Thursday, December 4, 2025

Mengimbau kenangan Bermusafir di Muka bumi ini

Bersama Kak nong, Kak Anim dan Kak jal sewaktu umrah 2017 di Jabal Rahmah.

Assalamualaikum,

Masa Mummy Ayu maklumkan aku menang Kalendar customise dan minta gambar yang aku nak letak dalam kalendar tersebut hah apa lagi lah membongkar le aku dalam phone dalam FB mencari gambar sewaktu dahulu pi travel yang aku nak tepek dalam kalendar tersebut.   

Jadi ni lah hasilnya gambar suatu waktu dahulu keluar balik. Jadi ni aku nak mengimbau kenangan ye kalau tenguk aku kurus tu masa muda-muda ye. hehehehe apa lagi ada yang dah 10 tahun gambarnya. 


Memori mengerjakan umrah bersama adik beradik, abang ipar serta anak saudara. 1 bas keluarga kita orang je. Ni satu bilik dengan Kak ijah, Kak nong dan Kak jal. Memori sebilik ber4 mengerjakan umrah ni memang satu kenangan manis bersama akak-akak. Seronok sekali. Entah bila kami dapat bersama mengerjakan umrah lagi seperti ini disebabkan Kak ijah sekarang sudah sakit  Alzheimer sejak abang Ipar Hj Ikhwan meninggal dunia masa PKP dahulu.

Hanya ini kenangan berempat kami yang sungguh indah bagi diri ku.

                                                                             Di surabaya

Panorama Bromo yang begitu indah



Di Bromo



2 minggu kerja di UK. Lawatan sambil belajar tahun 2010


di UK


Masuk kebun epal hanya boleh petik sebiji je. Haru sungguh 


Di Malang kebun epal


Perkampungan di Jeju


Jeju


Jeju


Jeju. Tempat peberet orang Malaysia bergambor di kerusi ni. Pantai dan laut dia cantik


Berjumpa geng Doktor-doktor yang berkawan baik sampaikan pi travel bersama.  



Jeju mencari pokok warna warni



Misi mencari pokok warna warni di Jeju



Rumput setinggi orang untuk fotografi. Tapi belasak dalam lalang tak gatal tak seperti lalang di Malaysia. hehehehe


Masuk kebun limau di Jeju. Tak boleh petik sebab dia menjaga kualiti buah untuk di jual. Ada kebun yang boleh petik tapi yang ini tidak boleh. Nak kena beli. huhuhu Tapi limau dia manis. Malahan ada coklat perisa limau lagi.


Kursus pendik 2 minggu di Brisbane tahun 2008


Nak naik cruise mahal jadi posing je lah ye.


Brisbane tahun 2008


Dapat tenguk pokok Tulip depan mata. Seladang besor taman Tulip di Kashmir. Tahun 2019


Bersama geng Ulat buku serta kawan Blogger Brunei adik beradik juga bersama Kak su aka novelis Noorsuraya  


Belakang tu Taman Tulip saujana mata memandang. 


Bersama geng Ulat buku serta peminat Kdrama di Nami Island tahun 2010


Lokasi Drama Full House. 


Istana diraja Korea.


Lokasi Drama Winter Sonata. Femes ni citer ni dolu. Pembuka kepada Kdrama di Malaysia


Lpkasi Drama Korea Jewel in the Palace. Femes ni drama tersebut. Suka melihat dia masak dan kemudian menjadi Doktor perempuan zaman dahulu.


Ala-ala tukang masak Korea....hehehehe


Pi JPO Korea. Tenguk dan lihat je sebab mahal dan duit cukup-cukup je untuk shoping lain. hahaha


Masa ni salji baru turun. Sebelum salji turun sejuk sampai ke tulang. Bila dah snow banyak tak berapa sangat. Tu yang melepaskan geram main snow.


Istana zaman dahulu


Auturm in my heart. Nami Island tahun 2010


Di Istana Buckingham UK. Tenguk pertukaran Askar


Geram tenguk bunga dia berkembang di tepi Istana Buckingham


Kat Gulmarg Kashmir main snow. Nak golek-golek sejukkkkk.


Dari Rumah Bot naik sampan penuh ahli rombongan semuanya nak pi ke Tebing nak naik bas ke Gulmarg  


Naik kuda......aduhaiiiii kuda ku lari gagah berani. 


Ni di New Delhi


Berwisata bersama kawan Singapore dan Indonesia.


Naik belon di Pamukkale Turkiye. Murah sikit dari di Capppadocia


Di Cappodocia. 


                                                                         Di Pamukkale

2 comments:

  1. Bestnya akak....seronok tengok akak travel dulu...banyak kenangan terindah kan..

    ReplyDelete
  2. Subahanallah..alhamdulillah..gambar2 sangat cantik, menarik sekali..

    ReplyDelete