Wednesday, October 6, 2010

2 hari bersamaan dengan 13 jam

   Fuyooo sikit punya lama tu. Itu lah perjalanan yang aku kena lalui untuk sampai ke Tanah Ratu. Tapi hari isnin sebelum aku berangkat tu memang sungguh mendebarkan aku. Apa tidaknya seharian Isnin yang sungguh menyibukkan aku. Malahan nyaris saja aku hampir terlepas check in hanya kerana aku tersilap perhitungan. Aku ingatkan pukul 12 malam rupanya pukul 11 dan sewaktu pukul 9 aku masih lagi berada di Pucung. Fuh haru sungguh. Nasib baik sempak checkin melalui talipon.


  Tapi pada siangnya memang hari yang sungguh memenatkan aku. Mana tak nya memikirkan nak meninggalkan savwy kesayangan ku yang sejak akhir ni sungguh susah untuk start aku pun pergilah servis. Oleh kerana dah sampai tempuh untuk tukar timing beltnya jadi memakan masa juga lah. Bayangkan dari pagi sampai tengahari masih tak siap lagi. Duit masih lagi belum tukar. Huhuhu haru sungguh menunggu begitu lama. Selesai je aku terus zoom naik LRT ke Jalan TAR. Tapi kedai money changer yg biasa aku tukar dah tukar nama dan tuannya malahan duit pound sterling dah kehabisan stok. Alahaiiii macamana ni. Terpaksa aku tanya kedai lain yg ada sekitar jln masjid India. Hanya dapat tukar 2 k untuk 4.92 . Laaaa mana cukup. Belanja kat sanun tu mahal. Last aku pun masuk Mydin. Ingatkan nak beli keychain untuk org UK tapi tak jumpa terjumpa periuk nasi yg paling kecil. Huh sapu jele terus aku balik. Beg baju belum kemas lagi ni. Hanya susun je barang apa yg nak di bawa. Sempat lagi tu singgah Minerva rembat novel KN yg terbaru iaitu Gelak tergolek dan novel Alaf cinta 3 suku. Aku beli juga novel kak anis kisah percintaan Wina dan Shafi di UK sebab yg aku beli entah pada siapa dok gembur tak jumpa. Lagi pun aku nak baca semula novel tu kut ada info yg berguna untuk aku.

   Sampai rumah dah 6 lebeh. Apa lagi kelam kabut le mengemas beg. Pungah sana pungah sini. Agak2 tak penting keluarkan. Agak2 perlu masuk balik. Pukul 8 hafiz dah call bila aku masih lum keluar rumah lagi. Sepatutnya kul 8 aku dah ada kat puchong sebab sampai rumah hafiz dia yg akan hantar ke airport sambil bawa sawy aku balik. Rupanya hafiz minta balik awal. Aku pun apa lagi le berdesup ke puchong. Huhu dah kul 8.15 ni Sambil tu kak kam dah call. Dia dah ada kat airport tapi aku tak muncul lagi. Alalala camno ni. Aku cakaple on the way padahal masih d area ampang lagi. Berdesup le aku bawa kete ke puchong.

 Kul 9 baru aku sampai puchong. Tukar drebar. Hafiz yg bawa aku ke KLIA. Kak kam call lagi bila aku masih tak sampai lagi. Bila aku kata masih ada di Puchong dia dah risau. Masa tu le baru aku perasan yg aku dah tersilap time. Mati2 aku ingat kul 12.45 baru terbang rupanya kul 11.45 alala. Kak kam sempat sms no talipon yg boleh aku call untuk check in sementara sampai ke KLIA. Apa lagi dalam perjalanan tu aku pun call airport untuk checkin nama. Dia kata last untuk check in 1 jam setengah. Tapi dah call tuk check in nama dah lega lah cuma nak masukan bagasi je.


  Kul 10 hafiz sampai kat airport aku pun terus le berdezup masuk. Kak kam dan family sedang menunggu di kaunter D. Huhu sempat lagi. Bila tenguk tempat duduk rupanya aku nun kat depan. Depa berdua kat belakang. Mungkin kerana mereka extend seminggu lagi tuk balik manakala aku selesai je terus balik tu yang agaknya tempat bertukar. Tak pe le janji dapat duduk. Dr Elyas dah check in dari kul 5 lagi. Amboiii cepatnya. Selesai masuk bagasi dan dapat pass masuk kami pun terus je daftar masuk. Pi lepak jap kat lounge club nampak Dr Elyas pi le lepak tempat dia. Sempat le makan nasi sebab dari petang  lagi aku tak sempat nak makan. Minum air je dek kerana terkocoh2. Huh padan muka silap planning lagi. Dalam kapal rupanya aku dok dgn Lawyer. Encik Budiman namanya. Memang orangnya budiman. Dia dah penah dok 10 tahun kat UK jadi dah biasa le. Ni pun sebab sambung belajar ambil PHD. Fuyooo caya lah. Macam-macam le aku tanya maklum le aku tak penah jejak kaki lagi tapi bagus juga le info yg dia bagi. Macam makanan yang aku bawa dok risau takut kena rampas. Sekali kata Encik Budiman tak pe lah sebab flight kami sampai pagi kat London dan kastam dia pagi2 masih tidur lagi jadi gerenti lepas le. Huh lega. Maklum le aku bawa serunding, nasi himpit, biskut raya lagi sebab tu yg pening susun barang tu.

   Menu pertama dlm MAS ialah satay. Wah encik budiman menambah sungguh makan satay. Lepas tu makan nasi beriani kut sebab ada ayam masak merah. Kalau dok dgn kak kam memang aku dah shot apa yg aku makan. Ni dok dgn org lain malu le. Selesai makan semua apa lagi beradu le. Tapi tau je lah 13 jam tu. Tidur bangun tidur bangun tak sampai lagi. Hish sampai kejang rasa punggung. Nasib baik le depan sekali dan toilet depan mata senang le keluar masuk toilet tu. Bagi luruskan kaki sat. hehehehe

  Akhirnya pukul 5am 14hb  kami landing di Heathrow. Selesai ambil beg lalu kastam memang betul takde kastam pun dok tunggu kami. Kak kam lagi le siap bawa satu kotak makanan. Jadi selamat le. Rupanya ada kawan lama kak kam yang menjemput kami bertiga. Malahan di bawa ke Malaysian Hall lagi. Tapi oleh kerana hari pagi lagi dan malaysia hall buka pada pukul 8 pagi terpaksa le kami menunggu. Kawan kak kam belanja nasi lemak dan teh tarik sebelum kami di bawa ke rumahnya. Sembang lama juga lah di rumah kawan kak kam tu.

Depan airport Heathrow

                                                 Subuh sapieee sampai london

Terpaksa kuarkan angin sikit sebab tegang sangat nak bawa barang berat2 hehehehe


Depan Malaysia Hall ada hotel dengan dilingkungi bunga yang sedang mekar....geram




Bangunan depan malaysia Hall

Geramnya tenguk bunga di Byron Hotel nun

Walaupun nak masuk musim winter bunga masih lagi berkembang



Aku dan bunga geram memang geram hahahaha


Bendera Malaysia berkibar megah

Byron Hotel



Malaysia Hall


                                                   Nelum buka lagi jadi menangguk le depannya.

Depan Malaysia hall Hotel Byron. geram tenguk bunga berkembangan

  Malaysia Hall


                                  Telah di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2004 rupanya

Marilah masuk


Kawan kak kam dah bertahun dok UK. Bayangkan dari pada  student lepas tu kahwin daripada anak kecil dah besar dan dah kerja rasanya 30 tahun lebeh kut. Masa kami singgah rumahnya, mak En zainal pun ada. Rupanya mereka berdua orng Muar. Isterinya dok Jalan Abd rahman kut tapi area kat sekolah SAB gitu. Manakala En zainal orang Panchor. Kesian mak en zainal dah rindu nak balik malaysia. Ni gambar aku ambil semasa mak En zainal menyidai baju di verandah rumahnya.

                                                         Di verandah rumah En Zainal

                                     Encik Zainal sekeluarga tinggal di Talbot Road.



Tengaharinya En zainal menghantar kami ke Hotel pertama kami iaitu Hotel 4 season. Rupanya depan hotel merupakan rumah sewa lama kak kam semasa di London dulu. Dah 10 tahun keadaannya masih sama. Cuma kata kak kam club sebelahnya dah tutup dan dah jadi sekolah. Tapi yang aku tak tahan di sini ialah naik tangga. Sikit punya tinggi dan kami tingkat ke 2. Huhuhu belum apa-apa aku dah sakit kaki. Hotel ok semuanya ok dan dekat dgn RCP. Besok akan bermula hari bekerja kami selama di UK. Malamnya aku masak nasi menggunakan nasi impit ADAbi. Hehehe tak dapat agak jadi nasinya lembek. Layan dgn serunding dging dan ayam khurma Chef wan serta sambal goreng kak kam. Walah je sebab dah lapor..... akhirnya aku dah sampai dan jejak kaki di Tanah Ratu.