Tuesday, September 24, 2024

Memori Maulud nabi di Johor

Masjid Sultan Ismail - masjid yang indah di Bandar Muar bandar Diraja


Assalamualaikum,

16hb yang lalu kan Hari Malaysia dan juga Hari Kelahiran Nabi Muhamad SAW. Kiranya cuti serentak dan 2 sambutan. Hari selasa Jabatan Kerajaan kerja lah sebab tak dapat carry forward cuti lagi satu , rupanya Jabatan Swasta dapat cuti rupanya. Ini kawan yang beritahu bila nak ke bank atas urusan bila datang tenguk Bank cuti. wah orang swasta bila orang kerajaan naik gaji bising tapi bila depa dapat cuti kita orang tak bising pun. hehehehe  saje je nak gempak. 


OK berbalik kita pasal sambutan Maulud Nabi. Orang sekarang kata Maulidur Rasul tapi kita orang terbiasa cakap Mmaulud Nabi. Bila tenguk sambutan Maulidur Rasul teringat memori dolu-dolu kat muo semasa zaman sekolah dan seterusnya.

Kat Johor kita orang akan berarak dari padang atau stadium ke Masjid Sultan Ismail di tepi sungai tu.  
Masa tu rasa meriah sekali dengan alunan selawat dan syiar memuji Rasulullah. Seronok mendengar sana sini berkumandang. 

Masa aku sekolah Menengah dan duk asrama , masa tu ada lah bajukoporat asrama warna hijau gitu. Jadi warga Aspuri SMSAB pun join berarak sama. Pakai sedondon dengan bawa bunga manggar lagi ko. Seronok masa tu. Tak ingat kita orang start kat mana tapi rasanya macam kat Stadium Ibrahim dan jalan menuju ke Masjid Sultan Ismail .   
 
 Ni acara tahun ni Kat Johor dengan TMJ mengetuai perarakan.



Dan ini lagi memori kutip derma yang paling legend masa dulu. Sekarang aku tak jumpa lagi budak-budak sekolah agama kutip derma Maulud Nabi dan dapat ini. Ada peniti tau boleh cucuk kat baju. 
Seronok bila dapat masing-masing suka je sambil menderma sambil dapat stiker ni. Kutipan derma tersebut adalah untuk sumbangan Masjid dan acara keagamaan yang dibuat di Masjid contohnya ceramah Maulud Nabi ke dan macam-macam lah aktiviti menyambut Maulud Nabi pada masa itu.  

Selesai berarak menuju ke Masjid bila sampai masjid ada yang masuk ke dalam mendengar ceramah Maulud Nabi. BIla habis ceramah apa lagi lah dapat makan free dalam dulang.

 Hah macam ni lah makan beramai-ramai dalam dulang. Walaupun hanya nasi minyak dan ayam masak merah dengan acar darat tapi bila makan bermai-ramai terasa sedapnya. Dapat satu dulang lepas tu ajak kawan makan sama-sama. Seronok masa tu. Lepas tu kami pun berjalan balik ke asrama kami di Jalan Abdul Rahman. Berakhir lah aktiviti perarakan Maulud Nabi di bando Muo


3 comments:

  1. alhamdulillah sambut maulud nabi di kampung meriah suasananya

    ReplyDelete
  2. Menariiiik acaranya. Bisa makan ramai2 itu yg sangat berkesan ❤️.

    Dulu zaman saya sekolah maulid nabi agak lumayan meriah. Tp di jakarta ini tak terlalu. Orang2 sini lebih suka merayakan isra mi'raj drpd maulid nabi. Kalo isra mi'raj banyaak akitivitas yg dilakukan. Tp maulid nabi hanya pengajian saja di mesjid. Itupun tak banyak.

    ReplyDelete