Thursday, July 4, 2024

Ibadah korban di Hari Raya Aidil Adha




    Lempu yang di jadikan korban di sembelih di tempat kami membelinya. Lepas tu dah disembelih barulah di bawa ke Muar  dengan lori yang di pandu oleh Suami Ika. Ni kat Batu Pahat ni.


Assalamualaikum,

Cerita hari raya Aidil Adha yang lalu. Dah nak masuk awal Muharam baru nak up citer. 

Raya Aidil Adha yang lalu kami ada buat ibadah korban adik beradik. Oleh kerana Kak ambah berada di tanah suci Mekah jadi Kak Jal lah jadi chef tukang masak masa pagi raya. Kiranya orang tangkak beraya di muo.


                                                      Tu dia ko lembunya besar juga.


Hah nampak tak satu kaki dah tergantung. Masa lembu sampai pagi tu hujan sekejap. Jadi cuaca memang mendung je pagi tu.


Masa ni belum lagi ramai yang datang. Orang melaka belum sampai lagi. Nasib baik Jol dah sampai anak beranak dari Batu Pahat. Kalau tak kesian si Hisyam dengan Jaki yang sampai dari Parit Sulong.








Gambar yang ada rupanya masa daging dah sampai. Lepas tu team Melaka jadi tukang timbang. Masa ni lepas siapkan air sirap bandung dan buah-buahan aku terus tumbang sebab demam. Kuih yang aku order dengan kawan kat Kg Baru pun kak jal dan Jol yang tolong ambilkan. 

Apa yang berlaku kat dapur yang dah ramai dengan keluarga Kak limah serta yang lain-lain aku dah tak tahu sebab dah terbongkang tidur kerana demam. 

Nasib baik kak Nong dan Kak Jal yang tolong kemaskan.  Setelah daging korban di potong-potong serta di timbang. Ada yang buat sup tulang. Meriah lah makan daging fresh korban.

Bangun makan ubat lepas tu tumbang lagi tak sedar apa pun yang berlaku. Besok dah baik sikit kemas-kemas nak balik KL. Balik bersama julie. Masuk toll Tangkak je dah jem. Aku sambung lagi tidur sebab seharian ni asyik cirit birit dan muntah-muntah. Padahal semalam tak makan apa pun. Nasib sepanjang perjalanan ke KL yang jem tu aku tidur dan tidak meragam perut nak cirit birit. 

Berhenti kat RnR Air Keroh sebab jem dan driver dah mengantuk. huhuhu petang le sampai rumah. Nasib baik besok cuti lagi hah apa lagi sambung tidur lagi.  Teruk nau aku demam kali ni.  

4 comments:

  1. Selamat menjalani ibadah qurban aidiladha 1445H

    ReplyDelete
  2. Harap sihatlah sudah sekarang ni kan Notie.
    Alhamdulillah, berkorban di Aidil Adha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah sihat. Dah kerja pun amie.

      Delete