Thursday, May 8, 2025

Pengalaman tersangkut dalam lif


 Assalamualaikum,

Sebelum ni selalu melihat movie atau drama orang tersangkut dalam lif. Sekali kejadian tersebut aku alami semalam. Sungguh mendebarkan.

Semalam time melawat aku dan Pn Hanum jenguk lah rakan sejawatan dari Bahagian Perkembangan yang telah di serang stroke. Pn Hasnah dah seminggu admit wad. Mula-mula masuk wad 29hb April tu kerana sakit pinggang masuklah wad ortho sekali masa tu kena stroke terus Dr bagi ubat rehatkan diri. Masa mula-mula kita orang jenguk dia tidur je. Ramai lah kawan-kawan yang datang almaklum lah dia orang kuat Rekod kat Ibu Pejabat.

Selepas admit wad ortho kena masuk HDW. Dan semalam katanya dah transfer balik ke wad Medical di tingkat 4. Jadi pi lah jenguk. Nampak lah dia dah sedar tapi macam masih mamai lagi mungkin sebab ubat yang Dr beri. Bila 5 minit lagi habis waktu melawat pukul 2 kami pun berjalan lah ke lif nak balik pejabat.

MAsa sampai tingkat 3 ramai pulak pelawat nak balik. Jadi penuh lah lif masa tu. MAsa pintu nak tutup kedengaran bunyi kuat pintu tersebut. Sebelum tu ada terbaca Whatsapp dalam group opis yang ada orang tersangkut dalam liff minggu lepas. Siap panggil bomba lagi. Jadi masa bunyi kuat tu aku hampir je nak cakap dengan Pn Hanum entah-entah pintu lif tersebut yang sangkut tapi tak tercakap.

Sekali bila sampai level G lif berhenti tapi pintu tak boleh buka. Malahan pintu tu kita orang nampak tak tertutup dengan rapi. Ada lah lelaki yang depan tu tutupkan pintu tu bagi rapat tapi tak boleh bukak juga. Ah sudah. Betul lah tekaan ku tadi. ayoyo ama aci 

Lelaki yang dekat panel tu pun bunyikan loceng. lama juga tak ada orang menyahut. Aku pulak cuba WA group opis minta bantuan. Ada lelaki sebelah Pn Hanum call no care centre.  Nasib ada orang menjawap. Dia kata tunggu. Bantuan akan diberikan. Orang luar tanya ada berapa orang dalam tu. Bila kira wah ramai juga ada 12 orang semuanya dengan pakcik atas kerusi roda. Agaknya dia pi melawat saudara agaknya. Dengan di sorong oleh anaknya. Lepas tu dia tanya ada pesakit ke dalam lif tersebut. Adik yang bawa bapa dia dengan kerusi roda tu siap kata ada ni orang naik kerusi roda dan sakit perut. Supaya bantuan segera di berikan. Pakcik kat kerusi roda tu relaks je. Ada perempuan lain siap bawa kipas. 

Lama juga lah kami menunggu. Penantian itu kan satu penyiksaan. Bila lama je senyap depa tekan butang loceng. Udara didalam semakin kurang. Dah mula rasa sesak nafas ni tapi belum lagi pintu terbuka.




Hampir 20 minit juga lah kami terkurung didalamnya. Alhamdulillah pihak radicare rupanya kat luar sedang membaiki pintu lif tu. Tiba-tiba berbunyi pintu dari G turun ke LG. Alhamdulillah bila pintu akhirnya terbuka. Waduh pengalaman pertama kali ni.  

Kalau tenguk filem action bukan main lagi kan buka pintu atas lah apa lah.....hahahaha ko ingat dalam movie ke ni nak ada orang selamatkan dari atas. Nasib baik dah sampai level G je bukan level bertingkat-tingkat. aduhaiiiii  Apa pun alhamdulillah lah akhirnya kami di selamatkan. Syukur. Relaks je jalan balik ke pejabat. Hari ini dalam sejarah sungguh lah.

16 comments:

  1. menakutkan kalau tersangkut ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lah sorang rasa panik jab macamana nak buat. Nasib ramai

      Delete
  2. seram betul...tapi, lif hospital memang daif2 dah semuanya...dekat selayang nie, kalau nak bawa patient yang guna oksigen, kena bawa xtra tong oksigen sekali, risau tersekat dalam lif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah fasiliti hospital lama kadang uzur sangat. Bila complain budget takde....habis camno

      Delete
  3. Pernah je SA kena kak..sejam gak la dalam lift...bayangkan ada dalam 8 orang...risau ada yang terlepas kentut je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh sejam tu lama. Kalau terlepas kentut aduhaiiiii hadap le oksigen yang semakin berkurangan tu. hehehe

      Delete
  4. tak pernah kena lagi....tapi risau juga kalau terjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudahan di jauhkan. tu lah selalu tenguk orang lain kena sekali kita plak kena hadap.

      Delete
  5. alhamdulillah elamat semua cemas juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam bulan tu masuk kami dah 2 kali kejadian.

      Delete
  6. Mujur juga takde orang yang klaustrofobia. Alhamdulillah, semua selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Nasib baik orang yang lain tak panik. jadi masing-masing cool je sambil tekan loceng

      Delete
  7. tak dapat bayangkan bersesak dlm lif...Alhamdulillah, semua selamat...di Hospital Putrajaya ke? kira baru jg hospital ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini bangunan lama yang dah 25 tahun usianya. Yang bangunan baru bangunan Endocrine masih canggih lagi

      Delete
  8. 20 minit tu lama. tulah seriau kalau lif lama. macam lif opis saya. kalau saya nak masuk lif kena make sure buang siap-siap di toilet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ramai kalau sorang aduhai panik macamana nak buat

      Delete