Showing posts with label Tangkak. Show all posts
Showing posts with label Tangkak. Show all posts

Monday, March 13, 2023

Ngeport dan Ole-ole

 



Assalamualaikum,

NGEPORT & OLE-OLE

Daerah Tangkak bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat yang menarik malah makanan di sana juga sedap-sedap belaka. Jika anda seorang food hunter, daerah Tangkak adalah salah satu tempat yang wajib anda kunjungi.
Di Tangkak, anda boleh mencari makanan yang unik,asli dan tradisional di sekitar kawasan Tangkak bersesuaian dengan cita rasa masing-masing.
Oleh itu, dengan adanya kod QR NGEPORT & OLE-OLE yang serba moden ini, semua maklumat berada di hujung jari anda.

Kredit fb Amazing Tangkak

Ni kiranya promosi bandar Tangkak. Tangkak dulu femes dengan kain. Bandar Tangkak yang kecil tu bagaikan pekan langkawi sebab rombongan bas berbondong-bondong datang. Yang kelakornya kedai basikal pun jadi kedai kain. Emm ni kiranya nostalgia sewaktu dahulu semasa belum femes dengan Nilai 3 dan kedai Jakel dan Kamdar. Sekarang bandar dah sunyi tapi kedai kain masih ada lagi. Aku pun dah lama tak shopping kain baru. Ni nak raya tempahan dah tutup. Pakai je lah baju yang ada yang tak boleh melaram masa PKP dulu. hehehe Guna apa yang ada. Kena jimat cermat.

Wednesday, January 11, 2023

Sunday, January 8, 2023

Mee Siput Kak Chik area Tangkak

 




Mee siput dengan sambal tumis......krup krap krup krap



Macam ni lah rupanya buat mee kuning. 




Mee kuning di masuk dalam acuan kecil-kecil



Lepas tu di jemur sehingga kering



Ni mee siput yang telah di goreng dengan sepaket kecil sambal tumis

MEE SIPUT KAK CHIK

Mee Siput merupakan antara makanan yang terkenal di kalangan penduduk tempatan di Johor khususnya di Tangkak dan Muar. Secara tradisi, Mee siput yang digoreng rangup dimakan bersama sambal tumis itu sesuai dijadikan menu minum petang.
Tambahnya, produk mee siput yang dihasilkan turut mendapat sambutan hangat dari pelanggan yang berada di luar Johor seperti Kedah, Perlis serta Kuala Lumpur.
Selain itu, ramai pelancong dari luar negara yang berkunjung ke daerah itu pasti singgah ke kilangnya untuk melihat proses pembuatan mee siput.
Jika datang ke Daerah Tangkak, jangan lupa borong Mee Siput Kak Chik!
Untuk tempahan :
MS Kak Chik Enterprise
📍KB 6B Lorong 1, Kg. Sawah Ring, 84700 Gersik, Tangkak, Johor
Phone : 019-6276570/ 019-6276578

Kredit Amazing Tangkak FB


Assalamualaikum,

Hah sapa pernah makan mee siput. Kalau area Muar dan Batu Pahat kudapan ni memang legend lah. Sebab aku dah kenal mee siput ni dari sejak zaman sekolah lagi. Makan dengan sambal kicap atau pun sambal tumis. Tapi yang sedap tu mee siput dalam plastik kecil lepas tu hancurkan dan tambah dalamnya sambal tumis atau sambal kicap. Gaul semua sebelum di makan. perghhhh sodap. Kalau sambal kicap tu dia cair-cair.....sodap. hehehehe

Dulu-dulu belum ada jualan yang dia orang dah siap-siap goreng lepas tu ada sambal tumis. Sekarang dah moden siap dah di goreng dengan penyedapnya lagi. Jadi tak payah susah-susah nak mengorengnya. Ala kalau nak goreng dia pun sonang macam kita goreng keropok tu hah biar goreng terendam. Hah nanti dia kembang balik kan sebelahnya . Bila dua-dua bahagian dah kembang hah angkat le. Jangan sampai hitam dan hangus tak sedap mee siputnya.

Kalau aruah bapak aku pula suka mee siput kering tu di pecah-pecahkan nya dalam pengat pisang ke pengat keledek. Masa pengat tu masih panas atas dapur hah pecah-pecahkan mee siput tu dalamnya. Nanti dia kembang dan masak.....hah sedap. Pengat nya kena ada sagu biji. Baru mantul.

Tapi ada juga orang buat mee siput tu masak sizling.....hah tang ni aku tak pandai dan tak pernah lagi makan.

Orang belah utara kenal Mee sanggul tapi mee dia jenis halus sikit daripada mee siput. Aku pun ada juga nampak mee sanggul tu.

Kalau kat muar ni ada macam-macam jenis mee siput. Tapi aku selalu kirim Kak Ijah kakak kat Parit Sulong tu mee Siput dari Sg Balang Muar. Mee siput dia bila goreng ranggup sikit dari mee siput yang lain. Ada setengah mee siput tu walaupun dah goreng dia keras sikit. Hah tu bezanya.

Lepas tu dia ada size kecil dan size besar, Kalau size kecil tu ok le. Tapi bila size besar hah penuh kuali semasa mengorengnya.