Tuesday, January 29, 2013

Layan cerita lawak lah ya


Assalamualaikum,

Wah lama tak mencoret dengan kerja menambun lagi huh ponin hari-hari dok tenung pc ni sambil keyin data sampai rasa dah muak dan nak muntah melihat angka. huhuhu tapi tu lah rezeki kita jadi bersyukurlah ya. Kalau kita rasa susah ada lagi orang lagi susah dari kita jadi bersyukurlah dengan apa yang ada. Alhamdulillah.

Oleh kerana sedang tension tahap gaban dengan data je kita layan cerita lawak ya. Ni aku copy dan paste dalam forum dalam kementerian.


Ok layan je lah ya.

Cerita lawak 1

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya,
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."



Cerita lawak 2

Kisah di kawasan perkuburan 

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan. 


Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2 malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu. 

Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan. 

Ali dan Abu bersuara"Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami terkejut aje". 

Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya :"Apa yang pakcik buat malam2 buta kat kubur ni??" 

Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!"




Cerita lawak 3


Di dalam sebuah sebuah mahkamah yang sedang membicarakan kes pembunuhan. Seorang peguam sedang menyoal seorang saksi penting.

Peguam : Awak kenal ini? (sambil menunjukkan gambar mangsa pembunuhan)

Saksi : Kenal tuan.

Peguam : Boleh awak beritahu kepada kami?

Saksi : Itu gambar..., tuan.

Peguam : Bukan, maksud saya orang dalam gambar ni.

Saksi : Oh, itu gambar seorang perempuan, tuan.

Peguam : (mula tension) Yang aku nak tau nama dia lah bukannyer lelaki ke perempuan!

Saksi : Nama dia Saodah bte Sameon, tuan.

Peguam : Bila kali terakhir awak melihatnya? (meletakkan semula gambar itu di mejanya)

Saksi : Baru kejap tadi tuan.

Peguam : Hahhh!!? Bagaimana awak boleh lihatnya kejap tadi?

Saksi : Sebab tadi tuan tunjukkan gambar tu pada saya.

Peguam : Bukanlah, maksud saya sebelum saya menunjukkan gambar tu.

Saksi : Tak pernah tuan. Saya tak pernah lihat gambar tu sebelum ni.

Peguam : Aku bukan bercakap pasal gambar nieee!!! Aku bercakap pasal mangsa!!! (sambil menikam pennya pada gambar tersebut)

Saksi : Oh! Kali terakhir saya nampak ialah ketika mangsa ditikam, tuan.

Peguam : Boleh kamu tunjukkan siapakah yang menikamnya yang berada dalam mahkamah 




hahahahahahahaha lawak lawak kalau ramai saksi macam kes ke 3 tu huh mahu biul peguam melayannya.

Monday, January 21, 2013

Dugaan menjelang tahun 2013







Assalamualaikum,
  Wah dah hampir sebulan bulan Januari hampir melabuhkan tirainya tapi aku belum sekali pun mencoret rasa di sini. Sejak peristiwa aku di hina, hati aku hampir saja merundum perasaan dan jiwa menghadapi setiap hari yang mendatang. Apa lagi ianya kena sehari sebelum 1 Januari  2013 membuka tirai, aku terus tak ada semangat nak mencoret di sini. Sedih yang teramat sedih aku bila mengenang perkataan yang keluarnya dari mulut seseorang yang boleh di kira seorang yang profesional kerjanya. Huh nasib memang tak menyebelahi aku pada hari tersebut. Memang kira hari malang aku pada hari tersebut. Bad day lah katakan.

  Selama aku berkerja yang dah kira berpuluh tahun berkhidmat ni malahan dah pelbagai tempat aku jejaki tapi tak pernah seumur hidup aku orang mengeluarkan perkataan itu untuk menghina aku. Apa besar sangat ke kesalahan ku sehingga di hina begitu. Kalau nak marah pun patut-patut lah jangan sampai menghina orang lain. Engkau dan aku sama je di sisi Allah SWT iaitu hamba Allah. Jika kau menghina aku sama seperti kau menghina ciptaan Tuhan juga sebab kita sama di sisi Allah yang membezakannya hanya amal ibadah masing-masing sahaja. Masa kena hina tu sedih lah juga setelah di marah bertalu-talu. Kalau marah tu aku terima lah sebab memang kesalahan ku tapi aku ada sebab musabab kenapa tidak mengikut arahan mu tapi jangan lah sampai menghina aku. Mentang-mentang lah kau ada kuasa, kau rasa kau boleh menghina orang lain sesuka hati kau sahaja hanya kerana marah. Jangan lupa Allah yang lebih berkuasa bukannya engkau. Kau rasa kau yang menentukan rezeki orang lain ke hanya kerana kau berkuasa tapi jangan lupa Allah yang memberi rezeki kepada umatNYA.

 "Ya Allah kau berilah aku kekuatan menghadapi dugaan ini. Perkuatkan hati dan perkukuhkan jiwaku supaya aku tabah menghadapi dugaan ini. SesungguhNya hanya Engkau yang mengetahui segala-gala Nya. Semuga suatu hari nanti orang tersebut insaf dan tidak sesuka hatinya menganiaya  dan menghina lagi orang lain. Amin"

  Masa dalam bilik meeting tu setelah di hina memang rasa nak menangis tapi air mata aku tak keluar cuma aku rasa sedih je dan masih terdengar -dengar perkataan yang dia sebut itu. Selepas habis meeting aku cerita  dengan member aku yang aku kena marah dan aku sebutlah perkataan tersebut yang telah terkeluar dari mulut orang tu. Tak tergamak aku nak tulis disini perkataan tersebut. Tapi kata member aku macam perkataan tu ulu sangat dan tersangat teruknya. Aku senyum sinis je mendengar kata kawan aku. Lepas tu masa tengahari dia datang kat meja aku semasa aku sedang berbual dengan kawan. Dia tegur aku dan tanya " Marah?" Aku jawab "tak!" "Habis tu suka lah?" Aku jawab pun tak juga! Kawan aku sengeh je bila mendengar jawapan aku. Dah hina orang begitu sekali baru nak tegur. Huh kirim salam lah ya. Hati yang dah terguris ni akan tetap ingat sampai bila-bila perkataan itu.   

 Seharian tu aku rasa perasaan aku seolah-olah terhimpit dengan sesuatu bebanan yang aku tak boleh huraikan apa dia setelah aku menerima penghinaan tersebut. Sehinggalah aku dah balik rumah dan semasa selesai solat magrib dan semasa aku berdoa, airmata aku mencurah-curah  mengalir sampaikan aku tersedu-sedan. Aku mengadu pada Dia dan hanya Dia sahaja yang dapat meringankan bebanan perasaan aku yang terhimpit sejak siang hari. Apa pun aku maafkan orang tersebut yang telah menghina aku walaupun hati aku pedih menerima penghinaannya itu. Semuga Allah jua yang maha mengetahui segala-galanya. Semuga Allah melindungi aku daripada manusia-manusia yang bongkak, dengan kuasa yang dia ada, yang rasa dia boleh menentukan rezeki dan kehidupan orang lain. Semuga suatu hari nanti dia insaf dan tahu bahawa kuasa yang dia ada sebenarnya hanya sementara dan kalau Allah nak tarik bila-bila masa sahaja dia boleh hilang semua kuasa yang dia ada. Insaf lah dan janganlah nak aniaya orang lain lagi. Cukup-cukup sudah.  
     

Wednesday, December 12, 2012

Masuk paper Sinar Harian - 12.12.12



Assalamualaikum,

  Tengahari semalam time rehat buka je facebook, keluar lah tag yang Izza letak. Wah gambar aku dan geng semasa Jualan Karnival Alaf di Shah Alam. Fuh femes sekejap masuk dalam paper tapi huh Sinar Harian. Kalau paper Utusan ke Berita Harian ke lagi klas ko jah. hahahaha perahsantan sungguh, masuk paper je dah rasa macam retis pulak. Mana taknya sekejap pi besday Remy lah, sekejap besday Fahrin lah, lepas tu pi terjah Baim Wong pulak tu. Lepas ni siapa pulak retis macho lagi hensem yang menjadi kegilaan ramai dan terlaris di pasaran.  Kita tunggu ya..

 Penulis Izza Ariffin ni sebenarnya lama dah kita orang kenal sejak dia menulis di kakinovel lagi. La ni kat Alaf pula dan dah keluarkan novel terbaru yang merupakan kesinambungan dari kisah Ryan tulisan Izza  novel di kakinovel. Sebelum tu dia dah tepek kisah Ryan tu dalam blog. Dulu-dulu memang rajin membaca enovel la ni emm dah tak jumpa enovel yang kick yang boleh buat aku tidak keruan selagi tidak membacanya setiap hari seperti dulu-dulu seperti RADHA, Rumah kecil Tiang 1000, Enigma dan beberapa blog yang menjadi kemestian sebelum memulakan tugas. Kiranya pemangkin dalam berkerjalah. La ni blog cucuratap pun dah lama sepi lepas tu dia tutup dan yang lain pun dah kurang berkarya dalam blog seperti kaksu dan Anis Radha. Rasanya pemulaan Enovel dahulu ialah Radha, lepas tu terjumpa rumah kaksu, dan terjumpa rumah Hlovate. Dari situ kami berkenalan secara dalam talian tanpa mengenali siapa orangnya. Dan pesta buku menemukan kami dengan mereka-mereka yang pada mulanya hanya bertegur sapa didalam petak shoutbox dan komen dan akhirnya mewujudkan silaturahim yang berpanjangan disebabkan minat yang sama. Ajaibnya silaturahim yang terjalin itu. Akhirnya aku mengenali mereka didalam geng Ulat buku malahan boleh melancung bersama-sama dan silaturahim itu terus terjalin sehinggalah sekarang. Malahan dapat berkenalan dengan kawan di Singapura, di Brunei dan di Indonesia hanya melalui blog enovel sahaja. Macam kaknoor , nacha dan Iejay di atas tu aku kenal hanya semasa menghadiri launching buku di kakinovel, lepas tu pesta buku jika sama-sama nak membeli buku, dan seterusnya jika ada apa acara yang kami nak pergi. Tu belum lagi masuk kaksu, yah, nawwir, wan, lia, wabbit dan lain-lain lagi geng Ulat buku.Tak sangka aku dapat ramai kawan hanya melalui minat kami yang sama iaitu membaca novel ini kerana ada sebahagiannya yang merupakan juga penulis novel.

 Berbalik gambar kami yang Izza tepek tu balik kerja je aku terus ke kedai, jenguk kut ada lagi akhbar Sinar Harian tersebut sekali tinggal 2 huh terus aku rembat satu. Apa lagi lah buat kenang-kenangan. Dulu masa pergi konvo kaksu, masuk juga lah gambar kami dalam majalah Nur, lepas tu masa pesta buku ada juga  gambar masa penulis Indon launch buku dia. Tak jadi penulis tumpang kisah penulis pun jadilah. hahahaha   

             

Tuesday, December 11, 2012

Korea 2011 Day 3 Bhg 2


 Buah apa agaknya ni? Nak kata limau bukan tapi macam buah pisang kaki je. Tenguk buahnya banyak rasa geram je. Nasib baik pokok ni tinggi kalau tak rasa macam nak panjat je.Ngenang kan org punya tak berani. Pokok ni aku terjumpa semasa sedang mencari cafe coffee prince.


 Day 3 - Lokasi 11- Coffee Prince Cafe
  Assalamualaikum,

     
          Siapa pernah tenguk kdrama coffee prince. Kalau pernah mesti suka dengan cafe dia kan? Hah iejay minat pelakon lelakinya iaitu Goong Yoo,  perempuan yang berlakon sebagai lelaki ialah pelakon  Yoon Eun Hye, yang juga pernah berlakon dalam Princess hour. Untuk sampai ke lokasi cafe ni sebenornya pemandu bas kurang arif dengan tempatnya. Malahan kami terpaksa berjalan kaki mencari lokasinya.Kalau tenguk kat internet ianya terletak di Hongdae. 
      Dan akhirnya tadaaaa sampai tapi malangnya tak boleh masuk hanya kerana nak ambil gambar sahaja. Kalau nak kena minum dalam cafe tu baru boleh ambil gambar. Aku apa lagi lah nak je sebab nak masuk dalam, jadi aku, nacha, iejay dan yasmin menonong terus masuk dalam. Apa lagi lah pose sana pose sini. Sambil orde coffee, ya ampun mahal secawan coffee berharga dalam rm8 duit kita. hehehehe. Minat nak posing dan dapat masuk tempat lokasi drama minum coffee mahal pun belasah je lah. Yang lain melilau kat luar ambil gambar dari tepi pagar je. 


                               Poster pelakon yang terlibat sebagai pekerja didalam cafe tersebut.
Dalam cafe

Tempat tukang buat ayor

                                   Layan coffee - cantik cawannya macam lukisan di bawah

Lukisan ni kalau tak salah 2nd heroin yg melukisnya.


 Signature pelakon perempuan

 Depan cafe Coffee Prince

Selesai minum coffee dan dah puas posing dalam cafe tu kita orang pun keluar lah. Semasa dalam perjalanan tu nampak lah kedai buku, apa lagi sebab geng Ulat buku posing le depan kedai buku tersebut.

                                                           Kedai buku terpakai

Lokasi Drama apa tak tahu.

Terserempak juga dengan Caffe bene dimana pernah juga menjadi lokasi drama korea tapi aku tak pasti drama apa. Nampak pelakon lelakinya Choi siwon yang juga merupakan kumpulan kpop super junior yang hensem tu. Semasa berjalan keluar ke jalan utama sempat singgah di toilet sambil lepak-lepak sat. Sambil tu Kak jal belikan aku  aiskrim. Sedap tau.Dalamnya berinti kacang merah. Kat malaysia yang aku nampak dia bentuk ikan.


                                                           Aiskrim berinti kacang merah

Menunggu kawan semua berkumpul sementara menunggu bas sampai, sempat lagi tu posing depan balai polis korea. Lepas ni kami nak pergi ke Rumah Full House ya. Kena naik feri sebab ianya di sebuah pulau. Juga rumah bagi cerita Sad love Song lakonan Kwon Sang Woo, sedap cerita tu tapi sedih.

Sambung bahagian 3

Monday, December 10, 2012

Korea 2011 Day 3 Bhg 1



                                                               Aquarium di hotel Vision

Assalamualaikum,

 Jenjalan diteruskan semula. Kali ni nak pergi Lokasi Coffee Prince, Gangnam, Full House dan Sad love Song drama. Jadi semua pun teruja nak berjalan. Hotel yang kita orang duduk ni Hotel Vision. Kiranya hotel ni hanya buat tempat tidur je sebab pagi-pagi lagi dah start jalan sampai malam baru balik. 

Ni posing depan hotel menunggu bas sampai. Semua perempuan cuma seorang je lelaki tu pun dah macam hero korea je mukanya. Adik yana.

Kali ni guna bas kecil sikit dan berhimpit sikit lah tapi masih boleh berhenti parking depan restoren tempat makan di Itawon.Seminggu di korea memang nazmi booking restoren tu ja sebab susah nak dapat tempat makan yang halal.Pagi seperti biasa sarapan susu banana atau susu coklat dengan roti kacang merah.


 Day 3 -11.11.2011- Lokasi 9 - Coex Mall

    Coex Mall ni macam shopping kompleks juga pejabat. Kebetulan pada masa tu ada pameran bunga-bungaan serta festival food korea. Wah memang cantik tak boleh tahan melihat pelbagai bentuk bunga-bunga dipamirkan. Masa kami sampai pagi tu hujan gerimis pulak tu. Tapi ianya tetap tidak menjadi masalah untuk posing walaupun hujan rintik-rintik. Belasah je asal jangan demam sudah. Banyak nak jalan lagi tu. hehehehe

                                                                            Coex Mall

                                                               Geram tenguk bunga

                                             Di Coex Mall ada korea food expo tapi tak sempat nak jengah.

Macam-macam bentuk deko bunga-bunga

Bunga Kekwa besor ko

              Agaknya Festival apalah tu tak paham ayat korea tu sebab tu ada  pameran bunga di depannya.

 Memang seronok sungguh melihat bunga-bungaan yang sedang memekar dan berwarna-warni. Bunga kekwa yang sungguh besar hish geram sungguh aku melihatnya. Tapi dek kerana hujan ada bunga yang sedikit demi sedikit dah mula nak gugur.

 Lokasi 10 - Gangnam - tempat belibelah di bawah tanah di perhentian keretapi bawah tanah

  Gangnam ni kata Nazmi adalah tempat rumah pelakon-pelakon yang terkenal. Dan dibawah perhentian keretapi bawah tanahnya terdapat tempat membeli-belah yang boleh tahan murah dan pelbagai jenis juga. Kat sini aku beli baju sejuk kait yang boleh tahan murah juga lah. Masa ni 1,000 won lebeh kurang Rm3 duit kita. Kalau 10,000 won baru dalam RM30.


                                                            Stesyen keretapi bawah tanah

Pakaging depa cantik -cantik.... ni entah apa cream kecantikan agaknya


 Tenguk lah baju kait yang pada aku boleh tahan murah lah. Hah tu ada yang 5,000 won baru RM15 sahaja.

Kawasan Gangnam... ni kena nyanyi lagu Gangnam style... Masa kita orang pergi belum lagi femes dengan lagu tu. Baru tahun 2012 je ni jadi sebutan.

Lunch kita orang bimbimbap emm lebeh kurang le bunyinya. Gaul semua lepas tu ngap, hahaha

Sambung bahagian ke 2