Showing posts with label Travel - Kedah. Show all posts
Showing posts with label Travel - Kedah. Show all posts

Monday, October 16, 2017

Kedai Makan Denor Cafe, Alor Star


Assalamualaikum,

Hah sambung semula cerita kat Alor Star. 

 Bila dah borong sakan kat Pekan Rabu, kita orang pun balik tapi sebab belum makan tengahari Driver Ijad bawa kita orang tempat makan sedap. Denor Cafe yang menjual nasi campur dan Ikan bakar. Masuk ke kedai....ramai orang sedang memilih makanan. Kita orang pun jadi teruja tenguk ikan bakar dia......nampak sedap beb. Kita orang konvoi 2 kenderaan, Pajero Ijad bawa Encik Rusli, Kuchai dan Bob. Manakala Driver Azmi bawa aku, Liza dan Kak Gayah. Terpaksa ambil 2 transport sebab bawa barang banyak.  

                   Hah nampak tu. Pelbagai jenis ikan bakar ada terjual. Yang tak tahan tu tenguk ikan keli dia besar-besar, dengan kuah percik fuh....telan air liur tenguk.

Masa mula-mula tenguk makanan pelbagai jenis, Liza bisik-bisik kat aku nak share ikan Keli bakar tu. Aku kata ok je sebab rasanya aku cuma nak rasa ikan bakar dia je taknak makan nasi. Tapi akhirnya Liza tak jadi share, dia ambil seketul ikan manakala aku tala 2 ekor ikan dengan ayam.

                      Macam-macam jenis ikan bakar yang terdapat. Ayam bakar percik pun ado.


                     Selain daripada Ikan bakar ada juga masakan lain. Aku nampak pajeri Terung, kalau banyak lagi rasanya memang aku ambil tapi sebab tinggal 2 ketul...terus tak jadilah.

         Hah tenguk tu Ikan keli bakar dia....emmmm Besor ko....masa ni sedang pilih nak makan ikan apa?

 
               Orang ramai sungguh masa ni tak cukup ruangan nak membelek makanan yang ada.

                 Ulam-ulaman pun ado. Sambal asam dia pergghhhh jempul memang sedap

     Akhirnya pilih punya pilih aku ambil ikan keli bakar, ikan kembung bakar dan Ayam percik. Terdapat juga air sirap yang sedap. Boleh ulang-ulang minum sebab kata Liza free. Kalau order air special mungkin kena bayar. Ni nak tau berapa harganya. RM 11 je tau. Murah sungguh.

Nampak tu punya banyak air asam aku kaut dengan tomato dan bawang....perghhh Ikan keli dia emmm memang sedap hingga menjilat jari. Tamak ambil yang besar. Dengan daging ikan yang lembut lah dengan kuah percik dia yang sedap lah. Licin aku makan. hahahahaha tak payah lauk lain. Belasah ikan 2 jenis dan ayam seketul dah konyang.

                        Tenguk tu orang datang tak putus-putus. Ada je pelanggan baru.


       Hah tenguk tu Ikan keli berderet-deret di bakar. Rupa-rupanya bakar dulu Ikan keli tu. Lepas ikan dah masak baru dia salut kuah percik. Sebesen ko kuah percik dia.

  Selesai makan dengan hati yang puas sambil teringat-ingat kelazatan Ikan keli bakar dia, kita orang pun teruskan perjalanan balik Putrajaya. Masuk van, dah kenyang, lepas tu hujan dalam perjalanan apa lagi sedap le kita orang ngorok. hahahahaha Kalau keluar suara berdengkur emmmm layan je lah telinga ye.

  Kita orang berhenti kat R n R Tapah, buang air, solat lepas tu beli air, sambung semula perjalanan dan sampai KL pukul 6 lebih. Oleh kerana hari Jumaat, selalunya traffik memang berganda jemnya, Encik Azmi driver Bhg Khidmat Pengurusan jenuh lah cari jalan alternatif, cilok sana cilok sini, ada sekali tu  terlalu pulak Jirat cina kat Sg Besi, seram rasa hati sebab jalannya sunyi. Bila dapat lepaskan diri masuk MEP fuh lega, akhirnya sampai Putrajaya pukul 8 lebih. Alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 9.30 malam.      

Jenguk Pekan Rabu lokasi sementara


Assalamualaikum,

Minggu lepas outstation ke Alor Setar selama seminggu. Tapi sebab program pack sangat...habis pukul 5.30 petang sambung malam sampai 10.30 malam harus lah aku kuak lentang setiap hari  atas katil sebab penat. hehehehe Lepas tu hujan lagi malahan ada sekali tu ada kawan yang kena banjir kilat sebab pagi tu hujan selebat-lebatnya dari pukul 6 pagi. Air cepat je naik sampaikan rumah dah naik air. Nasib baik bila hujan dah berhenti air cepat je surut. Member yang terkandas pagi tu boleh sambung semula datang ke bengkel untuk habiskan koding data.

 Jadi oleh kerana pihak urusetia tak ada masa nak jalan-jalan jadi sebelum balik kita orang singgah lah ke Pekan Rabu. Pekan Rabu yang lama sedang di renovate jadi kita pergilah yang tempat sementara di Ukir Mall katanya. 

Sebelum tu tanya dengan orang kedah,  kopi apa yang sedap dan kari apa yang enak. Di cadangkan cubalah kopi cap Gantang dan kari cap Tarbus. Alhamdulillah bila sampai je kat salah sebuah kedai yang buka ada semua tu apa lagi aku rembatlah. Sebelum tu dah juak juga sebab hari Jumaat adalah cuti kelepasan Kedah dan kita orang habis dan balik pada hari Jumaat. Tapi ada kawan kata walaupun Pekan Rabu tutup ada juga peniaga yang meniaga tapi tidak ramai lah. Kiranya cuba tenguk lah kalau ada kedai yang buka kiranya ada rezekilah beli oleh-oleh bawa balik KL. 

Kita orang tak masuk dalam Ukir Mall sebab bila selekoh je dah nampak kedai tepi jalan. Tak mahu lengah masa satu kedai tu je yang kita orang terjah.

hah paket rempah kat atas tu harga RM 4 kalau 3 paket dia jual Rm 10.   


Ikan kering dan ikan pekasam pun ado. Macam-macam jenis ada. Sotong kering pun ado hah apa lagi.  
                                           

 Kedah terkenal dengan ikan pekasam dia. Daging pekasam pun ado. Aku tak beli sebab ada kawan dah bagi. Lagi pun tak berapa gemar sangat. Tapi ikan pekasam ni kalau goreng perggggh bau semerbak harum.


Seronok sungguh ni singgah kedai Pekan Rabu sebab macam-macam ado. Sampaikan rambang mata nak beli apa. Aku cari rojak Mak Bee sebab kat Putrajaya dia jual Rm 5.50. Kat sini 3 botol Rm 10. Kalau sebotol Rm 4. Hah mana nak cari. Tapi cuba juga rojak buah NH sebab bila di test rasanya macam sedap . 

  Kuih-kuih tradisional. Ada dodol durian lagi. Masing-masing mencuba. Sedap dodol nya sebab masih kenyal dan baru di masak. Dodol kalau dah keras maknanya dah lama masak. Kalau kenyal-kenyal dan panas lagi hah lagi sodap.


         Pelbagai jenis ikan kering serta makanan laut juga ada. Tapi mahal sepaket ni ja dah RM 10. Aku pandang je lah sebab tak berapa gemar lah ni dan kureng sikit makan ikan masin ni. Dolu-dolu cukup suka kalau masak ikan masin masak lemak cili api dengan nenas. Hah memang menambah makan. Tapi lah ni sejak dah bertambah usia kurang pulak sebab tak mahu darah tinggi menyinggah. Makan boleh tapi berpada-pada lah ya.


                           Nampak kuih ni. Katanya kuih Pundak. Tak pernah rasa jadi belilah. 3 bekas Rm 10. Boleh campur dengan yang lain. Aku nak beli agar-agar kering tapi takde yang bekas kecil. Yang ada sebekas Rm 10. emm tak jadi lah.


             Hah ni kudap-kudapan paling sedap bila ngadap tv. 3 paket Rm 10 juga. Hah apa lagi rembat 3 paket kedua-duanya. Sebelah tu macam ikan bilis keropok. Sedap.

Pilih punya pilih hah ko banyak juga aku rembat. Tapi puas hati sebab kopi cap gantang dan rempah kari cap tarbus dapat beli. Boleh lah lepas ni kita mengopi ya. Hari tu dah rasa kopi Che Enah , kopi kampung dari Ipoh. Lah ni kopi kampung cap gantang dari Alor Staq. Hujan-hujan pekena kopi layan dengan ubi rebus emmmm memang walah lah.