Showing posts with label Contest Pilibomba. Show all posts
Showing posts with label Contest Pilibomba. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Menang Contest Pili Bomba anjuran Blog Ondscene




    Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu  keputusan-pemenang-cabaran-foto-pili-bomba di blog encik ondscene akhirnya keputusan telah pun di perolehi. Dalam 14 foto Pili Bomba yang aku hantar alhamdulillah sangkut juga satu pada kategori 2 iaitu yang unik dan pelbagai. Dapat tempat ke 2 tu.  Memang berbalui lah selama ini mengejar Encik Ning aka Encik Pili Bomba ke sana ke sini. Dengan tajuk  bagaikan-dalam-taman memang sesuai lah dengan blog aku yang suka bunga-bungaan ni.

   Sebenarnya bagus juga Cabaran Foto Pili Bomba ni diadakan. Segala kesalahan yang telah di paparkan pihak Bomba boleh mengambil tindakan dengan kadar segera samada memperbaikinya atau di halang kesalahan yang telah di lakukan. Sebab selalunya orang tidak memperdulikan pun keadaan Pili bomba yang terdapat di kawasan perumahan atau di tepi jalan dan sebagainya. Malahan jika berhampiran dengan kawasan perumahan selalunya menjadi mangsa di anak tirikan ke atau lebeh dasyat lagi terus di hilangkan. emmm boleh ke? Tak pun di ghaibkan atau di jahanamkan fungsi kegunaannya. Bila kebakaran berlaku barulah nampak kegunaan dan kebaikannya Pili Bomba tersebut.  Masa tu nak salahkan siapa? Takan lah ahli bomba yang bertungkus-lumus nak memadamkan kebakaran tapi dek kerana Pili Bomba rosak kerja mereka pun terbengkalai atau menjadi lambat kerana terpaksa mencari punca air yang lain. Akhirnya bila lambat kebakaran di padamkan, mereka salahkan ahli bomba pulaknya padahal mereka yang mengabaikan keadaaan Pili Bomba tersebut. Dah terantuk baru nak terngadah emm betul ke peribahasa aku ni. hehehehe Apa pun sebagai rakyat yang perihatin sama-samalah kita menjaga Pili Bomba dengan sebaik-baiknya. Semuga ianya dapat memberi perkhidmatan yang baik buat semua rakyat di Malaysia.

Monday, April 25, 2011

Parking depan kedai kain


Lokasi: Jalan Bunga Tanjung 9b, Taman Putra, Ampang, Selangor
Tarikh 25hb April 2011 pukul 7petang

  Kali ini terjumpa encik Ning aka Pilibomba di hadapan kedai kain pula dan di hadapan shopping kompleks Paragon dimana terdapatnya The Store. Seperti biasa masalah parking di hadapan encik Ning aka Pilibomba.

Ni di ambil dari sudut tepi.



  Dan ini di ambil berhadapan dengan kenderaan yang telah menghadang encik Ning aka Pilibomba tersebut. Malahan selepas mengambil gambar tersebut ada sebuah kereta parking disebelahnya sambil membunyikan horn pada saya kerana saya menghalang dia meletakkan kenderaan disebelah kenderaan diatas. Nasib baik dia tak marah-marah saya kalau tidak saya ambil nombor kenderaannya dan saya tayang di dalam blog ini. hahaha.

Parking depan Restoren


Lokasi: Jalan Bunga Tanjung 8, Taman Putra, Ampang, Selangor bersebelahan dengan Paragon Shopping Kompleks.
Tarikh 25hb April 2011 pukul 6.55 petang

   Selepas sahaja melalui Public Bank menuju ke Paragon shopping Kompleks ternampak lah Encik Ning aka Pilibomba. Tersorok di sebalik deretan kereta yang parking di hadapan sebuah restoren cina. Restoren tu selalunya memang penuh dengan orang yang datang untuk makan.

   Oleh kerana Restoran tutup tiadalah kerusi meja menghiasi persekitaran dihadapannya. Hanya kelihatan sentiasa di sisi encik Ning aka Pilibomba kenderaan parking silih berganti kerana ianya berdekatan dengan shopping kompleks dan sudah tentu ramai orang yang mencari tempat untuk parking kenderaan mereka.





Pak Tam la pulak


Lokasi: Jalan Bunga Tanjong 6A, Taman Putra, Ampang, Selangor
Tarikh 25hb April 2011 pukul 6.45 petang

  Encik Ning aka Pili bomba ni sebenarnya asalnya berwarna kuning. Ianya terletak di hadapan Bank Public . Sebelum menjadi  Bank bangunan tersebut merupakan bekas kedai accesori kereta. Setelah di ubahsuai tiba-tiba saya tenguk dah jadi bank lah pulak. Mungkin semasa bengunan tersebut masih kedai accesori ada pekerjanya yang nakal menghitamkan encik Ning aka Pilibomba tersebut.



 Dan seperti biasa ianya tetap menjadi pujaan kereta untuk parking di hadapannya. Macam kereta Myvi hijau tu sebenarnya semasa saya mengambil gambar yang pertama dia belum ada. Selang beberapa minit terus sahaja tuannya parking di situ.

Ani...angkat kain jemuran, hari nak hujan


Lokasi: Jalan Bunga Melati 10, Taman Seraya, Ampang
Tarikh 24hb April 2011 pukul 7 petang.


Saya suka melihat rumah yang berwarna hijau ni sebab ubahsuainya cantik terutama tingkat atas. Semasa berhenti di Lampu isyarat di hadapan jalan besar sempatlah tenguk rumah ni jika kebetulan berhenti di hadapannya. Dahulu memang tak perasan Encik Ning aka Pilibomba ni ada di depan rumah tapi sejak   Encik ondscene lancarkan peraduan Pilibomba tiba-tiba ternampak lah gerangannya di bawah ampaian baju. Dan tiba-tiba saya terus teringat ayat-ayat power dalam cerita Pendekar Bujang Lapok dimana S. Samsudin  semasa dia menjirus bunga dek kerana asyik melihat anak Pak Mustajoo iaitu Rose terus tersiram atas kepala Pak Mustarjoo apa lagi  Pak Mustarjoo ingat hari dah hujan. Pak Mustarjoo pun cakap ' Ani, angkat kain jemuran, hari dah hujan'.  Cerita  Pendekar bujang lapok walaupun selalu di ulang siarannya tetap seronok di tonton.

  Dan akhirnya dapat juga mengambil gambarnya setelah lama dok pandang dan lihat dari kejauhan sambil mencari peluang jika tiada orang memang nak ambil gambarnya. Ini pun jenuh juga menunggu sebab ada jirannya berhampiran dok pandang kenapa saya berhenti di depan rumahnya.



  Ni ambil zoom tapi gambar tidak berapa jelas sebab hari hampir malam. Walau bagaimana pun memang sesuai lah dengan tajuk N3 sebab ianya betul-betul bawah ampaian baju. Kalau waktu siang sudah pasti tak nampak sebab di sembunyikan oleh baju-baju di ampaian.

Bagaikan tempat penyangkut sampah lah pulak


Lokasi: Jalan Bunga Melati 8, Taman Seraya, Ampang, Selangor
Tarikh: 24 April 2011 pukul 6.30 petang.


    Semasa melalui jalan sekolah Menengah Taman Seraya, Ampang ternampak lah Encik Ning aka Pilibomba ni. Semasa mula-mula melaluinya memang tidak perasan kalau ia merupakan tempat penyangkut sampah. Cuma perasan yang  pili bomba tersebut lain sikit sebab ianya tinggi daripada Encik Ning aka Pilibomba yang lain.


    Dan semasa melaluinya pada hari ahad selepas balik dari pesta buku PWTCc apa lagi lah terus berhenti ambil gambarnya. Sebenarnya melalui jalan tersebut merupakan serampang 2 mata, nak ambil gambar Encik Ning aka Pilibomba yang dah lama saya perhatikan malahan adalah dekat sebulan tapi sebab selalu ja masa tidak kena kerana ianya dihadapan rumah orang jadi semasa lalu jalan ini nampak lah Encik Ning aka Pilibomba yang lain dari yang lain terus ja lah ambil gambarnya. Sekurang-kurangnya terjumpa Encik Ning aka Pilibomba yang lain pula gayanya. Hai sonang sungguh tuan rumah ini ya. Dah ada tempat membuang sampah tetap guna Encik Ning aka Pilibomba buat penyangkut sampah. Agaknya takut anjing menyelongkar sampah tersebut maka di sangkut di tempat yang tinggi sebab kawasan rumah tersebut merupakan kawasan rumah orang cina yang sudah pasti banyak anjing berkeliaran.

Encik Ning aka Pilibomba depan CIMB Bank


Lokasi: Jalan Bunga Tanjong 9C, Taman Putra, Ampang
Tarikh: 21 April 2011 pada pukul 6.30petang



  Seperti biasa kalau Encik Ning aka Pilibomba diletak dihadapan bank, ruangan dihadapannya akan sentiasa dijadikan tempat parking haram samada kereta ataupun motorsikal yang menyelit dihadapannya kerana nak cepat berurusan dengan pihak bank.



  Dan seperti biasa fenomena itu akan berlaku pada setiap manusia yang hanya fikir diri dia sendiri sahaja. Nak cepat, tiada tempat nak parking, hah mana saje yang kosong hentam saje lah ya. Itu bagi manusia yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan undang-undang Encik Ning aka Pilibomba tersebut. Atau memang mereka tidak tahu bahawa sesiapa yang menghadang atau menghalang Encik Ning aka Pilibomba boleh di saman. Entah lah hanya mereka sahaja yang mengetahui.

Sunday, April 24, 2011

Bagai dalam gua



Lokasi: Jalan Bunga Tanjong 9C, Taman Putra, Ampang, Selangor
Tarikh: 30 March 2011 pukul 6.45petang

 Semasa nak singgah di Maybank untuk urusan mengeluarkan duit, ternampak le Encik Ning aka Pili bomba ni di simpang masuk. Belakang nya adalah restoran cina yang pada masa itu tidak di buka. Kesian Encik Ning  aka Pilibomba ni tersorok macam nak masuk dalam gua kecil belakangnya.


 Kedai restoran tersebut rasanya telah di ubahsuai untuk mencantikkan lagi restorannya. Mungkin dia tinggikan tempat siarkaki tersebut dan dibuat palang ditepinya. Ini menyebabkan Encik Ning aka Pilibomba tu jadi tersorok di sebalik batu dan ada lubang pulak tu.


  Ni dari sudut sisi, dan kebetulan pada masa saya mengambil gambarnya terdapat 2 kenderaan yang parking di hadapannya. Nasib baik lah orang didalam kenderaan tu buat tak tahu ja. Agaknya apa saja lah perempuan tu buat tempat kotor macam tu pun nak diambil gambar. hehehe


Kempas kempis kembung lalalala



Lokasi: Jalan Bunga Tanjong 6A, Taman Putra, Ampang, Selangor
Tarikh: 28hb March 2011 pukul 6.30pagi

   Encik Ning aka Pili bomba ini di temui semasa pergi kerja. Sebelum ini bila balik melalui jalan di hadapannya memang lah tak nampak bayang dia sebab di selindungi oleh kenderaan yang kadang parking di hadapannya.. Ianya berhadapan dengan kedai Kenwood yang merupakan kedai accesori kereta atau kenderaan tak pasti pulak saya.  



   Ok kenapa saya buat N3 dengan ayat kempas kempis kembung sebab jiran sebelahnya merupakan tempat sembahyang kaum cina yang pada fikiran saya sudah semestinya di penuhi dengan colok yang di bakar dan diletakkan di tempat sembahyang tersebut. Saya teringat cerita Siti Tanjong Perak yang menyanyi lagu tersebut semasa menaiki skuter wahid satay atau mat sentul tak pasti  walaupun sebenarnya saya dah lupa tajuk ceritanya dan bagaimana ayat lagu tersebut. Saya cuma terbayang andainya saya di sebelah tempat sembahyang tersebut dengan alunan asap colok tersebut huh sudah tentulah lubang hidung jadi kempas kempis kembung sebab menahan asap colok itu. Hehehe boleh ke macam tu?




   Depan kedai ni memang sentiasa penuh dengan kenderaan parking berhampiran encik Ning aka Pili bomba. Tapi oleh kerana masa kejadian adalah di waktu pagi jadi tiada satu pun kenderaan di hadapannya. Kalau tak memang penuh lah.


Wednesday, March 30, 2011

Bagaikan dalam Taman


Lokasi kejadian: Jalan Bunga Melati 6, Taman Saraya, Ampang, Selangor
Tarikh dan masa kejadian: 26 March pukul 7.30 pagi

  Seronok sungguh saya tenguk Encik Ning aka Pili Bomba ni di kelilingi bunga-bunga yang berbagai jenis. Wah bagaikan kumbang seekor di apit anak dara si bunga jelita nan merimbun. Dan semestinya harum semerbak je sebab haruman bunga ros serta bunga-bunga yang lain turut sama mewarnai alam persekitaran Encik Ning aka Pili Bomba ni. Ni kalau dah merimbun macam tu memang sah le Encik Bomba tak nampak pun kalau khidmat dan bantuan  Encik Ning aka Pili Bomba ini di perlukan. Tapi kalau saya pun memang suka saje dikelilingi bunga-bungaan yang berbagai jenis dan berbagai keharumannya.



   Taman bunga sekangkang kera ni di usahakan oleh tuan rumah tu. Melihat pada hiasan rumah tu rasanya tuan rumah adalah berketurunan cina. Selalunya yang saya perhatikan orang cina rajin menanam sayur-sayuran di tepi-tepi kawasan rumah mereka tapi kali ni mereka tanam bunga pulak.   


Hah tenguk tu sampai terlindung, dia main ba ba cak pulak di sebalik rimbunan pokok-pokok.


Tapi muskil saya adakah yang tinggi dan berwarna kuning bunganya adakah....... bunga taik ayam. Alahaiiiiiiiiiiiiii ... hilang sudah le harum semerbak taman tercemar dek bunga taik ayam. Ala kasim.

Tuesday, March 29, 2011

Tunggul depan Jalan TAR


Tempat kejadian: Berhadapan kedai Vinci bersebelahan dengan Sogo, Jalan Tengku Abdul Rahman, KL
Tarikh dan Masa kejadian: 19 March 2011 pukul 6 petang



  Masa aku pergi Jalan TAR ,nak cari novel terbaru di Kedai Minerva ternampak le model terhangat ni tercangguk depan Kedai Vinci yang menjual berbagai perhiasan rumah yang molek-molek dan mahal-mahal. Jalan TAR kalau setiap hari sabtu petang memang le sibuk apa lagi ada pasar malam di lorong belakang emm lupa nama jalan tu tapi nak sampai ke jalan Masjid India juga lah.

    Bila aku amati model terhangat ni alahaiiii siannya. Entah boleh berfungsi lagi atau tidak, sebab aku tak nampak pun petak 4 segi yang boleh di buka yang aku tak tahu pun apa kebendanya namanya tu untuk di pam air, hah tu  kena tanya ahli Bomba lah ye.. Entah-entah dah tertanam dengan batu pejalan kaki tu.



   Orang ramai sentiasa ramai lalu-lalang di hadapannya dan kenderaan bertali arus di jalan TAR. Model terhangat ni tetaplah menjadi penunggu setia bagaikan tunggul je di tepi jalan sebab dah tak boleh berfungsi lagi. Huh sungguh kesian nasib mu wahai Encik Ning aka Pili Bomba. 

Setiap Sabtu di Taman Melur Ampang


Tempat Kejadian: Jalan Melur 45, Taman Melur, 68000 Ampang
Tarikh dan masa kejadian; 19 March 2011 pukul 7 petang

  Model terhangat ni sebenarnya memang selalu jadi tempat parking kenderaan sebab ianya terletak di hadapan kedai runcit Kedai Serbanika Mr MZ Trading tetapi pada setiap hari sabtu, kawasan jalan tersebut adalah merupakan Pasar Malam Taman Melur. Jadi kiranya pada setiap hari sabtu ,siang jaga kereta, malam jaga pasar malam.

Tenguk lah tu sudah jadi tempat penyangkut air bungkus lah pulak. Tenguk lah dah sampai berlumut-lumut kawasan tersebut sebab bekas air basuhan ayam lah, ikan lah dan sebagainya.


Bekas-bekas warna merah yang berderet-deret tu merupakan tempat menyimpan ikan, ayam, sotong, udang bagi kedai serbanika Mr Mz Trading le tu.  Kiranya petang sabtu kedai serbanika Mr MZ Trading di tutupi oleh gerai-gerai yang berniaga pada pasar malam di sepanjang jalan Melur 45 tu. 

Photoshot bersama Model terhangat


Lokasi kejadian: Blok E7 Lobi 2, Parcel E, Putrajaya
Tarikh kejadian: 12 march 2011 pukul 10 pagi


   Chewah macam le terhangat sungguh model tersebut. Tapi bila menyertai Pilibomba Ondscene mestilah model tu, tak kira mana tempat atau ceruk mana pun tetaplah hangat sebab dia pili bomba dan tujuannya memadamkan api yang sentiasa panas dan hangat. Mengambil kesempatan sementara ianya masih hangat dek kerana pertandingan Pilibomba Ondscene, jadi aku pun terpaksa cari model untuk digandingkan dengan model terhangat ni. Akhirnya Sue menawarkan diri. Jadi kami pun mencari model yang terdekat dengan kawasan pejabat. Ambik ko tepi dinding pun jadi le. Ada nampak model kat bawah pokok tapi bateri kamera kong selepas sahaja habis sessi model tepi dinding ni jadi apa yang ado je lah.


Testing testing opss tersalah posing le. Alahai sue



Amacam ada gaya tak? hehehe Alahaiiii apasal le ko pakai selipar Jepun Sue, buat rosak gambar je.

Akhirnya yang terpilih adalah jeng jeng jeng

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Alahaiiiiii dia pilih gambo ni lah buat cover novel. huhuhuhu  

Sandarkan pada kenangan


Lokasi: Blok E2 Parcel E, Putrajaya bersebelahan dengan Auditorium
Tarikh dan masa kejadian: 16 March 2011 bersamaan 11 pagi

 Model terhangat ni saya jumpa semasa melalui Blok E 2 dan melihat cara keadaan Cik T (Tayar) yang menyandar pada Encik Ning (Pili Bomba warna kuning sama nama macam Ning Baizura sebab dulu masa kecil sakit kuning  dapatle nama Ning opss dah pecah rahsia...ampun Ning Baizura hehehe) membuatkan saya teringat lah pulak lagu Jamal Abdillah dan Siti Sarah. Sebenornya saya lebeh suka lagu Sandarkan pada kenangan tu di nyanyikan oleh Jamal berduet dengan Ogy Ahmad Daud versi Azura dolu-dolu maklum le sayakan suka Retro... hehehe jadi memang cantik le adegan sandar menyandar ni. Tak nampak ke siap ada pengadang plywood tu... oooooo konon-kononnya nak menyorok dari orang ramai yang lalu-lalang ye. Amboiiiiii bukan main yek.


Encik Ning  -  Kenangan manis kau dan aku
                      Takkan terluput
                       Duri ranjau dalam bercinta
                       Lumrah dunia

                       Sayang menyayang
                       Cinta dikenang
                       Perasaan menjadi rindu

Cik T         -   Oh...
                      Lihatlah diriku yang kehilangan
                      Tanpa kasih mu sayang
                       Siapalah aku

 Alahaiiiii dah macam citer hindustan lah pulak sat lagi tergolek-golek lah pulak.....hehehehe

 


Alahaiiii kantoi lah pulak depa dating tepi sampah. Huh hampeh sungguh.


   Laaaa kete tu sikit punya baik parking sebelah Encik Ning. Ni kalau le ketahuan dek Menteri Kesihatan Datuk Sri Liow Tiong Lai ni huh mesti kena hamput punya lah, mana taknya Blok E2 ni berdepan dengan pejabat Menteri Kesihatan Blok E7 Parcel E, Putrajaya. Dia sikit punya promosi satu malaysia hapuskan Nyamuk Aedes tapi depan opis dia sedap je depa ternak nyamuk Aedes. Hish hish nak kena report ni. Nanti satu bangunan kena fogging la pulak. Alahaiiiiii



Update terkini lokasi yang sama bertarikh 29 March 2011 pada pukul 11.15pagi:




 Pada tarikh seperti diatas, nampak lah semua yang tidak berkenaan telah di bersihkan. Malahan cik T aka Tayar pun dah tak nampak batang hidungnya erk bayangnya. Cik T aka Tayar tiada hidung lah dia cuma ada bunga tayar ja. 




Nampak bersih dan bersinar-sinar keadaan sekeliling. Kepingan plywood pun dah di alihkan ke tepi dinding.


Update terkini bertarikh 8 April 2011 pada masa 12.15 tengahari lokasi yang sama.



  Pandang sekali lagi. Anda nampak apa yang saya tak nampak? Minggu lepas ada sekarang dah tak ada? Hah dah tak adakan? Biar betul? Baru minggu lepas saya ambil gambarnya sudah dibersihkan,  takan lah pada kali ini sudah hilang. Adakah ada mahluk asing menelannya. Wow...ataupun adakah ianya sudah ditamatkan riwayatnya. Why, why ,why?



Jenguk lebeh dekat lagi. Hish ada nampak  kesan berlubang di tempat Encik Ning aka Pilibomba.



Wah betul lah encik Ning telah di tamatkan riwayatnya. Laaaa apasal lah pulak. Adakah ianya telah menjadi tempat parking dan kerana itu Encik Ning aka Pilibomba tersebut telah di tamatkan riwayatnya. Huwaaaaa kenapa lah pulak. Aduhaiiii sedih ni sebab encik Ning aka Pilibomba tersebut besar khidmatnya jika kebakaran berlaku. Memang kena badi sungguhlah sebab memang tinggal kenangan sungguh. Mula-mula bersandar pada kenangan tapi kali ini memang tinggal kenangan sungguh. Rasa bersalah pulak dek kerana saya adakah ianya di tamatkan riwayatnya supaya Pihak Bomba tidak boleh mengambil tindakan pada penghuni Blok tersebut atau kenderaan yang parking di tempat tersebut. Saya cuma nak masuk pertandingan  Ondscene bukannya nak suruh tamatkan riwayat Encik Ning aka Pilibomba tersebut. Salah ke tindakan saya? Aduhai sedih ni sedih sangat walaupun ianya benda tidak bernyawa tapi kena kenangkan juga jasa dan keperluannya jika kebakaran berlaku.







Thursday, March 10, 2011

Masalah parking d Putrajaya

Model terhangat di pasaran

Tenguk lah berderet-deret kenderaan di sepanjang jalan di belakang Blok E 1 dan E2.
Ni lah model terhangat di apit oleh 2 buah kenderaan

Belakang Blok E2


Masalah parking di putrajaya sejak dahulu merupakan isu yang selalu menjadi berita hangat di kalangan penjawat awam di putrajaya terutamanya bagi kakitangan yang bertugas di Parcel B, C, D dan E. Apa lagi sejak parking lotnya telah di kenakan bayaran bagi parking lot awam huh lagi lah jadi masalah besar. Pada aku lah yang hanya kerja cabuk je ni memang le jadi masalah besor sebab takde parking lot sendiri. Hah pegawai-pegawai Besor tak de heran punya kalau parking lot tu kena bayar ke apa ke sebab depa ada parking lot sendiri. Kalau parking kira masa huh kopak le nak bayar duit parking dari pukul 8 ke pukul 5, lain le kalau perentry. Masalahnya kakitangan sendiri pun tiada parking lot dan kerana itu lah sepanjang jalan masuk ke parcel E berjejeran kereta, baik yang mahal ke ,yang murah ke, yang kecil ke, yang besar ke malahan selagi boleh selit huh selit le asalkan jangan bercium bumper 2 bumper udah le. Tang tu nasib badan le ye kalau tiba-tiba terkemik sana sini body kenderaan tu.

Parking di basement hanya layak bagi kakitangan pegawai yang besar-besar tapi bagi kami yang hanya kakitangan sokongan ni hanya mengemis simpati menumpang di tepian jalan di sepanjang jalan di parcel E. Oleh sebab itu aku kena keluar awal setiap pagi sebab nak chop parking lot di belakang Blok E1 dan E 2 ni. Kalau lambat je huh meronda le sekeliling parcel E mencari tempat kosong. Silap haribulan huh menangis le takde tempat parking sebab semua dah penuh.

Dan pada 25hb februari baru-baru ni aku dan geng nak pergi ke Bangi maklum le hari Jumaat , masa berehat panjang untuk bersantai dan semasa sampai di kereta tiba-tiba aku ternampak model terhangat di pasaran. Ya allah dah bertahun aku parking di belakang blok E2 tu aku boleh tak perasan model tu tercongok kat tepi jalan. Apa lagi lah dah sah le ianya menyalahi undang-undang sebab kereta memarkir berhampiran model terhangat tersebut , aku pun apa lagi le kidnaple gambar model terhangat tu. Huh ni tak boleh jadi mesti di war-warkan pada Ondscene untuk makluman terhangat ni. Member pun heran apasal le aku  terhendap-hendap ambil gambar model terhangat tu . Bila aku tunjukkan gambar model tersebut , member semua gelak. Huh sabor je lah aku. Tak pa , tak pa kut gambar yang aku kidnape tu boleh menjadi tatapan ondscene  aku tak kisah. Kali ni aku mesti war-warkan juga. Jadi sekian lah sahaja masalah parking di putrajaya. hehehehe macam melapurkan berita dunia aje kan kan kan.