Thursday, February 20, 2025

Batam - Hari pertama - Lunch di Pacific Hotel

 



                                              Ni gambar dari Uncle Google. Time malam cantik kan


Assalamualaikum,

Sampai je kami akan lunch dulu sebelum ke tempat lain. Masa dalam bas macam-macam lah Pipid cerita. Sejarah Batam lah dan macam-macam lah input berkenaan Batam.Maaf lah lupa nak ambil video masa dia bercakap. Ngantuk aku tak habis lagi jadi macam asyik sangap je. hehehehehe. Ni le gara-gara tidur dalam bas tak lena tidur asyik terjaga je. 

Kita orang singgah sekejap kat tempat tukaran duit. Aku belum jadi jutawan lagi ye sebab tak sempat tukar duit. Bila dah tukar wah jutawan aku sekejap. hehehehe. Tukaran duit kita tinggi sebab nilai ringgit sedang naik.   

Bila sampai tempat hotel kita nak lunch ni cantik sangat. Dari luar bagaikan bahtera yang tersadai menunggu untuk belayar walhal dia pegun je bahkan hotel lagi ko. Nak belayar kemana. hehehehe

         Posing dulu ramai-ramai sebelum isi tangki perut. Deko dalaman dia lebih banyak style China. Memang besor sungguh lah hotel ni.








Tahu semedang dengan bakwan sayuran. Sedap ni. Kalau petang ngeteh syiok weiiii. 


Sambal dia ada tahap kepedasannya. Ambil tahap 1 pun dah pedas nak level sampai 5. Aiyak mungkin boleh terbakar perut. Kita orang ambil level 1 je tak berani yang lain-lain takut cirit birit. hehehehe



Peberet aku terung berlado. Kejor yang ni sampai lupa nak raso asam pedas dia.


Tempat makan dia memang luas. 

 Menu sulawesi katanya. Memang sedap lah.




Klasik sungguh rasa posing kat tangga tu. Ala-ala aku dah sampai cina weiiiii hehehehe


Ikan yang berwarna warni 


Rasanya belakang tu lif.... boleh nampak luar. Gayat tak kalau naik


                                      
Butiran hotel
Berbentuk seperti kapal persiaran, hotel tepi teluk yang klasik ini sejauh 15 minit jarak berjalan kaki dari terminal feri Harbour Bay dan 19 km dari lapangan terbang.

Bilik luas dilengkapi Internet percuma dan TV skrin rata serta bar mini dan peralatan membuat teh dan kopi. Suite dilengkapi bilik tidur tambahan, jakuzi, dapur dan ruang tamu/makan. Suite ditingkatkan menawarkan pemandangan laut dan sauna. Perkhidmatan bilik tersedia.

Kemudahan percuma termasuk sarapan yang dihidangkan di restoran Greek dan pengangkutan ulang-alik lapangan terbang. Ruang spa termasuk gimnasium, kolam renang dan tab air panas serta sauna mengikut jantina dan bilik wap. Terdapat juga karaoke dan disko serta medan selera terbuka dan restoran Cina.


Bila tenguk map eh ada sungai Jodoh. Baru teringat Pipid kata ada kawasan untuk mencari jodoh dan nama ianya di ambil kerana sebab itu. Kiranya unik juga kawasan kat Batam. Banyak cafe hipster, Ada nama Nagoya sempena orang Jepun banyak di situ.  

Dah kenyang lepas ni ke mana pula

4 comments:

  1. Wah, sambal pun siap bagi level ya.
    Sambal diorang ni kalau pedas memang pedas sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Test level 1 je pun dah podeh apa lagi yang level 5 boleh berapi lidah. hehehehe

      Delete
  2. Waaah td saya pikir betulan kapal sedang bersandar kak. Ternyata hotel 😍😍😍.jadi teringin pula nak stay di sana jugaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye masa di bagitahu lepas tu lalu depan dia memang ingat kapal persiaran dijadikan hotel rupanya memang hotel bukan kapal persiaran cuma bentuk je macam kapal persiaran. Kalau tak naya je nanti tiba-tiba dia belayar lah pulak. tenguk2 dah kat tengah laut. hehehehe

      Delete