Thursday, May 7, 2015

Buah-buahan sedang berputik


Assalamualaikum,

  Wah seronoknya cuti panjang hari Pekerja hari tu. Highway pun asyik jem je sebab ramai yang balik kampung disebabkan cuti yang bersambung-sambung. Aku pun balik juga lah petang Jumaat sebab Akak yang sulong buat kenduri sikit sesama adik-beradik. Gambar tak ambil sebab masa sampai rumahnya dah Magrib dan kebetulan blackout sepanjang jalan nak masuk ke rumah Akak kat Parit Sulong Batu Pahat. Tapi nak cerita ni adalah pokok buah-buahan rumah Aruah Mak kat kampung di Muar. Selesai majlis makan kat rumah akak, balik lah ke rumah mak. Dan pagi tu emm teruja nya tenguk pokok rambutan semuanya sedang berputik.  Nampak gayanya Hari raya nanti semuanya masak kut. Ala dah tinggal sebulan lebih je nak mula berpuasa. 

Suka bila tenguk Pokok pulasan banyak berbuah. yeh

Pokok rambutan gading ada, budak sekolah ada, gula batu ada. Emmm tak sabarnya menunggu masak.


Tapi yang menjadi kesukaan akak aku Nora ialah jambu Gelas sedang melebat berbuah. Ada 3 pokok yang sedang masak.

Ni kat belakang rumah, Melacak je jatuh apalagi kalau hujan memang cepat habis le tak sempat masak ranum.

Ni jambu Ball tapi buahnya tak menjadi sangat. Cuma ada yang ni je. Yang lain baru nak berputik.

Nilah jambu Gelas atau orang kata jambu susu lah. Kalau masak memang besar... ni dah jatuh berdebuk jadi terpecah sikit hujungnya.

Buah yang masak sedang merimbun dan nak jatuh tapi putik buah baru sedang berkembang. Maknanya yang ada tak habis lagi dia dah berputik semula. Kalau ikut agakkan aku yang sedang masak ni berputik raya cina hari tu dan mungkin agak-agak raya masak kut. Emm tapi kalau hujan je susahlah nak lekat putik buah tu.  


  Ni hasil kutipan akak aku. Dia tak tahan bila tenguk banyak sangat. Ada yang masih hijau dah jatuh sebab kena hujan. Sepagi tu dia kutip dan kopek dapatlah 2 balang bekas kuih buah jambu yang dah bersih dan di hiris dibuat jeruk. Memang sedap. Jadi sebelum balik KL sempat lah juga jolok buah yang dah agak tua untuk dibawa balik. Lepas tu adik Faizan pun ada balik juga. Dia terus cari tangga dan panjat petik buah yang dah agak putih. Sebab jiran kat taman dia sangat suka buah Jambu ni.   

Selain dari buah jambu rupanya buah asam epal pun banyak berbuah. Oleh kerana pokok tinggi akak aku tak sempat pun nak jolok. Dan kebetulan selepas je akak aku balik KL,  adik aku faizol yang di Batu Pahat pun balik. Huh apa lagi di goyangnya pokok asam epal ni. Yang tak tahan tu kerengga banyak.  
Ni hasil kutipan dibahagi sesiapa yang nak. 

Ni yang pokok sebelah parit pun banyak tapi buahnya banyak jatuh ke parit.


  Ni adik aku sedang memanjat. Ikutkan buah ni kalau masak baru jatuh tapi sebab minggu tu sahaja yang kami adik-beradik balik jadi terus je petik yang dah agak putih. Kiranya minggu ni jalah yang banyak kalau tunggu minggu depan mesti dah habis luruh. Kalau dah masak memang sedap terus di gigit tapi sebab ada yang masih kehijauan lebih sedap dibuat jeruk. Hiris nipis-nipis masuk dalam bekas, letak gula dan simpan dalam petisejuk.  Sedap wa cakap beb.Walah. Aku bawak ke pejabat, semua pun suka sebab dia orang kata susah nak dapat buah tersebut. Ada yang tak pernah jumpa pun. Yang Doktor Imam lagi best dia kata buah ni dia rasa masa dia kecik-kecik lagi. Wah macam tu sekali. 

Ni lah pokoknya memang besar. Buah Jambu gelas dan jambu ball ni sebenarnya adalah adik beradik speciesnya. Sebab pokok dan daunnya serta bunga putik semasa berkembang adalah sama. Yang membezakannya apabila dari putik dia membesar jadi apa. Samada jambu gelas atau jambu ball.  

 

Thursday, April 30, 2015

Pesta Buku 2015 datang lagi


Assalamualaikum,
Seperti biasa bagi hantu buku macam aku ni pesta buku memang setiap tahun di tunggu. Suka dengan bau buku yang baru dibeli. Dan kali ini seperti biasa hari sabtu janji dengan geng UB terjah PWTC. Kak noor kata dia kena balik awal jadi mungkin dah dapat buku yang dia nak beli terus balik lah. Jadi aku pun lone ranger lah pagi tu. Kak uda dan iejay pula mungkin lambat sampai. Oleh kerana nak dapatkan parking kat stesyen bas putra pukul 9.30 aku dah sampai pwtc. Sekali hah ko jalan nak masuk PWTC dah jem. Bas-bas sekolah berbondong-bondong datang turun kan budak sekolah. Terpaksa cari jalan lain nak masuk ke parking. Alhamdulillah parking lot masih banyak yang kosong. Masuk PWTC je pun dah ramai. Budak sekolah kecil dan dewasa berduyun-duyun masuk dewan. Acara start pukul 10 tapi orang dah ramai. Aku pun terus tuju booth JS Adiwarna sebab janji jumpa kat situ. Sempat le juga jenguk tempat karyaseni. Pintu belum di buka tapi orang dah ramai menunggu. Katanya ada artis nak datang tengahari tu. 


Antara combo bulan mei dan jun yang berdiskaun serta dapat free buku.


Hah tenguk tu budak-budak sekolah duduk berbaris menunggu arahan dari cikgu. Dengan orang yang ramai... macamanalah cikgu dia nak uruskan. Memang sesak sungguh pagi sabtu tu. Bagus juga bawa budak-budak datang ke pesta buku, dapat mengajar mereka supaya suka membaca tapi kena ada tapisan lah apa yang mereka beli, takut mereka membeli buku yang tidak sesuai dengan usia muda mereka.   

Ni booth depan Jemari Seni. satu nama yang emmm lain dari yang lain. Buku Hitam apakah maksudnya?


Berdepan dengan booth Jemari Seni dan JS Adiwarna adalah booth dari kerajaan Arab Saudi. Tenguk tempat santai dia tu... rasa teringinnya nak lepak kat situ sambil membaca...dok golek sana golek sini syoknya. Terlentang tergolek sambil baca novel... huh gaya hindustan lah pulak. hehehe Ada aku terbaca booth ni ada bagi AlQuran cover bertulis warna emas pada setiap hari. Emm lupa pulak nak tanya Yah samada dia ada dapat atau tidak. 


Dereten buku tu adalah dari Booth Kerajaan Arab Saudi. Yang di belakang tu booth JS dan JS Adiwarna. Pada tahun ini mereka dapat bersebelahan. Senang sebab keduanya bagaikan Anak Beranak je cuma berlainan genre penerbitan. Jemari Seni menerbitkan novel umum manakala JS Adiwarna pula lebih kepada penulisan yang mendaulatkan bahasa Malaysia. Ada juga novel umum. Dan juga ada novel kanak-kanak.



Di pentas utama pada pukul 10.30pagi ialah penyampaian Anugerah Novelis Prolifik Alaf 21. Jadi sempat lah tenguk acara sedang dijalankan. Kiranya anugerah diberi kepada penulis yang telah menghasilkan sebanyak 5 buah buku. Dalam banyak nama yang ada, aku suka baca tulisan Rozita Abd Wahab, Haiza Najwa, Hezzry Azra, Lynn dayana, Herna Diana, Ainul Hazrah, Durrah Fatiha, Dhiya Zafira, Fatin Nabila dan Hasreeyati Ramli. Tahniah buat penulis Alaf 21.

 Di Booth JS Adiwarna pula sesiapa yang membeli buku kanak-kanak 1 set akan dapat sebji sabun lulur yang khas datangnya dari Indonesia. Beli lah juga buat koleksi dan dapat sabun lulur tu yang mengandungi susu didalam nya. Balik je dari PWTC terus pakai.. nyaman dan licin je rasa kulit. Nak beli buku masak Kak  su belum sampai lagi. Katanya petang baru ada. 

Bila kaknoor sampai, kita orang pun pusing keliling. Singgah kat booth NB kara, jumpa lah sue NB, Norhayati Berahim, booth diorang nun tingkat 4 tu hah. Selalunya tingkat tu penerbitan antarabangsa tapi kali ni dah tukarlah pulak. Banyak juga booth indie. Tajuk buku indie ni kadang emm tak tau nak cakap tapi remaja sekarang suka pulak membacanya. Konsep yang keluar dari tajuk biasa. Tak tau lah macamana sebab aku tak baca bukunya. Cuma yang kadang tak suka tu sebab ayatnya ikut sedap je penulis nak menulis. Tapi yang aku kurang senang ni sebab ianya kadang merosakkan bahasa melayu yang indah. Dengan ayat pendek-pendek gaya sms huh memang hancur lah. Tu yang kadang baca dalam fb ayat-ayat dalam sms yang dah dipendekkan kadang tak faham... erkk ni apa ya...main agak ja maksud ayat macam tu. lama-lama kan orang melayu pun boleh hilang identiti bahasa melayu tau apa lagi budak zaman sekarang yang cepat ikut benda-benda  macam tu. Hancur lah bahasa melayu. 10 tahun lagi entah macamana lah agaknya.    

Masa lalu laluan berdepan dengan booth Idea Keratif dan Karya Seni mak aiiiiii jem teruk. Lautan manusia ramai sangat sampaikan tak boleh nak bergerak. Rupanya Hero cerita Hati Perempuan emm siapa namanya aku lupa daaaa ada di booth Idea Kreatif Publisher sedang launch buku Hani Fazura. Kat Karyaseni pun ada Amar Bahrin... pukul berapa aku lupa. Dapat lepas dari kejeman laluan karyaseni tu terus pi ke bilik Mawar terjah booth Kakinovel. Nampak Eila sedang tantatangan buku peminatnya. Nampak juga kaunter bayaran berderet orang nak bayar.... huwaaaa camno ni.

 Ni terjumpa penulis izzul, lama tak jumpa. Lepak jap kat booth Intens menunggu penulis Fauziah Ashari Ombak rindu datang. Booth Intens ni bosnya Fauziah lah. Masa ni sebenarnya menunggu penulis Areila habis duty. Nampak penulis Suri Ryana ada, kita orang minta tolong Eila bayarkan buku terbaru Suri bertajuk Kimchi untuk awak sebab kaunter bayaran Booth Kakinovel penuh orang. Booth dia besar tapi cashier cuma ada 2 ja. Dah lah banyak buku baru dan diskaun yang boleh tahan juga harganya.

Hah tenguk tu sampaikan pakai beg travel dok membeli novel. Puan ni beli buku terbaru Suri banyak entah berapa puluh. Kiranya satu beg tu novel terbaru Suri Ryana..

 Akhirnya dek nak cepat kita orang kombo je posing dengan Suri. Buku baru dia ni best sebab dia pun dok kat Korea nun ikut suami. Jadi bila baca lokasi kat korea wah rasa nak terbang ke sana lagi. Aku dah baca emm angau dah kat Daniel Lee yang dibayangkan macam Lee Dong Wook pelakon My girl. Sebab hero dia kacukan korea dengan melayu. hah tentu lah tinggi lampai.. puteh dan kurang sikit sepetnya. Mula-mula bayangkan Lee Min Hoo tapi bila Suri kata macam Lee Dong Wook terus tertwist bayangan ke pada LDW. hehehehe

Terserempak dengan penulis Anis Ayuni. Ada novel terbaru bertajuk Sayang... kompilasi 4 penulis didalam 1 novel iaitu Kak Anis, Aisya Sofea, Aleya Alesha dan Rozita Abd Wahab. 

Eila sedang membelek buku resepi kak su. 

Kita orang balik semula ke booth JS Adiwarna sebab kata nawwir buku Dapur Mak Cik Raja tulisan kak su dah sampai. Buku resepi yang lain daripada yang lain sebab ianya adalah resepi autentik dari 8 buah novel kaksu. Ada sedutan  dalam 8 buah novel dan cerita yang tidak diceritakan dimana-mana. Kiranya tak rugi lah memilikinya. 




  Ni beberapa buah yang aku rembat. Ingatkan nak beli buku Hati perempuan drama adaptasi yang sedang hangat di tayangkan kat TV3, rupanya dah habis stok sedang tunggu di hantar stok yang baru  tapi sebab dah tak larat emmm nampak gaya kena pergi lagi. Booth Karangkraf pun tak masuk kalau tak huh tak muat tangan. 

 Di pentas Utama rupanya pada hari Ahad ada Neelofa yang melancarkan buku Hijrah dan Hijab. Manakala Ustaz Kazim pula pukul 3 hingga pukul 5. Manakala Hari Ahad ni 3hb iaitu penutup pesta buku ada bedah buku bersama Ustaz Azhar Idrus dan Dato Dr Haron Din pukul 12 hingga 1 pm. Sebelum tu penulis Azizi Ali dengan Forum GST dan Hartanah. Lepas tu pukul 4 hinga 5pm ada Fara Fauzana. Wah meriah hari Ahad nanti. 

 Ops sebelum terlupa booth Karyaseni pula pada hari esok 1 hb mei  pukul 3 hingga 5 Ungku Ismail yang berlakon dalam novel Terlanjur Mencintaimu. 2hb Mei pula Zara Zyn dalam Mr Arogant pukul 1-3pm. Pukul 3.30 hingga 5.30 pula pelakon dalam Hati Perempuan heroinnya dan second hero iaitu Mia Ahmad dan Hafrezz Adam. Dan last hari Ahad pula ada Uqasha Senrose dan Shah Iskandar dalam novel Dan Hati pun berkata. Pukul 3.30 hingga 5.30. 

 Ni semuanya adaptasi novel ke drama. Sekarang kan trend novel jadi drama atau Filem. Ada pro dan kontra sebenarnya. Bagusnya dapat naikkan jualan buku dan menambahkan rezeki penulis tapi kadang bila dah didramakan kadang dah lari dari cerita asal sebab nak di visualkan maka terpaksa diubah untuk menjadikan cerita lagi umppp.   Dan kadang dari cerita tak sedap tapi sebab pelakon pandai melakonkan watak jadi best pula sehingga orang pun suka melihat dan akan mencari novel tersebut. Kadang pula yang berlaku bila dah baca cerita best tapi bila jadi drama  jadi tak best, sebagai pembaca redho jelah. Ini disebabkan fenomena ini dapat menaikkan rezeki penulis. Jadi bagi penulis pula biarlah menulis novel yang ada isi dan pengajaran didalamnya bukannya ayat-ayat panas hanya kerana nak naikkan nama. Orang kata nak cari publisiti murahan. Trend sekarang yang berlaku telah menaikkan nama penulis dan sebagai penulis biarlah menulis dengan penuh tanggungjawab supaya hasil tulisan bukan sahaja dapat menambahkan poket (duit royalti) tapi ada saham akhirat didalamnya jika ianya memberi manfaat kepada orang yang membacanya.  Apa pun tepuk dada tanya iman manakala bagi aku pula tepuk poket tanya duit. hehehehe

  

Thursday, April 23, 2015

Amalan Bersedekah yang kreatif







Assalamualaikum semua,

Di hari Jumaat yang penuh berkat ini jom kita pakat ramai-ramai bersedekah. Ianya satu amalan baik yang patut kita jadikan amalan.


Kreatif dlm bersedekah
1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna oleh  orang yg ingin memakainya disaat bersolat (amalan biasa di masjid2 arab mekah dan di  madinah).

  Haah kan bila di fikir bagus juga kita sedekahkan kerusi kecil untuk memudahkan orang yang solat yang tidak boleh solat secara biasa terutamanya bagi orang-orang tua yang selalu mengadu sakit kaki dan susah nak sujud. Apa lagi tujuan kerusi tersebut digunakan untuk solat ya pahala berganda tu.  

2. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..

  Kucing merupakan haiwan yang Rasulullah sangat sayangi. Apa lagi kucing yang banyak terbiar dijalanan. Satu perbuatan yang baik jika memberi makanan kepada mereka bukannya di sepak-sepak kerana disebabkan kucing tu kotor dan mengiau nak makan. Aku selalu seriau bila sedang memandu tiba-tiba terserempak dengan kucing yang dah kena langgar... Ya Allah kesiannya.   

3.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kpd anak yatim ataupun orang miskin.

 Sekarang ni semuanya di hujung jari je. Tak payah menunggu anak yatim kutip derma ke atau orang miskin minta derma yang selalu banyak di pasar-pasar malam. Dengan hanya klik semua derma dah sampai pada pihak yang berkenaan. Malahan sahih ianya digunakan pada orang yang betul memerlukan. Pernah dengar kan anak yatim yang mengutip derma di eksploitasikan oleh orang yang fikir nak kaya tanpa mempedulikan budak-budak yang sepatutnya belajar tapi di suruh untuk mengutip derma dengan menjual benda-benda kononnya menjual sambil menderma. Dan ada juga terbaca orang yang minta derma di pasar-pasar malam tu menipu dimana kebanyakannya bukannya warga tempatan tetapi orang luar yang nak senang hidup dengan hanya mengutip derma sebab orang malaysia ni pemurah. Jadi jika tak mahu rasa cuak dan curiga adakah derma itu dapat pada orang yang sebenarnya search je rumah-rumah anak yatim mesti ada blog atau cara-cara macamana nak bagi derma pada mereka. Nak confirm call dulu no talipon mereka yang incharge rumah tersebut. Insha Allah semuga derma kita dimanfaatkan pada yang betul memerlukan.

.4.Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.

 Satu saranan yang bagus juga. Kiranya ianya diberi tanpa perancangan. Jika terserempak mudah sahaja kita sedekah pada sesiapa sahaja yang memerlukan.

5.Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

 Ini kiranya tabung dosa dan sedekah tersebut bagaikan menyucikan dosa yang telah kita lakukan. Simbolik sungguh saranan ini. Kena cubalah ni letak satu tabung menyucikan dosa. Emm kalau penuh nampak sangat kan kita banyak buat dosa. Semuga dijauhkan lah hendaknya dari melakukan dosa. 

6. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga. kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

 Selama ini beli air kotak untuk potluck geng UB tak terfikir pulak yang buat macam ni boleh kita niatkan sedekah. Malahan time berkumpul kaum kerabat adik beradik aku, tak teringat pula nak beli air kotak atau air mineral banyak-banyak dan niat sedekah. Selalu beli hanya nak bagi anak buah aku minum. Ya lah kalau dah buat game ramai-ramai mesti ada yang nak air sebab dah haus banyak sangat berlari. Emmm kena buat selalu lah ni. 
  
7. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

 Ini boleh diamalkan kalau pergi kedai melayu yang jualan secara kecil-kecil atau pun beli makanan dengan orang yang berjualan di tepi-tepi jalan baki duit tak payah diambil. Ialah kan depa meniaga jual nasi lemak, kuih muih serba sedikit manalah untung besar sangat janji di zaman sekarang ni berniaga buat mengurangkan beban perbelanjaan keluarga ja kan. Emm bagus juga ni.

8. Belilah mushaf (al quran) dan. letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

Wow ini lagi bagus. Pahala berganda-ganda.


9. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

 Mengembirakan orang lain juga merupakan satu sedekah jadi sentiasa mengembirakan orang lain dan mempermudahkan urusan orang lain insha Allah ada fadilat disebaliknya.

10. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, dan bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.


Senyum juga merupakan satu sedekah maka sentiasa bersenyum lah pada semua orang asalkan jangan senyum sorang-sorang sudahlah nanti orang lain fikir apa alh pulak. hehehehe

11.Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba dan menzalimimu.

Ini satu sifat yang susah juga nak buat sebab nak memaafkan orang yang menganiya kat kita, orang yang marah sehingga menjatuhkan maruah kita depan staff lain. Hish hish memang susahkan tapi kena muasabah dirilah sendiri. Mungkin ada kejadian dulu-dulu yang kita termarah orang tan disedari. Kena lembutkan hati dan redha dengan apa yang orang lain buat pada kita supaya kita dapat memaafkan orang lain yang dah menzalimi kita. 

12. Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal.

Yang ini memang wajib lah kita buat pada setiap kali solat supaya aruah mak dan ayah serta datuk dan nenek serta semua kaum keluarga yang telah meninggal dunia diampunkan dosa mereka. Buat kedua ibu bapa yang masih hidup juga digalakan sedekahkan fatihah buat mereka bukan hanya setelah mereka tiada . Ditambah juga buat semua umat Islam diseluruh dunia semuga Allah mengampunkan dosa mereka.

13. Sedekahkan telekung di tempat RNR atau pun di mana sahaja tempat seperti masjid ke surau ke untuk kegunaan orang perempuan solat. Fadilah solat dengan mudah dapat kat kita. 

Bagus juga kan idea ni seperti juga dengan mendermakan AlQuran di masjid dan surau dimana ada orang mengunakannya. 

14. Mendermakan duit kepada mana-mana masjid yang didalam pembinaan

 Yang ini lagi bagus jika terdengar ada masjid-masjid yang sedang mewar-warkan nak dibina baru dan meminta derma bagus sangat kalau derma kan sedikit mana yang kita mampu. Fadilahnya akan sentiasa tidak putus sebab masjid sentiasa dipenuhi dengan orang yang akn solat pada setiap waktu solat.   

Buat semua yang membaca panjangkanlah semuga jika kita amalkan bertambah-tambah pahala yang diperolehi. Benda yang baik kita panjang-panjangkan semuga semua mendapat fadilahnya.
Selamat bersedekah.






Balik kampung bawa oleh-oleh

Assalamualaikum,

Apa khabar semua ... bersawang dah rumah aku ni ... jom kita sapu kasi bersih sikit ye. Ada rajin sikit ni hah berkemas lah mana yang patut. hehehehe kang apa tah yang keluar, jin afrit, hantu jembalang syoh syoh syoh.

Raya cina dah berkurun, dah habis pun cuti sekolah, aku baru nak bercerita time balik kampung. haru sungguh naaa... nak berkunjung rumah orang lain pun sendu saja... walhal cuaca di luar panas berdenting. Sekarang kan dah musim bunga, banyak juga nampak sakura malaysia berkembang. Katanya di Kedah meriah habis... tapi di KL ni sebab panasnya tidak menyeluruh sebab sesekali bersimbahkan hujan membasihi alam, jadi bunga tak berkembang sangat dan tidak semeriah seperti tahun lepas, dimana memang panas berpanjangan menyebabkan bunga berkembang diserata alam dari utara sampai ke selatan. Rasa macam nak cadangkan je sepatutnya pihak lebuhraya perbanyakkan menanam pokok sakura Malaysia yang apa tah nama tergeliat lidah aku nak menyebutnya.Apa kebenda nama nya Tecoma techoma... huhuhu ni kalau pakar bunga tau entah apa-apa aku menyebutnya memang kena hamput je le... Aku nak cadangkanlah kalau boleh tanam pokok tu sepanjang lebuhraya jadi bila dia berkembang mekar kan cantik sepanjang highway PLUS tu.  Tak pun kat sepanjang jalan di Putrajaya digalakkan tanam pokok tersebut jadi bila meriah berkembang ramailah yang berkunjung ke Putrajaya. Mesti cantik kan jika sepanjang jalan masuk ke Putrajaya tu bersusun pokok tersebut sehingga ke pelusuk Putrajaya. Mesti cantik kan kan kan. Tak yah le eden jeles tahap gaban kat member yang pi jepun lah korea lah layan bunga cherry blossom lah. Kenapa aku jeles tahap gaban sobab time musim bunga lah time aku tak leh nak cuti selagi anuual report tak siap... huhuhu kesiannya aku kan kan kan. Dah le time musim bunga berkembang le yang aku paling suka. Rasa nak pusing-pusing berjoget ala-ala citer hindustan ... kat taman bunga. Lagi haru kalau siap tukar-tukar baju lagi.... adehaiii mau pengsan layan lagu tu naaaaa.

Ok sebenarnya nak cerita pasal oleh-oleh ataupun makanan yang selalu kita orang cari bila balik kampung di Muo. Apa lagi bagi anak perantau Muo yang berkelana di tempat lain bila menyebut tentang makanan di muar, mesti semuanya mengidam. hehehehe Rojak petis, mee rebus, mee bandung, asam pedas, hah apa lagi.. Mee Siput, soto, satay emmm buat kecur je kan. Satay ni sebenarnya di bandar Muo pagi-pagi lagi orang dah jual tau. Sebab rupanya orang Muo sarapan satay pagi-pagi. Walaupun aku anak jati muo tapi sebab kampung aku 6 batu dari bandar jadi tak taulah sangat, lagi pun aku kan anak orang miskin, adik beradik ramai 11 orang tau jadi  masa kecik-kecik mana mampu nak makan satay pagi-pagi beb. Sarapan pagi, lempeng cecah sambal tumis, kadang aruah mak buat bubur nasi yang dibubuh santan jadi bubur tu lemak berkrim layan dengan sambal tumis.... emmm sedap...nya. Boleh habis 1 periuk besor tau dok ulang-ulang dengan adik-adik lelaki aku. Itu time dolu-dolu ye .Emm apa lagi ya memori zaman kecil-kecil yang aku ingat.

Ok berbalik pasal satay tu setelah lama berkerja di Segamat , aku pun mohon tukar balik kampung dan dihantar kerja di Klinik Kesihatan Jalan Othman. Hah ko tengah bandar muar aku kena kerja. Jadi kalau time rehat hari jumaat emm memang senang je nak mencuci mata. Jalan kaki je dah sampai shopping kompleks. Masa tu lah baru aku merasa sarapan pagi-pagi makan satay, satay perut lah sedap. Layan dengan Mee rebus atau soto. Sebelah Klinik Kesihatan tu ada 1 gerai menjual sup. Tak pasti sekarang ada lagi ke tidak sebab dah lama tak merayau menjengah opis lama aku. Kadang macam teringin nak jengah , apa lagi sekarang hari Ahad Johor dah tukar hari rehat dari Ahad kepada hari Jumaat tapi bila terfikir ramai orang lama yang dah pencen jadi segan pula  sebab kalau pergi jengah sebab orang yang ada tak kenal aku. Jadi tergencat lah fikiran nak jengah opis lama. Apa pun pejabat Kesihatan Muar best sesangat. Walaupun aku hanya sempat berkerja selama 6 bulan sebelum dapat naik pangkat ke ibu pejabat di KL namun memori kat situ memang best lah. Seronok bekerja jika setiap orang saling bekerjasama tanpa memandang pangkat dan harta. Jadi jalinan ukhwah tu memang erat lah. Bayangkan lah time lepas raya boleh buat aktiviti marhaban keliling kampung tau.....ops... bukan keliling bando..... hahahaha siapa yang nak boleh bagi nama dan lepas pejabat beramai-ramai kita orang datang marhaban sambil diketuai big boss kita orang masa tu iaitu Dr Fatimah. Sekarang Doktor Fatimah dah naik pangkat tukar ke JB. Entah siapa big boss kat situ ye.... lahhhh aku dah melalut pulak.... adui memori berkasih sungguh aku ni.


Sebenornya aku nak tayang hah benda alah bawah ni...........
     

       Siapa pernah makan mee Siput angkat tangan..... ada ke orang kenal ya.  Dolu-dolu time sekolah aku waktu sekolah rendah memang orang kata jajan masa kecik lah. Mee siput yang telah di goreng letak sambal kicap atasnya.... walah sedap beb sampai menjilat jari. Dulu punya mee siput aku rasa macam lain je sebab bila goreng takdelah kembang semacam tapi lah ni.... bila di goreng mak aiiiiii kembang besor ko.... tapi dulu sedap sebab gigi kuat lagi mengigit lah ni hah rasa nak tanggal dah gigi hehehehehe almaklumle dah banyak usia kan. hehehehe Tapi aku paling suka kalau cecah dengan sambal tumis. Rumah aku puak didalamnya memang hantu sambal. Semasa semuanya masih kecil dolu hari-hari mesti ada sambal tumis. Aruah bapa aku beli ah sekarung kut.... amboiiinampak sangat menipu sekarung guni beras ke.... idakle sampai lagu tu tapi memang banyakle lada kering aruah bapa aku beli. Kita orang amsa dulu kan miskin aruah bapa aku kerja kilang getah je hah kat Kilang Bang Seng Hong... emm betul ke nama kilang tu ingat-ingat lupa aku . Kilang tu pun dah tutup dah. Aruah bapa aku pula suka Mee siput tu dibuat pengat atau bubur. Kalau aruah mak aku buat pengat pisang hah nanti aruah bapa aku suruh aruah mak aku masukkan mee siput ni. Pecah-pecah kan mee siput tu hah campak je dalam pengat pisang tu hah nanti dia kembang ko. Sedap. Al fatihah buat kedua orang tua aku. Ni kiranya memori lane bersama mereka lah bila tiba bab makanan. 

Paste Mee bandung dan soto tu kat muar femes Mak pon. Sekarang macam-macam paste ada. Semuanya nak memudahkan masak. Terpulang lah nak segera ke nak yang masak susah payah. hahahahaha apa ayat aku pakai ni maksudnya.... masa mengunakan masa yang lama nak menyediakan. kalau pakai paste kan hah sonang je boh je dalam kuali.... masuk air daging masuk sayuran.... tada siap. Bagusnya paste ni ialah boleh simpan lama dalam petis sejuk. Jika ada tetamu tak di undang datang tanpa beri maklumbalas nak datang hah berdezup lah boleh gunakan paste segera tu. hah membantu juga apa. Kuih frozen pun banyak. Simpan je buat stok penimbal. Jika orang datang tada dah ada karipap lah kuih keria lah kuih donat lah. hahahahaha bila masa membuatnya tau-tau dah siap. Zaman sekarang siap sedia duit je semuanya di hujung jari. Tapi walau pun makan segera banyak tapi takan le ko tenguk je benda alah tu toing terus masuk dalam mulut aje.... pemalas masya Allah sungguh kalau lagu tu. hish hish hish 

   
   Selain daripada boleh makan satay di pagi hari, ada juga mee rebus. Benda alah ni aku beli kat kedai berdepan dengan perhentian bas Muar bagi perhentian bas ekspress. Dekat dengan jejantas dan klinik Dr Ilham. Kat muar ada 2 stesyen bas. Satu kat pasar muor dan satu lagi berhanpiran dengan pejabat Majlis dareah Muar. Yang bulat-bulat tu kita orang panggil apam balik berinti kacang merah. Yang best sebab intinya banyak penuh.  Ada satu lagi kedai jual sebelah Toko Buku manaf depan dengan operhentian abs lagi satu. yang ni pun aku terjumpa sebab semasa nak naik jejantas ternampak apa lagi terus aku beli. Lama tak makan tu yang sakan sungguh membeli. 


   Ni pula hasil belakang rumah kat kampung. Ubi tu ada orang bagi. Orang tu menolong menoreh kebun aruah mak aku dan semasa nak bagi hasil yang di bahagi 2 dia bagi lah ubi tu. Apa lagi aku pun ambil sikit bahagi dengan adik aku yang nak balik Batu Pahat. Pisang Nipah pula memang menjadi kesukaan aku. Kalau dah masak boleh goreng dan cecah dengan sambal kicap. Kalau tak pun buat pengat pisang boleh campur dengan mee siput. Akhirnya apa yang jadi kat pisang tu....hehehehe goreng jo sodap. Ubi di rebus cecah sambal tumis.... sodapnyo. Menjadi kebiasaan orang johor makan apa pun cecah dengan sambal kicap. Kalau tak huh nangis ko tak pedas.... oklah itu sahaja coret-coret di petang hari.  



  

Tuesday, January 27, 2015

Selamat Tinggal 2014 selamat datang 2015





Assalamualaikum
Apa khabar semua? Semuga semua yang membaca nukilan ku ini sihat sejahtera hendaknya. Dah nak masuk bulan 2 baru aku nak ucap selamat tahun baru.... adey ama apa... yanadey..sibuk ngalahkan PM je padahal sebenornya nak menulis ni mood aku dah kelaut je memanjang.... napalah sekarang ni tak rajin nak menulis padahal dahulu menulis ni bagaikan pelepas tension dengan kehidupan seharian. Macamle kerja awak tu banyak sangat stress ke padahal sebenornya aku yang stress dengan orang sekeliling....  Takpalah kan semuga aku bersemangat nak menulis di masa akan datang. Chaiyok chaiyok chaiyok. Jeles sebenornya tenguk orang update cerita bertalu-talu. Aku punya cerita dok peram dalam ni hah. Padahal banyak sebenornya nak cerita. Kisah jenjalan pun aku rasa banyak yang dah basi tapi rasanya nak juga tulis sebab itulah kenangan buat diriku melihat keindahan ciptaan Allah di muka bumi ini. Rezeki yang Allah bagi sehingga dapat pergi jenjalan. Alhamdulillah ya Allah diatas limpah kurnia mu ini.  

Bila mengenang tahun 2014 yang telah berlalu, begitu banyak sungguh dugaan yang telah melanda Negara Malaysia yang tercinta ini. Macam-macam isu yang terjadi. Dengan kehilangan MH 370 yang sampai sekarang tak tahu bagaimanakah kesudahan ceritanya. Lepas tu MH 17 pula di tembak jatuh, dan penghujung tahun pula banyak negeri di landa banjir. Malahan yang teruk di landa musibah ialah negeri Kelantan yang bagaikan dilanda tsunami darat. Sedih melihat kesan-kesan banjir yang begitu teruk emm tak sanggup nak melihat kesan-kesan banjir dalam Face book dan juga pelbagai media yang terdapat. Berat sungguh dugaan dan ujian yang melanda rakyat Malaysia pada tahun lepas. Aku pun jadi seriau juga bila mengenangkan tragedi kapalterbang tapi alhamdulillah penghujung bulan November 2014, trip travel bersama keluarga dapat juga di jalankan walaupun ada rasa macam-macam bila naik flight.Ala bukannya trip mega pun cuma pi Bukit Tinggi padang je. Aku kan suka pergi ke situ. Orang lain dok le ulang-alik pi korea aku pulak rasa macam nak ulang alik pi Bukit Tinggi Padang je padahal baru 3 kali. hahahahaha Macam le ko dok pi hari-hari. 

Apa pun seronok berjalan bersama keluarga, macam-macam kejadian berlaku. Malahan anak saudara aku jadi teruja pulak nak berjalan ke lain tempat. Hah baru dia tau penangan berjalan obersea. hehehehehe Aku yang walau pun takdelah sekerap orang lain travel, pun kadang rasa gatal je kaki nak berjalan bila lama dah tak jalan. Yang aku geram tu dek kerana nak pi Bukit Tinggi ni aku kena renew pasport baru. Oleh kerana ekonomi poket tak kencang sangat renew le untuk 2 tahun lagi. Sekali ko, baru ni dia hapuskan pasport untuk 2 tahun lepas tu kurangkan harga pasport untuk 5 tahun tu. huh geram aku sebab kalau aku tambah lagi Rm100 aku leh dapat tambah 3 tahun lagi. hahaha macam le tiap tahun nak berjalan. Pasport tu mula-mula aku was-was sebab lagi 6 bulan nak expired lepas tu dok congak-congak date rupanya kalau aku pakai pasport lama masuk boleh, keluar dah tak boleh kut sebab sangkut tak cukup 6 bulan. Daripada masuk boleh lepas tu dok jadi orang Padang, baiklah cepat-cepat renew pasport sebab tinggal 3 hari lagi nak pergi. Huh apa lagi berdesup lah aku ke imigresen Putrajaya yang di tempat baru iaitu di bangunan berkaca sebelah Jabatan Audit Negara tu. Nasib baik dapat siap tu hari juga jadi gigih lah pagi-pagi lagi dah bertapa depan pintu. Lepas tu tak tau pulak gambar di ambil on the spot, petang sebelum nak pergi tu aku gigih pergi kedai gambar nak ambil gambar baru sekali rupanya tak pakai pun. Aduhaiii rugi-rugi duit aku kalau tak leh guna buat shupping. Hehehe. Yang kelakor tu aku kena pakai tudung pinjam yang disediakan kalau tak salah tudung hitam. Lepas tu bila dah sudah, aku pun nak tarikle tudung hitam tu dengan tudung sendiri kat dalam pun hampir tertarik sama.... huwaaaaa malu aku depan kaunter yang di belakang aku semuanya menunggu nak buat pasport. Aduhaiiii aku buat muka toye, betul kan tudung nasib baik tak terabur semua.... kalau tak tragedi november wa cakap lu...... Rupanya ada bilik lain kalau nak perbetulkan tudung, siap dengan cermin besar lagi..huh mana aku tau... dah sudah semua urusan kat kaunter sementara menunggu nak bayar duit dan kutip pasport, barulah aku ternampak ada bilik untuk bagi cantik wajah dengan tudung pinjam tu .... haru sungguh aku.... mak andeh sungguh aku depan tempat imigrisen baru ni... tapi alhamdulillah dek bertapa depan pintu awal, pukul 10 dah selesai... lepas tu sempat pulak lepas sarapan tepi jalan depan Pejabat Audit tu aku pun menonong pi Jabatan Pendaftaran depannya untuk tukar kad pengenalan baru. Sebelum tengahari dah selesai cuma belum sempat kutip lagi kad pengenalan baru. Hah bila nak ambil tu... hehehehe nanti aku free aku ambil lah. 



Apa pun semuga tahun 2015 Allah mempermudahkan urusan aku, beroleh lebih rezeki dan lebih keberkatan dalam kehidupan. Semuga Allah sentiasa merahmati kehidupan aku dan semuga tahun 2015 membawa kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Aamin