Thursday, May 29, 2025

KKM dapat Ketua Pengarah Baru

 


Alhamdulillah kita orang dapat DG baru mengantikan DG lama yang sudah bersara. Semuga perkhidmatan KKM semakin baik dibawah pentadbiran DG baru. Sudah banyak sangat isu yang timbul sehinggakan staff KKM sendiri dah koyak rabak dengan Pihak Pengurusan KKM disebabkan beban kerja yang melampau serta kurang kebajikan buat mereka. 

Apa pun kita doakan lah semuga KKM dapat memperbaiki lagi susun atur perkhidmatan daripada yang atas serta yang bawah.  Yang atas tu jangan lah asyik mendongak je kena lah pandang yang di bawah ni.  Apa keperluan mereka dan empati lah sikit dengan masalah mereka. Yang di bawah ikhlaskan lah hati supaya dapat memberikan perkhidmatan kepada rakyat dengan cemerlang sesuai dengan slogan KKM Kami Sedia Membantu.

Sambutan Raya Hospital Putrajaya 2025

 


Booth satay...yang ni selalu kena serbu

Wednesday, May 28, 2025

Persediaan deko untuk sambutan Raya HPJ

 


Assalamualaikum,

Alamakkkk raya dah habis dah nak masuk raya haji beberapa hari lagi tapi baru nak up citer raya Aidil fitri tahun ni. hohoho sayang pulak dalam draf. Jadi tada..... aku siapkan lah 

Tuesday, May 27, 2025

Sunday, May 25, 2025

Friday, May 23, 2025

Meeting Jabatan Bil 1 2025 serta sambutan Birthday Jan-Jun

                                             


Assalamualaikum,

Selepas hadir perhimpunan barulah meeting jabatan diadakan. Meeting ni selalunya 2 kali setahun. Macam-macam isu di bangkitkan lah mengenai Lapuran Perubatan yang selalu lambat lah, Doktor siapkan lambat lah. Manakala pengurusan rekod masalah bilik stor yang tidak ada rak lah tak cukup peruntukan lah dan macam-macam masalah yang di utarakan.

Segala masalah mengikut program di bangkitkan. Mana yang boleh selesai di selesaikan manakala ada yang tidak selesai akan cuba di selesaikan kemudiannya.  Selain daripada itu ada juga kutipan duit kelab untuk digunakan pelbagai aktiviti. Contohnya macam sambutan birthday staff. Begitu juga tanggung kerja Puan shu yang akan bersalin pada bulan 8 nanti siapa yang akan menanggung kerja. Kita orang juga dapat staff baru jadi hanya tinggal 1 kekosongan lagi yang bila nak di isi tu pun tak tahu bila.
   

Makanan potluck. Ada Laksa Johor, Laksam, oden serta kuih muih dan desert. Cendol pun ada juga. Yum yum yum. Jom melantak. hehehehe

Selesai meeting apa lagi jamuan kecil untuk birthday staff bagi bulan Jan sehingga Jun.  


Kek birthday - sedap. Makin lama dia macam cair di mulut gitu. 


Ni lah staff yang sambut birthday bulan Jan hingga Jun.  Geng LP dalam sebulan sampai 3 orang sambut birthday. Kopak bossnya nak beri hadiah. hehehehe Takpe bukannya selalu setahun sekali je. Lagi pun depa dah tolong selesaikan kerja yang bertambun dengan melayan pelanggan yang kadang kaki mengamuk lah, kaki  tak puas hati lah. Macam-macam kerenah pelanggan yang anak buah aku kena hadapi. Jenuh nak selesaikan. Semuga tahun ini berkurangan lah komplen pelanggan yang tidak puas hati. Aamiin.   

Semuga semua staff Rekod Jabatan di bawah pengurusan Pn Hanum sentiasa ceria dan semua kerja dapat diselesaikan dengan jayanya. Aamiin

Perhimpunan Bulanan Bulan Mei 2025

 

Tuesday, May 20, 2025

Jangkitan penyakit HFMD

 





Perbezaan antara MPOX, chicken pox dan HFMD. Nampak macam sama gejalanya tapi kalau timbul simptom macam ni cepat-cepat lah bawa  ke hospital atau klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan. Sian budak-budak terutamanya bayi. Mereka tidak pandai bercakap hanya menangis sebab kesakitan. 



Peranan ibu dan bapa juga cikgu-cikgu di Taska



Peringatan kepada semua warga Putrajaya.
Perbadanan Putrajaya telah dimaklumkan bahawa terdapat peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang tinggi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Keperihatinan ibu bapa adalah sangat penting untuk bersedia mengambil tindakan pencegahan demi kesihatan anak-anak anda.
Anak-anak yang bergejala tidak perlu dihantar ke taska dan tadika. Pastikan juga anak-anak yang bergejala tidak dibawa ke tempat-tempat terbuka supaya penularan wabak HFMD terkawal. Adalah sangat penting bagi ibu bapa untuk patuh arahan kuarantin yang telah dikeluarkan oleh pegawai perubatan.

Kredit FB Perbadanan Putrajaya

Sambutan Hari Jururawat di HPJ

 

13.05.2025- Sambutan Hari Jururawat Peringkat Hospital Putrajaya

Monday, May 19, 2025

Khasiat makan buah ikut warna






 






Kredit FB


Assalamualaikum,

Baru tahu info ni. Aku memang suka makan buah tapi tang warna ungu ni perghhh masalahnya nak dapat buah warna biru dan ungu ni susah dan mahal sikit. Apa pun kena kempen makan buah-buahan le ye. Sebab tu bila orang tayang gambar pi pasar buah Ya Allah dia punya excited tu bukan main. Rasa itu jam nak pi terjah. Mengoda sungguh wei. Apa lagi kalau manis bersari. perghhhh sodapnya.

Dolu-dolu lagi syiok siap panjat pokok jambu bol lagi. hehehehe Pokok belimbing pun aku panjat sampai patah dahannya. Aruah mak aku bukannya nak tolong kena marah ada lah lagi. hehehehe budak nakal le katakan hahahahaha. Ala terkonang semasa dolu-dolu. Sekarang nak jalan pun aduh aduh aduh dah sakit kaki. emmmm Itu maknaya udah tua le beb. Kena sodar diri hehehehe

 

Friday, May 16, 2025

Menghantar rombongan Haji





Assalamualaikum,

Minggu yang lepas kita orang hantar anak saudara yang telah mendapat tawaran haji.  Oleh kerana umi dan abinya telah berjaya semasa rayuan haji pada tahun 2019 jadi kali ni tinggal lah Anis seorang yang memang sepatutnya tawaran haji pada tahun ini. Oleh kerana anak seorang je perempuan Kak nora suruh aku memohon rayuan agar dapat bersama sebagai pengiring Anis. Tapi nampaknya tidak berjaya. Jadi Uminya pasrah le lepaskan anaknya seorang menunaikan haji.  

Tuesday, May 13, 2025

World' Best Hospitals 2025


 Tahniah dan terima kasih kepada semua Warga Hospital Putrajaya!

Hospital Putrajaya telah menerima pengiktirafan sebagai salah sebuah Hospital Terbaik Dunia 2025 oleh Newsweek dan Statista.

Pengiktirafan berprestij ini adalah hasil daripada penilaian bebas dan telus berdasarkan parameter utama berikut:

1. Cadangan dan penilaian daripada rakan-rakan profesional perubatan

2. Metrik kualiti hospital

3. Pengalaman pesakit

Kejayaan ini adalah bukti komitmen berterusan setiap anggota hospital — dari barisan hadapan hingga ke pentadbiran — dalam memberikan rawatan yang berkualiti tinggi, selamat, dan berfokuskan pesakit.

Semoga pengiktirafan ini terus menjadi inspirasi untuk kita semua mengekalkan kecemerlangan dan memperkukuh lagi Hospital Putrajaya sebagai pusat penjagaan kesihatan pilihan utama negara.


Sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah dan syabas!

Kredit dari forward WA Group Rekod HPJ


Assalamualaikum,

Wah tak sangkalah . Tiba-tiba dapat info diatas ni daripada Pn Mar. Tapi kita orang tak tahu pun yang HPJ menerima pengiktirafan tersebut. Kat FB HPJ pun tak nampak bayang. Tapi tadi nampak ex DG Datuk Hisham update status tersebut dalam Fb. Datuk Hisham walaupun dah pencen tapi kepakarannya masih di perlukan di Jabatan Endokrine HPJ. 

Manakala info yang Pn Hanum bagi kalau di Malaysia, bagi semua Hospital termasuk swasta adalah Sunway Medical Centre ranking no 1, HKL no 4 dan HPJ no 29. Manakala bagi hospital kerajaan pula HKL no 1, Hospital Umum Serawak no 2 dan HPJ no 3.

Apa pun semua ini adalah usaha semua staff Hospital Putrajaya dibawah pentadbiran Dr Suraya sebagai Pengarah Hospital yang begitu dedikasi  sehingga mendapat pengiktirafan seperti ini. Semuga Hospital Putrajaya semakin berjaya dan cemerlang dalam memberikan perkhidmatan buat warga di Putrajaya. 


www: Cakna bahasa - Istilah kesihatan awam


 

Thursday, May 8, 2025

Pengalaman tersangkut dalam lif


 Assalamualaikum,

Sebelum ni selalu melihat movie atau drama orang tersangkut dalam lif. Sekali kejadian tersebut aku alami semalam. Sungguh mendebarkan.

Semalam time melawat aku dan Pn Hanum jenguk lah rakan sejawatan dari Bahagian Perkembangan yang telah di serang stroke. Pn Hasnah dah seminggu admit wad. Mula-mula masuk wad 29hb April tu kerana sakit pinggang masuklah wad ortho sekali masa tu kena stroke terus Dr bagi ubat rehatkan diri. Masa mula-mula kita orang jenguk dia tidur je. Ramai lah kawan-kawan yang datang almaklum lah dia orang kuat Rekod kat Ibu Pejabat.

Selepas admit wad ortho kena masuk HDW. Dan semalam katanya dah transfer balik ke wad Medical di tingkat 4. Jadi pi lah jenguk. Nampak lah dia dah sedar tapi macam masih mamai lagi mungkin sebab ubat yang Dr beri. Bila 5 minit lagi habis waktu melawat pukul 2 kami pun berjalan lah ke lif nak balik pejabat.

MAsa sampai tingkat 3 ramai pulak pelawat nak balik. Jadi penuh lah lif masa tu. MAsa pintu nak tutup kedengaran bunyi kuat pintu tersebut. Sebelum tu ada terbaca Whatsapp dalam group opis yang ada orang tersangkut dalam liff minggu lepas. Siap panggil bomba lagi. Jadi masa bunyi kuat tu aku hampir je nak cakap dengan Pn Hanum entah-entah pintu lif tersebut yang sangkut tapi tak tercakap.

Sekali bila sampai level G lif berhenti tapi pintu tak boleh buka. Malahan pintu tu kita orang nampak tak tertutup dengan rapi. Ada lah lelaki yang depan tu tutupkan pintu tu bagi rapat tapi tak boleh bukak juga. Ah sudah. Betul lah tekaan ku tadi. ayoyo ama aci 

Lelaki yang dekat panel tu pun bunyikan loceng. lama juga tak ada orang menyahut. Aku pulak cuba WA group opis minta bantuan. Ada lelaki sebelah Pn Hanum call no care centre.  Nasib ada orang menjawap. Dia kata tunggu. Bantuan akan diberikan. Orang luar tanya ada berapa orang dalam tu. Bila kira wah ramai juga ada 12 orang semuanya dengan pakcik atas kerusi roda. Agaknya dia pi melawat saudara agaknya. Dengan di sorong oleh anaknya. Lepas tu dia tanya ada pesakit ke dalam lif tersebut. Adik yang bawa bapa dia dengan kerusi roda tu siap kata ada ni orang naik kerusi roda dan sakit perut. Supaya bantuan segera di berikan. Pakcik kat kerusi roda tu relaks je. Ada perempuan lain siap bawa kipas. 

Lama juga lah kami menunggu. Penantian itu kan satu penyiksaan. Bila lama je senyap depa tekan butang loceng. Udara didalam semakin kurang. Dah mula rasa sesak nafas ni tapi belum lagi pintu terbuka.




Hampir 20 minit juga lah kami terkurung didalamnya. Alhamdulillah pihak radicare rupanya kat luar sedang membaiki pintu lif tu. Tiba-tiba berbunyi pintu dari G turun ke LG. Alhamdulillah bila pintu akhirnya terbuka. Waduh pengalaman pertama kali ni.  

Kalau tenguk filem action bukan main lagi kan buka pintu atas lah apa lah.....hahahaha ko ingat dalam movie ke ni nak ada orang selamatkan dari atas. Nasib baik dah sampai level G je bukan level bertingkat-tingkat. aduhaiiiii  Apa pun alhamdulillah lah akhirnya kami di selamatkan. Syukur. Relaks je jalan balik ke pejabat. Hari ini dalam sejarah sungguh lah.