Thursday, May 21, 2026

Cabaran Langkah Sihat Kumpulan S : WP Kuala Lumpur dan Putrajaya

 


Aktiviti Hujung MInggu

 


Penjimatan Elektrik Tanggungjawab bersama

 

PENJIMATAN ELEKTRIK TANGGUNGJAWAB BERSAMA ๐Ÿ’ก๐ŸŒ
Setiap penggunaan tenaga yang bijak mampu memberi impak besar kepada alam sekitar dan kelestarian masa hadapan. Amalan mudah seperti menutup lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan, menetapkan suhu penghawa dingin secara optimum serta menggunakan tenaga secara berhemah dapat membantu mengurangkan pembaziran tenaga dan pelepasan karbon.
Marilah kita bersama-sama membudayakan amalan kecekapan tenaga dalam kehidupan seharian sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Penjimatan elektrik bukan sahaja membantu mengurangkan kos operasi, malah turut menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar demi generasi akan datang.
๐ŸŒฑ Tindakan kecil hari ini mampu membawa perubahan besar pada masa hadapan.
Ayuh bersama menjadi pengguna tenaga yang lebih bijak dan bertanggungjawab demi bumi yang lebih hijau dan lestari.

Sambut birthday Pn Hanum

 

Lawatan Pensyarah Kejururawatan dari Edinburgh Napier University

 

Wednesday, May 13, 2026

Macam-macam Ragam menyahut Cabaran Langkah Sihat KKM

 


Chatgpt kata tentang blog saya

 


Assalamualaikum,

Agak-agak betul ke chatgpt ni kata. Mula-mula tak jadi infografiknya. Kali ni cuba lagi. Tadaaaaaaa

Apa pun dunia blog ni boleh jadi teman tapi mesra walaupun tak pernah bertentang mata. Kadang rasa rapat macam BFF tapi kadang rasa menyampah je hahahaha itu mood tengah swing ler tu.....dijauhkan. Kawan bloggger saya semuanya baik-baik. Apa yang penting kita enjoyyyyyyy 

Tuesday, May 12, 2026

Resepi Rendang Udang


 Assalamualaikum,

Tenguk Mim create infografik cara masak sambal bunga kantan aku pun mencuba lah resepi rendang udang yang sedap masa jamuan raya dulu. 

Akhirnya tada...... nanti dapat udang segar nak cuba atau bila kita orang balik kampung berkumpul nak trys lah masak. 

Hah sapa nak cuba try lah masak. Nanti jangan lupa pos kat akak ye. hehehehe 

WWW: Siri ke 8 : Tip Keseronokan bekerja


Mari kita lebih "mindful" dengan kerja kita untuk dapatkan keseronokan bekerja. 


 Keseronokan bekerja bukan hanya datang daripada suasana semata-mata, tetapi bermula daripada hati dan sikap kita sendiri. 

Bila kita memberi yang terbaik, kita juga akan menerima yang terbaik. ๐ŸŒŸ

Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0

 

                                           Hadiah adalah Sampul Raya Anime Dan Sampul Raya Labubu.


Pemenang adalah secara lucky draw.


SEMUA RAKYAT KELAPA DIJEMPUT HADIR!

Walaupun Syawal sudah pon menghilangkan diri,
Tapi beta tetap berbesar hati,
Menghadiahkan sampul raya cantik ini,
Buat rakyat kelapa yang sudi sertai.


Nota Diraja : Jangan lupa tulis di entri, sampul raya yang mana paling kalian berkenan?

Selamat Maju Jaya Rakyat Kelapa sekalian!


Assalamualaikum,

Pada siapa yang mengenali Puteri Kelapa aka Cuya nun di Kerajaan Melaka Negeri Bersejarah ni hah boleh lah join. Kat atas tu adalah titah beliau. 

Akak nak sampul Labubu gambar doraemon.  

Etika Berpakaian Pelawat Fasiliti KKM


 Assalamualaikum,

Rasanya kena buat frame besar dan letak kat pintu masuk Jabatan supaya orang awam datang tak berpakaian senonoh kena balik tukar pakaian. 

Selalu yang aku perhatikan pakai selipar jepun je dengan berseluar pendek. Apa pun kita kadang bila nak pergi pejabat kerajaan aduhaiiii seram kalau pakaian tidak sesuai. Tapi sebagai orang melayu selalunya berbaju kurung je atau pun kadang nak ringkas berpakaian seluar dengan blous lengan panjang.  

Etika berpakaian juga penting bila kita berurusan secara rasmi dengan kakitangan di Jabatan lain terutamanya perkhidmatan awam. Apa pun pakaian juga melambangkan kecantikan akhlak dan budi bahasa seseorang dan juga kadang melambangkan status kehidupan masing-masing. Apa pun yang penting pakaian hendaklah kemas. Jangan sampai berpakaian tetapi nampak seperti tiada berpakaian.
Fikir-fikirkan lah. hehehehe