Tuesday, September 2, 2025

Sambutan Bayi Merdeka Hospital Putrajaya

 


31.08.2025-Sambutan Bayi Merdeka Peringkat Hospital Putrajaya 2025.

Tarikh bersejarah negara diraikan dengan sambutan bayi yang dilahirkan pada 31 Ogos 2025. Seramai 14 bayi perempuan dan 10 bayi lelaki, telah selamat dilahirkan bermula detik 12.04 pagi sehingga ke jam 9.30malam.
Pihak CoopBank cawangan Putrajaya telah berbesar hati menaja kek Sambutan Kemerdekaan di samping turut memberi sumbangan kepada bayi Merdeka ini. Majlis yang diadakan pada jam 2.30 petang itu tadi telah dijalankan di Wad 2B Hospital Putrajaya.
Didoakan semoga bayi-bayi merdeka ini sentiasa diberi kesejahteraan dan membesar menjadi pejuang bangsa, bercita-cita tinggi dan berakhlak mulia. Selamat Hari Merdeka diucapkan pada semua.
MERDEKA!


Assalmualaikum,

Seronok mak n bapa dapat anak merdeka. BIla sambut hari lahir je satu malaysia sambut.



Terima kasih Doktor dan staff Wad bersalin


Meriah sungguh tenguk


Bayi-bayi merdeka









Bayi merdeka semua pun kerumun. seronok tenguk. Seronok juga bau bayi baru lahir.


Pihak bank yang sponsor. Terima kasih. Lain kali sponsor lagi. chia chia chia


3 comments:

  1. Seronoknya jadi anak merdeka yang diraikan. Ibubapa pun seronok, ehhh.. rupanya, misi³ pun seronok juga sambut kelahiran anak merdeka. Tak silap sy, salah seorang abang ipar sy anak merdeka juga.

    ReplyDelete
  2. Wah!! Meriahnya sambutan bayi Merdeka..

    ReplyDelete
  3. Double joy la...dapat baby & lahir pula hari Merdeka. Tahniah!

    ReplyDelete