Thursday, December 3, 2015

Geng UB pi Langkawi - Day 1 Kedai Pak Malau

     
     Assalamualaikum semua. Seronok cuti sekolahkan. Mesti semua dah ada agenda jalan jalan carik pasal. Tak kiralah luar negeri ke dalam negeri. Agenda kami pula pi Langkawi. Mula citernya tak terfikir pun nak pi langkawi. Dok gebang pasal jenjalan tiba-tiba ada pulak yang bagitau MAS ada offer ke langkawi. Godeh sana godeh sini tanya sana tanya sini tiba-tiba ada 9 orang nak join pi langkawi. Pilih tarikh, semak sana sini cuma sesuai lepas Deepavali. Jadi bila dah on je nama terus lah beli tiket. Dan sekarang tada.... tiba masa nak berjimba bersama geng Ulat Buku.  



 Oleh kerana flight MAS pagi pada pukul 7.30pagi jadi kita orang berkampung kat Airport KLIA malam tu. Masing-masing datang awal sebab susah dan takde orang nak hantar ke airport pagi-pagi. Jadi kita orang cadang lepak kat airport je. Aku dan Kaknoor sampai dulu jadi kami cari port yang tersorok sikit. Dapat satu seat dekat dengan Pintu no 3. Sembang sambil menunggu Lia dan nawwir sampai. Depa sampai nun tengah malam kul 1 pagi. Sunyi pulak tingkat 5 KLIA malam-malam tu. Ada  1 rombongan tapi tak pasti pergi mana. Entah pukul berapa depa fly sedar-sedar tenguk eh dah hilang. hehehehe.

 Tidur kat airport ni serupa tak tidur sebab walaupun dapat baring sambil terlelap sekali sekala, tetap tidak nyenyak tidur macam kat rumah. Jadi pagi tu memang weng lah juga kepala. Tapi sebab berjalan kan mestilah seronok. hehehe. Pagi pukul 4, Iejay, Kak uda, wan dan Yah pun sampai. Berita tak gembira sebab kaksu tidak dapat join pada saat akhir sebab cik abang dia  tidak sihat. Alaaa... sedihnya bila kaksu tidak dapat join sama tapi kerana keadaan tidak mengizinkan. Kita orang terpaksalah teruskan agenda. Yang tak tahan tu dlm whasap gbr beg baju kaksu dah ready. Apa pun semuga cik abang kaksu cepat sembuh. Jadi nak menghilangkan kesedihan kaksu, kaksu suruh paparkan gambar tempat yang kita orang pergi. Kiranya macam berita online preview je. Emmm dah canggih kan.

                       Menunggu nak masuk beg. Aku bawa beg kecil sebab nak beli beg tarik baru. Dan sudah semestinya senarai barang nak beli sudah tersedia. Tapi tenguk lah macamana. Nak beli periuk belanga ni fikir nak bawa balik je tu yang fikir banyak kali sebelum beli.  Lepas beg dah masuk terus pi cari tempat solat.


                     Menunggu pintu di buka. Mana yang rajin to updatelah dalam whasap.

     
    Ni rombongan cik kiah menyerang Puteri Mahsuri ya. Yang tak tahan tu dah dalam kapalterbang dengar nama Kak su di panggil sebab Yah buat checkin web nama kaksu sekali. Tapi bila nak pergi last minit kaksu tukar fikiran. Tu yang bila dah masuk semua penumpang,  tiba-tiba pengumuman nama kaksu. Terpaksalah beritahu yang kaksu tidak dapat pergi. Sedih je tenguk seat sebelah aku yang kosong. Kalau Kaksu ada mesti banyak info dan cerita mengenai langkawi yang dapat kami dengar. Seronok mendengar cerita Kaksu tentang makanan yang sedap, tentang segala input tempat yang best kat Langkawi. Novel Kaksu yang ada tentang Langkawi kalau tak salah ialah  Tanah Andriyana terbitan Creative Enterprise. Yang jauh di Pulau novel 3 dalam 1 terbitan Jemari Seni. Lepas tu dalam Buku Dapur Makcik Raja pun ada cerita pasal Langkawi. 

                                       
        Naik Boeing B737-800. Lama dah tak naik MAS. Oleh kerana 1 jam je perjalanan hanya jus dan kacang sahaja yang dihidangkan. Perjalanan berjalan lancar.
                                       

Akhirnya selamat sampai di Lapangan terbang Antarabangsa Langkawi. Oh Langkawi aku datang.

Amboi Lia dan wan menjadi modelnya dan Kak Uda jadi Mem tukang potretnya.

Sampai di airport, kami telah menempah pemandu yang akan bawa kami jenjalan serata Langkawi mencari tempat makan sedap serta aktiviti di Langkawi. Yang kelakor tu nawwir siap dok menalipon sebab tak kenal si Zan , rupanya dia depan kita orang je. Tersengeh-sengeh je si Zan menjawab call nawwir. Nawwir daripada mula kita dah lantik bendahari sebab sebelum ni dia dan team JS Adiwarna dah pernah buat lawatan sambil kerja di Langkawi semasa pembikinan buku Dapur Makcik Raja. Jadi mana tempat makan dan tempat menarik dia lah jadi tukang rujuknya. Kalau Kak su ada lagi best sebab lagi banyak cerita kaksu boleh cerita. Huhuhu masa ni memang miss Kaksu sebab tak dapat join kitaorang.   

Sebelum misi ke langkawi bermula, bila dah beli tiket emm dalam RM191 pergi balik. Selesai beli tiket kita orang pun buat kutipan tiap bulan aka duit kutu Rm 100 selama 7 bulan. Jadi dalam Rm 700 ni adalah duit untuk hotel selama 3 malam, kos makan selama 4 hari, kos pengangkutan selama 4 hari, kos masuk tempat-tempat yang kena bayar seperti kereta kabel, Muzium 3D, Duck Tour, Underwater world dan Laman Padi. Tapi tidak habis semuanya, ada baki balik tapi tak ingat berapa sebab ada last day kita orang tak sempat makan. 
                                 

Setelah jumpa adik pilot , apa lagi misi mencari sarapan. Tempat pertama kami tuju ialah Gerai Makan Nasi Dagang Pak Malau. Walau hanya jual Nasi Dagang tapi latarbelakangnya yang tak tahan. Cantik sebab sebelah sawah bendang yang menghijau. Bila tenguk balik gambar rasa sejuk je mata memandang.

Gerai Nasi Dagang Pak Malau ni terletak di Jalan Makam Mahsuri. Di buka pagi dari pukul 8 pagi sehingga 2 tengahari setiap hari kecuali Isnin. Oh ya Pak Malau pun ada FB tau. Hah cercarik Nasi Dagang Pak Malau dalam FB.

Tu kat atas tu semua membelek apa menu yang ada. Kata Nawwir hanya Nasi dagang je tapi lauknya ada ikan, ayam, daging dan kambing. Terpulang lah nak lauk apa. Aku pilih ayam, ada yang daging dan lebih ramai  pilih ikan. Lepas dah order tanya lah nak makan kat mana ni. Oleh kerana rumah tepi bendang tu begitu menarik hati kami, jadi tanyalah boleh ke makan kat atas rumah tu. Kata Pak Malau boleh. Huh apa lagi lajulah kami terus menuju kerumah tepi sawah. Sebenarnya katanya rumah tu dibuat chalet. Siapa nak tidur dan bermalam boleh aje. Boleh tanya dengan Pak Malau harga semalam berapa?


                                                     Menuju ke rumah tepi bendang.

                                                Rumah lama yang begitu cantik sekali.

Alam sekeliling yang begitu menghijau suasana. Indahnya.


Masa dihantar Nasi Dagang, ya Allah wanginya dan harum bau nasi dagang dia. Aku kan orang Johor mana lah terer makan nasi Dagang dan tak minat pun sebab lauk dia kedekut. hehehehe ialah 1 lauk je. Sekali bila dah pekena Nasi Dagang Pak Malau wow memang salute lah sedap habak mai..... Teringat-ingat lagi kesedapan nasi dagang tersebut. Tapi aku layan dengan gulai ayam. Sedap gulai dia. Ikan tongkol ada kureng sikit lah kat tekak aku.

Semua menunduk makan sebab sedap dan lapor. hahahaha. Ada juga telur rebus. Siapa nak boleh kopek sendiri lah ya. Gulai dia memang sedap. Makan bersila hah haruslah laju je. hehehe

Hah licin ko. Dek sedap baunya sampai aku lupa nak ambil gambar sepinggan Nasi Dagang Pak Malau. Ni tayang pinggan licin je lah ya.

          Keadaan sekeliling didalam rumah. Ada katil tu. Sedap kalau tidur selepas dah kenyang makan. Dengan tingkap yang banyak dan kalau angin menderu sepoi-sepoi bahasa emmm memang sedap ngorok ni.



Entah apa lah si yah tengah cakap tu sampai tangan naik ke atas. 

     Melihat tingkap rumah teringat rumah lama kat kampung sebelum di turunkan jadi rumah batu. Masa tu kalau Aruah Mak aku nak buat langsir uh berkodi kain kena beli sebab tingkap banyak. Atas buat ropol lain,kat bawah separuh tingkap langsir lain. Tapi yang best tu kalau angin banyak dok melangut tepi tingkap tu fuh syioknya layan angin dari luar. Hish nostalgia sungguh teringat rumah lama kat kampung time aku kecik-kecik lagi. Masa aruah bapak ada kadang tolong carikan uban, sambil ia terlelap kat tepi tingkap tu, terbongkok-bongkok aku tolong carikan uban dia.  Al fatihah buat aruah bapak. 

Jom lepak. Ada pasu, ada sangkar burung. Bertenggek kat atas jeriji kayu tu pun best hehehe.

Beranda orang dolu-dolu. Best kan. Kalau rumah Aruah Atok aku jeriji kayu tu takde. Rendah sikit dan kita boleh duduk kat tepi sambil ayun-ayun kaki. Syiok beb. Apa lagi kalau aruah makcik dan aruah pakcik aku ada, lagi syiok dengar orang tua menyembang. 

                            Pak Malau rajin membela binatang ternakan. Rasanya ada ayam juga kut.   


Pemandangan hijau sawah bendang. Tenguk gambar ni mata rasa sejuk je.

Ada juga barang antik. Seterika arang tu dulu Aruah mak aku ada. Ingat lagi kalau nak mengosok fuh. Masa tu tak tau kalau benda tu boleh jadi benda antik macam sekarang, entah mana lesapnya. Kreatif juga ni Pak Malau membuat meja menggunakan batang kayu.  

Kehijauan yang sungguh mendamaikan.

Wah bila tenguk jeriji kayu tu tinggi juga lebih dari paras pinggang,camno le nak bertenggek ek. hahahaha kalau paras pinggang boleh lagi tu bertenggek. Jangan tak tahu benda macam tu budak-budak dahulu boleh je tu memanjat naik atas jeriji kayu tu. Sekarang idakle boleh lagu tu ada kang jatuh macam nangka bonyok je weiiiii. hehehee itu akule. 

Masih tidak puas mata memandang kehijauan bendang nan melaut

Ni kalau ada pangkin pun best kan. Lepas tu kita piknik ramai-ramai. wah syioknya. Walau hanya lauk telur goreng dengan kicap dan sambal tumis je pun dah sodap. Bertambah-tambah lagi. Dengan air teh cair-cair. Dapat pulak ubi rebus dengan sambal tumis dan ikan kering. fuh laju je tangan masuk mulut. Ajeeeee aku pulak yang lapor bila bercerita bab makan.


Siapa nak buat pengambaran ala-ala bollywood boleh aje ni. Berlari-lari di tepian bendang. Ehwah.


Kita orang bergambar dengan Pak Malau. Pak Malau peramah orangnya. Pandai bergurau senda. Masa mula-mula datang dia tanya Kaksu. Ialah Kaksu dah promosi tempat dia dalam Dapur Makcik Raja. Kalau baca dalam FB dia, Pak Malau ni asal orang KL. Kerja di bahagian Perhubungan awam di MAS, manakala Mak Malau adalah orang Terengganu. Dah bosan hidup di KL yang penuh sesak dia balik langkawi dan buka gerai Nasi Dagang Pak Malau. Jadi resepi Nasi Dagang adalah air tangan Mak Malau. Menjalani kehidupan yang aman damai dengan alam persekitaran yang begitu mendamaikan. Sebab tu Pak Malau nampak muda je walhal umur dah dekat 60 tahun.

tweet tweet

Bergambar di dalam gerai Pak Malau.

Masa nak balik aku nampak seseorang yang aku pernah jumpa. Rupanya orang ibu pejabat cuma bahagian lain. Tegur lah juga dah satu kementerian kan. 

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Kajang Pak Malau Kajang berlipat
 Kajang hamba mengkuang layu, 
Dagang Pak Malau dagang bertempat, 
Dagang Hamba musafir lalu. (Seri Mersing)




15 comments:

  1. indah sungguh suasana desa pak malau..sejuk mata memandang sawah bendang luas terbentang.

    ReplyDelete
  2. subhanallah cantiknya kak..bestnya kalau SA dapat makan tepi bendang tu...

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh Kak Notie...
    Rinduuunya waktu itu

    ReplyDelete
  4. Kajang Pak Malau Kajang berlipat
    Kajang hamba mengkuang layu...
    Sedapnya satay Kajang
    * Pantun 3 kerat... He He He...

    ReplyDelete
  5. Sis PI.... memang indah sungguh... tak jemu mata memandang.

    Amanda... jom jom datang. Memang sedap makan tepi bendang.

    Fea.... memang rindu... jom pegi lagi.


    SS.... ini pantun 3 kerat tak ikut hukum pantun ya. Mana belajar ni hujungnya tak sama ayat je.

    ReplyDelete
  6. hai Akak Notie >.< CT datang ni hehehe..
    i janji i tak noti2 kat sini.. selalu yang noti kat blog orang SS saja hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Ct... wah tetamu istimewa ni... jemput jemput masuk jangan segan-segan buat cam rumah sendiri

      Delete
  7. gempak gilaaa makan kat tempat macam tu.. serious tak pernah tahu kedai pakcik ni..
    memang kena masuk list la next visit ke Langkawi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah akak pun pertama kali ni serbu tempat tu... sedap makan nasi dagang dia.. cantik pulak pemandangan. Jom jom jom

      Delete
  8. Cer Kak notie buat button reply... Susah nak reply sini... iskkkss...

    ReplyDelete
  9. bestnya..makan nasi dagang di tepi sawah..

    ReplyDelete
  10. pandai pula dia guna nama pak malau . klasik gitu ... indahnya padi sujana mata memandang ... klulah ada sebuah rumah di situ ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang biasa dalam bahagian perhubungan awam mesti tahu nama yang boleh buat iklan dan melariskan jualan. Tempat pun memang sesuai sesangat.

      Delete