Assalamualaikum,
Wah asyik sungguh melihat pelbagai novel di Jualan gudang karangkraf hari Sabtu yang lepas. Emmm memang syok melihatnya rasa nak rembat banyak-banyak sebab boleh dapat diskaun sampai rebeh beb.
Info ni memang di tunggu setiap tahun sebab mana novel yang lama yang agak-agak belum di baca boleh lah beli masa ni sebab ada diskaun. Rasanya dah 2 kali berturut-turut aku pergi. Kali ni aku pergi dengan Nacha dan Rin. Jadi pukul 10 lebeh kitaorang dah sampai. Selain diskaun yang memang tangkap leleh ada juga buku baru dan juga penulisnya.
Masa ni juga ada promosi menjadi ahli yang berharga Rm5 untuk setahun dan jika menjadi ahli boleh dapat sampai 35 persen tau. Jadi gigihlah kami bertiga menjadi ahli. Harga biasa ialah Rm 20.
Hah tenguk tu sampai Rm 5 manalah tak meroyan. hahahaha
Ni yang berwarna-warni adalah AlQuran. Beg dia cantik dan sangat sesuai kalau untuk dibawa bersama kemana sahaja. Mula-mula macam nak beli terutamanya yang beg warna biru. Tapi akhirnya terlupa. Hish hish. Sebab aku dah ada 2 - 3 Alquran samada yang tafsiran ataupun yang comel buat traveling. Kalau ada tapi tak di baca tak guna juga kan. Buat perhiasan ja padahal intipatinya sangat bagus.
Tepi kiri kanan ada, tengah pun ada. Penuh dengan orang semuanya. Belek dan belek beberapa novel Prima yang akan dijadikan drama sampaikan aku lupa novel Aleya Alesya yang terbaru. Dapat novel Aisya Sofea sambungan Adam dan Hawa terus lupa nak tenguk novel bulan Ogos dan September. Emm takpe lain kali beli. Tak basi, lagi pun yang aku beli semuanya diskaun sampai 30 persen kecuali yang baru je. Yang baru aku ambil 2 ja dan kebetulan penulisnya ada boleh minta sign sekali.
Bersama penulis Aisya Sofea
Bersama penulis Amiza Anaz

Akhirnya nilah hasil rembatan. 10 buah dan ada 4 majalah deko dan resepi yang dijual murah tak sampai Rm 10. Itu pun ada 2 buku yang aku tak nampak yang sebenarnya aku nak beli. Ni agak-agak bilalah nak habis baca ni. Jemari seni yang 5 buku minggu lepas pun tak luak lagi dah rembat yang baru. Camno nak buat dah minat cuma nak membaca laa ni asyik merundum aje huhuhu. Ada 3 yang katanya akan dijadikan drama or telemovie iaitu Kamsiah Abu - Seindah takdir cinta, Chocolate Mouse vs Cheese cake dan Sambungan cerita Adam dan Hawa iaitu dekatnya cinta hasil Aisya Sofea. Hai makin laku lah penulis-penulis buku malaysia sekarang sebab banyak produser drama dan filem macam dah ketandusan idea terpaksa mencari cerita baru daripada hasil ledakan buku yang ramai orang membeli. Tapi tu lah kadang cerita bagus tapi bila di visualkan jadi caca-marba. Tu yang kadang rasa sayang je sesuatu cerita yang bestseller bila di jadikan drama jadi lain lah pulak. Macam cerita Adam dan Hawa tu kalau baca kat novel memang best sangat tapi bila di dramakan hal Johan yang di lebehkan sampaikan part Adam dan Hawa jadi hilang hanya bila dipanjangkan kisah Johan. Walaupun aku tak ada Astro tapi tenguk kat Internet bila asyik cerita Johan tak habis-habis aku jadi fedup padahal part Adam nak tackel semula Hawa tu yang best. Tapi apa pun terpulanglah pada produser sebab dia yang keluarkan duit. Penulis suka ja sebab royalti novel makin bertambah dan nama semakin naik. Yalah mana taknya royalti semakin bertambah jika orang yang menonton tak pernah baca, akan mencari buku tersebut. Semakin ramai yang menonton semakin ramai yang membeli dan royalti akan bertambah jika cetakan buku bertambah lagi. Jangan kata penulis Malaysia sekarang tak kaya malahan ada yang selalu makan angin sebab nak mencari idea untuk buku baru dan banyak juga bertambah hasil simpanan. Apa pun tahniah ya. Semuga industri buku Malaysia semakin bertambah matang bukannya hanya di limpahkan dengan cerita yang tak ada isi dan merapu-meraban.