Showing posts with label Sambutan Hari-Hari. Show all posts
Showing posts with label Sambutan Hari-Hari. Show all posts

Wednesday, June 25, 2025

Salam maal Hijrah 1447H

 



Assalamualaikum,

  1. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut kedatangan tahun baharu Islam iaitu 1 Muharram 1447H bersamaan 27 Jun 2025M.
  2. Hadis ini menjadi asas kepada kepentingan niat dalam setiap amalan yang dilakukan. Semua amalan yang dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT akan mendapat ganjaran pahala, manakala amalan tanpa niat atau selain daripada-Nya akan menjadi sia-sia.
  3. Intipati hadis ini mengajak kita melakukan muhasabah terhadap niat dalam segala tindakan. Hijrah yang hakiki ialah berpindah dari kegelapan maksiat kepada cahaya ketaatan. Ia bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi perubahan sikap, pemikiran dan jiwa ke arah yang lebih dekat kepada Allah SWT.

Sempena tahun baharu ini, marilah kita tekadkan azam untuk memperbaiki hubungan dengan Allah SWT dan sesama insan. Semoga setiap langkah hijrah kita diterima sebagai amal soleh dan diberkati oleh-Nya.



Thursday, August 29, 2024

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia


               Selamat Hari Kebangsaan buat Malaysia.


MERDEKA MERDEKA MERDEKA.

yeh yeh yeh nak balik kampung. eh

Thursday, April 4, 2024

Alamak .....dah nak raya

 


Assalamualaikum,

Alamak.... alamak ....alamak.....dah nak raya.

Aduhaiiiii sekejap sangat masa berlalu. Ingat hari tu baru nak sambut Ramadan....pejam mata pejam mata eh ..hari ni dah 25 Ramadan. Allahuakbar



Apa pun Selamat menyempurnakan Ramadan dan Selamat Hari Raya.


Semalam buat photo shot untuk kad Raya Jabatan Rekod.....hah tadaaaaa buat depan kaunter je. Sampai 2 kali ambil gambar sebab yang pertama kali buat ada patient nak buat Lapuran Perubatan. Siap tolong ambilkan video lagi. Tapi bila di tenguk balik ramai tak puas hati. Jadi buat lagi sekali , siap ada video alamak alamak lagi. Tengah hot rupanya lagu tu. Sebab catcy kan lagunya. Adalah sikit kemeriahan di hari raya.


Ok di kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bicara dan bahasa dalam apa jua yang saya buat. Kut bicara bergurau tapi ada yang terkucil hatinya harap maaf lah ye. Kita tak tahu hati orang. Kalau boleh scan dan tahu takde nya orang kecik-kecik hati kan. Apa pun semuga silaturahim kita di alam maya ini berkekalan hendaknya.

Tak sabor nak balik kampung dan cuti raya. Yak yak yeh. Hati-hati di perjalanan ye.   

Wednesday, February 22, 2023

Selamat Hari Radio Sedunia



Assalamualaikum,

Hari radio ni sebenarnya sambutannya pada 13 Februari 2023. Tapi aku yang lupa nak up cerita. Apa lagi bila mendengar celoteh juruhebah di KLFM balik kerja teringat pula juruhebah yang lama-lama. Malahan terdapat konsert yang dianjurkan yang di buat di Kuantan Pahang. Mesti meriah konsert tersebut kan.

Tema pada tahun ni ialah Radio dan Keamanan. Semuga Radio menjadi perantara keamanan dunia sejagat.

Ok bila cerita pasal radio emmm mengimbau kenangan lalu aku. Kiranya radio ni merupakan penghibur sejak dari aku kecil sehingga lah dah tua bangka macam sekarang. hehehe sedor diri dah tua bila mengimbas kenangan lalu dari zaman kecil sehingga dewasa. Kiranya memang membesar dengan mendengar radio lah. Almaklum dulu-dulu manalah mampu nak ada tv. Yang mampu radio je walaupun kecil tapi banyak jasanya tau.

Aku ingat dulu rasanya kena ada lesen radio tau. Sebab teringat aruah bapak aku balik tergesa-gesa lepas tu nyorokkan radio dalam bekas beras. Rupanya dengar gosip orang kampung ada serbuan nak tenguk lesen radio. Masa tu kecik lagi jadi ingat-ingat lupa. Tapi dalam cerita P, Ramlee Sarjan Hassan kan ada nyorok-nyorok radio dalam tong simpan beras sebab Jepun marah kalau kita dengar siaran radio. Kiranya Radio masa tersebut merupakan penghubung dengan dunia luar. Ya lah apa citer yang terjadi masa zaman Jepun semuanya kita dengar melalui radio. Begitu pentingnya radio pada masa itu.

Dulu-dulu masa kecik aku, aku teringat aruah bapak aku dengar drama dalam radio malam-malam hari sambil minum kopi o sambil menyembang dengan aruah mak aku. Kita orang masa tu dah masuk kelambu nak tidur. Aruah bapak aku suka dengar siaran radio singapura. Dengar drama dalam radio ada satu tu nama dia Jah lelawati ke aku dah lupa. Tapi cerita dia seram sebab suara dia mengilai dalam radio buat kita orang takut terus tarik selimut bila mendengar suara cerita dalam radio tu mengilai-gilai. Kiranya drama bangsawan dalam radio singapura itu menjadi kegemaran aruah bapak aku. Kiranya satu hiburan buat kami sebab masa tu tiada televisyen. Radio lah yang paling murah hiburan semasa itu. Selain itu ada juga panggung wayang pacak. Hah yang ni selalunya buat kat padang sekolah. Aku ingat-ingat lupa sebab rasanya kecil lagi masa tu.     



Lepas tu bila dah dewasa ada  radio untuk mendengar lagu-lagu. Kiranya ianya penghibur di setiap hari.

Pasang radio hah dengar lah juruhebah pasang lagu apa sambil mendengar celotehnya. Yang best  dan  femes drama radio masa tu ialah no 5 persiaran 1.  Fajar di bumi permata. Banyak ilmu yang di perolehi selain dari mendengar lagu-lagu yang di putarkan.


  
Yang aku ingat dulu kalau ada lagu yang sedap hah beli kaset kosong, bila lagu ke udara tekan button save. Hah lepas tu boleh dengar melalui kaset yang kita dah save tu. Sekarang tak payah dah zaman digital le katakan.

Lepas tu penyampai radio atau sekarang panggil Dj Radio. Yang femes dulu macam Chuari Selamat, Kak Yong, Mustaza Maah, Noramin . Suara depa sedap bila keudara tapi bila tenguk rupa alahaiii.... Tapi ada juga yang sedap suara cantik rupanya macam Kak yong tu.  Macam Chuari Selamat tu femes kalau segmen berbalas pantun. Dan yang aku tak boleh lupa masa aku baru datang bekerja di Kuala Lumpur, sebelah rumah Kakak rupanya yang menyewa isteri Chuari Selamat. Tapi kita orang pelik kenapa isteri dia muda lagi padahal Chuari Selamat tu time kita orang sekolah lagi dah kenal dia. Rupanya isteri ke dua. ooooo Patutlah. 

Zaman dah berubah seiring dengan teknologi penyiaran yang semakin berkembang maju. Sudah zaman digital jadi radio transistor macam gambar diatas tu pun dah pupus.  Sekarang zaman online ni hah guna talipon pun dah boleh dengar radio.     

Apa pun kiranya memori betul bila kata suka mendengar radio ni. Hiburan dari dulu sehingga kini. 


Monday, March 7, 2022

Selamat Hari Wanita Sedunia


Assalamualaikum,

Buat wanita di luar sana anda adalah begitu berharga. Sebab tu ada Hari Wanita Sedunia. eh Hari Bapa sedunia ada tak. Apa pun sayangilah semua wanita di dunia ini....tiada wanita maka suram lah dunia....hehehehe 

Apa pun aku bangga dilahirkan sebagai seorang wanita. Dan wanita yang paling aku sayangi sudah semestinya Aruah Mak aku serta semua kakak-kakak serta anakbuah aku yang perempuan. Tanpa kalian semua maka pincanglah hidup ku. Hidup Wanita. hehehe



Ya betul.....semua wanita di dunia ini adalah istimewa....jadi jagalah diri anda sekelian. Pancaroba hidup sekarang membuatkan aku kadang takut dengan cabaran buat anak-anak perempuan zaman sekarang. Mudahan kaum keluarga aku dijauhkan lah dari apa juga anasir jahat yang boleh memusnahkan zaman gemilang mereka sebagai seorang wanita. 

Tapi wanita tak asli macam Sajat tu hah tolak tepi ya. Perbuatan dia membuatkan nama wanita ini rosak je. Buat malu kaum wanita je.cheh

Buat semua wanita di malaysia anda begitu berharga. Caya lah......ewah ewah 

Wednesday, April 22, 2020

Selamat menyambut Ramadan



Assalamualaikum,

Alhamdulillah Ramadan datang lagi.  Kali ini berbeza sebab kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan fasa ke 3, dan berkemungkinan pada tahun ini tidak dapat sambut raya di kampung halaman tercinta. huhuhu sedih ni. Apa pun semuga kuman Covid 19 nyah di muka bumi ini.

Agak-agak kita ada peluang tak balik kampung beraya bersama keluarga. Kalau kita tenguk  situasi sekarang memang lah kes positif semakin berkurangan tapi selagi tiada kes baru di kesan untuk jangka masa yang lama mungkin fasa PKP seterusnya dapat di bubarkan. Tapi susah juga ni nak cakap. Tenguk ja lah macam kat singapura, mula-mula tak banyak kes sekali kluster warga asing huh mencanak-canak kes positif di kesan. Dah le seberang tambak je tu. Risau juga ni.

Apa pun sekarang kita sambut kedatangan Ramadan dengan penuh kesyukuran. Mungkin ada hikmahnya Ramadan dalam PKP ni. Mungkin banyak amal ibadah dapat di pertingkatkan dan amalan dapat di tambah seiring dengan keadaan kita yang banyak masa di rumah. Semua yang berlaku ada sebab dan musababnya yang hanya Allah sahaja yang mengetahui.  Setiap musibah yang melanda kita sebenarnya mungkin ada hikmahnya. Bersangka baik lah dengan Allah.


Ya Allah semuga semua rakyat Malaysia yang di jangkiti cepat sembuh dan semuga keadaan kembali seperti biasa seperti dahulu. Semuga yang berlaku dapat membuat kita menghargai setiap apa juga milik kita yang Allah kurniakan yang mungkin selama ini kita pandang ringan sahaja. Apa pun juga yang berlaku kita doa banyak-banyak semuga Allah melindungi kita dan semua rakyat Malaysia di mana jua kita berada. Aamiin.

Selamat menyambut Ramadan buat semua yang membaca dan juga semua kenalan yang ku sayangi. 

Wednesday, July 18, 2018

Jamuan raya di sana sini


 Assalamualaikum,

Raya dah pun habis. Ramai yang mengambil kesempatan buat jamuan di unit masing-masing. Kita orang pun buat juga. Selain di pejabat, di bahagian, di kementerian, pejabat menteri , jiran sebelah sama tingkat. hah apa lagi. Kiranya seronok je bila dapat jemputan jamuan raya. Ni kiranya turutan jamuan yang telah diadakan. Ada juga jemputan di bahagian kewangan. Orang dah jemput apa lagi serbulah. Makan free kan. Bersyukur lah negara kita masih aman dan mewah dengan makanan. Alhamdulillah

1. Jamuan di pejabat hari Jumaat selepas cuti seminggu raya.

Pagi-pagi tolong bilik statistik buat rojak buah.


Kebetulan Encik Din dan Salmah berpakaian sedondon. Lepas tu bila Matron Hamidah sampai pun sama. pun pakaian sedondon dengan Encik Din dan Salmah. Macam jadi madu 3 ja. hehehehe
                                     

Geng depan order Mee Kari

                        Gaul semua buah yang telah di kopek....campur dengan Rojak buah...sedapnya


Air Soda Herbs air tangan bob....kata Bob tahun ni jenuh asyik top up air ja....laku dan laris

Air soda Herbs.....sodap dan segar amat

Tolong ikat satay willy kepada 3 cucuk ....sambil ikat sambil secucuk satay masuk mulut....hehe...part ni yang tukang ikat suka sebab bila dah siap.. perut pun dah kenyang. hahahaha untung jadi orang dapur
satay willy 

 Sebelum majlis bermula,  meaikan staf yang berpindah keluar dan birthday staf 

Sedondon dengan Doktor Naufal lah pulak....  

2. Majlis Bahagian pulak pada jumaat minggu selepas tu

Soto mee dan nasi himpit

Kuzi kambing ko memang yummy...ambil sikit je buat rasa

Buah-buahan pun ado
Kuih muih dan kuih raya
Menunggu majlis bermula..
Unit kita orang kena handle lemang dan rendang.

Satay lagi....sedap

Bahagian belakang menu-menu raya untuk semua jemputan 

Acara yang di tunggu-tunggu......jom makan. Acara majlis diwakili Doktor Fadilah sebab Datuk ada hal lain. Selepas tu sessi bagi hadiah pada yang pencen dan bertukar keluar. Lepas tu apa lagi makan le... Sessi nak nyanyi pun ada tapi aku tak tunggu lepas makan je terus turun balik opis. Dah konyang chaow le

Semua tetamu sibuk mengambil makanan.

3. Majlis bersama Menteri Kesihatan yang baru


Hari Isnin nya jamuan kementerian pula. Majlis Khas bersama Y Berhormat menteri Kesihatan yang baru.
 
Kambing golek ko...perggghh  

Kambing bakar dan side dishnya. Sedap dan ramai orang beratur...peminatnya ramai
 
Menteri sedang berucap di depan. Meja depan semua meja VIP, kat belakang ni staf-staf lain dari pelbagai bahagian.

Soto pun ada. Makanan macam-macam tapi sebab ramai orang tak dan nak ambik gambar 

Sambil makan para tetamu dihiburkan oleh kumpulan Raihan, sebelum tu aku dengar Jaafar Onn menyanyi.  


Amboiiiiii Linda dan Puan sue.... licin tu pinggan masing-masing.

Ok raya dah habis  dan sessi menjamu selera majlis raya pun habis lah ya. 

Thursday, April 12, 2018

Putrajaya penuh dengan bendera menjelang PRU 14



Assalamualaikum,

 Apa khabar semua. Alahaiiiii. Mula tahun baru, kunun lah bersemangat sangat nak update blog selalu tapi sempat beberapa kali je cerita pasal Umrah 2017, lepas tu bila dah sibuk dengan pengumpulan data tahunan emmm memang terbengkalai lah blog aku. Dah lah data banyak tak tally emmm memang poning memanjang tenguk data.

 Oh ya PRU 14 sedang  rancak berjalan. Semua sibuk merata-rata poster, bendera berkibar. Kat tempat aku bendera warna hijau dengan merah. Malahan kat putrajaya emmm penuh dengan bendera warna biru. Merata-rata jalan. Bila banyak nampak cantik ja. Masa aku ambil gambar ni, Parlimen belum lagi di bubarkan. Lah ni hari pengundian telah ditetapkan akan di adakan pada 9 Mei 2018 ni.

Ayuh lah mengundi. Hang pa semua mengundi di mana?  Aku ni dah lama duk KL malahan dah tukar alamat pun. Tapi bila check kat website SPR eh nama aku masih lagi kat Segamat. aduhaiiiii ini macam kena lah balik Segamat le weiiii Dah lah hari Rabu. Nampak gaya ambil cuti je lah sambung balik kampung. Amacam boleh. Mesti balik mengundi beb.... ni masa depan kita. hehehehehe



    Hah tenguk ni...bila banyak eh cantik pulak. Walaupun aku suka biru tapi undi rahsia ya. Siapa yang aku sokong tunggulah hari mengundi nanti. Marilah mari pergi mengundi jangan lupa kewajipan pada negara.





             Presint 16  penuh berderet-deret. Bila masa lah mereka cacakkan bendera ni. Agaknya masa waktu malam kut sebab kalau siang kereta banyak.


     
      Aku lalu ni dah rasa macam VIP pulak ada orang menyambut kedatangan aku. hahahaha imaginasi over the sea sungguh le aku ni.


    Dari area Taman Warisan, depan Peruamahan Prima, pusing lalu ke Alamanda sehingga jalan menghala ke Hospital Serdang..... berderet-deret.


Apa pun buat semua rakyat Malaysia..... Undilah dengan fikiran yang tenang. Undi anda menentukan masa hadapan buat rakyat Malaysia. Undi anda menentukan hala tuju kehidupan di masa hadapan.

Sunday, June 5, 2016

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 2016



Assalamualaikum,

Alhamdulillah dapat juga kiranya kita bertemu semula dengan Ramadan yang mulia lagi diberkati. Syukur Allah masih beri kesempatan dan di panjangkan usia bagi kita untuk merasai nikmatnya beribadah di Bulan yang mulia ini. Semuga keindahan nikmat menyambut bulan Ramadan ini Allah limpahkan kurniaNya menerima taubat dan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan. Apa pun bersyukur dengan limpah kurnia Allah yang tidak terhingga buat hamba Mu yang kerdil ini. Aamin.


Buat Aruah Mak dan Aruah Bapa.. Al fatihah. Bila bulan puasa ni aku memang rindu mereka berdua. Rindu dan terkenang-kenang suasana menyambut bulan puasa semasa mereka masih ada. Walau pun zaman telah berganti namun kenangan indah itu tetap tersemat didalam ingatan. Juga buat kaum keluarga sanak saudara yang telah kembali ke Rahmatullah. Semuga Allah cucuri rahmat dan roh mereka tergolong didalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamin

Buat semua yang membaca coretan saya ini, tidak kira dimana sahaja anda berada  maaf zahir dan batin. Semuga Allah sentiasa melimpahi rahmat dan hidayah buat semua yang membaca tulisan saya di blog ini. Apa pun yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari  saya yang lemah dan tidak sempurna.

Semuga Allah mengampunkan dosa kita semua dan menerima amal ibadah kita di bulan yang mulia ini. Semuga Allah memberi kerahmatan dan keberkatan dalam menempuh dugaan di bulan yang mulia. Semuga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah pada kita semua dalam menempuh kehidupan yang seterusnya. Semuga Allah mempertemukan kita dan menganugerahkan kita dengan Malam Lailatul Qadar malam yang penuh keberkatan yang tiada ternilai harganya. Aamin


Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak

Sunday, August 3, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Assalamualaikum,

Dah hampir seminggu kita seronok berhariraya dan dah naik kerja pun, aku baru nak ucap Selamat Hari Raya. Alahaiii mood nak menulis sekarang memang ke laut sungguh. Apa lagi sejak memangku kerja baru huhuhu dengan penganti kerja lama belum ada... huhuhu memang agak pening... tapi sebenornya bulan puasa baru ni memang kureng le nak berceloteh... idea pun macam kering kontang je... hish hish ada lah pulak puasa jadi alasan... sebenornya tuan tanah kedawung  ni yang mood ke longkang semedang je. Nak buat lagu mana idea nak menulis manjang je takdak idea. Selalu tu merapu meraban banyak pulak idea... hehehe

Tahun ni dah 2 kali sambut raya tanpa aruah mak...*sob sob sob* tu yang kadang  rasa sedih je bila sambut Ramadan dan Syawal. Tapi alhamdulillah adik beradik ramai, kaum kerabat pun boleh tahan ramainya, hilang juga rasa sedih tapi sedih bila tabir Ramadan habis, sebelum takbir raya, bagaikan terbayang-bayang aruah mak dan bapa menjenguk kita orang yang sedang sibuk menyediakan juadah raya sebelum mereka kembali semula ke kubur. Al fatihah buat kedua orang tua ku dan juga sanak saudara yang telah kembali ke rahmatullah.

Sempena bulan yang mulia ni aku memohon 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada tulisan aku yang menyentuh perasaan, tersinggung dan marah tanpa aku sedari. Maaf ya saya bukannya insan sempurna. Ada banyak kekhilafan dalam menerajui kehidupan namun sedang cuba untuk menjadi insan yang lebeh baik dalam apa juga yang di lakukan.  Kosong-kosong ye.  

Wednesday, January 1, 2014

Selamat datang 2014



Assalamualaikum,

Hari ni dah 2 januari 2014. Tahun 2013 telah pun ditinggalkan dengan kenangan yang tidak dapat aku lupakan. Mengimbau semula kenangan lalu 2013 masih terbayang-bayang lagi Aruah mak yang terlantar di hospital, rumah kak Limah, rumah Kak Jal dan akhirnya semasa menghembuskan nafas terakhir dirumah mak kat Bakri. Masih terbayang-bayang suaranya, kelibatnya dalam pemikiran ku ini. Apa pun aku dan adik beradik redho dengan pemergian aruah mak. Semuga aruah mak dan aruah bapak di cucuri rahmat dan tergolong dalam orang yang beriman.

 "Ya Allah kau ampunkan lah dosa kedua orang tuaku. Masukan lah kedua orang tua ku didalam syurga dan haramkan lah keduanya dari api neraka. Al fatihah"


Pss.... huhuhu maaf bila menyentuh pasal aruah mak aku terus tak boleh nak cerita apa dah. Air mata kan berlinangan. Apa pun maaf jika ada kata-kata yang menyinggung sesiapa jua yang membaca di blog aku ni. Semuga tahun 2014 memberi sinar kebahagiaan buat semua.

Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya 2013






Assalamualaikum,

  Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin buat semua. Raya tahun ni merupakan raya kali pertama kami sekeluarga menyambutnya tanpa ibu tersayang. Memang terasa sedih juga almaklumlah dah terbiasa dengan suara Aruah mak yang membebel dan bersuara jika ada yang kami anak-anaknya lambat atau buat sesuatu yang tidak menepati citarasanya. Walaupun di akhir hayatnya Aruah mak memang dah uzur namun arahan suaranya tetap berkumandang namun pada kali ini terasa sunyinya tanpa suara Aruah mak yang menyuruh kami membuat semua kerja rumah. Nasib baik lah semua adik beradik terutamanya arahan dari akak aku yang sulong supaya tetap balik  muar pada raya pertama, jadi tidaklah sunyi sangat. Petang raya semua adik beradik balik sambil menziarahi pusara aruah Mak dan Bapak. Sempat lagi selepas solat magrib Abang ipar aku yang sulong yang mengetuai majlis tahlil yang hanya di hadiri oleh semua ahli keluarga sahaja. Adik beradik aku kan ramai apa lagi anak saudara semuanya dah besar-besar malahan cucu saudara aku pun dah semakin bertambah sampaikan aku dah lupa dah berapa orang cucu saudara yang aku dah ada. hehehehe camtu punya ramai beb.

 Oleh kerana tahun ni raya jatuh pada hari Khamis acara marhaban yang bermula pada raya kedua dan kebetulan pula hari jumaat telah menyebabkan terpaksa di bahagi 2 rumah dimana sebahagian waktu raya pertama dan sebahagian raya ke2 dan kali ni turn rumah aruah mak acara marhaban diadakan pada raya pertama dan sebelah malam. Kata akak aku sepanjang hidup dia tak pernah marhaban diadakan pada waktu malam tapi kali ini pulaknya dan giliran rumah aruah mak pulak tu. Memang acara marhaban pihak lelaki setiap tahun diadakan yang bermula raya ke2 dan ke3. Dan oleh kerana ahli penduduknya semakin bertambah dah menjadi 3 hari acara marhaban. Oleh kerana hari pertama aku syorkan pada kak ambah kita buat jemput-jemput ikan bilis je ke jemput-jemput bawang je. Keluarkan sikit kuih dah beres. Daripada nak masak atau goreng mee ke apa ke lecehlah sebab raya pertama ketupat masih banyak lagi. Selesai majlis tahlil adik beradik aku, tak lama kemudian orang yang nak marhaban pun datang. Kita orang keluarkan kuih raya juga huh tak luak pun. Nasib baik jemput-jemputnya laku malahan ada emm anak sapa tah... kata akak aku siap nak tapau. Akak aku terus je bagi plastik suruh tapau. Ya lah kan dah sebulan berpuasa tentu ada yang dah rindu nasi lemak lah roti canai lah apa lagi jemput-jemput yang dah sah-sah masa puasa tak buat punya. Cecah pulak dengan cili sos emmmm walah...

 Yang meriahnya masa acara marhaban berlangsung ada pulak anak buah aku dari Parit sulong yang bawak mercun. hah ko dum dam dum dam bunyi mercun pun berkumandang. Opss bukan mercun bunga api. Entah dari mana lah si Joe dapat bunga api tersebut. Dah macam acara menyambut merdeka pulaknya bunga api tu zup zap zup zap memancarkan cahaya dan bunyi. Lepas tu berlawan pulak rumah kat taman depan tu pun tak mahu kalah. Depa pun bakar juga mercun. Emmm  terang benderang cuaca di langit Bakri Batu 6 di terangi bunyi dan kilauan mercun dan bunga api.  

 Raya kali ni aku di timpa tragedi maka relax habis lah sebab masa petang raya jari dah masuk mesin kelapa. huhuhuhu hancur kuku beb. Susut nilai aku hahahaha. Dek kerana nak membuat lepat pulut hah ko jari masuk mesin. Masa tu aku nak parut kelapa muda nak dicampurkan dengan pulut. Selalunya lepat pulut ni aruah mak aku yang buat. Aku cuma tolong cari kelapa muda, parut kelapa dan tolong mengikatnya. Lepat pulut ni yang selalu menjadi kesukaan ialah adik aku Faizol dengan keluarga belah isterinya serta keluarga Kak Lela. Bahannya tak susah cuma nak mengikatnya je yang nak kena pandai. Oleh kerana selalunya aku yang menolong aruah mak membuatnya, jadi tahulah sikit cara nak membuatnya. Bila tanya adik aku jol nak buat ke tak lepat pulut, dia kata nak, jadi kenalah buat juga. Pulut pun dia dah belikan. Dan semasa sedang memesin kelapa entah macamana aku terkucil zap jari kena mesin. Adududu apa lagi hancur kuku 2 jari telunjuk dan tengah. Darah jangan cakap lah menjejes2. Adik aku Faizol terus bawa aku ke klinik. Doktor pun bagi injektion kat kedua jari tersebut dan buang kuku-kuku yang dah hancur tu supaya kuku baru boleh tumbuh. Masa cucuk ubat bius aduh memang sakit tapi bila ubat bius tu dah mula aktif memang masa Doktor cabut kuku jari tu tak rasa apa. Lepas dibersihkan dan dicuci Nurse pun balut kedua jari tersebut. Dapat anti biotik, injection tetanus, ubat tahan sakit. Balik rumah agenda nak buat lepat pulut diteruskan juga tapi adik aku faizol yang ambil alih. Kelapa yang dah separuh aku parut di buang dan ganti kelapa baru. Lepas tu aku gaul dengan pulut yang dah di tos. Dah siap semua serta rasa masinnya aku pun tunjuklah macamana nak mengikatnya. Orang lelaki kan hah ko dibuatnya lepat tu besar-besar dan padat. Alhamdulillah akhirnya jadi juga lepat pulut yang adik aku nak. Dah boleh passing baton ni sebab dia dah pandai mengikat lepat tersebut.

 Jadi kali ni aku memang tak tolong sangatlah bab masak memasak kat dapur. Nak makan pun susah, apa lagi nak menolong sebab kena tangan kanan. Huhuhu apa lah punya nasib diri kali ini. Nasib baik lah kerja gunakan pc jadi takle susah sangat kalau nak menulis tapi ngilu juga lah bila terkena hujung jari. Apa pun lepas ni kalau nak parut kelapa huhuhu aku kena paksa adik-adik lelaki aku yang buatkan. Fobia beb.

 Apapun yang terjadi aku redha. Jadi buat semua orang perempuan yang sibuk di dapur pada musim raya berhati-hatilah ya bila memasak. Jangan jadi seperti aku, jari masuk mesin parut kelapa. Dah berbalut jari pulaknya. Bila posing rupanya 2 jari tu selalu aku gunakan gaya peace. Jadi kali ini peace juga ler walaupun berbalut putih. adehaiiii          


Tuesday, November 13, 2012

Ulangtahun yang ke 3 tahun




Assalamualaikum,

 Wah diam tak diam dah berusia 3 tahun rupanya blog saje suka-suka ni. Dalam pada kadang rajin, kadang malas, kadang entah apa-apa merapu-meraban, kadang mengimbau kenangan lalu, sekali bila tenguk masa pembukaan blog rupanya 13hb November 2012 ni usianya 3 tahun. Kalau lah ada anak dah semakin membesar dan semakin nakal agaknya baby aku yang berusia 3 tahun kan. Apa pun diam tak diam dah banyak juga yang aku coretkan dalam blog aku ni. Pada mulanya ianya hanya sekadar mencoret rasa untuk tempat sessi meluahkan perasaan dan akhirnya ianya juga coretan perjalanan kehidupan yang aku lalui, dan kekadang perjalanan tempat-tempat yang telah aku lawati. Walau pun  banyak sangat gambar yang aku tepekkan tapi sesekali aku suka baca balik dan ingat balik tempat-tempat yang telah aku pergi. Semakin banyak kita berjalan semakin bersyukurnya kita sebab dapat melihat kehebatan dan kecantikan hasil ciptaan tuhan yang begitu hebat dan cantik yang tidak terdapat di tempat kita. Sebab itu ada perpatah yang mengatakan jauh berjalan luas pemandangan. Apa pun rezeki yang Tuhan beri selama ini, aku rasa bersyukur sangat dengan limpah kurnia yang tidak terhingga yang telah Allah kurniakan kepada hamba nya yang lemah ini. Apa pun semuga Allah mengurniakan dan melimpahkan rahmat dan keberkatan serta kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan yang penuh onak dan duri ini. Semuga ianya memperkuatkan lagi ketabahan dan kekuatan diri aku dalam mengharungi cubaan dan dugaan kehidupan. Amin     

 Bertepatan dengan Hari Deepavali pada hari ini aku juga mengucapkan Happy Diwali buat kengkawan seperti Vanaja (opismate), Appu dan Meenakar (ex-opismate semasa di Segamat).

Thursday, November 1, 2012

HariRaya Aidil Adha aka HariRaya Haji



Assalamualaikum,

Alhamdulillah rasanya telah selesai jemaah haji menyempurnakan ibadah haji setelah selesai Hari wukuf di Arafah pada hari Khamis dan kita di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha pada hari Jumaat, malahan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia telah pun selamat sampai di KLIA semalam. Tahun ni 2 orang sahabat aku, telah pun di panggil menunaikan Ibadah Haji  iaitu Aini dan Maziah. Alhamdulillah akhirnya hajat Aini nak membawa maknya menunaikan Haji bersama suami akhirnya tertunai juga. Aku tumpang gembira bila mendapat perkhabaran tersebut sebulan yang lalu. Hai kawan-kawan semuanya dah pergi, aku nak ke sana ni emmm bila lah agaknya ada rezeki sampai ke sana ya. Baru-baru ni ada kawan ajak buat umrah tapi tarikh tersebut iaitu bulan 3, sudah tentu cuti aku tak lulus sebab bulan 1 sehingga 4 selalunya memang boss tak bagi cuti selagi kerja lapuran tahunan tak siap kecuali kecemasan sahaja yang di luluskan. Dan lagi simpanan untuk menunaikan haji belum lagi mencukupi , macamana aku boleh pergi buat umrah pulak sebab aku ada dengar dalam TV9 rancangan Tanyalah Ustaz. Ustaz tu kata kalau boleh, hendaklah kita simpan duit buat yang wajib dahulu barulah buat yang sunat. Andaikata simpanan yang wajib dah tersedia sementara nak menunggu giliran nama sampai, kalau ada lebihan simpanan untuk buat umrah, barulah boleh kita pergi buat umrah. Apa pun semuga Aini dan Maziah sekeluarga memperolehi Haji yang mabrur. Amin.


Ok selain daripada Raya Haji ianya sinonim juga dengan Hari Qurban. Teringat pula aku pada tahun 2006 dimana itulah pertama kali keluarga aku berkongsi nama adik beradik dan nak buat korban seekor lembu. Lembu tu Ijan adik aku yang kat melaka yang cari dan belikan. Jadi sehari sebelum Raya Aidil Adha, dia hantar lembu tersebut dengan menaiki lori. Lembu tersebut hitam, besar  dan gagah sekali. Mendengar dengusan hidungnya bukan main kuat lagi. Lembu tu di tambat kat belakang rumah di bawah pokok kelapa.

 Bila tiba hari Raya, selepas solat Hari raya adik beradik aku  yang kat melaka, parit sulong, tangkak semuanya balik muor sebab nak menyaksikan upacara penyembelihan lembu untuk korban terutamanya yang berkongsi nak membuat korban. Yang menjadi ketua Abang Ipar aku yang sulong dengan di tolong oleh adik-adik lelaki serta anak saudara aku yang ramai tu. Ada juga orang kampung yang berdekatan datang menolong. Kiranya semuanya saling tolong menolong lah. Susah juga nak menariknya. Satu lubang besar telah di gali untuk meletakkan kepala lembu tersebut sebelum disembelih. Mula-mula macam ganas juga lembu tersebut. Tapi bila telah diterbalikkan badannya dan terbaring di tanah, nampaknya dia macam pasrah je menyerahkan nyawanya untuk dikorbankan.

Bertungkus lumus untuk membaringkannya di atas lubang yang telah di gali untuk darah lehernya mengalir ke dalam lubang.

Lembu telah siap untuk di sembelih

Masa mula-mula menarik lembu tersebut kami cuma memandang je melihat reaksi lembu tersebut. Tapi yang aku tak tahan tu semasa Abang Ipar aku baca Bismillah dan mula nak menyembelih tu entah macam mana ada le seseorang tu yang mula teresak-esak. Rupanya akak aku yang tua Kak ijah dok heran siapa lah pulak yang dok teresak-esak bila mata pisau menyembelih lembu korban tersebut. huhuhuhu rupanya aku tanpa sedar rasa sayu dan tanpa disedari menangis melihat lembu tersebut di korbankan. Aje giler boleh pulak tangkap syahdu ni. Apa lagi jadi mangsa gelak lah oleh adik beradik aku.
Bila dah selesai sembelih anak saudara aku yang menyiang kulitnya dan beramai-ramai kami adik beradik anak saudara sama-sama melapah daging korban tersebut. Tenguk tu budak-budak kerumun beramai-ramai.

Ni badannya akak-akak aku yang melapah

Tenguk tu isi perutnya. Besar sungguh rangkanya. Budak kecik pun boleh nyorok dalamnya.


  Hah yang ni pulak melapah kaki lembu. Rasanya ada 2 yang di gantung untuk di lapah. Nasib baik anak saudara lelaki ramai jadi semuanya dapat disiapkan petang tu juga dan di agih kan pada penduduk kampung. Petang tu masing-masing kepenatan setelah selesai melapah se ekor daging korban. huhu masing-masing tak tahan bau daging je.  Yang kesiannya akak aku yang nombor 2. Dia datang kemudian lepas tu terus tuju kepala lembu. Sekali rupanya balik rumah dia tak boleh tidur teringat-ingat kepala lembu yang tertongok je atas tanah. Rupanya dia kena badi lembu. Kiranya selepas tu tak ada lagi buat korban di belakang rumah mak. Kalau buat pun share dan buat kat surau. Apa lagi masing-masing dengan pengalaman yang tidak boleh dilupakan.