Monday, February 17, 2025

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga

 

Bercabang bersama kabus. Imej dari Arpaaindi




Kredit sos cili.my

Orang Melayu dan seni pantun memang tak boleh dipisahkan. Jika zaman dulu, ia digunakan sebagai percakapan harian, hari ni lebih kepada majlis-majlis rasmi. Sebelum ni kami pernah terangkan bahawa pantun sama ada dua kerat atau empat kerat dia akan ada AYAT PEMBAYANG dan MAKSUD PEMBAYANG.

Pembayang ni biasanya bermula dengan kehidupan alam dan berdasarkan pemerhatian keliling masyarakat dulu. Maka, kali ni kami dari SOSCILI nak bincangkan pembayang bagi pantun yang sangat terkenal dalam kalangan kita ni,

  • Pulau Pandan jauh ke tengah
  • Gunung Daik bercabang tiga
  • Hancur badan dikandung tanah 
  • Budi yang baik dikenang jua

 Apakah Pulau Pandan dan Gunung Daik ni hanya sekadar pembayang pantun atau pemerhatian masyarakat dulu? Adakah kedua-dua lokasi ni betul-betul wujud? Mari kita mulakan kajian…

Nama Gunung Daik, siap bercabang tiga?

Nusantara ni kalau dari sudut geografi memang luas. Alam Melayu atau Nusantara merupakan bahagian tenggara benua Asia yang terdiri daripada batasan-batasan politik baru macam Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Fillipina, Singapura, Selatan Thai, Kambodia, selatan Vietnam di muara Sungai Mekong, tanah tinggi Vietnam serta masyarakat minoriti di Taiwan. 

Pada zaman dulu kala, memang banyaklah kerajaan-kerajaan Melayu yang ada termasuklah kerajaan Kesultanan Riau-Lingga. Pemerintahan kerajaan ni merangkumi gugusan kepulauan di Selatan Singapura dan juga Selatan Selat Melaka. Kerajaan ni pernah berada dibawah jajahan empayar Kesultanan Melaka dan kemudiannya Kesultanan Johor.

Dah terlajak sembang pasal Riau-Lingga yang sekarang di bawah kawasan negara Indonesia, kami nak bagitahu bahawa di situlah terletaknya Gunung Daik yang disebutkan dalam pantun tadi. Memang betul-betul wujud. Ia boleh ditemui di Kampung Pahang Daik, Lingga. Ini rupanya…

Memang gunung ni ada tiga cabang puncak iaitu dikenali sebagai Gunung Daik (cabang tertinggi), Penjantan (cabang tengah) dan Cindai Menangis (cabang terendah). Cindai Menangis ni dikatakan nama asalnya adalah Cindai Manis, namun selepas puncaknya runtuh atau patah, ia digelar Cindai Menangis. Ketinggian Gunung Daik ni adalah 1165 meter dari paras laut.

Menurut Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL), Gunung Daik turut dikenali sebagai Puncak Mahkota kerana 3 puncaknya yang diihat dari jauh bagaikan mahkota. Untuk menawan puncak Gunung Daik ni bukan mudah, sebabnya nak tawan puncak kena ada kepakaran dalam bidang memanjat batu (Rock Climbing). Masyarakat setempat hanya memandang puncak gunung ni tanpa ada rasa nak menawan puncaknya, orang Malaysialah semangat sikit pasal terkenang pantun ni.

Apa yang menarik, pernah ada satu pasukan pendakian dari Malaysia melawat penduduk sekitar di Pulau Lingga, mendapati kehidupan mereka sangat rapat dengan orang Pahang terutamanya dalam bab pertuturan.

Selain menggunakan bahasa Melayu yang lebih kurang sama macam kita, di sana juga ada nasi dagang yang terkenal kat Terengganu. Jalan-jalan di situ juga ada guna nama tempat di Pahang seperti Pekan. Apa yang menarik, penduduk tempatan menjadikan filem P. Ramlee sebagai tontonan harian mereka.

Selesai Gunung Daik yang terbukti wujud siap dengan tiga cabang lagi. Sekarang pula, kita pergi ke Pulau Pandan.

Pulau Pandan ni jauh ke tengah mana?

Kalau ikut pengalaman ekspedisi Kelab OGKL pada tahun 2006, memang mereka ada naik bot dan lalu satu pulau kecil ni dalam perjalanan pulang selepas pendakian Gunung Daik. Semestinyalah pulau itu dipanggil sebagai Pulau Pandan.

Secara realitinya, memang betul Pulau Pandan ni wujud. Kedudukannya jauh ditengah laut, bersaiz kecil dan dianggarkan hanya ada 10 batang pokok di pulau yang dipenuhi batu tu tanpa ada penghuni manusia. Cukup luas untuk bot-bot kecil berteduh daripada ribut.

Jika berada berdekatan Pulau Pandan, suasana di depan akan kelihatan satu banjaran gunung yang membentuk tulang belakang di Kepulauan Riau, Indonesia. Apa yang menarik, di banjaran tu lah terletaknya puncak Gunung Daik bercabang tiga.


Agaknya, masa nampak panorama macam ni lah pereka pantun dapat idea. Imej dari Berita Harian

Setelah ramai yang membuktikan bahawa Gunung Daik dan Pulau Pandan itu benar-benar wujud, maka ternyatalah bahawa kewujudan pantun tradisi popular tu berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu Riau. Mereka pada zaman dulu menggunakan jalan air sebagai laluan pengangkutan utama. Ditambah pula, Pulau Lingga adalah bekas pemerintahan kerajaan Melayu Melaka yang kemudian menjadi milik Kerajaan Melayu Johor.

Semestinyalah suatu masa dahulu, laluan di kawasan ni sibuk dengan kapal perdagangan dan aktiviti harian. Jadi memang tak hairan kalau ada pada masa tu golongan bijak pandai bahasa mencipta pantun ketika melihat keadaan sekeliling. Begitulah indahnya pantun Melayu warisan zaman berzaman.

Kredit soscili.my


Assalamualaikum,

Masa pi jalan-jalan bersama Geng UB ke Batam, Pipid Tour guide kat Batam ada menceritakan tentang Gunung Daik. Ya Allah setelah tua bangka ni ahaks.....hehehehe baru aku tahu kewujudan Gunung Daik bercabang tiga dengan Pulau Pandan ni. Ingatkan ianya hanya mitos rupa-rupanya bila tanya Pak ggogle ada ko. Aduhaiiiiii teruknya aku. Hah kat atas tu aku google dan kuar le cerita serta gambar dia yang sebenornya. 

 Kalau zaman belajor dulu memang suka baca sejarah sebab sejarah melayu atau sejarah apa pun ianya adalah fakta bukannya auta jadi time sekolah dulu suka baca sejarah. Geografi pun suka juga sebab boleh tenguk peta negara ni kat mana negara tu kat mana. Entah ada lagi ke silibus sejarah dengan geografi ni lagi di sekolah. Apa taknya ada orang malaysia pun tak tahu tempat atau kawasan sesuatu tempat tu dalam malaysia. Nampak sangat ko tak tenguk geografi Malaysia. ewahhhh iye aku cakap fakta sebab ada junior aku tak tahu ada le tempat tu....dah lupa namanya....dia boleh tak tahu. Rasa nak hempuk je kepala dia dok malaysia tapi tak tahu tempat tu dalam negeri mana. Adehhhh

Macam Sejarah melayu ni kita kekurangan buku sejarah yang menceritakan sejarah zaman dulu-dulu. Macam Kepulauan riau ni atau sortcutnya KEPRI merupakan kepulauan melayu zaman dulu yang berasal dari kesultanan Melaka dan seterusnya Kesultanan Johor. 

Masa aku kat pulau Penyengat tukang bawa beca letrik tu bercerita cakap melayu ko takde slanga orang Indon. Seronok pulak aku dengar dia punya cerita. Pulau Penyengat juga banyak perkampungan melayu dimana senireka rumah mereka macam rumah melayu kat malaysia.  Seharian berkeliling Pulau Penyengat memang menyeronokkan cuma bila bab pi makam Lama ni aku kureng sikit almaklumle tempat orang dah meninggalkan. Kadang rasa naik bulu roma bila tenguk makam Lama. Apa lagi yang dah berkurun-kurun lamanya.  

Rasanya kena cari buku-buku sejarah lama untuk mengimbau dan mengetahui sejarah lama kita. Macam Kepulauan Riau ni satu tamadun zaman dulu yang banyak pengetahuan serta banyak cerita yang kita dapat tahu. Baca kat pakcik google ni kadang info tak banyak.

Dulu ada satu novel Panglima Awang yang aku baca. Entah ada lagi ke tidak novel tu. Kalau baca novel tu menunjukan Panglima awang lah yang mengelilingi dunia bukan ketua dia Ferdinand Maggelan orang Portugis. Tapi tahu je lah orang putih takkan dia nak mengaku orang melayu yang pertama kali mengelilingi dunia. Dia dah menakluk negara orang suka suki dia je nak memerintah negara orang. Hempuk kang....hehehehehehe


Salah satu pantun yang popular ialah 

Pisang emas di bawa belayar 

Masak sebutir diatas peti 

Hutang emas boleh di bayar 

Hutang budi di bawa mati.


Pulau Pandan jauh ke tengah

Gunung Daik bercabang tiga

Hancur badan di kandung tanah

Budi yang baik di kenang jua


Begitu indahnya ciptaan pantun melayu dolu-dolu. 

1 comment:

  1. Indahnya rima pantun Melayu Tradisional.
    Menarik kisahnya! Teringat waktu kuliah Puisi Melayu Tradisonal, pensyarah bawa cerita bagaimana pantun dicipta oleh masyarakat setempat.

    ReplyDelete