Assalamualaikum,
Lama tak join GA. Entah apa dibuatnya tak tahu le kita. Tiba-tiba dapat jemputan Permaisuri Coconut pulaknya. Hah kita join lah ya. Permaisuri Coconut tu nun bertahta di Negeri Melaka negara Bersejarah dan berjiran dengan muo. Selalu lalu Jasin bila balik muo tapi tu lah tak tahu mana le pulak istana dia bersemayam. Kalau tahu boleh lah menyinggah mencemar duli katanya. hehehehe
Ok kita ikut syarat-syaratnya.
1, Kena follow Istana Permaisuri tak follow nanti dolat tau. Ayooo tak tahu. hehehe
2. Kena tulis entri bertajuk giveaway kerajaan kelapa. Hah ni tengah menukang le ni. Dah lama tak menukang back link ke apa sampai lupa camno nak buat. Teruk benor database memori otak aku. hehehehe
3. Pemenang di pilih secara rawak. Ye lah kena buat camtu lah kalau tak nanti rakyat coconut berperang di medsos tau. Naya je kang viral lah pulak Kerajaan coconut hanya kerana nak menang hadiah. hehehehe padahal semuanya untuk suka-suka dan menambahkan ukhwah sesama rakyat dan Permaisuri Coconut yang baik hati lagi dermawan gitu. (Aitttt ayat cam nak mengediks supaya di pilih je ni) hehehehe
Ok semuga berjaya
No comments:
Post a Comment