Thursday, October 4, 2018

Resepi Roti Goyang aka Roti Titap yang simple



Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Sihat? Alhamdulillah... semuga semua Umat Islam di seluruh dunia dikurniakan kesihatan yang sihat dan kehidupan yang di rahmati Allah. Aamiin . Alhamdulillah

 Al fatihah juga buat 6 warga Bomba yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas. Semuga roh mereka termasuk dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Semuga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. 

Ok tak mahu cerita panjang... amacam tenguk roti kat atas.....yummy tak... Ni kerja anis lah yang tiba-tiba je....jom kita buat roti titap, nak tak. Hah apa lagi lah bob beli sepapan telur mentah, beli kaya dan roti gardenia. Itulah bahan-bahannya.



Cara-caranya.....anda perlukan toster yang macam ni untuk bakar roti....toster pulak dah rosak dah tak boleh kalau masak automatik keluar sendiri...tapi boleh lagi digunakan cuma kena jaga suis lah.  Tu yang terlambat sikit roti nya geseng aka nak hangus.....hehehehe tapi layan jelah....sayang roti tu hangit-hangit pun semuanya beres....laku je. Yalah kalau dah ramai-ramai yang kerumun, resepi hangit pun jalan juga. hehehehehe. 


Masak air panas dan rebus telur pakai bekas ni.....hehehehe ada bekas telur separuh masak yang Lizah bawa tapi airnya tak turun-turun...bila di pecahkan telur masih jernih telurnya.....tapi bila testing pakai bekas ni.....jadi elok pulak telur separuh masaknya.....jadi pakailah bekas ni...

Testing telur separuh masak cantik tak telurnya.....ramai je tukang testing ni...hehehehe


Tada........ Roti bakar....pecahkan telur separuh masak....letak kaya 4 penjuru....siap dah. Taburkan blackpeper dan kicap sikit...... Jom sarap


Bila tenguk roti goyang ni teringat makan kat Penang.....memang umph lah.  Roti tebal dibakar wangi lepas tu telur separuh masak panas-panas....layan teh tarik....perghhhhhh yummy.  Kalau ada tempat roti goyang yang best bagitahu lah. Kut terpergi ke boleh lah rasa. Saya memang suka telur separuh masak ni... tapi tak boleh layan banyak-banyak nanti kolestrol naik.....hehehehe cekali-cekali bolehlah layan tekak.

Wednesday, October 3, 2018

Umrah 2017 - Cerita-ceriti di Madinah (bhg 2) Piknik di Dataran Madinah


Assalamualaikum,

Hari Kedua di Madinah  selepas solat zohor kita orang tak balik hotel. Rasa malas nak balik hotel , sambil jalan di dataran  masjid meninjau keadaan sekeliling. Aku suka sekali tenguk bila time habis solat menderu-deru jemaah keluar dari masjid. Seronok sekali bila kawasan masjid ramai orang solat bersama-sama.

  Kita orang tak balik hotel sebab rasa masa untuk solat Asar macam tak lama. Tapi sebab dah tengahari mesti lah dah lapar. Jadi kita orang lepak dulu kat Dataran Masjid. Sementara menunggu Azli belikan makanan dan minuman, bila tenguk ramai je yang lepak kat Dataran tu apa lagi lah aku, Kak jal dan  Kak Nong serta Abang Berahim pun bersila lah. Bila Azli sampai ja hah apa lagilah kita orang semua piknik beramai-ramai. Makan Nasi Arab beb. Air pulak air oren.

Wednesday, September 26, 2018

Cherry Blossom di Putrajaya


 Assalamualaikum,

 Ni sebenarnya kejadian seminggu yang lepas.  Masa tu nak pergi ke Klinik Presint 9 sebab ada check up dan appoitment dengan Doktor. Masa tu lah baru perasan wah banyak pokok tecoma sedang berbunga. Ni area parking tepi jalan kat belakang Parcel E1 dan E2.


Kat roundabout masuk parcel E ada juga nampak beberapa pokok sedang berbunga lebat. Hati aku pun bergembira tenguk bunga mekar di sana sini.

  Masa nak sampai presint 9 wah lagi banyak aku nampak pokok kembang mekar , malahan ada yang aku nampak bunga je penuh di pokok....ada yang warna putih, ada yang warna pink.  wah suasana di putrajaya pun aku rasa macam dah kat obersea lah pulak bila disana sini pokok berkembang mekar. Dengan tiupan angin lagi.....wah hati aku pun jadi berbunga-bunga. hahahaha amboiiii aku pulak yang lebih-lebih.

 Apa yang aku perasan masa awal bulan 9 hari tu memang panas terik sangat. Malahan bila balik pukul 4.30 petang pun,  cahaya matahari masih panas membahang sampaikan bila keluar je kena cepat-cepat cari spek hitam. Ini disebabkan terlalu terik cuaca masa tu.  Bila cuaca panas ia akan menjadi pemangkin lah bagi bunga Tecoma untuk berkembang mekar. Area highway presint 8 banyak pokok tecoma ditanam jadi memang cantik lah. Kat highway tak dan nak ambil gambarnya semasa tengah drive, jadi boleh tenguk jalah di pinggiran highway. Bila dah gugur....wah lagi cantik hamparan warna bunga merah dan warna putih.

 Rasa macam nak cadangkan pada Perbadanan Putrajaya  supaya banyakkan tanam pokok Tecoma ni sepanjang jalan highway di Putrajaya. Selang-selikan warna putih dan warna pink..... hah bila pokok yang sama ditanam sejajar tepi highway bila banyak yang berkembang..memang cantiklah.. kita tak payah pergi korea dan Jepun lah untuk tenguk bunga sakura berkembang.

Lepas tu dalam FB ada nampak orang upload video yang diambil melalui dron, pemandangan dari atas sekeliling Putrajaya. wah memang cantik lah merata-rata bunga Tecoma berkembang.

Sekarang ni bunga dah banyak yang gugur...tinggal saki-baki yang ada di atas pokok...minggu lepas yang banyak berkembang.  Tempuh bunga berkembang pun tak lama,  dalam 2 minggu je habislah bunga-bunga berguguran.


Bunga pohon tecoma atau nama saintifiknya tabebuia rosea kebia­saannya berkembang mekar sekitar Mac saban tahun kerana sifatnya yang memerlukan cuaca panas dan kering untuk meng­galakkan proses pendebungaan.



Thursday, September 20, 2018

Planning cuti tahun 2019



Assalamualaikum,

Aduhaiiii....banyak no n3 tertunda. Kerja berdentam dentum sampaikan boleh jenguk ja rumah tanpa dapat berceloteh panjang.  Tu pun sambil tangan berkerja mulut pun pot pet juga lah dengan jiran separtion. Sebab rasa macam lama dah tak pi jenjalan obersea tiba-tiba member bagi whasap... hah ni kak cuti tahun depan.. banyak ni hari bercuti kalau nak plan kemana-mana. Wah pucuk di cita ulam mendatang.....  memang bagus ni boleh lah plan nak pi mana-mana.  Berderet-deret ni kalau nak cuti jalan-jalan.

 Hah kawan-kawan yang biasa pi travel boleh lah plan dan buka tabung Gajah untuk tahun depan. Kita orang dan geng Ulat buku pun dah merancang percutian bersama-sama untuk tahun depan. Agak-agak kemana ya. Cuba teka mana aku dan geng UB aku nak pi jenjalan tahun depan. Kalau betul nanti kita pm tepi ya. hehehehe

Tenguk gambar dalam facebook gambar tempat-tempat yang dah mula nak masuk Autumn emmmm memang buat hati tertarik kau memang debom lah. Bila daun-daum mula bertukar warna emm sungguh indah ciptaan Tuhan.  Aku suka tenguk dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan, alam sekeliling bertukar wajah.... memang buat aku ralit melihat indahnya alam sekeliling ciptaan Tuhan.

Oklah apa pun selamat merancang percutian ya kawan-kawan untuk tahun hadapan. Boleh lah hunting tiket kapalterbang dahulu supaya dapat murah. Lepas tu barulah boleh cari tempat tidur, pengangkutan dan sebagainya. Yang penting kita hepey......yeah yeah yeah

Thursday, August 16, 2018

Bertemu dengan blogger DJ



Assalamualaikum,

Apa khabar semua. Wah minggu depan dah nak cuti raya Aidil Adha....tapi kita orang kat ibu pejabat KKM, tengah sibuk dengan EKSA.....huhuhuhu hari tu EKSA audit dalaman , kali ini audit luaran pula....huhuhu masing-masing semua pun kalau boleh nak pegang kain buruk,  lap sana lap sini,  kemas sana kemas sini....sampaikan meja bersih je seolah-olah tiada kerja....hehehe padahal bila banyak kerja huh bersepah-sepah barang atas meja....boleh gitu.

Ok alkisahnya hari ini dalam sejarah aku dapat jumpa blogger femes DJ aka Dayah. Selalunya aku skodeng je blog dia  wanderlustdj.blogspot.com. Selalu masuk situ sebab suka tenguk dia cerita pasal JJCM serata tempat dan juga cerita travel dia merata tempat. Gaya bahasa yang spontan tapi bila dia tayang gambar makanan je perghhhh memang cair air liur dibuatnya. Sedap dan mengejurkan je padahal tenguk gambar je belum lagi tenguk makanannya.

Dan pagi tadi semasa sessi audit luaran EKSA.... Dj dan seorang lagi pegawai bahagian lain  buat lah sessi audit di kawasan pejabat aku. Selalu tenguk gambar je sekali tenguk orangnya in person.....eh eh...macam kenal je orang tu. Masa tu aku dok kat meja sedang buat kerja sambil mengemas meja supaya bersih.....hahahaha sempat lagi tu.

Masa dia buat checking kat bahagian pantry tak perasan lagi sekali bila dia lalu kat bahagian kabinet bersebelahan dengan meja aku eh.... orang tu macam aku kenal ja....slumber ja aku tanya...eh ni dayah kan...Dj macam malu-malu je sambil macam terperanjat je sebab tiba-tiba ada orang kenal dia. Dia tanya aku siapa ya.... aku pun jawap lah silent reader blog dia.... sambil beri peluang dia buat audit kat sekeliling pejabat aku sampai lah selesai. Bila dia kata dah habis check dan beri komen mana yang perlu di perbaiki., Dj pun minta diri nak balik.. Aku pun apa lagi lah terus je kejar....eh nanti....nak ambil gambar boleh tak?
Semua member ofis aku dah tertanya-tanya...kak Ti siapa tu. Kenal ke....dan macam-macam lagi pertanyaan.

Aku terus je suruh kuchai ambilkan gambar.....tada..... memori hari jumaat dapat bergambar dengan Dj....cuba tenguk atas.....manis je DJ in person seperti manisnya dia dalam blog dia.

Terima kasih DJ.... maaf lah sebab akak buat Dj malu tapi peluang nak berjumpa bukannya selalu. Apa pun hepey dapat bertemu dengan blogger DJ yang selalu hepey. Semuga hepey-hepey selalu.