Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Monday, September 25, 2017

Ke Ipoh moh kita edisi ke 2 - rewang rumah pengantin Areila Sahimi


Assalamualaikum,

Ada sesiapa yang  kenal penulis Kakinovel Areila Sahimi. Ala yang novel Yes Boss dia tu yang di adaptasikan ke drama yang mana Fahrin Ahmad dan Emma Maembong jadi Hero dan heroin dia. hah tu lah yang jadi intipati kita orang ke Ipoh pada kali ini. Sebenornya nak menghadiri majlis persandingan Eila yang di buat pada 26hb Ogos 2017 seminggu sebelum raya Haji. Sambil tu jalan-jalan lah sekitar Ipoh ni. Sue NB Kara dapat jemputan dan nak pergi juga jadi kita orang adalah port untuk bermalam di rumahnya.  

Majlis persandingan Eila pada hari Sabtu jadi hari Jumaat kita orang ke Ipoh. Dah jenjalan sekitar Gunung Lang, dah JJCM sekitar Ipoh kununnya malam tu nak tenguk rumah pengantin. Sekali sampai tenguk banyak benda belum buat lagi apa lagi lah terus lah kita orang rewang sama. Emmmm aku part rewang rumah pengantin memang le seronok sekali. Apa lagi kalau dah ramai-ramai ada je  cerita.

Masa nak sampai rumah eila makan langsat juga sebab masa sedang cari jalan terpisah daripada kereta sue jadi eijay macam sesat barat juga nak cari rumah eila. Almaklumle dah malam masa tu. Tapi akhirnya dapat jumpa.  Bila tenguk kanopi banyak hah ni mesti rumah pengantin. Masa sampai tu saudaramara eila ramai kat depan rumah. Nampak depa masukkan gula-gula dalam plastik kecil untuk tetamu comel.

                    Hah nampak tu macam-macam jenis gula-gula ada berwarna warni gitu. Apa lagi kita orang pun dah jumpa famili Eila, dah sembang-sembang terus je lah singsing lengan, duduk kat lantai menolong. Buat part godies ni memang kita orang suke bebenor. hehehehehe


       Meriah juga majlis nya almaklumle baru pertama kali buat majlis. Lepas tu Mak Eila ni berniaga jadi ramailah jemputannya. Balai kanopi dia banyak juga. Kata Eila orang taman dia bab kerja kahwin alhamdulillah bagus pakatannya.

Masa ni lah baru pecah rahsia rupanya bakal suami Eila emmm jiran depan rumah walaupun tak direct tapi jiran dekat le juga. Selang beberapa pintu. Rasanya ada novel eila yang pasal bergaduh dengan jiran depan rumah...tapi aku dah lupa tajuk dia. Sebab bila kata suami jiran setaman macam dejavu teringat novel eila sebelum ni. Rupanya dia dah bagi hint pakwe dia dalam novel. Orang pandai menulis kan boleh je nak cerita tentang kisah-kisah cinta dolu-dolu.

Selesai sessi bungkus godies kita orang di jemput makan malam. Walaupun petang tadi dah melantak satay Endut dan sup mamak tapi bila tenguk masakan Mak Eila lauk kampung je emmmm terus rasa lapar balik. Masa ni kamera aku dah kiok jadi takde lah nak ambil gambar masakan mak eila. Tapi sedap sekali almaklumla keluarga mak eila dan makcik-makciknya pandai masak. Ada rendang tok resepi tradisional orang perak...lepas tu ada sayur betik masak air....fuh sedap ko....menambah-nambah kita orang. Walaupun masakan kampung je tapi emmm memang sedap.

Pelamin yang simple tapi cantik. 

Manakala yang didalam rumah pula masukkan telur masin dalam bunga pahar. Lepas tu susun depan pelamin.


Pengantin tenguk je. Tu pun inai belum pakai lagi. Besok dah nak nikah.  


Lepas makan kita orang sambung pula isi bekas telur. Untuk tetamu special dapat gelas kaca dengan telur. Hah beg pun special. Jenuh lah kita orang menyusun selepas dah siap semua.  


Barangan hantaran. Yang ni gambar dari phone Kak uda yang sempat skodeng bilik pengantin. Kita orang yang kat luar lupa pulak nak skodeng bilik pengantin. Lawa gubahan hasil tangan pengantin sendiri. 

Bekas telur tu banyak juga dapat susun dalam kotak. Sampaikan ruang depan penuh dengan bakul pengantin. Dah penuh depan sampai dah takde tempat nak duduk tapi masih ada lagi kita orang pun minta izin balik rumah dulu lah. Ya lah ko dari tengahari dari KL sampai malam tak mandi-mandi. rasa dah belengas badan. Itupun kita orang rasa dah banyak tolong sebab macam tak ramai orang rewang rumah Eila. 


 Dalam pukul 10 lebih kita orang minta izin balik rumah lah. Dah ngantuk dan penat belum mandi lagi ni seharian berjalan. Kesian kat iejay dah ngantuk sangat. Penat drive lagi jadi kita orang pun balik. Besok dah nak datang lagi.

Rumah Sue terletak di Silibin, oleh kerana tak tahu rumah jadi iejay ngekor jelah kereta sue di belakang. Tapi Sue ni jenis rempit jadi banyak kali juga terlepas pandang. Sekali sampai kat 1 roundabout dek kerana dah malam tak perasan pulak kereta sue dah lepas jauh. Tapi masa kat selekoh roundabout tu ada 1 kereta ni sudah cantas jalan, lepas tu macam dah confuse mana satu jalan nak ikut ekor le 1 kereta ni, sekali bila dah dekat lah salah kereta rupanya yang kita ngekor. dah malam-malam kan nampak kereta sama je tapi bila tenguk plate kereta rupanya kereta orang lain daaaaa. hehehehe

Apalagi eijay pun berhenti tepi jalan call sue, untuk alamat yang lebih jelas iejay pasang waze. Rupanya dekat roundabout tu yang dah salah jalan kita orang masuk. Pusing keliling berhenti tepi masjid, rupanya lah....dah dekat pun dengan rumah sue. Alhamdulillah sampai juga rumah sue.

Rumah sue ni jarang diduduki...bila sesekali balik Ipoh je baru Sue bawa mak dia balik rumah. Mak dia duduk rumah adik beradik sue yang lain. Apa lagi malam tu bolehlah golek-golek depan tv sambil bergossip. hehehehe.  Lega dah dapat mandi, solat.... dapat luruskan badan.  Ngok ngek ngok ngek pukul 12 juga kita orang tidur. Ya ke pukul 12 emmm tak perasan aku sebab bila dah golek-golek depan tv tu tiba-tiba eh dah lelap.....sedar dah pagi. hehehehehe

Ops lupa malam tu rasalah popiah apsah yang Sue tapau petang tu. emmm sedap. Walaupun dah malam masih elok dan tak basi. Kak uda kata dia kidnap 3 keping. Aku rasa sekeping emmm memang sedap. sambal dia, isi dalamnya yang crunch. emmm memang sedap lah.




Ok sambung besok pagi pulak ya...... banyak lagi port nak singgah.

Sunday, September 24, 2017

Ke Ipoh moh kita edisi ke 2 - Acara makan-makan pula



Assalamualaikum,

Dah seronok berjimba di Taman  Rekrasi Burung Lang,  kita orang ikut sue pi carik makan pula.  Selalu sue update kat FB kalau balik ipoh, mesti makan satay Endut lah dan macam-macam lagi agenda JJCM. Buat orang tergoda je tenguk. Jadi apa lagi moh le kita rasa Satay Endut.   



Tempat yang di tuju ialah Medan Selera Dato Tahwil  Azar atau nama femesnya taman kanak-kanak. Eijay asyik je kata taman kanak-kanak tapi kita orang tak nampak pun taman kanak-kanak.  

 Masa sampai ni dah petang. Sue kata adik dia dah berniaga jadi boleh lah rasa satay Endut. Endut ni kalau   orang muo kata buah hati sebab tu selalu usik 'hah ko pi berendut ya'  kalau sapa-sapa geng pi dating. .



                Hah tu dia penuh meja. Macam-macam ado.  Selain dari satay Endut, sup mamak Gerai Darus tu pun femes kat situ. Apa lagi order je apa mahu makan.


Tu signage gerai Satay endut dan Sup mamak gerai Darus. Macam-macam sup ada tapi kita orang makan sup ayam je. 


     Tada......... satay Endut yang kata Sue agak femes di Ipoh. Resepi  turun temurun dari aruah bapa Sue  dan kini adiknya pula yang mewarisi jualan satay tersebut. Satay ayam dan daging.


        Depan Rin mee kicap, depan aku sup mamak dan yong taufu. Pertama kali rasa mee kicap. Sedap sebab taugeh dia rangup. Bila makan krup krap emmmm sedap. Sup mamak tu pun sedap. Sup dengan daging ayam dia yang lembut tak payah ada apa-apa pun lawannya seperti mee ke meehoon ke cuma menghirup sup dia je dah sedap. Cuma pada aku kalau boleh buang sikit minyak ayam dia kalau tak lagi sedap. Kalau hujan ni hirup panas-panas emmmmm sedap.

                      Ais kacang dia pun sodap. hah tenguk ni kecur kan. Sebenornya rin yang order aku tumpang sekaki rasa. Ya lah kalau dah macam-macam atas meja takan semua nak order yang sama. Layan jus epal pun dah sodap. Lepas tu perabiskan sup mamak dan satay pun dah konyang.

  Ni sue kata air jagung tapi bila sampai dah macam abc. emm sedap juga lain dari yang air jagung biasa kita orang minum.


      Popiah basah entah sapa yang order buat balik. Sebab masing-masing dah kekenyangan belasah sup mamak dan satay endut, jadi yang popiah ni kita orang bungkus bawa balik. Tapi sedap nak habak kat hang. Tak pasti pulak kedainya yang mana satu. Sue yang tapaukan.

Dah kenyang semuanya, kak uda kata jom singgah kedai kasut sekejap sebab kasut dia dah ternganga. Jadi berhentilah kat kedai kasut. Kununnya nak cari seliparlah.

Dok belek sana sanun aku pulak yang sampai terbeli 2 pasang sebab rupanya kasut aku pun dah ada hura-hura nak ternganga juga tapaknya. hehehehe Kak uda cari selipar , aku yang rembat kasut sampai 2...hehehehehe dah jumpa yang berkenan baik rembat siap-siap kang nanges bucu katil kang.


Selesai urusan di kedai kasut nak pi mana pulak ya. Kaknoor sempat berwasap dengan Eila apa yang berlaku kat rumah pengantin malam tu. Kata eila macam-macam nak buat, jadi kita orang pun terus ke rumah pengantin kunun-kununnya nak tenguk apa yang berlaku sekali hah ko terus rewang sekali.
Alang-alang dah sampai kan terus lah ke rumah pengantin...ni kalau balik ke rumah sue emmm mesti dah malas nak keluar balik ,jadi terus lah pi rewang rumah pengantin.

Tu nanti aku sambung lagi.......tunggu...

Tuesday, September 19, 2017

Ke Ipoh Moh kita edisi ke 2 - Taman Rekreasi Gunung Lang

Assalamualaikum,

Haittt belum apa-apa dah edisi ke 2. hehehehehe sebenornya tujuan trip ni adalah menghadiri majlis perkahwinan penulis JS Adelia dan Penulis Kakinovel Areila di Perak. Edisi pertama tu bulan 5 yang lalu, menghadiri majlis perkahwinan penulis Jemari seni Adelia yang di buat di Seri Iskandar tapi cam biasa aku tak sempat karang lagi dan edisi ke 2 ni pula sebelum cuti raya haji yang lalu. Sambil tu JJCM le apa lagi.

Jadi kiranya sambil selam sambil minum air le kalau tak reti selam tersedak-sedak le. hehehehe pepatah petitih apa yang aku gubah ni. kalau Kaksu tau mesti kena tegur...rosak bahasa.  Kita orang start perjalanan pada hari Jumaat tengahari. Wasap sana washap sanun dah ada 2 geng kereta dan dah ada tempat untuk penginapan. Tuan rumah adalah Sue NB Kara yang merupakan pemastautin tetap di Ipoh sambil tu menjadi pendatang mencari rezeki di KL. alahaiii skema sungguh ayat aku.

Oleh kerana pagi tu aku ada check up dengan Doktor di Klinik Putrajaya, jadi terus je lah ambil cuti. Sebenornya dah apply cuti jumaat sampai raya haji tapi ada pulak orang tak puas hati aku tak update status kerja kat dia emmm jadi tak sokong walaupun big boss aku dah bagi izin cuti. Emm nampak gaya hari Isnin kena kerja le. Jadi lepas check up lepas tu bayar saman parking terus berdezup balik Ampang. Ngam-ngam sampai rumah pukul 11. Tup tap tup tap sampai ERL BTS pukul 12. Nasib baik bila call Kak uda rupanya janji pukul 12.30 dengan iejay....emmmm baru dapat bernafas. Dan akhirnya pukul 1 lebih kita orang pun memulakan perjalanan ke Ipoh. #Ke Ipoh moh Kita.

                                                           Mercu Tanda Bandar Ipoh


Kita orang singgah kat hentian R n R Tapah, buang air dan tambah air. Masuk dalam Starback order lah ni. Fuh mahal bebenor beb. Rasanya sekali ni je lah aku  order sebab dek kerana  tertarik papan iklan depan pintu masuk terus tergoda nak rasa. Sekali bila bayar hah ko ambik..baru terasa mahal.. masa order sedap je nak itu nak ini... maklumle aku ni orang marhaen je memang tak mampu nak minum kat starback selalu. Cukup lah sekali tu hah.

                                     Pemandangan sepanjang jalan. Banyak bukit Batu kapur

                                                Papan Tanda tahun Melawat Ke Perak 2017

Masuk ke Ipoh kita orang nak singgah ke Taman Rekrasi Gunung Lang.  Singgah kat stesyen Petron sebab Kak uda dah nak terkucil sangat. Sekali keluar dari Petron terus jalan, keluar balik jalan utama, sekali rupanya jalan masuk depan petron je tapi sebab simpang masuk sedang di baiki jadi terlepas jalanlah. Iejay pun terus pasang waze guna suara Altimet. Kelakor je bila dia kata " jalan depan 10 meter lepas tu u turn.... orang putih kata pusing balik"    yang best bila dah sampai je tempat di tuju...." hah sampai sudah". Kita orang gelak je dengar suara waze Altimet bagi panduan. Kelakor je ayat-ayat dia.

             Sampai sini bertemulah dengan Sue NB Kara dan Rin yang dah sampai awal paginya siap dah lepak dulu rumah Sue....so apa  lagi lah semua posing sampai lebam......sebab tempatnya cantik dan nyaman.
                                                 Ada cruise lagi menyeberang ke sanun.

Nampak ada orang yang turun dari cruise tanya lah penjaga jetty tu boleh naik lagi ke. Bila kata boleh je apa lagi lah semua kanak-kanak ribena ni berlari-lari membeli tiket. Rm 3 seorang. Sesekali dapat berjimba hah ko hepey bukan main. hehehehe

                                              Tak sabar nak naik boat. Jom jom


Perjalanan tak jauh nun kat sana tu. Tak rasa panas pun duduk eh dah sampai. Last boat pukul 6.30 petang. Jadi boleh posing sampai lebam ye. Memang banyak gambar kita orang ambil, kamera le selfie le.  


 Dalam tasik tu emm ikannya besor-besor. Kalau ada talapia tangkap buat sweet sour pun sodap tapi dek sebab besor sangat.....emmmm ngeri plak nak makan....erkkkk ada pulak fikir lagu tu... sampai sini memang kita orang explore sungguh taman tu sebelum balik pukul 6. Memang posing sampai lebam lah. Model pun memang aksi terlampau jadi memang mantap le model-model semua. hehehehehehe

         
Ala-ala gaya kanak-kanak ribena.  Amacam kita orang punya posing ada tak  gaya model terhangat aka model  tudung gaya asal boleh  kut...hehehehe kunun2nya le tu


             Ni atas model rumah Perak... yang kelakor kata rin model nampak lubang hidung...hehehee aka  lubang hidung siapa paling yang besor.....hehehehe


          Ni gaya pilih lah aku jadi teman mu.........hehehehehe... yang mana satu pilihan kalbu....hehehehe model kanak-kanak remaja nak masuk majalah je lagaknya.


    Ni aksi kunun-kunun balik kampung lah gitu.... padahal tadi baru aksi model lubang hidung sapa paling besor....


        Gaya eijay di apit panglimawati  5 sekawan....kunun zaman Hang Tuah gitu....hahaha apa-apa lah aku ni..... sebab tu aku kata kita orang memang posing sampai lebam ko.....tapi macam puas hati dapat berjimba dengan rin dan sue. Ni model rumah perak lagi . Best kan kalau duduk rumah lama style macam ni. Boleh lepak kat anjung sembang-sembang. Lepak kat tangga tu pun lagi seronok. Berderet dari atas sampai bawah cari kutu....sambil tu gosip ala-ala makcik bawang gitu. Bila part seronok hah ko gelak bagai mengilai-gilai....hahahahaha tu gaya dolu-dolu lah....kita orang takdee le lagu tu....sopan je bercerita. hehehehe

              Ni dari lensa handphone rin...naik menara 3 tingkat.  Aku takdele nak naik menara ni...huhuhu ada yang merangkak naik tangga... Nun hujung tu adalah pangkalan bot masa datang tadi. Tu sebab aku kata tak sempat panas punggung dah sampai.

Ni port tenguk ikan terenang-renang. Rupanya rin sempat beli makanan ikan. Jadi sambil beri ikan makan sambil posing....heheheheh


                    Gaya macam nak terobang je masing-masing tapi eh masih kat tanah....hehehehe

 Aksi spontan model-model hot terkini

                                                                  Jom selfie.... macam-macam gayo

               Ni apa pulak terdongak-dongak....ingat ada buah durian ke kat atas nun

Ni menara 4 tingkat yang depa naik... tinggi ko....  


Dah puas posing dalam pukul 6.00 petang ada bot sampai. Kita orang pun naik setelah puas pose ala model terhangat gitu. Sekali ada pulak group lain dek kerana takut bot yang last naikle beramai-ramai. ngeri juga sebab rasa bot macam dah penuh sangat. Janganle bot tenggelam....naya aku tak reti berenang ko... nanti habis ikan makan daging aku....huwaaaaaa bila kata ada lagi bot lain baru ada kumpulan lain yang turun kalau tak mahu semuanya naik....dah aku rasa bot tu makin sama paras air je....huhuhu ngeri rasa

Berselfie di parking lot.

                             Ada lagi kawasan kat parking tu yang cantik. Ni salah satu nya.

Lokasi di bawah kaki bukit......

Ikan dia memang banyak dan besor-besor....berkocak-kocak bila dia terjah makanan yang orang campakkkan

Ni yang di kaki bukit macam ada kolam. Cantik juga lepak kat sini....nyaman je

Selesai berjimba di taman Rekrasi Gunung Lang kita orang pun carik makan. Kesian Rin dari tengahari belum makan lagi..... ok jom kita jalan-jalan cari makan....jom