Ciptaan tuhan begitu indahnya dan betapa besarnya Kekuasaan NYA. Hanya insan biasa yang tidak sempurna namun punya hati dan perasaan. Hanya saje suka-suka di samping sentiasa bersyukur dengan kurniaan NYA.
Thursday, April 23, 2026
Wednesday, April 22, 2026
Monday, April 20, 2026
Sunday, April 19, 2026
Wednesday, April 15, 2026
Siapa peminat kopi special
Nak tahu kat mana nak dapat latte paling murah tahun 2026?
Antara 12 jenama popular di Malaysia – daripada yang bajet harian sampai yang premium gaya hidup mewah.
• Family Mart – RM4.90
• Bask Bear – RM5.90
• Ken Nguyen – RM6.00
• Koppiku – RM8.50
• ZUS Coffee – RM9.90
• Gigi Coffee – RM11.00
• Kenangan & HWC – RM11.90
• Luckin – RM13.00
• Coffee Bean & Costa – RM14.80
• Starbucks – RM17.90
Assalamualaikum,
Sapa suka coffee mesti tahu harga kopi viral dan terkini. Aku hehehehe peminat kopi kampung je tapi sesekali tekak tu degil nak merasa juga kopi mahal. Tapi sebenornya yang kat atas tu aku cuma pernah rasa kopi Starbucks je semasa belum boikot lama dolu-dolu. Masa tu nak pi Majlis kahwin Lia kat Perak kita orang singgah RnR yang ada starbucks masa tu. Mahal kooooo bila nak bayar. Order pun ikut kawan order apa. Tak pandai nak order latte la apa lah. Ni tekak orang kampung gitu. Jadi beli kerana nak merasa bila mahal tobat nasuha..... lepas tu boikot emmm memang tak jejak kaki lah.
Tuesday, April 14, 2026
WWW: Dapat Hadiah misteri dan teka siapa hantar
Assalamualaikum,
Cuba teka dapat daripada siapa. Siapa teka tepat nanti dapat hadiah..... cuba lah. Yang tuan badan zip tangan ye.(menulis) Hadiah nanti aku fikir nak bagi apa.
update klu: orang JDT juga
Monday, April 13, 2026
Friday, April 10, 2026
Modus operandi scammer di HTA - Muda-muda dah jadi scammer
1. Seorang pembantu tadbir kontrak MyStep berumur 28 tahun di Hospital Tunku Azizah KL didakwa menipu sekurang kurangnya 187 doktor pelatih dalam jabatan pediatrik.
Jadi juara kuat komen dalam Blog CCL
Assalamualaikum,
Macam aku cerita tadi aku dapat sekali 2 hadiah. Lagi satu daripada CCL sebab kuat mengomen kat blog dia. Orang sekarang kata Juara ruang komen bulan mac 2026. Ikutkan aku no 2 tapi sebab fanny orang indonesia dan bermasalah kalau nak hantar hadiah tiber aku dinaikkan takhta kuat mengomen. hehehe Takpe kuat komen sebab dapat hadiah. Tu yang orang suka bom komen kat blog selain daripada dapat berinteraksi dengan tuan rumah sambil tu dapat hadiah. Hah best ke tak best tu kita berblog.
Orang pun tak perasan camne le boleh naik nama sebab sepanjang Ramadan n3 CCL pasal resepi KA. Seronok pulak membacanya. Tu yang tanpa sedar mengomen setiap n3. Bukan sebab nak hadiah tapi sebab ianya menarik hati untuk mengomen so jadilah orang yang paling kuat komen. Hah amacam nama baru aku bagi.
Hadiah dah buka cuma belum guna lagi. Nanti bila nak masak boleh lah try test periuk baru ni.
Apa pun terima kasih banyak-banyak sebanyak bintang di langit ye CCL atas hadiah yang diberikan.
Hah kawan-kawan yang belum singgah teratak CCL boleh lah ke Rumah cik cappuccinolatte ye. Macam-macam ada dalam rumah dia tu kalau tak caya pi lah.
Buat Fanny lain kali kalau bercuti ke Malaysia kena buat reunion blog gitu sama kawan-kawan blogger yang teman tapi mesra ni.
Thursday, April 9, 2026
Wednesday, April 8, 2026
Friday, April 3, 2026
Wednesday, April 1, 2026
Subscribe to:
Comments (Atom)







.jpeg)

.jpeg)




.png)