Showing posts with label Fahrin Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Fahrin Ahmad. Show all posts

Thursday, May 14, 2015

Fahrin Ahmad dah kahwin


Assalamualaikum,
    Alhamdulillah akhirnya Fahrin Ahmad dah kahwin. Suka sangat bila diwar-warkan Fahrin Ahmad nak nikah pada harijadi dia 9hb Mei yang lalu. Dengan episod percintaan 2 orang artis sebelum ni akhirnya dia pilih orang biasa je. Masa di melodi hari Ahad tu , bila dia cerita mengenai percintaan dengan isterinya bagaimana ianya bermula macam sweet je. Jodoh itu perancangan Allah SWT. 

  Pernah kenal semasa belajar, lepas tu berjumpa balik setelah berpuluh tahun,  berkenal semula.... tup tup nak nikah. Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan.  Bagus Fahrin ni sebab dah 2 kali aku join majlis bersama peminat semasa birthday dan semasa majlis berbuka puasa dulu. Mementingkan keluarga dan seorang bapa saudara yang penyayang pada anak buah dia. NI dah kahwin semuga menjadi seorang suami dan ayah yang penyayang pada isteri dan anak-anak. 




Apa pun semuga Fahrin bahgia bersama isteri dan bahgia sehingga ke Jannah.

Monday, August 11, 2014

Sabtuday sakan layan Fahrin Ahmad je




Assalamualaikum,

Wah ayat tak boleh blah punya lah. Kiranya hari sabtu 9hb tu memang sakan le layan drama lakonan Fahrin Ahmad dari pagi santak sampai malam sebab ada 3 drama lakonannya. Pagi pukul 9.30 cerita Bukan cinta Monyet. Kiranya ini ulangan sebab dah pernah di siarkan dalam slot cerekarama tv3. Selepas tu pukul 11.30 pulak Abang Samseng jemur kain dan malamnya pula Yes Boss Raya sambungan dari cerita Yes Boss. emmm melongap-longap le layan Fahrin Ahmad sampai ke malam. Sakan ko... hahahaha



1. Bukan Cinta Biasa 

 Bukan Cinta biasa ni merupakan adaptasi dari novel terbitan Kakinovel. Masa di tayangkan dulu aku beriya-iya menunggu tapi hampeh sungguh sebab memang sedap layan cerita tersebut tapi bila bab akhir je aku tak tau apa kesudahannya sebab aku dah bantai ngorok.... alaaaaa melepas nasib baik ada ulangannya... jadi memang menunggu lah nak tenguk.


Sinopsis Drama Bukan Cinta Monyet TV3
Kamal Ilham hadir dalam hidup Nurul suhana dan uminya demi sebuah rahsia yang Kamal Ilham saja yang tahu. Kamal Ilham adalah anak angkat Umi. 8 tahun berlalu dan telah memisahkan Kamal dan Nurul suhana apabila Kamal Ilham melanjutkan pelajaran.Sekembalinya Kamal Ilham ke tanah air,membuatkan hati Nurul Suhana berbunga cinta bila melihat Kamal Ilham. Suhana yakin cintanya bukan cinta monyet.

Kehadiran Annetalia telah merobek hati Nurul suhana yang menaruh hati pada Kamal Ilham.Kamal Ilham yakin hubungannya dengan Nurul hanya sebagai abang dan adik. Kamal telah mengejutkan Nurul dari lena yang indah dengan bertunang dengan Annetalia. Kecewa dengan pertunangan itu, Nurul Suhana menjauhkan diri. Mendung tidak selamanya sepi. Kehadiran Alvin telah menceriakan hati Nurul Suhana. Hubungan intim mereka telah menimbulkan perasaan cemburu dalam hati Kamal Ilham. 

Kamal Ilham mula sangsi dengan hatinya sendiri. Benarkah cinta itu boleh wujud tanpa batasan usia? Haruskah dia mengakui yang dirinya mencintai adik angkatnya itu? Bagaimana ingin diluahkan perasaannya itu sedangkan dia telah melukai hati Nurul Suhana. Sudikah Nurul Suhana menerimanya kembali setelah ada pengganti yang jauh lebih baik daripada Kamal Ilham?




2. Abang samseng jemur kain


 SINOPSIS ABANG SAMSENG JEMUR KAIN
Marzuki merupakan seorang samseng dan sebagai samseng dia sangat ditakuti tetapi apabila isterinya, Elyana menelefon dia akan menjawab dengan manja. Saksikan kesudahan kisahnya.

Pun dah ditayangkan dalam slot cerekarama tapi emm napa aku tak tau pun. Nasib baik ada ulangannya. Cerita ni kelakar sebab bila time kerja wah memang muka macam samseng je dengan dibantu oleh zul yahya dan Cat Farish tapi bila di rumah huhuhu memang suami mithali sungguh. Cuma nama marzuki tu macam tak kena je dengan Fahrin Ahmad tapi maybe sebab watak samseng kut. Hilang watak macho dia bila jadi abang samseng. hahahaha. Tapi yang aku suka sekali part bila isteri iaitu pelakon Tasha Shila mengandung. hahahaha memang terbaek bila Marzuki pun ikut sama mengidam juga malahan part panjat pokok mangga dalam hujan-hujan dan makan buah mangga cecah garam kat atas pokok. hahahahaha part ni memang aku tak tahan sungguh. Memang kelakarlah. Dah lah pokok tu pokok tepi jalan, siap boleh sua buah kat isteri yang memang sedang mengandung makan buah asam juga. Sakan sungguh melantak buah mangga dalam hujan-hujan. Syiok tau kalau panjat pokok lepas tu boleh makan kat atas pokok sambil juntai kaki.... asyikk beb... hahahaha tu zaman aku kecik-kecik dolu-dolu.... la ni takde le.... tapi cekali-cekali cam nak buat je benda terajal tu.... hahahaha


3 Yes Boss Raya


Drama yes bos raya ni kiranya sekual dari drama Yes Bos. Tapi kali ni part bila dah kahwin. Ariana pulak yang lebih sudu dari kuah sebab dah jadi orang kaya sampaikan speking london je manjang. Lepas tu bila Opah datang menjenguk cucunya sebab rindu bila goreng ikan pekasam di marahnya opah tu sebab bau busyuk lah sampaikan Opah pun kecik hati. Adeh bila tenguk Ariana berubah ni emmm rasa meluat pulak dan sian pulak kat Ilham yang jadi pak turut sebab sayangkan isteri. Sekali ada PA baru yang lembut hah baru Ariana rasa tergugat. hehehehe baru tau. Apa pun best juga lah cerita tersebut. 

 Sinopsis Yes, Boss! Raya
Apakah yang akan berlaku apabila Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya. Irham mula rapat dengan Nisha yang lemah lembut hingga timbul pergaduhan dalam rumah tangganya. Dapatkah rumah tangga mereka diselamatkan? Akankah Ariana pulang ke kampung halamannya pada Hari Raya?






Monday, November 18, 2013

Pelakon drama Yes Bos





Assalamualaikum,


Alahai asyikle citer yes boss lagi ye. hehehe sebab aku suka walaupun sebelum ni aku dah citer kan Yes Boss akan didramakan. Hah kali ni nak bagi info siapa pelakonnya pulak. Ni aku dapat info dari Eila dan dari fanpage FB Yess Boss. 


                                               Hero adalah  Fahrin Ahmad akan jadi Ilham aka Mr Boss


Heroin adalah  Emma Maembong aka Aryana dan Noorkhiriah pula Mak saudara Aryana bernama Shamsiah 

Pelakon lain seperti berikut:-

Opah - Norlia Ghani             (Opah Aryana dan Sakinah)
Dato Maarof - Eizlan Yusof   (Bapa Ilham) Update ganti orang lain Zaferul (lupa nama)
Datin Rokiah - Jasmin Hamid  (Ibu Ilham)
Mellina - Aishah Ilias
Udin - Aidil Aziz                  ( EX boyfriend Aryana)
Harun - Shamsul Ghaw2
Midah - Wan Maimunah
Sakinah - Cha Cha Maembong  ( Adik Aryana)
Jeffry - Hisham Hamid
Amanda - Shella Faeiz


  Kalau tenguk pada senarai pelakon emmm boleh tahan mantap juga pelakon-pelakonnya dan banyak nama yang kiranya pelakon yang versatile lah. Ni yang buat kita orang tak sabor nak menunggu tahun depan ni nak tenguk macamana Drama Yes Boss di dramakan. Eila yang menulis novel ni pun ikut sama teruja manakala kami yang membaca novel tersebut lagilah sangat-sangat teruja nak tenguk. Apa pun kita orang tetap menyokong drama malaysia. Daripada layan sinetron yang panjang dan banyak episod tu baik layan drama-drama dari novel. Walau pun orang kata dah jadi trend sekarang novel di dramakan atau di telemoviekan dan walaupun ada yang best mengikut novel dan ada yang terjun ke laut apa pun sebenarnya ianya memberi impak pada penulisan novel di malaysia tau. Yalah seperti contoh Ombak rindu dek kerana Filem yang box office alhamdulillah hasilnya rezeki royalti dapat pada penulis yang telah menghasilkan novel tersebut. Walaupun sebagai pembaca novel Ombak rindu ada part-part dalam Filem yang memang diada-adakan hanya untuk disesuaikan dengan cerita dan kami sebagai pembaca tak puas hati namun sebenarnya kita sepatutnya bersyukur sebab ianya merupakan satu rezeki yang melimpah-ruah buat semua penulis novel. Sebab ianya akan menaikkan rating novel dan mana yang belum membacanya akan menjadi teruja untuk memiliki dan membacanya.Jadi novel tersebut akan di ulang cetak dan royalti akan bertambahlah. Tak gitu. Itu kiranya rezeki apa. Novel Ombak Rindu tu sebenarnya ada 4 novel dia tau sebab aku dah baca ke4 novel tersebut yang merupakan kesinambungan novel yang pertama. Oleh kerana aku suka baca novel dan akhirnya mempunya ramai kawan yang menjadi penulis maka sudah tentu aku tetap menyokong penulisan novel di Malaysia supaya mereka dapat menjadi kaya- raya hasil dari tulisan novel mereka. Opss dah melalut lah pulak ye. hehehehe apa pun Tahniah Eila.Semuga dapat menghasilkan novel yang lagi best dimasa akan datang.   


Zeel Production dan pengarahnya Emi Sufian 

                                                      Ni rasanya skrip drama Yess Boss

Wednesday, November 13, 2013

Novel Yes Boss akan di dramakan



Assalamualaikum,

  Yeh latest news yang aku terima dari eila, novel dia akan didramakan dan heronya nak tahu siapa? Apa lagi kalau tidak jejaka diatas si Fahrin Ahmad. Aku yang baca kat Fb wall eila pun dah jadi teruja pulak nak tunggu Yes Boss kat TV3. Siapa yang belum ada novel yes Boss ni hah jangan tangguh-tangguh dapatkan kat kedai buku secepatnya ya.  Heroinnya kalau tak salah Emma Maembong.

  Cerita Yes Boss ni best dan kiranya novel Eila yang laris jugalah selain daripada Baju Pengantin Mak Andam dia, novel yang pertama. Kalau sesiapa yang dah baca novel Eila dan suka kepada konsep kelakar romantika de amore hah memang sesuailah. Bagi aku yang dah baca semua tulisan Eila memang suka dengan konsep tulisan Eila yang kadang-kadang kelakar, kadang-kadang romantik kiranya kalau baca kadang boleh sengeh sendiri.

Kat sini ada sinopsis ceritanya yang terdapat di belakang novel tersebut. Boleh rujuk ke blog kakinovel  untuk nak beli online dan sebagainya. Kalau nak baca blog eila pun boleh juga, boleh pergi ke blog penulis Areila Sahimi dimana terdapat sedutan enovel yang telah dihasilkan. Mula-mula melalui enovel dahulu bila dapat sambutan baru hantar pada penerbit Kakinovel untuk di terbitkan. Selalunya eila letakan sikit je cerita-cerita yang dia nak jadikan novel. Yalah kalau dah semua tepek kat blog nanti orang tak nak le beli novelnya. Sedutan sikit cerita je pun dah boleh buat kita meroyan kalau dapat baca sampai habis lagi le masyuk hehehehe ni bagi peminat novel lah seperti aku dan geng ulat buku yang lain. Kalau dapat cerita yang best memang tak sabar kalau kata penulisnya akan diterbitkan tak lama lagi. Sebab nak tahu endingnya macamana. Adakah hero dapat heroin dan macamana masalah yang timbul. Dan apa jadi dengan watak antagonisnya adakah dapat pembalasan dan sebagainya lah. Tapi selalunya happy ending lah.


Sinopsis:

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yesboss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?


Jangan lupa ya Insya Allah tahun depan sebab sekarang baru pilih pelakon belum lagi pilih lokasi dan pelakon-pelakon lain serta skripnya macamana. emmm tak sabarnya aku menunggu.

Monday, August 6, 2012

Berbuka puasa bersama Fahrin Ahmad


Assalamualaikum semua.

Wah dah masuk 18 Ramadan kita berpuasakan. Semalam Nuzul Quran dan negeri Selangor cuti. Tapi yang sesak KL lah sebab orang Selangor pi KL bershopping raya. Nasib baik aku dah dok Putrajaya. Kalau dulu-dulu time Selangor cuti Nuzul Quran je bila nak balik rumah lepas kerja emmm memang jem melampau. Dan hari Ahad baru ni aku pergi join event Fahrin berpuasa bersama dengan peminatnya. Tu pun nasib baik nacha beritahu aku, kalau tak emmm memang melepas ler sebab masa Fahrin tepek kat FB pemberitahuan majlis berbuka puasa tu sampai sudah aku tak nampak. Begitu juga masa dia buat kursus menyembahyangkan mayat pun aku tahu bila dah sudah sebab dia tepek gambar kat FB. Kalau tahu awal kalau ada geng maybe aku nak join. Bagus tu majlis ilmu. Selain menyembahyangkan mayat memandikan mayat yang ada HIV juga.

  Rupanya majlis berbuka tu mendapat sambutan ramai sebab Johan aka pengurus Fahrin terpaksa memilih siapa yang cepat daftar nama sahaja. Yalah bayar Rm 35 sahaja bukan macam setengah orang buat berbuka puasa sehinga beratus-ratus kena bayar. Bila dapat email jawapan alhamdulillah dapat lah kami berempat join sama. Kali ni june dan adiknya laju je bagitau aku nak ikut. Masa besday ari tu aku tak ajak sebab june sibuk nak ke Jepun.

 Tapi tempatnya jauh nun di Shah Alam seksyen 13. Kat Laman Seri Business Park. hah mane tu? Emm nampak gaya mesti makan langsat juga ni sebab aku tak pernah sampai ke sana. Tapi Fahrin punya pasal apa daya pun mesti sampai. hehehehehe. Terpaksa ler google dulu cari nama Cafe Warisan Asli tapi tak keluar pun nama cafe lain yang keluar. Tapi Laman Seri Business Park tu tahulah.

 Lepas asar je kami berdua pun tuju ke Shah Alam. Sambil bersembang lepas tol aku dah cuak. Lepas PKNS lah dah terlajak. Emm memang aku dan nacha ni memang sinonim makan langsat. hehehehe Nasib baik flyover ke ICITY boleh pusing balik ke KL hah kali ni memang kena alert lah kang asyik berpusing-pusing jalan je. Nasib baik kami kena lalu 2  roundabout je dan akhirnya tada... sampai. Malahan parking kereta depan cafe lagi yang kebetulan aku sampai ianya kosong.


Tak lama kemudian semasa aku nak daftar dan bayar duit Fahrin pun sampai. Berkopiah dah macam imam muda je. eh bukan pak ustad ataupun pak bilal hehehe. Masa nampak aku beratur dia tegur aku "eh ada" wah dia dah kenal aku masa besday aritu. Ala Fahrin pakai baju biru emm kalau tahu aku pakai baju kurung biru kan aku ni fanatik warna biru. Baju kurung biru banyak. Kata nacha Fahrin suka warna biru lah keretanya warna biru. Lepas tu ada gambar dia pakai tshirt biru. huhuhu i like.  


Sempat lagi tu posing dengan kereta Fahrin. Eh kereta ni pernah nampak dia gunakan dalam drama yang di lakonnya. Plet johor beb eh kita orang kan orang Johor.


Masa ni Fahrin pergi dari satu meja ke satu meja untuk sessi berkenalan dan mengambil gambar. Selepas tu sebelum bermula mengambil makanan kami telah bergambar beramai-ramai. Malahan seorang photografer di upah untuk mengambil gambar. 


  Ni beberapa aksi semasa Fahrin sedang berceloteh mengenai aturcara majlis. Dan kebetulan pula pada malam tu Final badminton antara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan akan berlangsung pada pukul 8 malam yang akan menentukan samada Malaysia dapat emas pertama atau tidak di sukan Olimpik yang sdang berlangsung di London. Rupanya Fahrin dah booking Warung Lebai Dolah untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

 Masa nak ambil gambar oleh kerana tempat sempit , ditepi jalan hampir sahaja nak kena alih kereta aku malahan ada yang nak panjat atasnya. huhuhu boleh aje panjat tapi janganle kuat-kuat ya nanti sian sawwy aku lekuk kepalanya.  Gambar diambil oleh Jurugambar khas dimana semua yang datang boleh dapatkan di FB Fahrin nanti. Lepas bergambar semua tuju tempat makanan ambil makan untuk berbuka. Makanan dia boleh tahan banyak jenis juga tapi maklum ler puasa kan. Berapa banyak ler yang boleh di makan.
      
Ada mee rebus. Boleh tahan rasanya. Aku makan yang nacha punya sebab kalau ambil takut tak habis.


  Kalau tak salah yang di tengah tu adalah peminat fahrin dari Singapura tau. Masa besday ari tu dia berduet dengan fahrin karoake sebab date besday dekat-dekat. Kalau Remy pun ada peminat setia dia di Singapura iaitu Kak Aishah. Apa saja event Remy di malaysia dia sanggup cuti dan datang untuk bersama-sama meraikannya. Rupanya Fahrin pun ada peminat Singapore yang fanatik. Ala lupa nak tanya nama peminat cilik dari Singapore tu. Aku sempat tanya datang sampai bila dan balik singapore bila. Rupanya dia datang hari Sabtu dan balik hari Isnin. Wah salute lah.

wah penuh meja makanan kami berdua. Air tak cukup 1 sampai 2, satu air sirap, satu teh tarik. hehehehe

Lepas berbuka kami bersolat di atas Warung Lebai Dolah ni iaitu tingkat 2 yang ada tempat solat malahan berterawikh kat situ pun boleh. Tempat dia luas. Nampak Fahrin jadi imam masa kami nak ambil wuduk.
Hah nampak Lebai Fahrin tu yang berbaju biru berkopiah tu depan sekali ngadap tv. Dia memang peminat sukan.

  Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kami berdua balik sebelum acara habis. Maklumler tempat aku dan nacha jauh. Kesian kat nacha yang dok kat salak tinggi tu. Lagi pun besoknya kami kena kerja. Apa pun memang enjoy berbuka puasa bersama Fahrin. Cuma tak puas tak dapat bergambar beramai-ramai bersama-sama almaklum Fahrin sibuk ke sana ke sini. Apa pun semuga selepas ni boleh join event dia selalu.

Friday, May 25, 2012

Besday Fahrin Ahmad d Full House Cafe

Bersama Fahrin Ahmad

  Assalamualaikum semua.Wah teruja sungguh ni nak citer bahawa aku dah bertentang mata dengan pelakon Fahrin Ahmad, my faveret actor. Alkisahnya sebenornya besday dia pada 9hb Mei tapi hanya dapat dibuat sambutan bersama fannya pada 20 Mei 2012. Pada tahun 2010 temanya warna merah, masa tu aku tak tahu pun kalau fan dia buat celebration Besday Fahrin. Kali ni dapat tahu awal terus je booking Nacha untuk join bersama dan kali ni temanya warna biru lagi ler aku suka. I like blue color ok but not kepala biru. hehehe. Sempat juga ajak Eila tapi dia ada kelas la pulak. Sian Eila... teruja juga bila aku ajak tapi bila tenguk jadual kelas huh tersama date la pulak.

  Oleh kerana Cafe Full House tu aku tak tahu letak di mana walaupun Johan kata kat Kota Damansara tapi kami berdua memang tak penah lagi ke sana. Jadi sebelum pergi tu google ler dulu mana tempatnya dan printle petanya. Dalam google map memangle nampak senang je tapi bila realitinya di jalanan, masuk je Sprint Highway bila tenguk signboard jalan bersimpang siur kami dah mula pening. Huh kenyang juga ler pagi tu aku makan hon kereta orang belakang sebab teragak-agak nak masuk lane, lepas tu beri signal sekejap terus je pusing ke kiri ler ke kanan ler masuk simpang. Alahaiiiiii gigih sungguh ni nak jumpa Fahrin. At last setelah puas makan langsat jumpa juga Giza Mall. Yessss.

 Rupanya Full House ni memang lawa lah decorationnya. Aku rasa macam pernah di tayang kat tv tapi tak ingat bila. Dia macam ada konsep citer Full House Korean drama je walaupun aku tak nampak poster Rain didalamnya. Kami sampai 15 minit lagi ke pukul 11. Nasib baik keluar rumah pukul 9.30 sebab dah agak kami akan tercangak-cangak mencari jalan almaklum ler takde GPS. Ni kalau lambat alaaahaiiiiii. Selepas pendaftaran di tingkat 2 kami terus tuju tingkat 3 dimana acara di langsungkan dan oleh kerana orang belum ada lagi kami terus tuju meja yg di depan pentas supaya senang nampak Fahrin. hehehehe. Semangat sungguh.

Dah gaya macam nak terima anugerah je.

  Majlis bermula dalam pukul 11 lebeh. Fahrin berucap sedikit mengalu-alukan peminatnya. Dan berharap majlis berjalan dengan santainya mengikut aturcara yang telah disediakan. Kalau boleh tak payah lah ikut protokol sangat sebab padanya dengan gaya santai dan mesra alam dapat mengeratkan lagi kemesraan bersama peminatnya yang sentiasa mendoakan dan memberi dorongan dalam kerjayanya.

Berucap sedikit buat peminatnya

Acara meniup lilin besday kek

Jenuh sungguh tiup padamkan lilin kek ini, sampai berasap-asap dan mengambil masa juga nak padam lilinnya. Ni kek ni kalau dipotong bagi peminatnya makan gerenti semuanya ikut dia balik pasai apa.... hehehehe paham-paham sendiri ler ye.

Ni kek pertama ( Kemungkinan pihak urusetia yang sediakan)

Ni kek Ke Dua (dengar kata ada peminat yang bagi)

Ni Kek Ke Tiga ( yang ni pun katanya peminat yang bagi kek aiskrim.
Berasap-asap air batunya sebab baru keluar dari peti sejuk- bentuk Love lagi tau)

Ni meja kita orang yang juga menang dalam games mencari barang. Apa pun meja kita orang sporting n saling bekerjasama. Entah dapat hadiah apa tak tahu le.

    Cantik kan kek ini ada gambar FA bersama emaknya. Malahan Johan yang menguruskan event ni rupanya adik dia dan juga merangkap Pengurusnya. Malahan ramai juga keluarga FA yang hadir iaitu kakaknya dan anak saudaranya. Bila tenguk FA bersama anak saudaranya dapat di lihat FA sangat penyayang dengan keluarganya.

    Hahaha dah berceloreng dah muka hensem Fahrin, apa lagi lah dah kena denda main game ala-ala Super Spontan tapi kali ni pertanyaan spontan dan siapa yang menjawab pertanyaan dia kalah. Hidung calit warna hijau, pipi keduanya calit warna merah dan dahi warna hitam guna alat solek peminatnya.
Ni lah adik Fahrin iaitu Johan aka pengurusnya.

  Selain daripada acara makan-makan terdapat juga karoeke dimana pada mulanya Fahrin menyanyi lagu cari Jodoh nyanyian Wali. Kita orang gelak lah sebab memang tepat lah untuk Fahrin yang sedang mencari jodoh. Apa pun kita orang mendoakan semuga Fahrin bertemu jodoh dengan perempuan yang baik dan solehah. Amin. Malahan terdapat juga peminat dari Singapura yang turun KL dan kebetulan pula besdaynya hampir iaitu 10hb Mei. Amboi dapat penghargaan nyanyi bersama tu. Selain dari itu di tunjuk juga slaid berkenaan scuba diving dimana kemungkinan selepas ni acara scuba diving bersama Fahrin bagi sesiapa yang berminat sebab kata Fahrin selain daripada berlakon dan menjadi duta produk dia juga suka scuba diving. Acara berakhir dalam pukul 3 lebeh sebab pada petang tu ada game Ragbi di padang UPM. Patutlah acara yang sepatutnya pukul 12 dicepatkan 1 jam rupa-rupanya kena lawan Ragbi. Patutlah....  
                       
Gambar beramai-ramai bersama peminatnya.

   Seperti biasa sebelum balik mestilah posing bersama Fahrin. Apa pun sepetang bersama Fahrin menyambut besdaynya memang hapeninglah. Yang kelakor tu dah makan makanan yang disediakan tapi entah tak menepati selera atau aku dah kenyang tenguk Fahrin sekali setelah hantar Nacha balik di Stesyen LRT Bandar Tasik Selatan singgah warung beli nasi goreng. hahahahaha Balik kelaparan tapi sepetang yang sungguh mengembirakan. Apa tak nya jadi retis sekejap. hehehehe