila pergi ke Tanjung Mas nampak kepala keretapi ni janganlah terkezut tau. Itu merupakan tanda peninggalan sejarah lama muar.