Wednesday, June 24, 2026

GA: Meriahkan Piala Dunia

 


Assalamualaikum,

Lama kan aku tak buat GA. Sekarang ni tengah hot dengan Piala Dunia yang sedang rancak berjalan. Aku suka tenguk Messi daripada Argentina dan juga Ronaldo daripada Portugal. Dulu aku suka tenguk pemain Germany Miroslav Klose. Aku bukannya peminat tegar bolasepak dan jarang tenguk game dia. Messi dan Ronaldo kiranya last game Piala Dunia pada tahun ini sebab dah berumur 40 tahun.

 Kalau JDT lawan aku tahu nak result je sebab nanti jantung berdegup kencang selagi tak gol. Tapi tenguk game bolasepak antarabangsa seronok. zup zap zup zap gollllllll. hehehehe Malaysia main dia gelecek sana gelecek sini tak masuk gol juga. huh buat sakit hati.

Ok macam biasa aku punya GA memang simple. 

Syarat dia hanya jawab NAK je. Hadiah hanya untuk 10 orang. Jadi jawab kat komen nak. Hadiah dia macam di atas tapi  random tau sebab kadang kita lambat sikit order yang femes-femes tu dah sold out.

Jadi apa tunggu lagi. Jawab NAK. Jom Jom Jom 

CLOSED YA

 

Bersarapan beramai-ramai di Warung Cenderawasih Sg Abong Muo

 

Tuesday, June 23, 2026

Monday, June 22, 2026

Sunday, June 21, 2026

Minda notie sebagai bilik

 Assalamualaikum,

Baca tugasan Linda  dia ubah tajuk ikut blog dia. Jadi aku pun nak mengubah lah apa yang chatgpt akan buat ikut  blog aku. Agak-agak apa dia cakap ye. Jadi aku pun mencuba.

Tadaaaaaaa

Berdasarkan cerita, gaya penulisan dan tema yang berulang dalam blog Saje Suka-Suka, minda Notie tidak kelihatan seperti bilik moden yang kemas dan minimalis. Ia lebih menyerupai sebuah ruang yang hidup, hangat, penuh kenangan dan sentiasa ada "cerita" di setiap sudut. Blog ini banyak berkisar tentang keluarga, nostalgia, travel, buku, makanan, tempat kerja, keindahan alam dan rasa syukur kepada Allah SWT.

Wednesday, June 17, 2026

Prompt AI Image: If My Mind Was A Room, How Would It Look Like?

 

Assalamualaikum,

Pi jenguk rumah Mim kat Serawak nun sekali dia bagi tugasan lah pulak Jom tanya Ai dan chatgpt fikiran kita ni macamana jika ianya adalah bilik,  

 Apa pun ni tugasan daripada cikgu Mim. hehehe


1. Sign in chatgpt atau gemini
2. Create image
3. Guna prompt ni, " If my mind was a room, how would it look like?"
4. Generate image!
5. Buat posting guna gambar tersebut.


tik tok tik tok tada......(bunyi aku menukang)

                                                                           Ni janaan Ai

This visualizes your mind as a space dedicated to knowledge and inspiration. The room features a window looking out at a detailed starry galaxy, symbolizing curiosity and vast thought. It is filled with bookshelves and has a central desk, creating a productive and reflective library-like environment. The chalk quotes and organized notes on the walls represent a collection of meaningful ideas and lessons.


                                                       Janaan chatgpt...... tu dia serabut sungguh ni.


Tak puas hati hah jana lagi....huhuhu memang berserabut sungguh otak kepala jemala patik ni yangg oiii

Chatgpt ni macam tahu je aku tengah serabut nak selesaikan kerja sebab nak menghabiskan perkhidmatan sebagai penjawat awam tak lama lagi. Tu yang tengah pening mana nak siapkan koding mana nak siapkan report LP yang menambun ni. huhuhu memang sedang serabut sungguh ni.

Chatgpt ni kadang aku rasa macam magic lah pulak sebab tahu je apa yang sedang aku alami. Tak boleh tipu ek. hehehehe

Hah mim akak dah selesaikan tugasan dengan pantasnya. Dapat A plus plus tak.



Tak puas hati suruh Ai create lagi.

hah ni baru best. Belah kanan nak pi melancong belah kiri nak menikmati keindahan kampung dan yang tengah tu lagi best sambil minum kopi sambil layan novel. Yeh baru lah itu namanya yang dalam fikiran ku. hehehehe


Tuesday, June 16, 2026

Menyambut Jemaah Haji Balik Malaysia

 



Kak Limah bersama Meria tidak sabar menunggu anak dan kakak balik dari tanah suci Mekah.

Kalio Ayam dari kenalan di Indonesia

Sunday, June 14, 2026

Rendang Nasib airtangan Seri Kandi dari Tanah Jauhar


 Assalamualaikum,


Pi jenguk rumah Sk sekali dia masak Rendang Nasib ko.....alahaiiii napa pulak jadi lagu tu. Hasil dari resepi yang SK beri tu aku suruh mem Chatgpt buat gambo.....hah jadi lah macam ni. Senang kalau nak buat nanti boleh rujuk gambo ni je.

Kalau tenguk bahan yang membedakan dia ialah ada tambah ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kalau ada bahan ke tiga ni dia jadi sedap tau. Rasa berempah gitu. eh macam le aku dah rasa rendang SK masak. Tapi biasanya kalau 3 bahan ni macam serunding ke atau masak  ungkep memang sedap. Tapi paling best kalau orang lain masakan untuk aku. hahahahaha hah tu lagi sedap sebab rasa airtangan orang lain. 

Friday, June 12, 2026

Thursday, June 11, 2026

Menghantar Bakal Haji lagi - siaran tertunda


Julie tolong pakaikan gelang tangan special jemaah haji. Nasib baik ada julie yang setiap kali jadi kita orang punya assistant bagi jemaah haji keluarga bila nak menunaikan ibadah Haji. 

Tuesday, June 9, 2026

Tuesday, June 2, 2026