Showing posts with label Special. Show all posts
Showing posts with label Special. Show all posts

Wednesday, May 13, 2026

Chatgpt kata tentang blog saya

 


Assalamualaikum,

Agak-agak betul ke chatgpt ni kata. Mula-mula tak jadi infografiknya. Kali ni cuba lagi. Tadaaaaaaa

Apa pun dunia blog ni boleh jadi teman tapi mesra walaupun tak pernah bertentang mata. Kadang rasa rapat macam BFF tapi kadang rasa menyampah je hahahaha itu mood tengah swing ler tu.....dijauhkan. Kawan bloggger saya semuanya baik-baik. Apa yang penting kita enjoyyyyyyy 

Monday, April 27, 2026

Tag Berantai : Jom Berkenalan

Assalamualaikum,

Tak pernah join tag berantai ni. Tiba-tiba Orang serawak Mim tag aku. Jadi kita cuba-cuba lah bermain dengan ChatGpt ni ye.  Mula-mula tu cam pening juga padahal dah cuba promt yang mim bagi rupanya kena detail dulu baru dia boleh bagi infografik gambar kita. Tapi yang kelakor tu aku pulak dah rambang mata bila aku ubah gambar background dia. Lepas tu eh ada kacamata lah pulak rupanya aku lupa nak buang kaca mata tu. Jadi hasilnya taaaaaa
  

Hah amacam jadi tak. 

Wednesday, July 17, 2024

Genap 10 tahun Tragedy MH 17 - dan Syukur Alhamdulillah buat diriku

 

                                            Rangka MH 17 yang cuba di sambung semula.
Peristiwa adalah kekejaman ke atas orang awam yang tak sepatutnya jadi sasaran keganasan. - Foto Reuters

Tuesday, January 30, 2024

Selamat jalan Sultan Pahang dan Selamat datang Sultan Johor


Selamat datang Sultan Johor. Daulat Tuanku.


Assalamualaikum,

Semalam upacara kepulangan Yang Di Pertuan Agong yang ke 16 balik ke Pahang. Rasa sayu je tenguk. Dalam banyak-banyak Agong, Agong kali ni rasa macam dekat di hati rakyat dan yang pecah rekod sebab semasa pemerintahannya menerima sampai 4 perdana Menteri. Kiranya macam-macam peristiwa berlaku sepanjang pemerintahannya. Kovid melanda lah, PKP lah lepas tu pucuk pimpinan berubah-ubah. Musibah kovid dengan rakyat tiada pendapatan, terkurung dalam rumah, kematian disebabkan kovid mencanak-canak. Emm macam-macam musibah melanda.

Saturday, August 26, 2023

Penutupan jalan di area Putrajaya sempena Hari Kebangsaan

 



Assalamualaikum,

Tahun ni sambutan kemerdekaan akan di buat di Putrajaya. Hah meh le datang beramai-ramai ke putrajaya ye. 

Bila buat acara gemilang macam ni apa lagi jalan akan di tutup. Acara yang terpenting mesti lah gemilang kan.

Jadi siapa-siapa yang ada urusan di Putrajaya kena pastikan jalan-jalan mana yang boleh di lalui. 

Kalau tenguk ni hah start pada 27hb sehingga 29hb Ogos sebab acara raptai akan dijalankan.  




Yang ni pula pada hari kejadian iaitu 31hb Ogos 2023. Yeh merdeka. Dah 66 tahun kita merdeka ye. Al fatihah buat pejuang kebangsaan yang terkorban semasa menuntut kemerdekaan dahulu. 


Update terkini



Ni aku dapat dari kawan yang duduk putrajaya. Semangat dia datang pagi-pagi nak tenguk raptai Hari Kebangsaan. Sebab dia kata mungkin nak cuti balik kampung masa 31hb tu jadi dapat tenguk awal dah seronok.


Acara raptai berlangsung pagi tadi.


Untngle matron siew dapat tenguk lebih dekat. Kalau betul-betul kejadian emm kena cari port best pun susah.   




Seronok dan bersemangat tenguk acara perbarisan.


MERDEKA ERDEKA MERDEKA


Tuesday, July 18, 2023

Selamat menyambut Maal Hijrah Tahun Baru Islam 1445H

 



Salam Maal Hijrah


Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah


Sempena kedatangan Tahun baru Islam 1445H pada malam ini bersamaan 1 Muharram 1445H, berikut dikongsikan bacaan doa Akhir tahun dan Awal tahun untuk panduan buat umat Islam.


Bacaan Doa Akhir Tahun dibaca sebelum masuknya waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (18 Julai 2023) manakala bacaan Doa Awal Tahun dibaca selepas masuknya waktu Maghrib malam satu Muharram (Waktu Maghrib Selasa, 18 Julai 2023).


Jom petang ni kita mula doa akhir tahun dan awal tahun. Semuga tahun hadapan kita sekelian sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Aamiin.

Semuga tahun baru hijrah sentiasa di rahmati dan di limpahi rezeki melimpah ruah. Aamiin






Monday, July 17, 2023

Hepey birthday to me

 


Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang Allah berikan pada diri ku ini. Sejak MH 17 terjadi aku rasa macam kureng bab sanbutan birthday ni sebab rakyat Malaysia akan mengenang tragedi tersebut.

 Tapi adik-adik kat pejabat ni pagi-pagi  buat surprise pulak untuk aku. Dalam diam-diam depa pakat beli kek dan buat potluck sikit khas untuk aku. Aduhaiiiii nangis juga aku eh almaklumle aku ni gaya je macam Kak long kawasan aka sharif dol samseng kampung dusun tapi dalam hati penuh taman munge. hehehehe hati tisu beb. 

Tapi pagi tadi aku pun dah rasa sayu. Walaupun syukur Allah panjangkan usia tapi aku sedih sebab aku bakal berhijrah ke tempat kerja lain. Walaupun berhampiran tempatnya dan tak jauh tapi hati tetap sedih nak meninggalkan kawan-kawan yang dah macam adik-adik aku semuanya.  Nanti mesti miss dia orang semua. Berhijrah untuk kebaikan dan semuga rezeki melimpah ruah dan di pertemukan dengan orang yang baik-baik. Aamiin. 

Wednesday, June 9, 2021

Hadiah dari Siti yang menaip

 

Assalamualaikum,

 Bila belek-belek draf eh ado yang tertinggal rupanya. klik kat bawah apo dio

https://www.sitiyangmenaip.com/2020/12/top-commentators-2020-blog.html 

Laaaaa hadiah dari adik siti yang manis ni sebenornya dah lama den terimo tapi den lupalah pulak nak buat cerita so hari ni den buat lah cerito untuk ucap terimo kasih daun keladi kek adik Siti yang manis yang pandai menaip ni. hehehehe apo pulak den tersampok cakap orang nogori ni...hehehe sekali tenguk Ya Allah tahun lepas punya top commentators rupanya....alahaiiiiiii ampun adik siti ahkak ni memang selalu lambat buat pengumuman....dan ucap terima kasih buat adik siti yang manis yang pandai menaip (ayat macam nak mengapu je kan hehehe) idak le ahkak memang ikhlas .


Alkisahnya top ten komen kat blog siti...Alahaiiii terima kasih lah ya siti...tak sangka lah pulak selalu komen dapat top ten tukang komen....hish berjaso jugak ek jadi tukang komen ni

 
Apa yang aku dapat....di era pandemik sedang melanda ni hadiah adik manis ni memang berguna sangat...boleh letak face mask dan campak dalam beg...warna biru pulak tu alololo my peberet color gitu....toche toche

 
  Yang paling best ni lah coklat macam-macam....buat penenang  hati bila stress bekojo


Apa pun semuga Allah murahkan lagi rezeki siti dan mudahan dapat jalan-jalan lagi keluar negeri... baca travelog siti pi new Zealand buat ahkak jealous je... huhuhu mudahan dapat join rombongan cik sal kita. Insya allah

Wednesday, March 4, 2020

Coronavirus (Covid - 19) Gelombang kedua semakin bertambah




Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Macam-macam melanda dunia dan malaysia sekarang kan. Bulan lepas sibuk dengan politik panas di malaysia . PM letak jawatan dilantik PM baru. Memang gempar seminggu dunia malaysia dibuatnya. Bursa saham merundum duit RM pun jatuh. Tapi alhamdulilah bila PM baru je  dilantik, bursa saham naik semula. Duit ringgit pun naik juga.Risau kalau duit Ringgit jatuh ni....sebab bila keluar negeri huhuhu duit kena guna banyak disebabkan pertukaran duit dengan negara lain. Aku tak pandai bab politik, apa yang penting kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara malaysia berpanjangan lah hendaknya. Aamiin.

Sekarang kita tumpukan pula pada  wabak penyakit baru yang dikenali sebagai Covid -19. Risau juga ni sebab dah semakin bertambah di malaysia. Setakat 4hb Mac 2020 sebanyak 14 kes baru dilaporkan.

Kalau kita ikuti pekembangannya yang bermula akhir bulan januari di China, gelombang pertama yang kita telah hadapi bermula dari kes pertama hingga kes ke-22 telah sihat dan discaj.

Tapi kini gelombang kedua pula bermula dimana kes ke-23 dan sehingga hari ini, 28 kes positif telah dilaporkan. Jumlah kes positif adalah 50. Ini setakat yang aku dapat dari semalam.  Boleh pergi ke laman web moh.gov.my atau face book kkm uantuk menggikuti perkembangan seterusnya.

Di atas tu pengesanan kontak bagi gelombang ke dua.  Lokasi dimana dan siapa buat masa ini aku tak tahu. Nak cerita pun aku takut ianya cerita tak betul. Jadi aku ambil daripada kenyataan akhbar daripada Ketua Pengarah KKM yang di keluarkan semalam. Buat masa ni jangan panik dan gempar. Kita dengar berita dan juga cerita dari sumber yang sah  











Hah tu dia panjang lebar DG aku buat annoucement. Cepat sungguh kan  dia merebak. Apa pun KKM Malaysia sedang berusaha untuk menangani wabak tersebut supaya ianya tidak merebak ke seluruh malaysia.



Ni jangka masa gelombang pertama sehingga ke gelombang ke dua. Mudah-mudahan gelombang ke dua kita masih boleh kontrol lagi. Jangan sampai merebak lagi luas kawasannya. 



Ini langkah-langkah pencegahan. Apa pun dimana jua berada pastikan diri sendiri mempunyai tahap kebersihan yang tinggi. Jaga kesihatan diri tidak kira dimana kita berada. Dan jika ada gejala demam dan batuk yang rasa tak pasti keadaannya, pergilah ke fasiliti kesihatan yang berhampiran. Maklumkan perjalanan yang telah di buat seandainya ada ke luar negeri atau ke kawasan yang dipastikan panyakit tersebut sedang menular.  

Apa pun kurangkan lah aktiviti di tempat orang ramai dan jika terpaksa juga ke tempat tersebut pastikan ambil langkah-langkah pencegahan. Kalau ada anak-anak kecil atau kanak-kanak, jangan lah bawa ke tempat orang ramai, ini disebabkan antibodi kanak-kanak tidak sekuat seperti orang dewasa. Apa lagi kalau ada penyakit . Kita mencegah sebelum ianya parah. 

Boleh kunjungi portal kkm  www.moh.gov.my  dan juga face book  Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengikuti berita terkini berkenaan Covid - 19.

Marilah kita berdoa beramai-ramai semuga wabak tersebut terhapus di bumi Malaysia dan juga di dunia hendaknya. AAMIIN

Risau juga sebab tenguk  korea pun dah semakin bertambah yang di jangkiti dan angka kematian juga dah bertambah. Negara - negara Eropah pun dah semakin banyak. huhu nanti tak boleh le cop pasport. Apa pun semuga wabak tersebut dapat di hapuskan le hendaknya.  Mungkin ada hikmah diatas semua kejadian yang Allah turunkan musibah tersebut. Apa pun hanya doa pada Allah SWT sahaja yang kita pohon semuga semuanya Allah lindungi.  



Ini senarai setakat semalam di seluruh dunia. Menakutkan bila tenguk angka kematian yang semakin meningkat. Di Iran angka kematiannya sungguh menakutkan.



Ini pula langkah-langkah jika anda di syaki di jangkiti virus tersebut dan dikenakan pengawasan di rumah. 



Ini pula nombor yang anda boleh hubungi jika ada sebarang pertanyaan mengenai virus tersebut,

Wednesday, May 29, 2019

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2019




Assalamualaikum,

    Pejam celik pejam celik....sekejap je dah nak raya. Ramadan pun tak puas lagi , dah nak Syawal.  Bagaimana kalian semua menyambut Ramadan tahun ni. Alhamdulillah syukur dapat bertemu Ramadan. Semuga Allah panjangkan lagi usia bertemu Ramadan lagi pada tahun hadapan. Amiin 



Semuga Allah kurniakan kita rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik, agar kita dapat menjalani ibadah dan kehidupan dengan lebih berkat dan di rahmati Allah sepanjang hayat. Aamiin.



Bersempena nak menyambut hari raya ini saya dengan penuh takzim, memohon ampun dan maaf jika selama ini ada terguris rasa dan hati sepanjang saya mencoret didalam blog ini juga dengan  kehidupan yang telah berlalu. Amboiiiii ayat syahdu sungguh naaaa..... hehehehe rasa lemah longlai lah pulak guna ayat syahdu mahdu tangkap leleh ni.hehehehe padahal kita ni brutal....tapi dalam hati penuh taman bunga. Tak caya....hah setepek gambar



 Apa pun selamat hari raya buat kalian semua. I luv You 12345678910. Tanpa kalian semua, sunyi dan sepi lah rumah aku ni. Apa pun terima kasih ye selalu jenguk teratak aku yang selalu hambar dan tawar rebeh ni. Opss puasa. hehehehe Apa pun terima kasih sejuta lemon.


                                    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Friday, January 5, 2018

Top 55 Blog Travel Malaysia 2017




Assalamualaikum,

Wah dah masuk tahun baru 2018 ni. Selamat tinggal 2017 dan selamat datang 2018. Wah terkezut aku beb....bila tenguk blog saje suka-suka ni tersenarai sebagai top 55 blog travel di Malaysia....WOW...( ala gaya tokey arab dapat duit banyak dalam 3 Abdul)

 Mula -mula tak perasan komen yang singgah rumah aku maklumkan hal ini. Seperti biasa aku  pi meronda rumah SS jadi nampaklah yang SS top 12. Sekali aku pi le blog tu eh eh  blog aku pun tersenarai.... top 35 share dengan nanatron sebab jumlah post yang  dinilaikan adalah sama.  

Walahhh. Syukur tak sangka aku. Padahal aku menulis bukan untuk jadi femes hanya nak share kenangan melancung. Tak sangka pula ada orang nilai semua hasil tulisan aku. Kiranya jadi pemangkin semangat tahun baru ni supaya selalu dan rajin menulis mengenai tempat-tempat  yang aku pergi. Selalunya kalau keluar negeri tu melancung sambil shopping sambil jalan-jalan cari makan. hehehehehe itu kesukaan aku. Tapi kadang setengah-setengah tempat aku lebih menyukai keindahan tempat tersebut bukan hanya shopping dan jalan-jalan cari makan saja ya. Nampak gaya kena target sekurang-kurangnya 1 tahun mesti cop pasport.... tapi selalunya ikut tabung ayam le samada penuh ke kempis. hehehehe

Berjalan keluar negeri melihat tempat orang memang lah kesukaan aku tapi untuk menjadikan ianya sebagai keutamaan tak adalah. Apa lagi kalau jadikan panduan dan rujukan pada orang lain sebab aku tak pandai nak mengolah ayat tapi aku menulis sebagai kenangan aku ke tempat-tempat tersebut. Lagi pun selalunya aku ambil pakage je sebab mudah, sediakan duit semua travel agent uruskan. Setengah orang suka style backpackers.... sebab boleh explore tempat lain selain dapat pengalaman yang lain daripada yang lain. Apa pun masing-masing punya citarasa yang berbezakan.    


Boleh lah hang pa semua jenguk Blog rahsiamelancong blogspot my yang begitu rajin bagi badge yang ohsem ni. Toche toche toche


Apa pun terima kasih pada semua yang singgah rumah aku ya. Tanpa kalian siapalah aku. Dengan blog juga silaturahim kita terjalin walaupun hanya di alam maya. Apa pun semangat tahun baru kena rajin-rajin update cerita lah. Pending cerita banyak entah bila nak letak. Ni kiranya kena rajin-rajin post cerita baru lah ya. Sebenarnya banyak juga lokasi travelling aku yang terperam gambar-gambarnya. Sayangkan. Insha Allah aku cuba usahakan supaya ianya terlayar di blog aku. Apa pun check nak habaq aku cayang hangpa semua ya.

MUAH MUAH MUAH MUAH 1000 kali.  I LOVE U ALL

Tuesday, December 20, 2016

Terima kasih SS & JM


Assalamualaikum,

Alhamdulillah atas limpah kurnia rezeki dari blogger tersohor dan blogger rerupis seantero dunia. hehe
 Toche toche. 

Seronoknya bila balik kerja eh ada surat coklat.... wah apa kah dia. Belum sempat buat apa pun terus je sambar dan buka. Wah... souvenir dari SS dan JM rupanya.  SS bagi semuanya warna biru emmm lagilah mata ku jadi biru...... saya suke... saya suke lagak macam mei mei lah pulak. Hishhhh sedor diri jap. hehehe 

Semuga rezeki SS dan JM Allah tambahkan dan dapat melancung lagi banyak tempat di dunia ini. Dan semuga Allah lindungi mereka bertiga termasuk  HH tidak kira dimana mereka berada. Aamiin



Buat JM aka Jari Manis..... memang sweet je sovenir yang di beri. Semanis insan yang memberi. Semuga JM semakin sembuh dan sihat seperti dahulu.Semuga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan dan keceriaan buat kalian berdua..... Cayang banget sama kamu..... muah muah 100000 kali.

Friday, August 26, 2016

Buat mereka yang teristimewa



Assalamualaikum,

Tajuk memang istimewa sebab special buat mereka-mereka yang aku sayang. Ianya timbul bila aku ni kadang bila tenguk orang buat penghargaan  top ten komen ni rasa jeles je, almaklumle sikit punya ramai yang komen tapi lepas tu , aku fikir balik siapa saje lah yang nak jenguk rumah aku ni sampaikan ko nak letak topten komen bagai. Ko retis ke sampaikan begitu fofular. Tapi kadang rasa macam nak bagi something je bagi sesiapa yang rajin masuk rumah aku yang kadang macam rumah hantu senyap dan sunyi  kadang meriah pulak, ikut mood tuan rumahnya. hehehe

Monday, December 21, 2015

Bingkisan special dari orang yang special

Assalamualaikum,

Wah ayat tu macam lah aku ada orang yang special. Tapi apa pun keluarga dan teman-teman serta pembaca blog aku yang hanya kalian sahaja yang mengetahui semuanya special di hati aku.  Sebab aku sayang kamu, kamu dan kamu. Muah muah muah. Big Love to Uoulss.

Ok balik kerja petang selasa hari tu ... jenguk petisurat eh ada sampul coklat. Bila di ambil wah nama aku. Siapakah gerangan yang menghantar surat ni. Dalam hati berdebor-debor kut peraduan aiskrim yang aku masuk dapat dah keputusannya. Mudahan ada rezeki. Ya Allah. Mana lah tahu dapat pi Paris ke Osaka ke Maldives ke.... Mudah-mudahan murah rezeki hari ini. Aamin.

Sekali hah senyuman manis je tersembul di balik sampul surat. Yeh adik tersayang aku bagi. Hari tu masuk contest dia   kluangman ngopi lepas tu ada lagi  Peristiwa mid level escalator. Tak sangka pulak ada oleh-oleh kecil pemberian dari Orang JB. Alhamdulillah mudah-mudahan murah rezeki dia.