Thursday, July 4, 2024

Menyambut kepulangan Jemaah Haji dari Mekah



Assalamualaikum,


Hari Ahad yang lepas kita orang ramai-ramai menyambut Jemaah haji yang pulang ke malaysia. 14 Mei yang lalu kan kita orang buat  rombongan menghantar bakal haji. Jadi kali ni dah 44 hari kakak yang no 5 berada di Mekah dan nak kembali ke Malaysia. Alhamdulillah lah kata dia semuanya Allah permudahkan dan berjalan lancar. 

Ibadah korban di Hari Raya Aidil Adha




    Lempu yang di jadikan korban di sembelih di tempat kami membelinya. Lepas tu dah disembelih barulah di bawa ke Muar  dengan lori yang di pandu oleh Suami Ika. Ni kat Batu Pahat ni.


Assalamualaikum,

Cerita hari raya Aidil Adha yang lalu. Dah nak masuk awal Muharam baru nak up citer. 

Raya Aidil Adha yang lalu kami ada buat ibadah korban adik beradik. Oleh kerana Kak ambah berada di tanah suci Mekah jadi Kak Jal lah jadi chef tukang masak masa pagi raya. Kiranya orang tangkak beraya di muo.

Wednesday, July 3, 2024

Lawatan Sambil belajar dari pelajar UITM Puncak Alam

 


Assalamualaikum,

Semalam dalam pukul 9 lebih ada lah sekumpulan pelajar UITM datang berkunjung. Mereka ni semuanya pelajar semester pertama yang mengambil pengkhususan Teknologi Maklumat.