Showing posts with label Nostalgia. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Thursday, July 16, 2026

Pru ke 16 Dun Johor




Assalamualaikum,

Pada 11hb Julai 2026 yang lalu Negeri Johor mengundi ye untuk pilihan raya yang ke 16 bagi Dun Negeri Johor. Wah macam balik raya orang johor yang merantau balik ke Johor. Apa lagi asyik kena kutuk je Budak Johor Budak Johor hah kali ni dengan semangat berkobar-kobar kita orang balik ye ke Johor nak mengundi. Jangan buat main dengan Budak Johor. 

Ikut kan aku dah tukar alamat kat Ampang tapi bila nak mengundi asyik tak di proses lama-lama aku pun fed up. Hah tak pe lah sesekali dapat balik Segamat jumpa Kak sal sambil mengimbau kenangan lalu di Segamat. Tapi Segamat terutamanya di tempat bekas Hospital Lama dah banyak berubah. 

Aku balik Tangkak pada hari Jumaat tengahari gitu. Kereta serta lori banyak menghala ke Johor. Tapi rupanya jem malam Sabtu tu. Sebab Julie dan Hisham sangkut. Sampai Tangkak dalam pukul 3 pagi. Kak Jal bila anaknya tidak sampai lagi mestilah risau. Jadi pagi tu lepas solat Subuh tidur balik. Sekali rupanya pagi tu hujan yang agak lebat juga lah. 

Aku keluar rumah Kak Jal pun dah pukul 10 lebih sementara menunggu hujan teduh. Sekali sangkut depan Sekolah Tun Mamat sebab tempat pengundian. Jenuh menunggu kat situ dalam satu jam juga rasanya sambil hujan gerimis sebelum lancar menuju ke Segamat lepas lalu Paya Mas. Segamat highway dah best dan cantik tanpa toll. Dulu jalan jementah Segamat tu macam ular melingkor sekarang 2 line jalan tau. Tapi tu lah sebab hujan tak nampak Gunung Ledang. Berkabus je masa lalu Jalan Jementah. 

Dekat tenghari juga aku sampai sebab jalan licin jadi bawa slow je lah. Terus je menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gemereh. Nasib baik masa ni dah gerimis je. Terus je lapor diri. Chewah macam nak lapor diri bekerja gitu. Orang dah tak ramai sebab berdiri depan aku ada 2 orang. 
  

Saluran Ke 2

Dalam berapa minit selesai tanggungjawab aku sebagai pengundi. Alhamdulillah


     Semua status WA orang up status dah mengundi. Pakai inai di jari telunjuk. Seminggu tak habis warna dia. Lepas tu jenuh juga menunggu Kak Sal yang balik dari mengundi. BAndar Segamat jem. Nak pergi rumah Appu pun tak dapat sebab sana sini tengah jem. Kenderaan banyak. Tak pe lah lain kali datang lagi boleh jumpa enalan yang dah lama tak jumpa macam Appu dan Kak Sal. Dapat berita juga beberapa kenalan ex opishouse meninggal dunia. Al Fatihah buat Liza dan Kak Nor kat Batu Pahat.  



Alhamdulillah dapat jumpa Kak Sal. Kak sal sediakan lunch. Sambil makan sambil bersembang.


Hilang rindu dengan Kak Sal dan Liyana. Sedih bila mengenang Aruah Hanisah anak bungsu Kak Sal yang meninggal dunia tahun lepas. 


Aku balik dalam pukul 4 petang sebab takut jem kat Tangkak nanti.



Dekat simpang Traffik light masuk area Taman Gemereh, Masuk dalam tu lah aku pi Sek Menengah Gemereh tadi mengundi. 

 Sepanjang perjalanan menghala ke Tangkak 



Ni kat area bandar Jementah. Gerimis turun lagi.



Dah nak dekat Tangkak jalan dah jem dari Paya Mas lagi.

Nampak ada gerai jual durian.  Sempat lah makan durian Musang King Black torn Ioi yang hisham tolong belikan. Makan kat luar sebab ada orang tak suka baunya. hehehehe



Akhirnya warna BN warna biru menang PH hanya menang 8 kerusi je. Dun Bentayan tu kubu kuat DAP. Tak boleh kata apa dah. Memang susah MCA nak kacau situ.Yang kat Simpang Jeram tu pulak majoriti jumlah dia nipis je. 

Apa pun semuga Johor semakin maju di bawah pimpinan Menteri Besar Johor Dato Onn. 

Jangan buat main ye dengan Budak-budak Johor. 

 Seronok pulak tenguk video dalam FaceBook.       



Sunday, June 21, 2026

Minda notie sebagai bilik

 Assalamualaikum,

Baca tugasan Linda  dia ubah tajuk ikut blog dia. Jadi aku pun nak mengubah lah apa yang chatgpt akan buat ikut  blog aku. Agak-agak apa dia cakap ye. Jadi aku pun mencuba.

Tadaaaaaaa

Berdasarkan cerita, gaya penulisan dan tema yang berulang dalam blog Saje Suka-Suka, minda Notie tidak kelihatan seperti bilik moden yang kemas dan minimalis. Ia lebih menyerupai sebuah ruang yang hidup, hangat, penuh kenangan dan sentiasa ada "cerita" di setiap sudut. Blog ini banyak berkisar tentang keluarga, nostalgia, travel, buku, makanan, tempat kerja, keindahan alam dan rasa syukur kepada Allah SWT.

Tuesday, April 14, 2026

WWW: Dapat Hadiah misteri dan teka siapa hantar



 

Assalamualaikum,

Cuba teka dapat daripada siapa. Siapa teka tepat nanti dapat hadiah..... cuba lah. Yang tuan badan zip tangan ye.(menulis)  Hadiah nanti aku fikir nak bagi apa. 

update klu: orang JDT juga

Sunday, December 14, 2025

Layan Autumn in my heart bukan drama korea ya

 

Assalamualaikum,

Banyak-banyak musim aku suka musim bunga dengan musim luruh sebab keindahannya tidak dapat di bayangkan berwarna-warni indahnya. Kita layan daun warna warni ye

Thursday, July 17, 2025

LHDN pagi-pagi dah wish Birthday


 Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur Allah masih beri aku kesempatan menghirup udara pagi di hari jadi ku. Syukur Ya Allah Syukur Ya Allah atas segala limpah kurnia MU YA Allah 

Sunday, March 23, 2025

Terkonang semasa Dolu - Time Ramadan

                              

Tuesday, September 24, 2024

Memori Maulud nabi di Johor

Masjid Sultan Ismail - masjid yang indah di Bandar Muar bandar Diraja


Assalamualaikum,

16hb yang lalu kan Hari Malaysia dan juga Hari Kelahiran Nabi Muhamad SAW. Kiranya cuti serentak dan 2 sambutan. Hari selasa Jabatan Kerajaan kerja lah sebab tak dapat carry forward cuti lagi satu , rupanya Jabatan Swasta dapat cuti rupanya. Ini kawan yang beritahu bila nak ke bank atas urusan bila datang tenguk Bank cuti. wah orang swasta bila orang kerajaan naik gaji bising tapi bila depa dapat cuti kita orang tak bising pun. hehehehe  saje je nak gempak. 

Friday, July 26, 2024

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK MAK JEMAH FC & JKWPKLP FC

 



Assalamualaikum,

Aku dapat dari email post master. Wah ada Mak Jemah FC ye. Tenguk muka macam artis Kamal Adli dan beberapa artis lain. Pelawak pun ado tu. Lupa nama dia..

Hah apa lagi orang Putrajaya boleh lah pi tenguk perlawanan tersebut. Kasi gempak gitu ye

Sunday, May 19, 2024

Cara buat mee siput - Area muar dan Batu Pahat

 


Assalamualaikum,

Sapa pernah makan mee siput. Aku ingatkan ramai yang tahu rupanya belah johor je yang ada. Apa tah lagi aku orang muo memang sejak zaman sekolah lagi memang makanan legend bagi kami. Makan dengan sambal tumis atau sambal kicap. 

Bila aku kerja di Segamat oh takde ye. Rupanya takde pun mee siput kat area Segamat. Aku ingatkan bila kat Johor semua orang johor tahu rupanya ianya hanya femes di Muar dan Batu Pahat.

Selain daripada itu kalau belah utara yang seakan-akan ialah mee sanggul tapi meenya beza sikit daripada mee siput. Mee siput macam testure dia kasar sikit. Manakala Mee sanggul pula lebih halus. Tapi boleh je keduanya di buat mee goreng tapi aku paling suka goreng je gitu. Aruah bapak aku pulak suka bubuh dalam pengat pisang. Dia pecah-pecahkan mee siput tu jadi lebih kecil dan masukkan dalam pengat pisang yang sedang dimasak atas dapur. Sedap. Kalau bubuh dalam bubur chaca atau bubur candil pun sedap. Tapi kita orang lebih suka di goreng dan makan dengan sambal tumis. Sambal kicap cair-cair pun sodap. yum yum yum 


Tenguk gambar diatas macamana mee dibuat. Macam buat mee kuning je kan. Bila dah mesin mee tersebut boleh masuk dalam acuan bulat macam kat bawah ni.



Buat semuanya mengikut acuan bulat dan lepas tu di jemur. Bila dah kering boleh lah di goreng


Makan dengan sambal tumis atau sambal kicap....sedap weiii. Itu lah jajan kami semasa kecil sampai dah tua bangka. Kalau takde gigi hah tumbuk bagi hancur hehehehe

Rupanya ada banyak jenis mee siput yang di jual. Kalau pergi kat tempat kedai Pes Mak Pon kat Jalan Junid Muar ada dijual mee siput yang telah digoreng serta sambal. Sambal tu kadang kalau baru buat oklah rasanya tapi kalau dah lama emm macam dah tak sedap je. Bila ada orang jual , macam-macam jenis,  rupanya ada juga macam-macam jenis kerangupan mee siput ni. 

Selama ni makan mee siput yang keras dan ranggup, sekali bila arwah Abang ipar aku perkenalkan mee siput sg balang....wah lagi lembut rasanya. Tak keras tapi sedap. Sejak tu kalau beli mee siput mesti cari kat gerai kat Parit Sulong. Tempat lain semua keras tapi yang kat situ lembut sikit bila di goreng.

 


Tadaaaaa bila dah kering bungkus macam ni dan jual. 

Kalau pi Muo atau Batu Pahat hah jangan lupa cari lah Mee siput

Friday, January 12, 2024

Majlis Perkahwinan Hafiz vs Haifa - Nostalgia bersama Aruah mak

Assalamualaikum,

   Bila jenguk N3 yang tertunda rupanya aku terlupa mengenai majlis perkahwinan anak saudara aku yang aku bela dulu semasa dia kecil. Dah besar dah Hafiz.Lepas tu nampak pula gambar bersama dengan aruah mak. Masa tu aruah mak sihat lagi. Ini kiranya majlis perkahwinan pertama anak kak Jal walaupun anak yang sulung dan ke 2 masih lagi solo. Dan pertama kali mengendalikan tanpa suami di sisi memang kak Jal memerlukan sokongan dari kami adik beradik untuk sama-sama menganjurkannya. Namun alhamdulillah berkat kerjasama dari semua adik-beradik aku dan anak saudara majlis berjalan dengan lancar. Malahan menu makanan memang marbeles. Macam-macam ada. Bila tenguk tarikh tahun 2012 ko. Sekarang dah tahun 2024 anak Hafiz dah 2 orang dan dah besar pun. Maklumlah isteri dia bunting pelamin. Jadi kiranya n3 dibawah ni adalah imbasan semasa majlis perkahwinan yang dah memakan masa selama 12 tahun. hahahahaha teruknya aku. Tapi sebab mengenangkan aku bela dia dulu semasa dia masih kecil jadi n3 ini kiranya satu kenangan terindah buat aku apabila melihat anak saudara dah kahwin. Syukur dan gembira melihat dia bahagia. 

ok.. terkenang semasa dolu........rindu suasana rewang majlis perkahwinan dolu2. Sekarang catering je. Ringkas tapi memori dan kenangan semakin luput.  Aku suka kalau rewang ramai-ramai macam ni tapi dek peredaran masa terpaksalah ikut.


Monday, April 17, 2023

Kenangan Hari raya - kuih raya


 Assalamualaikum,
Mesti sekarang ni orang dok sibuk buat kuih raya kan. Tapi tu lah aku tenguk raya ke tak raya kuih tart yang aku suka , aku nampak banyak je terjual kat kedai petronas. Kadang teringin beli le sebalang. Tak boleh selalu. Bahaya hehehe

Tuesday, April 4, 2023

Memori berbuka semasa dolu dolu

 


Assalamualaikum,

Sapa pernah ada pengalaman makan berbuka macam kat atas tu. Allahuakbar rindunya kenangan itu. 


Adik beradik aku kan ramai. Lepas tu anak saudara pun ramai. Jadi bila nak makan hah memang bentang tikar kat bawah le. Kadang tak pakai saprah pun. Ada surat khabar hah guna buat alas. Sekarang changgih. Kat shoppee aku tenguk ada orang jual saprah. Macam-macam ada. Napa lah dulu-dulu takde jual saprah. Aruah mak aku buat saprah warna putih. Tu pun di bentang time nak marhaban. Lepas pakai rendam dengan clorox supaya semua kotoran tanggal. Dah kering lipat baik-baik masuk dalam gerobok.  Tunggu raya tahun depan. Saprah dia panjang macam kat atas. Kat kampung aku masih lagi ada acara Marhaban selepas raya pertama.

Hah macam ni le kalau adik beradik aku ramai yang balik nak berbuka bersama aruah mak.  Selalunya hari minggu lah time cuti. Dapat peluang berbuka macam ni seronok sangat. Kadang aruah mak buat kuih. Hah nanti sebelum buka hantar kat rumah Mak Itam sepinggan, hantar rumah Chik sepinggan. Nanti dapat 2 lauk atau kuih balasan dari Mak Itam dan Chik. Aduhaiiii rindu momen tersebut. Dulu rumah kami sederet 4 adalah keluarga iaitu rumah Nenek lepas tu rumah Pak Itam, rumah chik dan akhirnya rumah Aku. Lepas tu dah kebun getah. Jadi ke tiga rumah Nenek dan Pak saudara serta Mak saudara tempat permainan kami.  

Bila berbuka hah masing-masing berebut nak minum air apa. Air kadang berjag-jag jenis tapi selalunya 3 jenis air , ikut nak minum apa. Aruah mak aku suka air tembikai. Beli tembikai sebiji. Belah separuh. Separuh buat air separuh lagi buat makan. Yang buat air tu potong kecik-kecik tak payah di blend. Lepas tu tambah ais krim soda. Tambah ais dah jadi air tembikai soda kesukaan aruah mak  aku. Lepas tu ada cincau. Kalau rajin pergi cari air kelapa muda. Buat air gula merah campur air kelapa muda tambah ais perghhhh nyaman.



Hah nampak tak orang ni punya saprah. Cantik.  Tikar mengkuang dia pun cantik-cantik warnanya. Macam ni lah luasnya rumah lama kami masa rumah papan. Tingkap pulak banyak. Bila buat langsir kena beli sepapan kain langsir. Buat simple je. Takdenya nak ropol-ropol bagai. 

Selalunya time berbuka kami akan masak nasi. Hah selalunya satu lauk satu sayur. Lepas tu kadang goreng mee samada mee kuning atau mee siam. Kadang kalau ada nenas timun dengan tahu buat pecal mee. Tapi renyah sikit sebab bahan-bahannya banyak. Kadang pencuci mulut selain daripada kuih kita orang buat bubur atau pengat. Kalau tak habis time berbuka masuk dalam peti sejuk. Lepas teraweh malam-malam mentong lagi. hehehe

Semasa aruah bapa aku ada lagi kat surau kampung tu ada buat giliran bawa kuih semasa solat Teraweh. Air pula hari-hari aruah bapa aku bawa 1 cerek besar air teh o panas. Kalau time sampai giliran kumpulan rumah kami iaitu rumah Mak itam dan rumah chik serta rumah kita orang,  kami bawa kuih, selalunya kadang aruah mak buat kuih yang kering-kering seperti jemput-jemput ke, kuih karipap ke. Kalau rajin buat lepat pisang ke apam ke.  Masuk dalam sepiring pinggan ayan besar sikit dari pinggan biasa yang di letak atas sapu tangan besar. Lepas tu ikat atasnya. Nanti aruah bapak aku bawa ke surau naik basikal untuk solat terawih.    

Masa aruah bapak aku ada lagi kami masih lagi tak mampu mempunyai kereta. Ada basikal buruk je. Basikal tua yang besar sikit ada carier belakangnya tu basikal aruah bapak. Basikal tu ada palang tengahnya. Yang ni susah sikit nak guna sebab besar dan ada palang. Basikal aruah mak kecil sikit. Selalu kita orang lenjan buat pergi kedai kat pekan Batu 6 yang tak jauh dari rumah kami. Aruah bapak tak reti guna motor jadi takde lah motorsikal di rumah kami. 

Aruah bapak aku meninggal setelah adik bungsu aku habis sekolah kat Politeknik Kuantan tahun 2005. Aruah tak sempat merasa hasil titik peluh dia membanting tulang menyekolahkan kami anak-anaknya.
Sebab masa tu adik-adik lelaki aku baru habis belajar dan masih mencari kerja. Belum ada kerja yang tetap.  Al fatihah buat Hj Abdullah dan Hjh Saifah.   

Bila bulan  puasa aku sentiasa terkenang momen-momen indah semasa kami kecil-kecil dulu juga semasa sambutan bulan puasa bersama aruah bapak dan aruah mak. Semuga mereka berdua Allah ampunkan dosanya dan dimasuk dalam Syurga Firdaus. Aamiin. huhuhuhu sebak rasa hati bila terkenangkan kedua orang tua ku. Rindu yang tiada boleh di huraikan dengan kata-kata. huhuhu



       Seronok kan makan ramai-ramai macam ni. Berebut-rebut nak itu nak ini. Mak-Mak sibuk layan anak nak makan apa. Ayah-ayah layan tekak sendiri. hehehe 

Thursday, November 24, 2022

Memori PRU 15 - Segamat P140

 


Assalamualaikum,

Hah PM ke 10 dah tahu kan. emmm mengundi satu hari je dah dapat result ni nak jadi PM pun sampai melarat-larat. Masing-masing pertahankan depa ada majoriti. Keluar masuk Istana tak habis-habis. Pening Agong nak buat keputusan dan bagi restu.

Apa pun semuga Malaysia di lindungi dari apa juga anasir luar dan dalam yang nak memecah belahkan rakyat malaysia. Semuga Malaysia aman damai dan ekonomi semakin baik. Risau juga ni. Apa pun kita doa yang baik-baik. Allah kan ada. Semuga Allah sentiasa memberkati dan merahmati rakyat Malaysia hendakNYa. Aamiin.

 Macam biasa aku mengundi di Segamat. Jadi pagi-pagi lagi aku pun zoom ke Segamat. Tapi pagi tu hujan dan cuaca sejuk je. Jadi bila lalu menghala ke Jementah, Gunung Ledang di selaputi awan. Nyaman je mata memandang. Lama dah tak pi Segamat. Jadi terpegun aku melihat keindahan bumi Jementah dengan gunung Ledang yang gagah perkasa. Gunung Ledang memang kebanggaan kami rakyat Muar.

Ok kiranya ini cerita dan memori aku mengundi  bagi tahun 2022. Kali akhir mengundi tahun 2018. Macam biasa dapat le peluang aku datang ke Segamat sambil mengimbau kenangan lalu semasa bertugas di Segamat. Rindunya waktu-waktu itu. Rindu kawan-kawan yang dah macam saudara dan adik beradik gitu, kemesraan dan silaturahim yang sudah terjalin  selama ini. 

Kali ni memang aku rasa sedih sangat sebab kak Maryamah dan Kak Nani dah meninggal dunia. Kiranya kali akhir aku jumpa kak Mar adalah semasa menghadiri jemputan kenduri kahwin di segamat semasa kenduri kahwin anak kak Sal. Mereka berdua merupakan adik beradik dan meninggal selang beberapa bulan. Masa Kak Sal talipon aku bagitahu Kak Mar meninggal di Kuantan, kami menangis sama-sama . Lepas tu bila aku bagitahu Appu, Appu pun macam aku, kami menangis sama-sama. Ya lah kan bertahun kenal dari zaman muda sehingga mereka dah pencen.  Gurau-gurau usik mengusik..... Al Fatihah buat Arwah Kak Maryamah Ibrahim dan Kak Mariani Ibrahim. Semuga Allah ampunkan dosa mereka dan masukkn mereka ke dalam Syurga Firdaus. 

Jalan Muar ke Segamat dah cantik malahan dah ada highway tanpa toll. Bayang kan jalan bermula selepas jalan masuk ke tempat femes Air Terjun Gunung ledang, jalan daripada dua menjadi 4 lorong. Hah tak rasa macam kat highway ke. Seronok aku. Kalau dulu rasa macam jalan bengkang bengkuk dengan laluan  yang mendebarkan kalau nak memotong kenderaan lain. Kali ni hah boleh potong sesuka hati tanpa takut kenderaan depan datang menghadang. hehehehe. Tapi aku bawa santai-santai je sambil terpegun melihat keindahan bumi jementah. 

Sampai je kat Gemereh kat traffik light tu dah banyak kenderaan di tepi jalan. Jadi aku pun berhenti lah. Rupanya Sekolah Kebangsaan Agama. Tanya guard yang jaga laluan jalanraya kena masuk ke dalam. Ada 2 sekolah. Satu rendah dan satu menengah. Hah sudah yang mana satu ni.

Jadi bila masuk ke dalam dengan jalan sempit sebab itulah satu-satunya jalan keluar masuk Taman Bunga Raya. Masuk sekolah yang berdekatan. Sekali bila disemak rupanya Sekolah Menengah Kebangsaan. Kat dalam lagi. Jadi kena rempuh jalan yang sempit dan jem terjah le ke belakang pulak. Aku ada nampak ada 1 kereta menuju ke dalam. Hah ikut lah mungkin dia pun nak pi mengundi. Rupanya betul. Kali ni confirm tempat mengundi aku. Tapi apasal tak ramai orang.  

Jadi memang tak ambil masa yang lama proses pengundian. Pergi semak nama, lepas tu masuk ke dalam menunggu turn. Ada seorang sedang menunggu. Lepas tu aku pulak. Bagi kad pengenalan dan slip kecil. Dah jerit nama aku kuat-kuat baru dapat slip nak menconteng undi selepas dah dapat inai di jari yang seketul tu hah ala.....jari telunjuk ya bukan jari manis. hehehe




Ni calun-calun yang bertanding dan kita dah tahu kan resultnya. 

P140 SEGAMAT

1. Syed Hairoul Faizey Syed Ali(PEJUANG)

2. Tan Sri M Ramasamy (BN)

3. R Yuneswaran (PH)

4. P Poobalan (PN)


Selepas tu aku pun terus ke rumah kak Sal. Rindunya. Anak-anak kak sal semuanya balik mengundi walaupun ada yang kerja di KL dan JB. Kami sembang tak lama sebab nak ke rumah Appu pula. Appu bagitahu dia baru je baik dari kena Covid 19. Masuk wad selama 4 hari. Allahuakbar.....siannya Appu.

Bila call Appu dah balik rumah kami berdua pun ke rumahnya. Cadang nak pi rumah Kak Jah dan Pak Rusli  lepas tu.

Masuk bandar Segamat....wah dah banyak berubah. Laluan keretapi dah jadi bertingkat....jadi dah tak kena banjir lagi lah. Lepas tu masuk Bandar Segamat Baru dan bertambah Taman IOI lah pulak. Aku hentam saje jalan masuk ke rumah Appu sebab dah banyak berubah. 

Masuk 1 jalan tu aku dah cuak mana rumah Appu ni. Sekali nampak ada pintu pagar 2 pintu aku pun berhenti depannya. Talipon Appu hah betul lah. Dulu depan rumahnya pokok Kelapa sawit sekarang dah ada taman perumahan baru. Tu yang aku ingat-ingat lupa. Rumah Appu memang yang hujung dan dia beli rumah sebelah bila tuan rumah nak jual. Jadi rumah dia 2 buah le tu yang pintu pagar panjang je.  


Aku dengan Kak sal dan keluarga Appu.

Kami hanya berbual di luar je sebab Appu tak sihat. dapat berbual sekejap pun jadi lah. Aku ajak dia ke rumah Pak rusli tapi dia tak nak. Nak rehat je. Dia pun tak pasti Pak Rusli ada di rumah atau di rumah anak-anaknya.

Tenguk Appu macam ni emmmm sebelum balik kami nangis sama-sama bila bercerita tentang  Arwah Kak Mar. Sembang sekejap je sebab dia pun nak rehat. Sedih juga bila aku nak balik. Sebab kami tak pasti ada umur lagi ke tidak di lain masa dapat berjumpa lagi. 

Masa aku minta diri nak balik Appu menangis dan kami menangis sama-sama. Masing-masing rasa adakah lagi umur dapat berjumpa lagi. Kata Kak sal jarang tenguk orang lelaki menangis. Jadi memang sayu je kami bila nak masuk dalam kereta.


Sembang jauh-jauh. 

Selepas tu kami menuju ke Kampung Jawa menuju ke Taman Mega. Aku ingat-ingat lupa jalan ke rumah Kak Jah dan Pak Rusli. Tapi lalu je depan rumahnya dan tak pasti yang mana satu. Tak ada orang yang keluar jadi tak boleh lah nak tanya. Akhirnya aku hantar Kak sal balik ke rumahnya.


Bersama kak Sal di rumahnya.



Bersama Kak Sal dan anak-anak daranya. Alhamdulillah Yana dan Nisah dah kahwin. Abang Zaki pun dah pencen. Cuma belum ada rezeki dapat cucu je. Syukur aku ada lagi rezeki dapat jumpa Kak Sal dan anak-anaknya. Walaupun ralat tak dapat jumpa Kak Jah dan Pak rusli. INsya Allah ada rezeki nanti aku cari mereka lagi. Sementara masih ada umur ni dapat jumpa sekejap jadilah. 


Segamat bukan pekan cowboy lagi ye. Dah banyak perubahan. Rindu waktu dulu-dulu semasa mencari rezeki di sini. Teringat naik kenderaan pejabat pi bandar sekali ada roadblock dan orang yang menahan tu crush aku dari mula-mula aku datang Segamat sampai sekarang eh.... teringat lah pulak. Dapat tenguk orangnya pun jadi le. Tak pun dapat tenguk bangunan Balai Polis Segamat pun jadi lah hahahahahaha 


Akhirnya perjalanan balik ke Tangkak sambil mengimbau kenangan lalu. 


Hah tenguk macam aku kata mula-mula tadi jalan Muar - Segamat 4 lane ye. Balik ke Tangkak dapat tenguk GUnung Ledang yang cantik menawan. 

Alhamdulillah akhirnya aku dapat menjenguk ke Segamat sambil menunaikan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia di Pilihanraya ke 15 ini sambil mengeratkan lagi silaturahim. Sedih sebab aku tak ada peluang lagi jenguk Arwah Kak Mar. Apa pun aku seronok sebab dapat jumpa Kak sal dan Appu. Semuga ada rezeki dapat berjumpa lagi. Amiin.





Wednesday, November 16, 2022

Kempen di sana sini - PRU 15

 

Assalamualaikum,

Meriah sungguh suasana sekeliling ketika ini sebab di mana-mana saja banyak poster dan bendera yang melambangkan parti yang bertanding. Cantik juga bila ada warna biru, light biru, merah, putih hah apa lagi warna yang ada. Dek penangan pilihanraya yang ke 15.

Kat area Putrajaya hah dekat roundabout terbesar tu masa aku balik dari Seremban hah ko terpampang gambor Datuk Dr Radhi Jidin. Sebelahnya baru nampak Ku Nan. Putrajaya aku tenguk ada 6 calun yang akan bertanding tapi di sepanjang jalan keliling Roundabout tu warna biru dengan light biru bergandingan bersama-sama. Pergh sakan ko. Kalau sekeliling semuanya pasang bendera mesti cantik putrajaya.

Bagusnya mereka yang pasang bendera sebab bertolenransi dengan calun lain yang dah ada malahan diletak berdekatan. Hah baru lah cantik. Berkempen secara berhemah gitu.Kadang cantik juga bila ada pelbagai warna bendera yang di pasang mengikut calun yang bertanding.

Dan hari ni kat cafe E7 pulak Datuk Dr Radhi Jidin belanja orang yang makan kat cafe E7. Masa aku  turun nak beli makanan untuk lunch takde lagi  sebab masa tu takut makanan habis kita orang turun cepat dalam pukul 12. Sekali bila dah pukul 1 katanya Dr Radhi Jidin belanja .... wah habis roti kat rak cafe licin. Amboiiiii Hj Jelani tokeh cafe apa lagi sengeh lebarle  sebab barang jualan dia laku. Makanan licin dan macam-macam lagi yang ada dalam peti sejuk semuanya licin. Kempen orang nak bertanding kan. Masa ni semuanya nak belanja. 




Ni semasa balik kerja semalam. Nampak biru je tapi selang seli light biru pun ada. Yang lain aku tak nampak.


Oh ada warna lain tapi tak banyak 


Ni area jalan bunga raya


Ni calun area pandan



Hah yang ni cantik sebab semua warna ada. Biru, merah  dan putih

Tapi yang aku tak tahan tu bila sampai simpang masuk jalan ke Taman Melur dan Taman saga, hah tu dia terpampang gambar Rafizi Ramli calun Pandan sebesar-besar iklan gambar dia. Bayangkan sebesar alam ko dari bawah sampai ke atas pokok.

Besok cuti moh le kita balik kampung pi mengundi. Aku mengundi di Segamat. Sebab dulu daftar di Segamat. Kiranya ni balik mengundi sambil mengimbau kenangan lalu serta berjumpa kawan- kawan yang masih ada di Segamat.

Semuga undian kita kali ni dapat memilih calun yang betul-betul berkhidmat untuk rakyat. Semuga Malaysia mendapat pemimpin yang betul berkhidmat demi negara dan rakyat Malaysia. Aamiin

Mari lah mari kita mengundi eh ternyanyi lah pulak




Monday, April 25, 2022

Pelita 7 Likur Tradisi di Jalan Daud Muar serta main mercun

 


Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Mesti semua dah sibuk membuat persiapan raya kan. Apa lagi dah 2 tahun tak sambut Aidilfitri bersama keluarga dek diserang Covid 19 satu dunia. Alhamdulillah mudahan tahun ini kita dapat meraikan sambutan Aidil Fitri bersama keluarga. Sedih pun ada sebab Ramadan akan meninggalkan kita dan Syawal akan menjelma.

Seingat aku dolu-dolu le.....hehehehe terkonang semasa dolu ni...10 hari sebelum raya selalunya ada tradisi 7 likur. Hah best ni bila malam pasang pelita sepanjang jalan depan rumah. Selalunya bila time macam ni aruah bapak aku akan cari kayu untuk buat pacang letak lampu pelita. Jadi bila dah siap pacang lampu pelita, kena beli minyak gas nak letak dalam pelita. Lampu pelita ni selalunya di simpan setelah selesai hari raya. Jadi bila dah 10 hari akhir tu keluar le lampu pelita tu dari dalam kotak. Check sumbunya dan isi minyak sekali. Pacang dah siap, lepas berbuka puasa, pi cucuh pelita dengan mancis bila dah bernyala sangkut le atas kayu pacang tu.

Kalau kreatif hah kayu pacang tu buat le macam-macam bentuk. Ada yang sederet je tingginya. Ada yang tinggi rendah. Kalau pandai buat le rangka tertentu, bila letak pelita baru lah nampak bentuk dia. Tapi kita orang buat biasa je. hah kalau ada bunga api lepas pasang pelita tu mainle bunga api. Nak main mercun masa tu duit tak banyak...bunga api tu le yang paling murah cap kucing hitam. emmm sekarang dah tak jumpa. Bunga api tu nak cantik besi dia di bengkokkan lepas dah nyala hah gantung kat pokok.....yehhhh lepas tu tepuk tangan. hahahaha memang kanak-kanak sungguh masa tu. kadang kalau nakal sangat hah campak bunga api yang sedang menyala tu atas pokok.....yehhhh cantik menyala-yala atas pokok. hah kalau salah campak tiba-tiba tercampak atas atap rumah hah memang kena perambat le.....sebab kalau silap boleh terbakar rumah weiiiii. Naya je.

Bila dah dewasa sikit kadang ikut kakak keliling bandar pi shopping baju raya sambil tu pi tenguk lampu pelita di sepanjang jalan dari Batu 6 sampai ke bandar. Macam-macam patern lampu pelita di pasang. Tapi yang paling gempak kalau pi ke Jalan Daud. hah dia ada satu padang mengelilingi jalan tersebut. Dan tempat tu femes dengan lampu pelita yang di buat secara besar-besaran. Macam-macam bentuk. Cantik tau.


Hah ni aku cilok daripada Facebook anak-anak muar mengenai lampu pelita 7 likur di Jalan Daud.

PELITA 7 LIKUR TRADISI JALAN DAUD MUAR

Tradisi dekorasi pelita ini dilakukan penduduk sekitar Jalan Daud, Muar setiap kali tiba malam tujuh likur (minggu akhir bulan Ramadan). Lebih 40 tahun tradisi ini dilakukan dengan tema-tema yang berlainan setiap tahun menjelang Syawal.
Bermula pada seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, anak muda kawasan ini akan bergotong-royong memasang ratusan pelita bagi menaikkan seri menjelang hari raya.
Tema tahun sebelumnya :
2021 - Helikopter
2020 - (Tiada)
2019 - Beca
2018 - Bulan & Bintang
2017 - Keris
2016 - Kereta Sorong Lembu
2015 - Basikal BMX
2014 - Menara Jam Maharani
2013 - Mahkota Di Raja
2012 - Menara Kuala Lumpur
2011 - Jambatan (bersempena jambatan kedua Muar)
2010 - Kapal Selam (Sultan Johor merasmikan acara ini pada tahun ini)
Agak2 apa tema tahun 2022?

kredit Facebook anak-anak muar





Bila tenguk macam ni alahaiiiiii syiok kan. Lah ni aku nampak kat shoppe ada jual lampu pelita tapi led punya, tak yah pakai minyak gas sebab minyak gas dah malah. Pakai bateri je. tak sempat nak beli......hah lain kali lah. Nak tenguk juga camne gayanya.

Apa pun memori dolu-dolu sentiasa mengamit dalam ingatan ku bila nak raya. Tu belum lagi ikut adik-adik lelaki aku main meriam eh ada ke....emm kampung sebelah yang main meriam buluh. Kita orang baik hehehe sebenornya adik-adik lelaki aku tak pandai nak membuat meriam buluh tu....kalau depa tahu emmm rasanya boleh main lawan-lawan meriam dengan kampung sebelah. Dusyum dum meletup bunyi meriam. Seronok tau masa tu. Sekarang ni yang depa terer main mercun roket le. Tak pun yang selamat sikit mercun yang panjang tu. Bila dah terbakar hah tunjuk ke langit. Sedas sedas sehingga habis. Boleh le tu ala-ala main meriam tapi sepicies selamat. kalau nakal sikit mercun katak.....lepas bakar tali dia lepas tu campak kat budak-budak hah melompat-lompat le depa sebab mercun katak tu melompat lompat. Apa lagi gegak gempita le adik-adik aku dengan anak-anak buah aku.
Dah alang-alang aku citer pasal mercun hah ni dia mercun legend zama aku dolu-dolu.
Mercun roket....bahaya weiiii tapi kalau monyet banyak boleh guna buat halau depa.

Mercun katak....menakutkan sebab terlompat-lompat kita dibuatnya bila di campak berhampiran.


hah ni mercun legend dolu-dolu


Mercun bunga....ni cantik tapi nak kena cepat campak bila dah nyala

Ni mercun butterfly. cantik bila dia berpusing terbang.

Ni mercun padi kut....bunyi boleh tahan. Agaknya anak beranak mercun yang dimainkan masa raya cina kut.

Ni mercun pop...buat gegerl main sebab paling selamat. Campak je meletup.

Gambar mercun tu kredit Face book Orang wangsa maju

Lagi satu mercun tarik.....hah ni kalau jadi bahan untuk april fool. Kenakan orang. Ikat kat kerusi member bila dia tarik je kerusi bom dia meletup. Nak tarik sendiri pun boleh tapi takut sikit le.

hah amacam best tak.... tapi aku pernah teringat main pistol pistol gitu. hahahaha siap ada ubat dia tau. Itu memang legend sungguh dah pupus tu sebab dah tak pernah lagi nampak.