Assalamualaikum,
Bulan November yang lalu aku join Give Away anjuran Mummy Ayu sempena birthday MA . Tak sangka pulak selain linda MA bagi pada aku sebab orang pertama join. Alhamdulillah rezeki ni.
Dan alhamdulillah semalam aku terima parcel yang di tunggu-tunggu. Maaf lah kalau gambar tak center ke apa main petik je nak tayang kat semua apa yang aku dapat. Opssss bukan nak menunjuk ye cuma nak menunjukan hasil tangan MA. Excited sangat padahal benda ni dah lama ada. Aku je yang tak ikut trend zaman sekarang. Almaklumle aku ni tak creative dan oldscoll sikit hahahaha. Padahal buat photobook pun tak jadi-jadi lepas tu emmm fedup dah. Tapi bila tenguk MA buat emm cam kena cuba juga ni. Sayang kan gambar travel banyak-banyak. At least boleh belek-belek.
Ni pun sweet sangat. Nak simpan buat kenangan.
ms 1 dah penuh gambo.
Rasa macam nak pi Nami Island lagi tapi pi musim bunga pulak. Tapi Korea sekarang bukan main kerek lagi dengan orang Malaysia. Ada yang aku dengar dah pergi disuruhnya balik tak bagi masuk negara dia. Ewah eksyen ek... padahal dulu bukan main lagi ramai je rakyat Malaysia pi korea dek penangan kdrama. Geng aku yang mula-mula peminat kdrama sampaikan buat trip pi sana masa Autumn. Dapat pi lokasi Full House, Sad Love song, Winter Sonata dan Coffee Prince. Gigih tau kita orang masuk cafe Coffee Prince tu hanya untuk secawan kopi sebab kalau tak masuk kedai tak boleh ambil gambar. Dah le mahal tapi ok lah bukan selalu kan dapat sampai. Mahal pun mahal le janji ada gambor dalam cafe dia tu. Ni dah eksyen Boikot kang baru tahu.
Kenapa rakyat Malaysia suka pi korea adalah sebab penangan Kdrama dia serta nak main snow almaklumle malaysia takde snow.
Bulan Januari
Ni memori pi Brisbane dan Uk. Kerja sambil berjalan. Alhamdulillah rezeki Allah beri dapat travel atas sebab kerja.
Bulan Februari
Ni pi UK dan Delhi.
Bulan March
Memori pi Turkiye dapat penuhi hajat nak naik Belon Panas. Tapi kat Pamukalle sebab murah sikit dari di Cappodacia. Harga US beb semua yang aktiviti yang kena bayar yang kita nak join.
Bulan April
Pi Bromo. Rasa macam nak repeat sebab banyak tempat kena skip sebab kawan kena stroke pun nak ikut travel. Jadi kena ikut mana yang boleh je. Tu yang rasa macam tak puas hati je ni. hehehehe. Lagi satu nak masuk kebun epal kat Malang tu rasa macam nak pi kebun yang boleh petik banyak2.hahaha jenis tak puas memetik hanya sebiji. Kat Kashmir hanya dapat tenguk pokok epal sedang berbunga dengan meriahnya. Kalau nak pergi musim Autumn iaitu bulan 11 masa tu dia dah berbuah.
Mei
Ni pi ladang Tulip di Kashmir dan JPO Seoul
Jun
Snow di seoul. Pi pergunungan apa aku dah lupa untuk aktiviti main snow. Pakai peralatan dia tapi tak boleh mengluncur jadi posing je lah sambil melihat member seronok meluncur atas salji. Huwaaaaaa
Bulan Julai
Memori 2 minggu di UK. Merata kami bertiga berjalan. Sampai ke Glasgow sebab ikut Dr bagi talk di satu simposium.
Bulan Ogos
Banyak-banyak gambar di musim autumn aku suka gambar ni. Kita orang naik basikal sewa keliling Pulau Nami. Lepas tu nampak kawasan ni minta tolong kawan ambilkan gambar sambil aku campak basikal sebelahnya. hehehehe. Aku kan pantang nampak pokok cun memang nak posing je disebalik pokok.
Bulan September
Ni kat Jeju dan Kawasan Istana di Seoul. Rasanya bangunan belakang tu tempat lokasi drama apa aku dah lupa tapi macam ada ternampak.
Bulan Oktober
Kat Surabaya dan di kebun Limau di Jeju. Penangan kdrama My Girl nak masuk kebun limau. Seronok sangat sebab limau masak merata-rata. Eh tu cantik ni cantik sampaikan tak tahu ambil gambar macamana gayanya sebab dek teruja dengan limau masak merata-rata. Yang geram tu sebelum sampai ladang limau merata aku nampak rumah di Jeju pokok limau masak dengan rimbunnya depan rumah keliling rumah. Mana lah aku tak geram. Bayangkan keliling rumah kita pokok limau semuanya sedang masak ranum. Aduhaiiiii kalau aku lah rumah macam tu. Terus petik limau dan makan. hahahaha tak yah pi market beli limau.
Bulan November
Memori menunaikan umrah bersama kakak-kakak dan keluarga yang ramai. Bila masuk je Dataran Kaabah tanpa sedar air mata menitis sebab pertama kali memandang Kaabah depan mata. Selalu tenguk kat tv Hijrah sekali ni depan mata ko. Allahuakbar Alhamdulillah Allah jemput aku ke RUMAH NYA. Semuga kali ini Allah jemput aku sebagai Duyufurahman pulak tahun hadapan. Doakan buat aku ye. Semuga tahun hadapa Allah jemput aku dapat menunaikan ibadah Haji pula. Aamiin
Bulan Disember
Ni sebenarnya pergi Kashmir bulan 4. Ingatkan musim bunga tapi di Gulmargh masih ada salji lagi jadi pi naik kereta cable naik nun atas pergunungan main salji. Seronok walaupun sejuk. Sempat tunggang kuda lagi buat pertama kali. Alhamdulillah
Ni kat belakang.
Memori pi Bromo dan mencari daun warna warni di Jeju.
Tada..... dah tayang atas meja kerja.
Terima kasih banyak-banyak Mummy Ayu ye atas hadiah yang diberikan. Memang hepey sesangat. Semuga Allah limpahkan rezeki melimpah ruah buat Mummy Ayu dan dikurniakan kesihatan yang sihat serta bahagia disamping keluarga. Aamiin.
No comments:
Post a Comment