Assalamualaikum,
Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Showing posts with label bunga-bungaan. Show all posts
Showing posts with label bunga-bungaan. Show all posts
Monday, July 14, 2025
Sunday, December 17, 2023
Orkid Putrajaya - Taman Botani
Assalamualaikum,
Jom tenguk bunga orkid. Sapa suka tanam bunga orkid hah kena pergi ni. Macam-macam jenis orkid ada. Nak cuci-cuci matapun boleh. Seronok tenguk bunga mekar di sana sini.
Kita orang pergi ni hari Ahad semalam. Acara start pada 14hb Dis sehingga 20hb Dis 2023. Masa pagi tu nampak le orang ramai pakai tshirt larian. Oh ada juga larian rupanya.
Thursday, September 1, 2022
Royal Floria 2022 di waktu malam
Assalamualaikum,
hah semalam dah tenguk yang di siang hari. Rupanya yang malam lagi cantik sebab berwarna-warni. Kalau seseiapa yang belum pergi jom lah. Tarikh dah di lanjutkan kepada 6hb September 2022 sebab cuti sekolah kan. Hah apa lagi jom lah jom lah jom lah.
Apa hal le si model tu dok ngayat si kuda 2 ekor ni sedang berdataing. hehehe
Ni cantik kan....Macam masjid Kuala Kangsar je warna kuning Diraja.
Bunga balung ayam ni bila banyak-banyak merah sangat Mak ngah
Bila ada asap macam tu di tengah malam emmm aku bayangkan cik ponti berayun ayun atas buaian......larikkkkk
Yang ni aku tak nampak pulak kat area mana.....warna warni sangkar burungnya.
Lampu kat tiang tu cantik bagaikan baju meliputi kulitnya....apa le aku punya umpamaan ni.
Petugas barisan hadapan....zaman covid ni mereka lah wira tak di dendang...nampak mata je 2 butir
Yang ni kat area spin wheel tapi kali ni dia tak letak benda tu semua. Tarikkannya ialah lampu yang berjuntai tu. Macam titisan hujan berwarna biru kan....emmm terus biru mata hitam ku.....aiyakk
Suasana indah di malam hari
Macam nak bentuk bulat kereta kuda dalam citer Cinderella.....pukul 12 malam nanti ting tukar jadi buah labu....tapi tu le tak nampak tikus tukar jadi pengawal kuda....aku punya imaginasi bukan main.
Laluan pejalan kaki tu memang cantik bila siang...bunga-bunga kuning merimbun disebalik gerbang
Suasana malam sungguh indah dengan kerlipan lampu berwarna warni
Rasanya kalau pergi malam suasana malam memang sungguh indah tertarik ko memang debom le Floria....hehehe meh meh meh apa lagi.
Kredit gambar tourism Malaysia
Royal Floria 2022 di Putrajaya
Assalamualaikum,
Yeh Floria datang lagi, kali ni balik ke tempat asalnya. Tahun 2020 buat kat Taman Botani dan di tempat baru tapi aku tak pergi sebab parking susah dan nampak banyak bukit kena di daki dan lurah kena di turuni....hehehe. Entah kenapa bila tukar tempat tu malas pulak nak pi tapi Kak Jal dengan julie pergi juga. Sebab Kak Jal peminat bunga hah mesti lah datang tenguk. Tapi kata dia tak pusing semua sebab tempatnya banyak bukit dan tak larat nak jalan semua tempat.
Tapi kali ni bila kata balik ke tempat lama...hah gigih ko nak pergi malahan selepas je balik kampung terus je pi homestay julie kat putrajaya.
Kali ni macam-macam ada malahan ada kawasan yang luas untuk berpiknik dengan anak-anak. Siap ada zoo lagi....hah apa lagi mesti budak-budak suka.
Kalau nak tahu berkenaan Floria boleh le pi sini Sejarah bermulanya Floria di Putrajaya
Tempat ni memang aku suka tenguk. Oleh kerana bersempena bulan kemerdekaan hah jalur gemilang menjadi hiasannya. Tema tahun ni bunga Orkid. Dalam banyak-banyak deko gergasi atas jalan ni aku suka yang payung warna-warni. Boleh le bergambar atau berselpie sampai lebam. aiyakkkk
Malahan semasa ambang merdeka ada pertunjukan pentas dan juga bunga api. Malahan bila malam memang lagi cantik lah dengan lampu warna-warni.....huhuhu tapi kita orang tak pi...hanya tenguk bunga api dari tingkat 9 bangunan kuaters di Putrajaya. hehehehe jadi lah ye dah sah le jalan akan jem dan orang ramai.....tak larat nak pi.
aku tayang le gambar bunga-bunga sedang mekar berbunga supaya hati semua yang memandang pun bermunge-munge....hehehehe bukan aku sorang ye yang hati bermunge-munge.
Bunga ni macam bunga butang tapi bila banyak-banyak ala-ala tomeinya...
Oleh kerna tema bunga orkid jadi banyak juga bunga orkid disana sini. Dengan hiasan pokok ati-ati...cantik pulak
Kekwa ni pun cantik....alahaiiiiii rasa kembang di hati pulaknya
Ada hiasan macam ni di sepanjang jalan. Cantik sangat tapi orang ramai lalu lalang jadi susah nak ambil sorang
Geram kan tenguk orkid macam-macam jenis....plak tu berbunga semuanya. Bila tanam huh nan ado le nak bunga banyak-banyak camni.
Ni macam species bunga tahi ayam tapi katanya bunga marigold....emmm ye kut macam warna emas kan.
Orkid lagi
Ada pertandingan bonsai juga....macam-macam jenis bonsai....harga pun kalau jual emmm memang kayangan ler
Kami masuk Pavilion sebab beraircond. Rupanya ada pertandingan gubahan antarabangsa. Macam-macam negara. Jerman ada tu yang aku ingat le.
Kat pintu keluar pavilion ada la mesin jual coin tema orkid harga RM40. Kak Jal kata daripada beli ni baik le beli bunga. hahahaha orang yang sebelah kami gelak je dengo kata Kak Jal.
Ada juga jualan pokok-pokok.
Dah habis keliling kami balik ke pangkal jalan tenguk tempat jualan pokok -pokok pula. Tapi rembat tak banyak.....setel semua kita orang pun balik. diam tak diam masuk pukul 10 hampir pukul 12.30 hari kita orang keluar. Tu pun sebab jem nak dekat 1 jam juga tunggu julie jemput sebab parking jauh.
Hah sapa yang belum pi jom lah. Tarikh dia 29hb Ogos 2022 sehingga 4hb September 2022. Harga tiket dewasa dalamRM15. Boleh beli kat kaunter tapi kalau nak cepat beli online je. Sebab kadang kat kaunter orang ramai.
Sunday, November 13, 2016
Pasar Sabtu di Pekan Parit Sulong
Assalamualaikum,
Alhamdulillah akak yang Sulong yang menunaikan Fardu Haji ke Mekah 2 bulan yang lalu sudah selamat sampai di tanah air. Flight dia orang sampai pada 22hb September 2016. Aku ada jemput kat KLIA dan hujung minggu tu balik ke rumah akak kat Parit Sulong Batu Pahat. Masa kat KLIA tu jumpa sekejap je jadi hari Jumaatnya selepas balik kerja terus pergi ke Parit Sulong. Nak dengar cerita akak masa kat sana sambil tu boleh cilok jap ke PekanParit Sulong sebab dah lama tak jenguk Pasar pagi dia. Suka pergi Pasar pagi Parit Sulong tu sebab macam-macam produk kampung ada. Sayur-sayuran murah, makanan murah malahan akak aku cukup suka beli bunga orkid potong yang katanya murah. Hah macam kat atas tu... cantik tak? Huh mahu rambang mata tenguk.
Labels:
bunga-bungaan
Location:
83500 Parit Sulong, Johor, Malaysia
Friday, June 3, 2016
Floria 2016 - Magical World Of Floria
Assalamualaikum. Selain daripada pameran bunga terdapat juga magical world of Floria. Tiket masuk harga lain ya. Tapi kureng sikit lah. Alam lautan dengan mermaid serta alam sekitar yang perlu di pertahankan. Tahun lepas best ada 4 musim tapi orang yang beratur ramai tak dapat lah tenguk. Kali ni tak ramai rupanya tak best sangat pun.Tapi dah masuk ok lah.
Thursday, June 2, 2016
Floria 2016 - Bonsai dan Kemboja
Assalamualaikum,
Wah rajin bebenor letak entry pasal bunga. Boleh buat tajuk tertentu lah pulak ya. hehehehe. Takpe layan je mata memandang ya.
Selain daripada pertandingan gubahan dan lanskap terdapat juga pertandingan Bonsai. Fuh cantik dan mahal ko. Cuma lanskap pada tahun ni macam kureng cantik. Tahun lepas serata tepi tasik tu, lanskapnya cantik-cantik. Bila malam dengan lampu memang menawan lah pemandangan di tepian tasik. Kali ini macam tak banyak peserta yang ambil bahagian.
Labels:
bunga-bungaan,
Floria
Location:
Putrajaya, Putrajaya, Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpeg)













































