Showing posts with label Remy Ishak. Show all posts
Showing posts with label Remy Ishak. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

Remy Ishak pun ada blog rupanya...emmm

Cover muka depan blog Remy... cantikkan cahaya remang-remang senja.

    Assalamualaikum semua. emmm bila mata dok ngantuk sambil berpinar memandang Pc apa lagi ler aku pun pi terjah blog org lain tiba-tiba... mata aku ternampak.... opsss pusing balik ayat oooooooo rupanya Remy Ishak ada blog juga. Alahaiiiii napa ler aku ketinggalan beca ni , orang lain dah berjaman tahu baru hari ini aku tahu. Takpe ada masa nanti aku terjah blog dia, buat masa sekarang pi follow dulu blog dia. Jadi kalau ada update cerita terkini atau apa filem dan drama lakonan yang telah di lakonkan bolehlah tahu. 

  Apa pun semangat Remy memang tabik spring lah. Masa pergi  Besday bash dia yang pertama dulu, masa tu dia baru je di nobatkan sebagai pelakon popular tv, dia ceritalah kisah hidup dia sebelum menjadi pelakon popular. Memang banyak ranjau dan rintangan yang di tempuhinya sebelum dia berjaya seperti sekarang. Kiranya bersusah-susah dahulu sebelum bersenang-senang kemudian. Aku cukup suka dan tertarik semasa menonton drama Sindarela dulu dimana masa tu rasanya baru lagi Remy dalam dunia lakonan. Start dari situ Remy terus menuju puncak dan tidak menoleh-noleh lagi ke belakang. Apa pun chaiyok-chaiyok Remy. Semuga Remy mendapat anugerah Pelakon terbaik. Amin. Insyallah jika di kekalkan sifat merendah diri dari dulu hingga sekarang di samping sentiasa belajar dari kesilapan dan tidak pernah puas dengan hasil lakonan dengan Izin NYA insyallah berjaya satu masa nanti Sebagai peminat aku akan tetap menyokong lakonannya tapi jangan lah banyak sangat gosip kisah cinta ya. Tak best ler kalau banyak sangat kontroversi mengenai kisah cinta yang kadang menjejaskan nama Remy. Apa pun sebagai peminat kita orang sokong 120 peratus. hahahaha terlebih sudah sungguh aku. Hah pi ler terjah blog  Remy Ishak .

Thursday, April 28, 2011

Remy Ishak turns 29


Seperti tahun lepas tapi kali ini hanya tarikh 23 April sahaja yang Remy free jadi tarikh tersebut lah dapat dilangsungkan celebrate besday dia. Kali ni buat di Bora Ombak, Ampang, KL. Selepas ja selesai urusan di pesta buku, kami bertiga terus sahaja menuju ke ampang. Dahulu hanya berdua sahaja dengan nacha tapi kali ini Eila pulak join the club. Seronok dia dan tak sabar nak jumpa Remy in person. Bertentang-tentang mata gitu.  Berpusing-pusing juga la nak mencari tempatnya rupanya ianya tersorok sedikit.



Semasa sampai urusetia masih lagi belum siap mengatur dan membuat persiapan. Tempat dia ok lah macam stail bali gitu.


Masa ni belon belum siap diletakan.

Ni setting meja
Cenderahati dapat towel, minyak wangi dashing dan majalah Aniqah
Besday kek

Majlis bermula pada pukul 2 tapi macam biasa Remy mesti datang lambat. Jadi makan-makan bermula dahulu sementara menunggu tetamu yang di raikan.Tempat duduk yang kami pilih memang best, kerusi panjang dengan kusyen emm rasa macam nak lepak ja.

Ok lepas ni layan gambar lah ya.

Ketibaan Remy Ishak.
Meja VIP
Semasa keliling meja bersalaman dengan peminatnya yang datang meraikan harijadinya.
 
Berucap sedikit.
Acara Potong kek
Tiup lilin
Potong kek besday
Nyanyi lagu Jamal adillah sandarkan pada kenangan. Best suara ala-ala Jamal

Semua berkerumun mendengar Remy menyanyi
Bergambar beramai-ramai
Sessi sign otograph dari meja ke meja
Ni geng satu meja
Game yang dijalankan
Makanan yang disediakan.
Posing sakan
Cheerss
Lepas acara besday main futsal la pulak
Remy semputt  kejar bola sewaktu bermain.
Pemain yang bermain bersama Remy
Fuh berpeluh-peluh.

Apa pun acara sepetang bersama Remy tetap havoc dan mengembirakan. Sekarang ni sedang berdebar-debar menunggu Filem Nur kasih The movie yang akan di tayangkan tidak lama lagi.

Saturday, April 17, 2010

Besday Bash Remy Ishak - 11.4.2010

    Dan hari yang di tunggu pun sampai padahal seminggu sebelum tu aku dengan nor dok kecoh kat opis. Pemberitahuan tentang besday Remy ni informernya ada lah Naz yang bagi tau kat nacha. Manakala nacha yg ajak aku buat teman. Aku pulak suka je sebab aku pun peminat Remy. Agenda berlangsung di Hotel Singgahsana PJ. Oleh kerana nacha tau jalan ke situ jadi kami janji jumpa di LRT pukul 1.30pm. hehehe agenda pukul 2.30 rupanya. Lepas tu nak jadi cerita masa nor tanya hari sabtu dan ahad nak buat Ot tak? Aku kata tak nak sebab hari sabtu agenda ulat buku dan hari ahad nak pi besday Remy. Bila kata besday Remy nor pun jadi teruja nak ikut. Lepas tu dia suruh tanya june yang pada masa tu sedang bersantai di bali selama 4 hari. Bila aku sms june dia nak dan masukan namanya dan adiknya. jadi nor pun terus contact atie dan bayar terus. takut nanti dah terlepas. Masing-masing dah excited nak pergi.

 Ok pada hari yang telah di tetapkan tu kami pun mulakan agenda ke Hotel Singgahsana. Nacha tunjukan jalan. Rupanya si June, adiknya dan nor dah sampai dah kat hotel pukul 1 lagi. Amboiiiii copeknya. Tapi bagus juga boleh depa chopkan tempat. Sampai je terus sign nama dan dapat door gift. Wahhhh cun le beg kertasnya, mug dan gambar Remy. Tenguk makanan pun macam sedap je. Rupanya agenda bermula pada pukul 3. Jadi melangut le menunggu. Pukul 3 petang baru Remy sampai wahhhh dia pakai spek hitam macam my feveret actor bollywood lah Arjun Rampal. Aiseyyyyy tergamam tenguk dia yang bersalam dengan semua dari satu meja ke satu meja. Alahaiiii Remy. hehehe

   Masa tu juga ramai pemberita datang menyerbu. Wah mana le depa dapat cerita ni ek. Selepas berucap dan selesai acara potong kek. Semasa acara  makan bermula, Remy telah di kidnap oleh pemberita. Selesai Remy kene interview Treasure hunt pun bermula. Riuh sungguh mereka semua. Selain daipada itu ada juga game dan cabutan bertuah. Nor menang acara berebut kerusi. Masa ni memang kelakor bayangkan si Remy nak menang dia pi tarik kerusi seorang peminatnya yang dah nak duduk pun. Sekali terbongkang budak pompuan tu atas lantai. hehehe kelakor. Lepas tu pengadilnya budak perempuan yg cute dan petah bercakap. Memang kelakor habis masa tu. Aku cuma masuk game tiup belon tapi tak menang sebab yg akhir tinggal aku, sorang budak dan Remy. Rupanya Remy takut nak tiup belon. Aje... Apa pun memang havoc acara pada petang tu. Dengan di sulami bunyi belon yang meletop dan meja sebelah aku yang ada pak latah. Si Lan tu memang kelakor lah bila melatah. Yg best tu masa cabutan no bertuah. Remy dok tipu Lan bila dia nak pi ambil hadiah rupanya bukan no dia. hahahahaha yg best Lan siap masuk bawah meja sebab  malu. huhuhu Dewan riuh rendah dengan gelak tawa semua. Sambil tu Remy juga cerita bagaimana dia memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon dimana dia memang comited dengan kerjayanya. Semuga berjaya dalam bidang lakonan dan akhirnya menang award best actor di malaysia. Caya lah.

 Akhir majlis sessi sign otograph. Bila part nak tulis nama tu aku pun kata le nickname aku notie.. sekali dia pi gelak kan aku aduhaiiiii dia ingat naughty... aku pun bisik le n. o. t. i . e dan cakap jangan le cakap kuat-kuat malu... Aje.... tapi otograph dia catat dia pun notty juga.... ala dah agak dah... biasa le org lelaki kan.


Door gift Besday bash

laksa yang sedap sekali


Ni semasa baru sampai... rupanya dia lupa time sebab tu lambat datang

Bersalam dari satu meja ke satu meja

Potong pulut kuning. Rendang pun ado


masa game sedang di jalankan

Bergambar bersama tuan punya present dan present besday. Nacha siap bisik suruh pakai masa berlakon nanti. hehehe sempat lagi tu 

masa game berebut kerusi

game tiup belon

Time sign otograph
Chewah

   Acara sepatutnya habis pukul 6 tapi dek seronok dengan peminat sampaikan terlajak waktu. Hinggakan pengurusnya terpaksa tarik tangan ajak balik. Sebab lepas tu dia kena balik melaka. Mungkin nak celebrate dengan kedua ibu bapanya. Kat melaka kat paya rumput tu. Acara sepetang bersama Remy memang happening sesangat. Semua suka sebab Remy sporting dan merendah diri orangnya. kalau dia amalkan sikap seperti itu sampai bila-bila mudahan dia akan berjaya dalam hidupnya. Bukan macam sesetengah pelakon bila dah femes mulalah tunjuk lagak. Mudahan Remy tak macam tu dan peminatnya akan menyokongnya sampai bila-bila. Chaiyok chaiyok Remy yehhhh

Friday, January 29, 2010

Mat Bunga

  

   Minggu lepas kalau tak silap aku, tv 2 menyiarkan drama mat bunga. Dan pelakon yang berlakon jadi mat bunga tu nak tau sapa? hah si pelakon macho Remy ishak. kwang-kwang. Bior betik si remy jadi mat bunga? Tapi memang betullah si Remy jadi mat bunga. Aku tenguk citer tu dah separuh jalan tapi bila tenguk Remy ishak aku pun terus je lah layan.Yang kelako tu dia peminat hindustan dan  tenguk citer hindustan kat wayang sampai nangis-nangis.... kah kah kah. Lepas tu merajuk ngan mak we sampai muncung-muncung mulut. Lagi le aku gelak. Aku sms kat nacha n kaknoor suruh tenguk. Rupanya nacha pun memang tengah tenguk. Lepas tu aku gelak sorang-sorang tenguk citer tu. Nak tau kenapa? Si remy tidur berbantalkan kuntuman bunga yang ditaburkan kat atas katil.  Pagi-pagi kalut kutip bunga yang dah bertaburan tu. Yang aku tak tahan lagi le dia mandi bunga penuh satu kolah dalam kolah mandi. Fuyoooooooo patut sih awet muda.  hahahahahahahahahahaha rasa macam nak ikut petua dia je tu selalu bermandikan bunga. hahahahahaha nasib baik le kat rumah takde kolah mandi macam tu, kalau tak emmm siap le rumah berbaukan bunga-bungaan dan habis le bunga akak aku jadi mangsa nanti. kekekekekekeke

  Setelah penat berkursus kat shah alam selama 4 hari malamnya layan mat bunga rasa relaks kepala otak. Bayang kan 4 hari kursus case mix pagi sampai malam lepas tu ada exam pulak tu. huhuhuhu penat sih. Tapi apa-apa pun layan mat bunga ni memang syiok abis. Haiiii remy ilang macho ko jadi mat bunga. hehehehe